10 hotel warisan di Malaysia yang tidak luntur ditelan zaman

Traveloka MY
13 Dec 2017 - 10 min read

Mungkinkah pesona sesebuah hotel bertemakan warisan terletak di sebalik peredaran masa? Atau susun atur perabot antik dan reka bentuk dalaman yang mencuri perhatian? Atau tanda-tanda sejarah yang bergema di segenap ruang bangunan?

Penginapan yang sarat dengan elemen nostalgia, gabungan tradisional dan kontemporari yang diketengahkan oleh hotel bertemakan warisan adalah antara hotel warisan pilihan kami:

1. Casugria Dutch Boutique Heritage Bed & Breakfast | Melaka

Dibina oleh seorang lelaki Belanda sekitar tahun 1810, hotel tradisional dengan seni bina kayu ala kampung ini terletak di tengah-tengah kesibukan bandaraya bersejarah Melaka. Sebagai kampung terakhir yang masih bertahan di tengah arus pemodenan Melaka, vila kolonial warisan Belanda ini dijaga kemas dan rapi. Chalet berdekatan dengan taman dan kolam sesuai untuk pasangan yang menginginkan privasi. Buat tetamu yang berkeluarga, terdapat bilik-bilik yang lebih besar sesuai dengan citarasa mereka.

Chalet Kolam.

Chalet Taman.

Kadar penginapan bermula dari: RM340++

*****

2. Hotel 23 Lovelane | Pulau Pinang

Pencinta seni yang berjiwa retro pasti akan jatuh hati dengan hiasan dalaman di Hotel 23 Lovelane. Penghargaan pada seni bina bangunan yang telah wujud sejak tahun 1800-an ini jelas kelihatan pada hasil pemuliharaannya oleh sekumpulan arkitek pada tahun 2011. Jika anda seorang ulat buku, habiskan masa di perpustakaan di sini. Anda juga boleh bersiar-siar di taman dalam perkarangan hotel.

Salah satu bilik di Suit Muntri, 3 bilik tidur dalam rumah yang sudah wujud sebelum zaman peperangan.

Tingkat atas di Rumah Kedai India dupleks.

Kadar penginapan bermula dari: RM240++

*****

3. Resort Bon Ton | Langkawi

Vila Putih Frangipani.

Mengembalikan konsep rumah kampung antik Melayu, sebilangan rumah di hotel warisan ini berusia lebih daripada 100 tahun! Walaupun luarannya kelihatan tradisional, reka bentuk dalaman diubah suai dengan garapan kontemporari klasik untuk menjamin keselesaan para penginap. Setiap rumah dihias dengan perabot kayu klasik dan luas, sesuai untuk percutian keluarga.

Vila Laguna berusia 120 tahun.

Sinaran matahari yang mengelilingi kawasan kolam, sesuai untuk anda berjemur.

Vila Blue Ginger.

Kadar penginapan bermula dari: RM580++

*****

4. Hotel Puri | Melaka

Apresiasi pada keunikan sejarah Melaka dan budaya suku kaum Peranakan boleh dilihat pada sentuhan reka bentuk dalaman Hotel Puri, susun atur perabot-perabot kayu dan barangan seramik yang klasik menghiasi setiap ruangan. Dahulunya hotel yang dibina pada tahun 1822 ini pernah menjadi rumah Tan Kim Seng, seorang ahli perniagaan dan pemilik ladang getah terkenal. Paling menarik, kemudahan spa juga turut ditawarkan.

Bilik Superior Twin.

Spa Puri.

Kadar penginapan bermula dari: RM160++

******

5. 5 Heeren | Melaka

Halaman di 5 Heeren untuk anda menikmati sarapan Peranakan yang tersedia di penginapan ini.

5 Heeran menyingkap ciri-ciri budaya Baba dan Nyonya melalui sentuhan unik muzium yang diubah suai dan dibaik pulih menjadi hotel. Hiasan dalaman berkonsepkan rumah elegan keluarga Peranakan bakal memberikan anda pengalaman penginapan yang tidak ternilai. Yang manakah pilihan anda - katil dengan reka bentuk Cina atau melihat pemandangan Sungai Melaka di balkoni?

