Shah Alam adalah ibu kota negara bagian Selangor, Malaysia. Shah Alam terletak di antara dua daerah iaitu daerah Petaling dan daerah Klang. Terletak secara strategik dan sangat mudah diakses, daya tarik Shah Alam sebagai destinasi utama bagi pencari hartanah sangat berkait rapat dengan lokasinya yang menguntungkan. Shah Alam menarik pelancong dengan pelbagai daya tarikan.
Bandar ini menyediakan berbagai aktiviti dan tempat menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Anda dapat menikmati kecantikan alam semula jadi, keseronokan taman tema, keunikan seni bina, kepelbagaian budaya, dan banyak lagi.
Untunglah sesiapa yang tinggal ataupun melawat Shah Alam kerana terdapat banyak pilihan destinasi makan yang menarik untuk dicuba, cocok untuk pencinta makanan! Jika Anda merancang untuk bersantai dan menikmati hidangan di Shah Alam bersama keluarga, Anda boleh merujuk kepada senarai tempat makan terbaik di Shah Alam di bawah ini yang pastinya akan memuaskan selera Anda. Apa jua citarasa Anda, sama ada makanan tempatan Malaysia, hidangan Arab, Korea, Cina halal, atau makanan kampung, senarai ini pasti mempunyai pilihan yang sesuai.
Alamat : Lot 19B Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor
Buka : 11.00 AM - 11.00 PM
Rumah makan ini dikenali mendapat banyak ulasan positif daripada pengunjungnya. Hidangan ayam penyet dan masakan Jawa mungkin merupakan menu Indonesia yang biasa dan mudah dijumpai. Tetapi jika ingin mencuba sesuatu yang tidak biasa, cubalah menu makanan khas Sunda, di mana hidangan mereka diilhamkan oleh orang Sunda di Indonesia. Nama hidangan di sini memang unik seperti Nasi Liwet, Nasi Timbel, Sup Iga Bakar, dan lain-lain. Walaupun namanya agak pelik, tetapi rupanya dan rasanya hampir sama dengan masakan ala Minang yang sangat sesuai dengan selera tekak orang Malaysia.
Alamat : 44, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Buka : 11.00 AM - 11.00 PM
Restoran Aidania ni ialah satu restoran di Shah Alam menawarkan hidangan tengahari dengan pelbagai jenis lauk-pauk yang lazat, termasuk yang digoreng, dimasak asam pedas, dimasak lemak, dan lain-lain. Restoran Aidania terkenal dengan kepakaran dalam hidangan asam pedas dan pelbagai pilihan lauk asam pedas seperti ikan kembung, pari, ketam, dan sebagainya. Bagi peminat kambing panggang, mereka juga menawarkan set nasi putih bersama daging kambing panggang yang pasti memuaskan selera, terutamanya bagi peminat tegar daging kambing.
Alamat: No. 12, Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor
Buka : Setiap Hari Kecuali Isnin (7.00 am – 11.00 pm) | Isnin (Tutup)
Menu utama di restoran ini, iaitu soto, dihasilkan berdasarkan resepi ibu mertua pemilik restoran sendiri, dan ia amat kaya dengan rasa. Restoran ini menawarkan beberapa variasi soto seperti mihun, mee, dan juga soto yang disajikan dengan nasi impit. Selain daripada soto, hidangan lainnya juga pasti menggoda Anda untuk membuka dompet dengan sukacitanya. Ia memang lazat! Beberapa hidangan yang disarankan untuk dicuba termasuklah daging lemak cili api, roti canai, ayam penyet, gado-gado, ikan bakar, dan banyak lagi! Jika Anda beruntung, Anda mungkin dapat menikmati makanan sambil menikmati persembahan busking yang sering diadakan semasa waktu makan tengahari.
Alamat: 51, Jalan Bola Jaring 13/15, Shah Alam, 40100 Shah Alam, Selangor
Buka : 7 am – 11.30 pm
Tempat makan ini menawarkan pelbagai hidangan seafood khas Melayu. Dengan pelbagai pilihan seafood, hidangan berempah yang lazat, dan harga yang terjangkau oleh semua orang, Jari Comot adalah destinasi makan-makan yang harus Anda cuba jika Anda sedang mencari makanan di Shah Alam. Acara makan-makan untuk menikmati shell out di sini adalah pengalaman yang unik dan sesuai untuk bercuti ke Shah Alam bersama keluarga. Suasana kedai juga menarik, dengan makanan yang enak dan harga yang munasabah, ini adalah kombinasi terbaik.
