Selami dunia Universal Studios Jepun yang mempesonakan, di mana fantasi menjadi kenyataan!
Masuk ke The Wizarding World of Harry Potter™ di mana anda boleh menerokai perkampungan Hogsmeade™ sebelum memulakan pengembaraan di atas perkarangan istana Hogwarts™ dengan Harry Potter. Kemudian, terjun ke Super Nintendo World™ yang bertenaga untuk pengembaraan interaktif bersama Mario dan rakan-rakan! Berlumba melalui Kerajaan Cendawan di Mario Kart: Cabaran Koopa.
Selain itu, nikmati hari yang penuh dengan keseronokan dengan lebih banyak tarikan daripada permainan atau filem ikonik. Dapatkan tiket anda sekarang untuk merasai hiburan terbaik!
SUPER NINTENDO WORLD™
BERMAIN LIAR! Biarkan semangat anda untuk bermain menjadi liar! (© Nintendo)
Mario Kart: Cabaran Koopa
Selami pengalaman Mario Kart dunia sebenar! (© Nintendo)
Pengembaraan Yoshi
Pergi ke pengembaraan dengan Yoshi (© Nintendo)
Despicable Me Minion Mayhem
Terperangkap dalam Minion Mayhem! (Minions dan semua elemen berkaitan dan indicia TM & © 2024 Universal Studios. Hak cipta terpelihara.)
Harry Potter and the Forbidden Journey™
Jadilah sebahagian daripada cerita tentang pengembaraan ajaib dengan Harry Potter™ (HARRY POTTER dan semua watak serta elemen yang berkaitan © & ™ Warner Bros. Entertainment Inc. Hak Penerbitan © JK Rowling.)
Dinosaur Terbang
Melayang di langit dalam cakar pterosaurus. (TM & © Universal Studios & Amblin Entertainment)
CR24-1798
Anda suka main slide kat atas bukit beku atau ride dalam kacau Minion? Atau Anda peminat movie yang gila thrill? Kalau ya, Universal Studios Japan adalah tempat yang sesuai intuk Anda. Terletak di bandar ketiga terbesar di Jepun, Osaka, taman tema ni selalu ramai. ada lebih daripada 10 juta tetamu setiap tahun, menjadikannya satu tarikan yang tidak boleh Anda lewatkan. Taman ni ada banyak permainan yang paling gila dan mencabar kat dunia. Tanpa mengira umur, Anda pasti akan menemui kegemaran disini!
Universal Studios Japan (USJ) ni memang salah satu tempat yang kena dikunjungi apabila Anda melancong ke Osaka, Jepun. Salah satu tarikan terbesarnya yang masyhur adalah Dunia Sihir Harry Potter, perkara yang paling hampir dengan menghidupkan impian Hogwarts Anda. Teruskan untuk membaca ulasan ini mengenai USJ, termasuk setiap permainannya!
Perkara pertama yang Anda kena tahu jika nak melawat Universal Studios Japan dalam masa terdekat ni ialah taman ni sebenarnya selalu bukak senyap-senyap awal dari masa yang diumumkan secara rasmi. Kononnya sebagai langkah untuk kurangkan kesesakan di luar taman. Sebab pembukaan awal ini tak diumumkan secara rasmi, ia berbeza-beza dari hari ke hari dan boleh berhenti bila-bila masa. Anda mungkin melawat esok dan tidak mengalaminya. Jadi, disyorkan untuk Anda tiba di pintu depan USJ sekurang-kurangnya sejam sebelum pembukaan taman. Ni cara paling senang nak enjoy Super Nintendo World tanpa perlu masuk mengikut masa atau bermasalah dengan pembelian Express Pass.
Anda boleh cover kedua-dua rides dan beberapa mini-games sebelum park officially bukak, lepas tu dapat "lunch" awal dalam Super Nintendo World, lepas tu baru gerak ke bahagian lain taman. Atau Anda boleh lepak lama sikit dan explore lagi benda-benda Mario disana!
Sebelum mengunjungi taman tersebut, check dulu crowd calendar untuk tengok ramai orang yang dijangkakan setiap hari. Pilihlah satu hari yang paling kurang orang. Selain tu, dapatkan tiket Anda secara dalam talian sebelum berkunjung untuk mengelakkan beratur untuk membeli tiket masuk. Dengan menempah tiket di Traveloka, Anda akan menerima tiket dalam bentuk kod QR hampir segera. Dan yang terbaik? Anda tidak perlu mencetak tiket elektronik tersebut. Hanya melambai kod QR di pintu taman tema, diimbas, dan Anda akan dapat masuk dengan pantas. Penyelamat sejati apabila Anda sedang menyusun logistik ini sehari sebelum berlepas! Tak macam Disney kat Tokyo, USJ tidak mempunyai sistem Fast Pass. Jadi, jika Anda datang pada hari yang agak ramai (~30 orang ke atas mengikut kalendar kerumunan), Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pas Express. Sebab jika beli tiket express pass, Anda tak perlu nak datang awal sangat. Orang-orang yang nak pergi park, especially yang tempatan, memang dah biasa start beratur pagi-pagi buta! Anda boleh masuk park lebih kurang jam 10 dengan membawa bekalan dari kedai serbaneka. Kalau tak dapat express pass, Anda harus beratur awal dan terus serbu ride yang paling ditunggu-tunggu.
Nikmati taman selama 2 hari berturut-turut
Tiket ini termasuk tiket masuk, Mario Kart: Cabaran Koopa, Harry Potter and the Forbidden Journey™, Despicable Me Minion Mayhem JAWS™, Super Nintendo World™ dan The Wizarding World of Harry Potter™. Namun, tidak termasuk Tiket Masuk Universal Studios Japan
Universal Studios Japan dibuka setiap hari Isnin sampai dengan Ahad dari jam 9 pagi hingga 9 malam, memberikan cukup waktu untuk menikmati segala yang ditawarkan disana!
Ini merujuk kepada seluruh kawasan bertema Harry Potter di USJ. Yang menarik, Anda akan mengenali reruntuhan kereta terbang Arthur Weasley yang rosak ketika masuk ke taman. Jalan masuk kawasan utama, benda paling ketara seterusnya adalah Hogwarts Express. Pusingan seterusnya, ready nak terus ke Hogsmeade dengan kastil Hogwarts besar kat belakang tu. Ride ni ada thrill dan faktor keunikan, buat rasa macam zaman kanak-kanak balik. Siap-siap menggigil bila dementors menyerang! Walaupun permainan ni dalam Bahasa Jepun, siapapun boleh boleh ikut walaupun ada halangan bahasa sebab permainan ni tetap hebat dari segi visual. Jangan lupa beli beberapa suvenir Harry Potter dari kedai ni bila keluar dari Forbidden Journey ride.
Super Nintendo World ni kawasan baru kat dalam Universal Studios Japan, Osaka. Kalau Anda peminat setia Nintendo, tempat ni memang kena ada dalam senarai destinasi yang mesti Anda kunjungi. Super Nintendo World mempunya dua tarikan, restoran dan gerai makanan ringan, dan juga ada sesi bertemu dan salam-salaman dengan watak-watak serta elemen interaktif. Anda boleh menerokai pelbagai dunia yang diinspirasikan oleh permainan macam Mario Kart dan Donkey Kong Country.
Rasai perjalanan yang membengkokkan realiti dan membuat Anda terfikir-fikir betul ke ni nyata? Sertai perjalanan ini bersama Spider-Man untuk mempertahankan dunia. Perjalanan ini telah memenangi gelaran perjalanan terbaik dunia selama tujuh tahun berturut-turut untuk teknologi terbaik, 4K 3D!
Masuklah dalam permainan yang direka oleh Gru dan masuk ke dalam proses untuk menjadi minion sebenar-benar! Permainan ini, terinspirasi daripada filem asal, penuh dengan keseronokan sehingga Anda sendiri akan menjadi salah seorang daripada mereka. Pasangkan tali pinggang Anda untuk perjalanan yang mengujakan bersama para minion.