Bilik Opium Pearl yang selalunya ditempah.

Suit Grand Harbour, yang menghadap Sungai Melaka.

Pemandangan dari balkoni.

Kadar penginapan bermula dari: RM290++

*****

6. Hotel Timez | Melaka

Bilik Oriental Beauty,dengan tona warna emas dan bekas bedak yang membentuk tulisan Cina yang bermaksud 'cantik'.

Dibina di sebuah bangunan lama yang diubah suai semula dengan garapan rona-rona warna yang menonjol, Hotel Timez bakal membuat anda ingin merakamkan setiap detik indah penginapan di sini. Yang menarik tentang hotel ini, setiap 12 bilik tetamu dihiasi dengan konsep berbeza seperti Peranakan, Cina, British, Portugis dan Belanda sebagai penghargaan kepada budaya masyarakat Melaka.

Bilik Clip-Clop, paparan seni yang membentuk terompah kayu daripada bongkah kayu-bongkah kayu yang kecil.

Bilik Azulejos, mempamerkan hiasan utama yang merangkumi dinding mosaik daripada jubin seramik Azulejos yang dilukis.

Bilik Lattice, lengkap dengan gerbang yang diukir halus.

Kadar penginapan bermula dari: RM160++

******

7. Hotel Ban Loong | Ipoh

Bilik Keluarga.

Tiada penginapan yang lebih sesuai untuk memudahkan anda menerokai Ipoh melainkan Hotel Ban Loong yang terletak di Kampung Kuchai. Dengan lokasi yang cukup strategik, tarikan pelancong seperti Concubine Lane yang berdekatan. Banyak sebab yang boleh buat anda jatuh cinta dengan kesederhanaan hotel ini - keringkasan dinding batu bata dan siling tingginya.

Kadar penginapan bermula dari: RM70++

******

8. Hotel Areca | Pulau Pinang

Bilik Garden.

Jika melihat reka bentuk dalaman Hotel Areca yang diberi sentuhan kontemporari, tentu anda tidak percaya dahulunya bangunan ini merupakan rumah kedai yang sangat berusia. Buat keluarga yang menginginkan ruangan luas untuk bercuti, bersantailah di bilik-bilik selesa yang terasa seperti rumah sendiri. Jika ada masa lapang, kunjungi pawagam pertama di Pulau Pinang yang menayangkan filem Cina dengan bunyi, The Majestic Theatre, yang terletak bertentangan dengan hotel.

Halaman bahagian dalam yang teduh daripada sinaran matahari.

Bilik Heritage.

Kadar penginapan bermula dari: RM240++

*****

9. Hotel The Edison George Town | Pulau Pinang

Lounge.

Teringin merasa penginapan yang mengetengahkan garapan elemen warisan mewah? Hotel The Edison George Town, bangunan kolonial yang terletak di Lebuh Leith asalnya merupakan tempat tinggal hartawan Hakka pada tahun 1906. Kini tempat tinggal tersebut telah berubah wajah menjadi sebuah hotel dengan hiasan dalaman yang unik dan klasik.

Bilik Deluxe.

Halaman.

Kadar penginapan bermula dari: RM500++

*****

10. Hotel Yeng Keng | Pulau Pinang

Bilik Courtyard Twin.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki di hotel ini, anda bakal disajikan dengan pemandangan alam semula jadi yang indah dengan taman yang penuh kehijauan. Gabungan suasana klasik dan hiasan moden di 19 bilik di sini mewujudkan keadaan selesa seperti berada di rumah sendiri. Hotel Yeng Keng merupakan salah satu rumah agam tertua namun tetap utuh di George Town.

Bar di Kafe Yeng Keng.

Kadar penginapan bermula dari: RM320++

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu tidak mahu ketinggalan tawaran kami, pastikan anda melihat artikel ‘Super Stays’ Traveloka setiap minggu!

Diterjemahkan oleh: Nadhirah Hasnan.

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved