Dengan keluasan 3.5 hektar, Taman Buaya Melaka merupakan tempat yang ideal untuk bersiar-siar bersama keluarga. Terdapat 9 kolam dan lebih dari 100 ekor buaya ubtuk diterokai, termasuklah spesies ular dan buaya yang terbesar, iaitu Ular Sawa Batik dan Buaya Air Masin. Nikmati pelbagai persembahan sepanjang hari seperti pertunjukan ular, sesi memberi makan buaya dan persembahan silat. Kanak-kanak kecil boleh bermain di taman permainan air yang disediakan. Singgah ke sini bersama keluarga dan rakan-rakan anda untuk satu hari yang penuh dengan penerokaan.
Harga Tiket | Bermula dari RM 14.50. |
---|---|
Waktu Operasi | 09:00-18:00. |
Alamat | 75450 Ayer Keroh, Malacca, Malaysia. |
Kemudahan awam | Bilik Sembahyang,Akses Kerusi Roda,Tandas,Restoran,Tempat Letak Kenderaan |
Kategori | Tarikan |