Daftar masuk web tidak wajib dilakukan. Tetapi, melalui daftar masuk web, anda dapat menjamin tempat duduk anda dengan segera tanpa perlu terkejar-kejar ke lapangan terbang.
Daftar masuk web tersedia di Traveloka App versi 2.18 (Indonesia) ke atas. Pastikan anda log masuk ke akaun Traveloka anda untuk menggunakan ciri ini.
Selain itu, sila layari halaman Polisi Syarikat Penerbangan untuk melihat sama ada daftar masuk web boleh dilakukan.
Waktu daftar masuk web berbeza mengikut penerbangan. Lihat waktu daftar masuk web untuk penerbangan anda melalui e-tiket, atau layari halaman Polisi Syarikat Penerbangan.
Ya, pada masa ini, sistem kami tidak membenarkan daftar masuk untuk sebahagian penumpang. Anda harus melakukan daftar masuk web untuk semua penumpang dalam tempahan anda pada waktu yang sama.
Anda akan mendapat pengesahan bahawa daftar masuk anda telah berjaya dan pas masuk anda boleh diakses melalui Traveloka App. Anda juga akan mendapat emel yang bersertakan pas masuk anda.
Sudah tentu. Hanya ikuti langkah-langkah daftar masuk web dan kami akan mendapatkan pas masuk anda dari syarikat penerbangan supaya anda boleh mengaksesnya melalui Traveloka App atau emel anda.
Polisi untuk penumpang hamil dan penumpang yang memerlukan bantuan khas berbeza mengikut syarikat penerbangan. Sila hubungi syarikat penerbangan secara terus atau layari laman Polisi Penerbangan.
Ya, anda perlu menunjukkan pas masuk bercetak untuk menaiki pesawat. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan anda mencetak pas masuk sendiri, manakala sesetengah lagi mewajibkan anda untuk mencetakkannya di kaunter daftar masuk.
Sila layari halaman Polisi Syarikat Penerbangan untuk melihat polisi setiap syarikat penerbangan.
Pas masuk tidak akan dapat diakses mulai tiga (3) hari selepas tarikh berlepas. Tetapi, anda tetap boleh mengakses pas masuk yang dihantar ke emel anda.
Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia