Diterjemahkan oleh: Lina Khazali
Drama Korea sangat-sangat popular kerana plot cerita yang buat anda ketagih, watak yang menarik dan akhir sekali tentulah makanan yang buat anda terliur.
Berita baiknya ialah, setelah menonton semua adegan makanan yang menggiurkan ini, anda boleh sama-sama menyertai kami dalam dunia keinginan makanan Korea enak ini. Lihat senarai 6 makanan terbaik kami dalam K-Drama dan juga tempat untuk merasainya.
Sumber: Giphy
Pada pendapat kami, ayam goreng adalah makanan jiwa yang sebenar untuk setiap orang Korea. Ayam goreng telah memonopoli setiap pelusuk Korea, sehinggakan kerajaan Korea telah menghadkan bilangan restoran ayam goreng yang dibenarkan beroperasi di setiap blok. Dalam drama Korea, ayam goreng selalunya digambarkan sebagai makanan yang dimakan untuk meraikan sesuatu bersama keluarga, kawan atau untuk mengubat hati yang lara.
Dulu, setiap orang akan memesan KFC untuk hidangan ayam goreng yang rangup dan enak, tapi sekarang, ia telah diambil alih oleh Korean Fried Chicken atau Ayam Goreng Korea. Jadi apa yang buat ayam goreng ini begitu istimewa? Tentulah bahan perapannya, sama ada gabungan kicap dan bawang putih, atau pes cili merah yang pedas dan manis. Kedua-duanya buat anda ketagih! Lebih enak lagi kalau ayam goreng disalut dengan keju mozzarella yang cair dan hangat di K Fry Urban Korean!
Nak makan di mana?
K Fry Urban Korean
IOI City Mall, IOI Resort, 62502 Putrajaya, Selangor
Waktu operasi: 1:30 pagi - 10:30 malam setiap hari
Sumber: Giphy
Perasan tak, kimchi mesti muncul dalam drama Korea sekurang-kurangnya sekali. Kami gelarkan ini sebagai Pelakon Pembantu Terbaik dalam dunia drama Korea. Kimchi dibuat daripada sayur yang diperap dengan garam dan sayur yang ditapaikan, selalunya kubis Napa atau mu (lobak Korea), dicampur dengan pelbagai bahan perasa termasuklah gochugaru (empingan cili merah Korea), jeotgal (makanan laut masin), bawang putih dan halia. Anda boleh membeli kimchi yang telah disiap dibuat di mana-mana pasaraya di Kuala Lumpur, tapi yang paling kami suka ialah kimchi jenama Sopoong.
Di mana nak beli?
Sopoong
12, Jalan Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi - 10 malam setiap hari
Sumber: Giphy
Anda pasti pernah makan mi segera yang hangat dan menyelerakan, tapi ramyeon pertama yang anda makan semestinya yang mengubah segalanya! Kami diberitahu yang standard ramyeon yang sempurna adalah yang dimasak dalam periuk tradisional berwarna emas yang digunakan oleh ramai orang di Korea, dimasak dengan kimchi, dan dilengkapkan lagi dengan telur separuh masak di atasnya. Tapi ramyeon yang sedap bukan hanya dijual di kedai runcit. Kalau nak rasa ramyeon yang lebih asli, cuba di Gangnam 88 Restaurant. Sesuap ramyeon ini mengingatkan kami kembali pada Seoul.
Di mana nak makan?
Gangnam 88 Restaurant
No 1-1, Jalan Solalis 3, Solaris Mont Kiara Off Jalan Kira, 50480 Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 12-11:30 malam setiap hari
Sumber: Giphy
Menulis tentang bibimbap pun dah buat kami terliur. Semangkuk hidangan yang sihat dan enak ini terdiri daripada pelbagai sayuran, daging, pes cili, minyak bijan dan kadangkala telur goreng, hanya menunggu untuk anda campurkan, menjadikan ia hidangan versatile. Cukup dikenali dan digemari, hidangan Korea ini selalu menjadi pilihan pelakon-pelakon dalam drama Korea. Kami dah cuba beberapa bibimbap tapi mungkin tiada yang seenak KmichiHaru.
Di mana nak makan?
KimchiHaru
72, Jalan SS 15/4d, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: 11:30 pagi - 10:30 malam setiap hari kecuali Ahad
Sumber: Giphy
Jjajangmyeon (atau Jajangmyeon) adalah mi sos kacang hitam yang sebenarnya berasal dari China. Hidangan mi yang dicampur dengan chunjang (sos pes kicap pekat yang memberikan warna hitam), daging cincang dan sayur-sayuran. Dalam K-Drama, selalunya anda dapat melihat pelakon korea memesan makanan yang dihantar ke rumah selepas penat bekerja. Cara biasa untuk makan jjajangmyeon adalah duduk bersila di lantai dengan melapik surat khabar sebagai pengganti tikar. Mi ini boleh buat anda kelihatan comot, jadi kami tidak sarankan anda memesan mi ini ketika bertemu janji!
Sayangnya, anda mungkin tidak boleh memesan mi ini melalui perkhidmatan penghantaran, tapi anda masih boleh menikmatinya di Oiso Korean Restaurant.
Di mana nak makan?
Oiso Korean Restaurant
No. 57, Jalan Kerinchi, 59200, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia, 59200 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi - 10 malam (setiap hari bekerja), 11 pagi - 9:300 malam (Setiap hujung minggu)
Sumber: Giphy
Sama seperti ais kacang Malaysia, kini kita juga boleh menikmati patbingsu (pencuci mulut ais parut dari Korea) yang selalu kita lihat di K-Drama, semuanya kerana cawangan-cawangan di KL yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Pencui mulut ais ini dihiasi dengan buah-buahan, sirap, pes kacang merah dan susu pekat. Pencuci mulut ais yang di parut telah menjadi pencuci mulut dalam lingkungan harga yang mahal termasuklah yang trendy berharga hampir RM30 semangkuk. Kunjungi Hanbing Korean Dessert yang mempunyai rasa seperti keju blueberry, teh hijau, mangga dan Oreo!
Di mana nak makan?
Hanbing Korean Dessert
33, Jalan Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11 pagi - 12 pagi setiap hari
_________________________________________________________________________
Jika anda mahukan pengalaman makanan Korea yang asli, tiada yang dapat tandingi menikmati hidangan ini di Korea Selatan. Lihat promosi kami yang berlangsung sekarang!