Alamat : Medan Selera Delima, Lot G.2, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40200, Shah Alam, Selangor.
Buka : 12.00 pm – 12.00 am
Dua hidangan santai yang terkenal di seluruh Malaysia adalah Rojak dan Cendol. Jika Anda mencari tempat yang menyajikan kedua-dua hidangan ini dengan sedap di Shah Alam, Anda boleh mengunjungi Rojak & Cendol Shah Alam y Terdapat lebih daripada 100 jenis cendol di sini yang pengunjung boleh mencuba, dan yang paling popular tentulah cendol dengan durian. Tapi, Anda boleh memilih daripada cendol madu, cendol buah tin, cendol marshmellow hinggalah kepada cendol yang biasa kita dengar seperti cendol pulut dan cendol durian, boleh terbeliak mata sekali terpandang senarai menunya.
Alamat : 50, Jalan Opera J U2/J, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
Buka : Isnin – Jumaat (8.30 am – 6.00 pm) | Sabtu, Ahad (8.30 am – 3.00 pm)
Kelazatan rasa hidangan masakan terkenal dari Kelantan, iaitu nasi kak wok di Kedai Nasi JJ (Kak Wok) Shah Alam sungguh luar biasa sedapnya. Percayalah, setelah mencuba sekali di sini, tiada lagi hidangan lain yang mampu menandingi kelezatan nasi panas kak wok yang disajikan dengan kuah gulai. Apalagi jika disertai dengan sambal. Gulainya pun cukup kaya dengan rasa santan, dan potongan ayamnya sungguh menggiurkan. Walaupun simple, rasanya memang sedap! Harga untuk santapan nikmat ini sangat berpatutan, ada yang hanya dijual dengan harga RM6 untuk satu hidangan yang lengkap. Makan hari-hari pun boleh!
Alamat: Lot, Lor Seri Cahaya 1, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor
Buka : 7.00 AM - 3.30 PM | Minggu : 7.00 - 11.00 AM
Sungguh luar biasa rasanya Nasi Kambing Harimau Nangis ini, sehingga tak mustahil apabila Anda menitiskan air mata ketika menikmatinya kerana kelezatannya yang sukar dipercayai!. Daging kambingnya sangat juicy dan lembut, secara ringkasnya, rasanya benar-benar luar biasa, pasti Anda perlu mencuba sekali seumur hidup. Selain dari nasi kambing, hidangan lain yang menarik adalah asam pedas ikan jenahaknya yang mempunyai kuah yang kental dan rasa ikan yang segar, baunya sahaja sudah cukup untuk merangsang selera. Masakan lain seperti patin tempoyaknya juga sangat memikat dengan kombinasi rasa masam manis yang begitu sedap. Secara keseluruhan, apa sahaja yang Anda pesan, semua hidangan ini seakan-akan Anda makan di sebuah restoran lima bintang, semuanya disiapkan dengan penuh kasih sayang oleh tukang masak.
Alamat: Wisma Faiz Azrina, No. 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Buka : 12.00 pm – 10.30 pm
Pilihan tempat makan yang hebat di Shah Alam sangat melimpah ruah apabila melibatkan hidangan barat. Setiap tempat itu menawarkan menu dan hiasan dalaman restoran yang menarik untuk menawan hati para pengunjung. Foodsbury merupakan salah satu nama restoran yang menawarkan hidangan barat yang terkenal di Shah Alam, sering menjadi perbualan di kalangan penduduk tempatan dan menjadi tempat yang disyorkan kepada pelancong untuk menikmati hidangan barat yang lazat seperti hidangan panggang, pasta, pencuci mulut, pelbagai kek, salad, pilihan minuman yang unik, dan lain-lain. Dengan harga hidangan yang berpatutan, ia sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin datang ke sini untuk makan malam bersama rakan-rakan atau keluarga. Suasana restoran juga sangat bersahabat, seperti berada di ruang makan rumah sendiri, dan sesuai untuk berkumpul di sini untuk membuat tugasan bersama rakan sekerja.
