Mengenai KLIA Ekspres
KLIA Ekspres ialah perkhidmatan kereta api lapangan terbang yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pengangkutan ini hanya memerlukan 30 minit untuk menghantar penumpang dari KLIA dan KLIA2 ke stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral), atau sebaliknya. Lebih tepatnya, perjalanan dari KLIA ke KL Sentral mengambil masa 28 minit, manakala perjalanan dari KLIA2 ke KL Sentral mengambil masa 33 minit. Dengan ini, KLIA Ekspres menjadi perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang terpantas di Kuala Lumpur, bahkan turut dikenali sebagai yang terpantas di Asia Tenggara.
Perkhidmatan KLIA Ekspres oleh Express Rail Link (ERL) Sdn. Bhd bermula sejak 14 April 2002. Sebagai syarikat perkhidmatan pengangkutan kereta api yang telah beropersi melebihi 30 tahun di Malaysia, ERL Sdn. Bhd menawarkan dua perkhidmatan utama, iaitu KLIA Ekspres dan KLIA Transit. KLIA Transit singgah di setiap stesen sepanjang laluannya, manakala KLIA Ekspres beroperasi tanpa persinggahan.
Pejabat utama KLIA Ekspres terletak di Express Rail Link Sdn. Bhd. Level 2, KL City Air Terminal (KL CAT), KL Sentral Station, 50470 Kuala Lumpur. Khidmat Pelanggannya beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat, jam 08:30 – 18:00 waktu tempatan. Stesen dan kaunter tiket pula boleh didapati di tingkat 1 KLIA, di bawah Balai Ketibaan bersebelahan dengan lif.
ERL Sdn. Bhd bertekad untuk memberikan “pengalaman perkhidmatan lancar” yang cepat, boleh dipercayai, menyenangkan dan selesa. Usahanya untuk mencapai misinya ini melalui penyediaan perkhidmatan yang berkualiti telah terbukti dengan pelbagai anugerah yang dimenanginya. Antaranya termasuk anugerah AirRail Link of the Year yang diterima pada tahun 2012, 2014, 2015, dan 2016.
KLIA Ekspres beroperasi setiap hari dari jam 04:55 – 01:28, bergantung pada stesen perlepasan. Kereta api ini berlepas setiap 15 minit semasa waktu puncak dan setiap 20 minit semasa luar waktu puncak. Kini, pembelian tiket KLIA Ekpres dipermudah melalui tempahan dalam talian di Traveloka. Tempah tiket KLIA Ekspres secara dalam talian di Traveloka dan mudahkan perjalanan anda dari/ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan proses yang mudah, pantas, dan selamat.
Perkhidmatan dan Kemudahan KLIA Ekspres
Selain menyediakan perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang terpantas di Kuala Lumpur, KLIA Ekspres juga menawarkan kemudahan lain untuk memastikan keselesaan penumpang. Kereta api ini tersedia dengan ruang penyimpanan bagasi yang luas dan skrin digital yang memaparkan maklumat pelancong. Malah, penumpang dapat menikmati sambungan WiFi 4G sepanjang perjalanan.
Dalam pelaksanaan perkhidmatan bersepadu, KLIA Ekspres menyediakan kemudahan daftar masuk untuk penerbangan di Kuala Lumpur City Air Terminal (KL CAT) di dalam stesen KL Sentral. Kemudahan ini tersedia untuk penumpang yang menaiki pesawat Malaysian Airlines, Cathay Pacific, Cathay Dragon, dan Malindo Air. Sebelum tiba di lapangan terbang, penumpang KLIA Ekspres boleh menggunakan tiket kereta api untuk mendaftar masuk, serta mencetak tag bagasi dan pas masuk. Daftar masuk melalui kemudahan ini mestilah dibuat selewat-lewatnya 3 jam sebelum penerbangan antarabangsa, atau 2 jam sebelum penerbangan domestik.
Mengapa guna KLIA Ekspres?
Cara terpantas untuk perjalanan di antara lapangan terbang Kuala Lumpur dengan bandar (hanya mengambil masa 28 minit)
Pelbagai pilihan jadual bersesuaian waktu penerbangan anda
Sah untuk sebarang jadual kereta api pada tarikh yang dipilih
Cara Menggunakan Baucar KLIA Ekspres
Ke Lapangan Terbang
- Setelah tempahan dan pembayaran selesai, anda boleh melihat baucar Traveloka melalui emel dan Tempahan Saya.
- Pada tarikh berlepas, pergi ke stesen KL Sentral.
- Untuk menaiki kereta api, imbas kod bar pada baucar Traveloka di pintu masuk kereta api. Sila ambil perhatian bahawa setiap penumpang mempunyai kod bar yang berbeza.
- Naiki kereta api dan turun di KLIA atau KLIA2.
Ke Lapangan Terbang
- Setelah tempahan dan pembayaran selesai, anda boleh melihat baucar Traveloka melalui emel dan Tempahan Saya.
- Pada tarikh berlepas, pergi ke stesen KL Sentral.
- Untuk menaiki kereta api, imbas kod bar pada baucar Traveloka di pintu masuk kereta api. Sila ambil perhatian bahawa setiap penumpang mempunyai kod bar yang berbeza.
- Naiki kereta api dan turun di KLIA atau KLIA2.
Jadual KLIA Ekspres
28 minit (KLIA → KL Sentral)
33 minit (KLIA2 → KL Sentral)