Negeri-negeri pesisir Kelantan dan Terengganu terkenal dengan pantai pasir putih yang tidak tercemar dan pemandangan laut yang tenang, tetapi lebih-lebih lagi untuk makanan laut segar dan hidangan unik.
Hari ini, anda mungkin dapat menemui masakan Pantai Timur yang enak di Kuala Lumpur, tetapi untuk benar-benar menghargai rasa yang benar-benar asli, pergi ke negeri asal makanan itu dicipta ialah jawapan yang tepat.
Dalam senarai ini kami akan beritahu yang mana bagus dan terbaik(baca: murah!) untuk anda pergi dan rasai:
Yang menariknya, jika anda datang dari negeri-negeri jiran, tidak ada apa-apa sekatan yang dikenakan, selain daripada peraturan yang biasa kita semua lakukan.
Peraturan seperti menggunakan aplikasi MySejahtera ketika memasuk premis-premis awam, menjaga penjarakan sosial and sentiasa memakai pelitup muka.
Untuk ke Kelantan atau Terengganu, kebanyakan orang akan memandu untuk ke sana, tapi perjalanan anda mungkin akan jadi agak panjang jika anda memilih untuk memandu sahaja.
Oleh itu, saranan kami ialah menaiki kapal terbang terus ke sana. Dengan cara ini, bila anda tiba, anda masih ada banyak masa untuk melawati kedai-kedai lain yang kami senaraikan.
Diperbuat daripada nasi kukus, Nasi Ulam mempunyai campuran aroma wangi seperti daun kaduk, pucuk gajus, kerisik, bawang dan rempah-ratus.
Nasi ini selalunya dihidangkan bersama lauk pauk lain sebagai sampingan, seperti ikan goreng atau ayam. Kadangkala isi ikan pun dicampur sekali ke dalam nasi.
Nasi ulam di mana yang terbaik?
Semua orang suka laksa, tapi laksam mungkin lebih unik dan mempunyai rasa yang tersendiri.
Kerana kuahnya yang berkrim kerana rasa santan yang diadun enak bersama ikan yang dikisar halus, keenakan hidangan ini pastinya memikat hati.
Lebih menarik, Laksam Special By-T menyediakan hidangan ini dengan telur puyuh dan serunding.
Laksam di mana yang terbaik?
Nasi Kerabu sama jenis dengan Nasi Ulam tapi lebih unik kerana berwarna biru (hasil daripada penggunaan warna asli daripada bunga telang.
Nasi ini dilengkapi dengan pelbagai herba segar dan sayur-sayuran mentah dan selalunya dimakan dengan lauk seperti ayam percik atau ayam panggang, keropok ikan, solok lada.
Jika anda suka, lebih sedap minta mak cik yang menjual itu tambah dengan budu ke dalam nasi anda.
Nasi Kerabu di mana yang terbaik?
Nasi dalam bentuk kon ini seperti hasil seni dan cantik untuk gambar Instagram anda.
Rasanya? Tentulah seperti rupanya. Dengan lapisan nasi, kari, flos ikan, sambal, telur dadar dan timun, nasi yang dibungkus dengan daun pisang ini patut anda cuba.
Nasi ini asalnya dibungkus oleh para isteri untuk suaminya yang bekerja sebagai nelayan dan petani, untuk mudah dibawa.
Nasi Tumpang di mana yang terbaik?
Kalau dilihat pada rupanya, roti titab sama saja seperti roti kaya yang dimakan ketika sarapan di mana-mana kopitiam.
Tapi yang membezakan roti titab ialah roti buatan sendiri yang gebu ini disapu dengan mentega dan digoreng sehingga ranggup pada bahagian luar dan disapu pula dengan kaya dan telur separuh masak.
Cuba roti titab di Kopitiam Kita.
Roti Titab di mana yang terbaik?
Keropok lekor oh keropok lekor. Siapa yang tak kenal keropok lekor, lagi-lagi yang dibuat di Terengganu.
Rasa ikannya yang kuat dan digoreng atau direbus menjadikan keropok ini kegemaran rakyat Malaysia.
Keropok lekor terdiri daripada 2 jenis - yang dihiris tebal dan yang dihiris dengan nipis. Lebih enak kalau dicicah dengan sos cili. Fuh!
Keropok Lekor di mana yang terbaik?
Nasi Dagang sinonim dengan Terengganu seperti juga Nasi Lemak dengan Malaysia.
Kombinasi pulut dan nasi yang dimasak dengan santan, kemudian dihidangkan bersama kari sardin, telur rebus dan sayur jeruk sangat-sangat enak kalau anda mencari kelainan dalam nasi anda.
Kebanyakan tempat makan yang menyediakan nasi dagang di Kuala Terengganu hanya dibuka pada sebelah pagi dan ditutup pada tengah hari, jadi sebaiknya anda datang awal.
Nasi Dagang di mana yang terbaik?
Mudah dijumpa di mana-mana kedai di Terengganu, snek yang kecil tapi enak ini tidak cukup hanya satu.
Dimasak dengan bahan-bahan seperti daging ikan, kelapa, cili, bawang cincang dan rempah sebelum dibungkus dalam daun pisang dan kemudian dibakar, satar memberikan rasa ikan yang lebih enak.
Satar di mana yang terbaik?
Terasa nak rasa makanan di atas? Jom ke Pantai Timur! Tempah penerbangan dan hotel di Traveloka.
Diterjemahkan oleh: Lina Khazali