Masuklah dalam hutan tropika yang jadi rumah kepada dino-dino gergasi dan terjah dengan misteri sains yang hidupkan balik diorang. ari dari T.Rex yang menanti untuk menyerang bot Anda ketika mengalami penurunan 25.9 meter. Seronok!
Merancang kunjungan ke Universal Studio Japan memang menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan dan penuh petualangan. Berikut adalah beberapa tips lanjutan dan informasi tambahan untuk membantu Anda mendapatkan pengalaman terbaik semasa lawatan Anda ke salah satu destinasi paling terkenal di Osaka, Jepun.
Dengan sampai awal, Anda ada banyak masa nak explore taman, layan animal shows, dan terlibat dalam pelbagai atraksi tanpa perasaan tergesa-gesa. Lagi pun, pagi awal selalunya lebih sejuk dan menyenangkan, buat masa yang sempurna nak start safari adventure atau explore pelbagai aktiviti dalam taman ni!
Memeriksa ramalan cuaca sebelum Anda berangkat sangat penting untuk memastikan Anda bersiap sedia dengan pakaian yang sesuai. Jika hujan dijangka, bawalah payung atau jas hujan untuk melindungi diri dari hujan. Begitu juga, jangan lupa membawa krim pelindung matahari untuk melindungi kulit Anda dari sinar UV pada hari yang cerah.
Universal Studios Japan juga menyediakan pelbagai fasiliti untuk keselesaan pengunjung, termasuk restoran, kafe, dan kiosk makanan ringan di seluruh kawasan taman. Terdapat juga banyak tempat duduk dan area rehat untuk Anda berehat sebentar sebelum meneruskan pengembaraan Anda.
Bawak kamera ke Universal Studios Japan memang wajib! Taman ni banyak bagi moments yang layak ambil gambar dan simpan sebagai kenangan seumur hidup. Pastikan bawak kamera yang fully charged dengan banyak ruang memori, dan kalau boleh, bawak lensa zoom untuk tangkap gambar-gambar antik dari Hogwart Castle
Universal Studios Japan terletak di 2 Chome-1-33 Sakurajima, Konohana Ward, Osaka, Jepun. Cara-cara untuk sampai kesana ialah:
Dengan Kereta Api
Ambil Laluan Hanshin-Namba ke Stesen Nishikujo. Di Stesen Nishikujo, beralih ke Laluan JR Yumesaki dan naik ke Stesen Universal-City. Dari sana, berjalan kira-kira 700m.
Ambil Laluan JR Osaka Loop ke Stesen Nishikujo. Di Stesen Nishikujo, beralih ke Laluan JR Yumesaki dan naik ke Stesen Universal-City. Dari sana, berjalan kira-kira 700m.
Ambil Laluan JR Kyoto ke Stesen Umeda/Osaka. Kemudian, ambil JR Osaka Loop Line ke Stesen Nishikujo. Di Stesen Nishikujo, beralih ke Laluan JR Yumesaki dan naik ke Stesen Universal-City. Dari sana, berjalan kira-kira 700m.
Ambil Laluan JR Hanwa ke Stesen Nishikujo. Di Stesen Nishikujo, beralih ke Laluan JR Yumesaki dan naik ke Stesen Universal-City. Dari sana, berjalan kira-kira 700m.
Naiki Monorel Osaka ke Hotarugaike. Kemudian, pindah ke Laluan Hankyu Takarazuka dan naik ke Stesen Umeda/Osaka. Di sini, ambil JR Osaka Loop Line ke Stesen Nishikujo. Di Stesen Nishikujo, beralih ke Laluan JR Yumesaki dan naik ke Stesen Universal-City. Dari sana, berjalan kira-kira 700m.
Harga Tiket | Bermula dari RM 28.76. |
---|---|
Waktu Operasi | 09:00-21:00. |
Alamat | Universal Studios Japan, 2 Chome-1-33 Sakurajima, Konohana Ward, Osaka, Japan. |
Kategori | Tarikan |