Sejak dua menjak ini, ramai di antara kita yang berstaycation. Apa itu staycation? Aktiviti staycation kini menjadi satu trend yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ramai memilih untuk meluangkan masa hujung minggu di pelbagai lokasi yang menarik di serata Malaysia. Banyak hotel-hotel serta rumah inap menawarkan pelbagai promosi dengan pakej dan harga yang sangat menarik. Anda perlu bijak dalam memilih penginapan yang sesuai dengan anda agar kegiatan staycation anda tidak berakhir dengan pengalaman yang tidak menyeronokan. Jom teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Kuala Lumpur adalah ibu kota Malaysia dan terkenal dengan banyak pencakar langit, seni bina purba, masakan yang lazat dan penduduk tempatan yang ramah
Lokasi merupakan faktor utama yang perlu anda pertimbangkan apabila anda merancang aktiviti staycation anda. Anda boleh membuat tinjauan dahulu menggunakan enjin carian di internet dan kumpulkan sebanyak mungkin maklumat berkenaan dengan lokasi pilihan anda. Jika anda mahukan privasi, pastikan lokasi penginapan anda jauh sedikit dari kesibukan manusia. Semasa aktiviti staycation, anda pasti akan meneroka tempat-tempat menarik yang terdapat disekeliling lokasi penginapan anda. Antara ciri-ciri penting yang anda perlu pertimbangkan semasa memilih lokasi penginapan ialah sumber makanan. Sumber makanan penting kerana kita perlu makan untuk mengembalikan tenaga setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti. Bagi yang beragama Islam antara cabaran semasa bercuti ialah mencari sumber makanan yang halal. Oleh itu, sebelum anda menempah penginapan anda pastikan terdapat restoran yang menyajikan makanan halal berdekatan.
Sebelum anda menempah penginapan anda, adalah amat penting untuk anda menyemak latar belakang tempat penginapan anda terlebih dahulu. Hal ini disebabkan terdapat sesetengah lokasi penginapan yang indah khabar dari rupa. Anda pasti tidak mahu keseronokan aktiviti staycation anda terbantut akibat membuat tempahan yang salah. Untuk mengelakkan hal ini dari terjadi, anda boleh memerhatikan review tempat penginapan anda di carian enjin Traveloka.com. Semaklah review-review yang ditulis oleh pengunjung yang pernah menginap sebelum ini. Jika anda berpuas hati dengan review tersebut, maka anda boleh terus membuat tempahan. Selain membaca review, anda juga boleh mendapatkan gambaran awal tentang tempat penginapan dan lokasi sekitar dengan menonton video-video di laman carian.
Sebelum anda memilih penginapan yang sesuai dengan anda, pastikan penginapan tersebut terletak berhampiran dengan pelbagai fasiliti yang penting. Antara fasiliti yang penting ialah berhampiran dengan klinik atau hospital. Jika lokasi penginapan anda berada berhampiran dengan fasiliti seperti klinik atau hospital anda boleh mendapat rawatan kecemasan dengan lebih cepat apabila berlaku kemalangan. Selain itu pastikan terdapat mesin ATM dikawasan penginapan anda.
Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pengunjung adalah membuat tempahan tanpa menyemak kemudahan yang disediakkan oleh pihak penginapan. Antara kemudahan yang disediakan di tempat penginapan adalah seperti kolam renang, gymnasium, pusat dobi serta restoran. Selain itu, anda juga hendaklah menyemak pakej yang anda tempah dengan teliti. Pastikan anda tehu apa yang akan anda dapat melalui pakej tempahan tersebut. Antara perkara yang sering pengunjung terlepas pandang ialah pakej sarapan pagi percuma. Ada sesetengah tempat penginapan menawarkan pakej penginapan dengan harga yang sangat murah tetapi tidak termasuk dengan pakej sarapan pagi percuma. Jika lokasi berhampiran tempat penginapan anda terdapat banyak restoran, tidak akan ada masalah kerana anda akan mempunyai pelbagai pilihan sumber makanan. Pastikan juga tempat penginapan kamu mempunyai Wi-Fi supaya anda boleh melayari internet dan berhubung dengan rakan dan keluarga dengan percuma.
Tips-tips diatas mampu membantu anda untuk mendapat pengalaman staycation yang menyeronokkan. Untuk mendapat tawaran serta pakej-pakej dengan harga yang sangat berpatutan anda boleh melawat Traveloka.com.