Alamat: 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Buka : Setiap Hari (8.00 am – 7.00 pm)
Makanan yang disajikan adalah masakan Cina yang dihasilkan dengan menggunakan teknik tradisional Cina untuk mengekalkan cita rasa asal makanan tanpa perlu menambah sebarang perisa seperti MSG. Menu yang wajib dicuba adalah nasi ayam Hainan, ayam kukus berserta dengan teh aisnya; gabungan hidangan ini akan membuat Anda teringin untuk datang setiap hari. Harganya cukup berpatutan, bermula dari RM5.50 untuk sepinggan nasi ayam. Sedap dan berbaloi, tiada yang lebih Anda perlukan. Selain itu, Anda juga boleh mencuba nasi itiknya. Hidangan ini begitu lazat sehingga pasti akan habis selepas waktu makan tengahari.
Alamat : Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Buka : Setiap Hari (11.00 am – 11.00 pm)
Bagi Anda yang berselera tinggi, bolehlah singgah ke Laman Grill Steak & Bar-B-Que Steakhouse.Mustahil untuk walau satu pun hidangan di kedai ini tidak mencapai standard rasa yang sepatutnya kerana restoran ini diasaskan oleh bukan orang yang calang-calang, tapi oleh Chef Zubir yang terkenal melalui rancangan Masterchef Malaysia. Hidangan di restoran ini telah dihasilkan dengan penuh teliti oleh team kulinari yang dipilih oleh beliau sendiri. Menu yang dihidangkan di sini adalah terdiri daripada steak Australia, steak USA, pasta Itali dan banyak lagi. Pendek kata, deria rasa Anda dapat terbang dari satu negara ke satu negara dengan hanya duduk di dalam sebuah kedai.
Alamat : No G45, Block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Buka : Setiap Hari (11.30 am – 11.00 pm)
Bagi pencinta K-Drama, pasti tau makanan Korea! Di Shah Alam pun ada restoran Korea yang kelezatan masakannya dipuji ramai. Walaupun Anda mungkin terkejut melihat harga di dalam menu, tapi bila sampai sahaja ke meja, Anda akan teruja melihat saiznya yang melimpah-ruah. Ya, harganya sangat sesuai dengan saiz hidangan dan kelazatan. Menu yang ditawarkan adalah seperti kimchi jjigae, jajangmyeon, dolsot bulgogi, bulgogi dubap, tteokbokki dan macam-macam lagi. Wajib cuba!
Alamat: Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
Buka : Selasa – Khamis (11.00 am – 3.30 pm, 5.00 pm – 10.30 pm) | Jumaat (11.00 am – 1.00 pm, 2.00 pm – 10.30 pm) | Sabtu, Ahad (11.30 am – 6.00 pm, 7.45 pm – 10.30 pm)
Bertemakan padang pasir, Restoran Aroma Hijrah adalah sebuah kedai makan dengan sentuhan dekorasi dalaman menarik yang boleh dijadikan lokasi menjamu selera bersama keluarga. Antara hidangan yang mesti dicuba adalah seperti baklava, humus, kebab, nasi mandy, maglubah, kabsah dan macam-macam lagi yang dihidangkan segar dan panas-panas dari dapur. Melihat saiz hidangan yang diletakkan di atas meja, sudah cukup untuk membuat Anda kenyang. Sebelum pulang, jangan lupa untuk membeli kurma dan juga madu original dari negara Arab untuk dinikmati khasiatnya di rumah nanti.
Alamat : Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
Buka : Setiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)
Nak minum waktu petang dengan makanan yang ringan-ringan? Atau mencari hidangan sampingan selepas puas menikmati segala macam menu berat? Anda boleh singgah ke Kueh Cafe! Bukan sikit jenis kuih yang ada, cukup banyak! Dengan pilihan yang terdiri daripada kuih keria, apam ayu, donut, ketayap, kek lapis, kuih cara berlauk, kuih seri muka dan banyak lagi. Makanan berat pun ada, antaranya adalah nasi lemak, nasi kerabu, mee kari, soto dan lain-lain.Kedainya pun luas kerana menggabungkan dua buah kedai dan memiliki atmosfera yang cukup selesa dengan gaya industrial yang kelihatan sempoi.
Memang sesuai untuk dijadikan lokasi lepak bersama teman-teman atau keluarga.
Alamat : 13, Jalan Snuker 13/28, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
Buka: Setiap Hari Kecuali Ahad (8.00 am – 8.00 pm) | Ahad (Tutup)
Teh Laris Café menyajikan juadah lazat dengan resepi asli daripada Johor dan juga Singapura. Di sini, Anda boleh menemui bermacam jenis hidangan seperti mee rebus Johor, nasi ambeng, lontong Singapura, kacang pool, asam pedas Johor dan banyak lagi tanpa perlu menempuh perjalanan yang jauh atau terbang ke Singapura. Lebih sempurna lagi apabila hidangan ini digandingkan dengan teh lemon madu yang menyegarkan. Rancanglah untuk menjamu selera di sini nanti ya!
Alamat: 2, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Buka : Setiap hari (12pm-9pm) Isnin tutup
Pak Li Kopitiam memang sangat popular di Shah Alam. Bukan sahaja besar dan luas, Pak Li Kopitiam Seksyen 13 ini juga nampak classy dan elegan, namun tetap mengekalkan charm Kopitiam tradisional mereka. Yang popular di sini tentulah Nasi Lemak ayam mereka selain dari roti bakar, telur separuh masak dan kopi mereka. Selain itu, ramai yang gemarkan nasi ayam lemon dan katonglaksa di sini.
Alamat : 29 Jln Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam
Buka : Isnin – Rabu (12.00 pm – 10.00 pm) | Jumaat (4.00 pm – 9.59 pm) | Sabtu, Ahad (8.30 am – 10.00 pm) | Khamis (Tutup)
Kafe yang bergaya hipster dengan tema warna monokrom hitam dan putih ini bukan sahaja menarik untuk dilihat, tetapi juga menyajikan pelbagai hidangan yang lazat. Ada menu unik yang sukar untuk ditemui di tempat lain seperti spaghetti ikan masin, spaghetti udang masak lemak, dan banyak lagi. Selain itu, sajian hidangannya juga cukup berpuas hati. Sebelum pulang, jangan lupa untuk menikmati kelazatan kopinya yang mana aromanya adalah yang pertama sekali akan menerpa deria Anda sebaik memasuki kafe Kopimeo.
Alamat : Jalan Lading 19/E, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Buka : Sabtu, 4.30 - 10.30 PM
Masih tak pasti nak pergi mana sebab banyak pilihan? Cuba pergi ke pasar malam! Kat sini, banyak peniaga jual pelbagai jenis makanan kaki lima, mulai dari makanan tempatan Malaysia dengan rasa oriental yang kuat dan harga yang sangat murah, makanan Cina seperti chee cheong fun, hokkien mee, makanan India seperti roti prata, dan banyak lagi yang pasti sedap! Tapi yang perlu diingat, pasar malam ni hanya buka sekali seminggu, iaitu pada malam Sabtu je! Jadi, pastikan check waktu sebelum pergi ya!
Itulah dia idea-idea tempat makan best-best di Shah Alam, Selangor yang boleh Anda lawati kalau dah terlajak bercuti ke sini. Dari kedai masakan Cina hinggalah Arab, tak cukup sebulan untuk Anda menghabiskan food hunt di sekitar Shah Alam ni kan? Tidak kira untuk makan pagi, petang, atau malam, pilihan kedai makan di sekitar Shah Alam ini seolah-olah tidak berkesudahan. Sungguh bertuah penduduk Shah Alam! Bagi Anda yang perlu melakukan perjalanan dari jauh, jangan risau, terdapat banyak tempat menarik yang boleh Anda kunjungi untuk menjadikan lawatan Anda ke sini lebih bermakna dengan pelbagai aktiviti. Selamat bercuti dan selamat menikmati hidangan di Shah Alam! Jangan lupa tempah tiket perjalanan dan penginapan Anda di Shah Alam hanya melalui Traveloka!
Tue, 14 Jan 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Kota Kinabalu (BKI) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 135.06
Wed, 8 Jan 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Kuching (KCH) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 143.07
Mon, 20 Jan 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Kota Bharu (KBR) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 53.73