Diterjemahkan oleh: Raja Nadhirah Raja Hasnan
Hong Kong terkenal dengan makanannya yang lazat-lazat belaka — mulakan hari anda dengan dim sum sebagai sarapan, nikmati angsa panggang untuk makanan tengah hari dan akhiri pengembaraan makanan anda dengan makan malam di restoran mewah diinspirasikan Shanghai. Tetapi, bagaimana dengan alternatif untuk makanan halal? Pun ada juga!
Lihat senarai restoran Halal dan mesra Muslim ini untuk percutian anda ke Hong Kong! Katakan tidak untuk mi segera atau kebab. Bersedia untuk makan!
Kredit: @@thepocketissue
Hong Kong sinonim dengan budaya yum cha (yang bermaksud meminum teh dalam Kantonis). Biasanya, sesebuah keluarga atau sekumpulan kawan-kawan akan menikmati dim sum sambil yum cha. Dari siew mai ayam dan pau ayam BBQ sehinggalah kaki ayam rebus dan har kau (pau udang), sajian dim sum di Islamic Centre Canteen pasti membuatkan anda gembira dan bersedia untuk sambung pengembaraan anda di Hong Kong.
Kredit: @sbadni
Antara daging itik dan angsa, angsa lebih popular. Namun, daging itik juga tidak kurang lazatnya. Restoran kegemaran kami untuk nasi itik yang lazat adalah Wai Kee yang terletak di tingkat pertama medan selera Bowrington Market Cooked Food Market.
Bayangkan daging itik yang lembut, dipanggang sehingga kulitnya rangup… Lapar dibuatnya. Kalau anda inginkan sajian lain, Wai Kee juga terkenal untuk ayam dimasak dengan kicap dan kari kambing!
Kredit: @hkhipstercafe
Seperti komuniti Xinjiang, sajian Xinjiang merangkumi semua gaya memasak kumpulan etnik minoriti di China termasuklah Uyghur, Hui dan Dongxiang. Oleh sebab majoriti penduduk Xinjiang beragama Islam, kebanyakan makanannya juga halal.
Ma’s Restaurant menawarkan pelbagai sajian. Semasa kami melawati restoran ini, buku menunya hampir 20 halaman. Tetapi, kami akan memberikan anda tiga sajian yang wajib anda cuba — mi daging lembu, tendon daging berempah dan goulash daging.
Kredit: @thesilverchef
Dalam daerah Sham Shui Po, Kung Wo Soy Bean terkenal dengan puding tofu (juga dikenali sebagai tau fu fah) dan soya. Puding tofu di Kung Wo Soy Bean lembut dengan hanya sedikit rasa manis dari sirap gula merah yang mereka gunakan.
Puding tofu di Hong Kong berbeza sedikit dari Malaysia. Kita menggunakan gula putih atau gula Melaka, tetapi mereka menggunakan gula merah yang membangkitkan rasa kacang soya dan puding tofu. Anda juga boleh cuba yong tau fu goreng mereka!
Kredit: @rclare
Cuba berdiri di luar Chrisly Cafe pada awal pagi. Apabila kedai bakeri itu buka, anda dapat menghidu bau yang cukup lazat di sepanjang Queen’s Road.
Anda wajib mencuba tat telur Chrisly Cafe, lebih-lebih lagi apabila mereka baru sahaja keluar dari ketuhar. “Custard” telur dari tat sangat lembut dan tak terlalu manis, sementara keraknya rangup. Antara hidangan lain yang terkenal adalah ban nenas, dan banyak lagi!
Chrisly Cafe juga turut menawarkan sarapan klasik Hong Kong — roti bakar dengan susu pekat atau mentega kacang dan telur dicincang, dengan pilihan teh atau kopi.
____________________________________________________________________________
Ingin ke Hong Kong? Lihat promosi kami untuk anda nikmati diskaun eksklusif untuk penerbangan, hotel, pengangkutan lapangan terbang dan Xperience!