7 Air Terjun Best di Terengganu - Pengalaman Seronok Anda di Alam Semulajadi Pantai Timur Malaysia

Jom Jelajah Air Terjun Terengganu yang Menakjubkan dan Menenangkan Hati
Traveloka Accomodation
16 Jun 2023 - 6 min read

Air Terjun Terengganu - Negeri Terengganu terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia dan merupakan antara negeri yang menawarkan destinasi percutian terbaik di Malaysia.

Seperti mana setiap negeri mempunyai tarikan tersendiri, Terengganu sangat terkenal dengan pulau-pulaunya, pantai-pantai yang cantik, hidupan marin dan khazanah alam yang tidak ternilai termasuklah beberapa lokasi air terjunnya yang masih belum diterokai ramai.

Mari teruskan bacaaan anda untuk mengetahui senarai 7 air terjun Terengganu best yang wajib anda singgah apabila berkunjung ke negeri ini. Kalau tak singgah memang rugi!

7 Air Terjun Best di Terengganu - Wajib Pergi!

1. Air Terjun Chemerong

Alamat: Hutan Simpan Pasir Raja, 23000, Dungun, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi - 6 petang
Tiket Masuk: RM 2 - RM 5

Air Terjun Chemerong - Air Terjun Terengganu

Air terjun Chemerong adalah merupakan salah satu air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian lebih kurang 305 meter. Bukan itu sahaja, air terjun ini juga dipercayai antara air terjun yang tercantik di Malaysia tau!

Di sekitar kawasan yang terjun yang mempunyai tiga tingkat ini, terdapat pelbagai jenis flora dan fauna yang anda boleh temui. Ini termasuklah Pokok Chengal yang tertua dan terbesar di dunia!

Pengunjung berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti di sekitar kawasan air terjun ini termasuklah berkhemah, bermandi-manda, menerokai kawasan denai-denai, serta menikmati kehijauan alam sambil menghirup udara segar.

Kemudahan yang disediakan juga memang terbaik. Ada tandas awam, tapak perkhemahan, pondok memasak, surau, bilik persalinan, dan sebagainya. Di kawasan berhampiran juga terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.

Sekiranya anda bercadang untuk bermalam di hotel sebelum pergi ke air terjun Chemerong ini, anda boleh tempah hotel terdekat seperti Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu dan Kenyir Sanctuary Resort & Spa.

2. Air Terjun Lata Belatan

Alamat: Kampung Jabi, Besut, 22200, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi - 6 petang
Tiket Masuk: RM 2 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)

Air Terjun Lata Belatan - Air Terjun Terengganu

Air Terjun Lata Belatan ini seringkali menjadi pilihan untuk individu yang gemar aktiviti mendaki dan berkhemah. Biasanya para pendaki akan singgah berkhemah di kawasan air terjun ini sebelum meneruskan misi mereka untuk mendaki Gunung Tebu.

Hal ini kerana, air terjun ini terletak di kawasan permulaan untuk pendakian ke gunung tersebut. Sebarang aktiviti di kawasan ini sama ada pendakian ataupun perkhemahan perlulah mendapat keizinan daripada Jabatan Perhutanan Terengganu terlebih dahulu.

Sekiranya anda datang bersama anak-anak kecil, usah risau. Terdapat kawasan air terjun yang cetek dan sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda. Airnya memang sangat jernih dan menyegarkan.

Dari segi kemudahan pula, terdapat tandas awam, pondok, surau, gerai-gerai dan sebagainya disediakan untuk para pengunjung. Terdapat juga jambatan gantung yang menjadi tarikan pengunjung di sini.

Sekiranya anda sampai ke daerah Besut, amat rugi jika anda tidak datang ke air terjun Lata Belatan. Anda boleh singgah bermalam di hotel terdekat seperti Bukit Keluang Beach Resort, NKS Chalet dan lain-lain.

3. Air Terjun Lata Tembakah

Alamat: Jalan Air Terjun, 22010, Terengganu, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi - 6 petang
Tiket Masuk: RM 2 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)

Air Terjun Lata Tembakah - Air Terjun Terengganu

Buat pencinta alam, terutamanya penduduk Terengganu dan Kelantan, Air terjun Lata Tembakah bukanlah lokasi yang asing lagi. Menariknya, air terjun ini mempunyai 7 tingkat dan merupakan antara air terjun yang tercantik di Malaysia juga.

Air terjun ini terletak di Hutan Simpan Pelagat yang berhampiran dengan Bandar Jerteh. Kebanyakan pengunjung gemar kesini kerana panorama air terjunnya yang menakjubkan, udaranya segar dan airnya pun jernih.

Kawasan air terjun ini memang dijaga rapi dan pelbagai kemudahan seperti tapak perkhemahan, tandas, pondok pengawal, trek untuk mendaki dan berjalan kaki dan chalet (RM50/hari) untuk pengunjung bermalam pun turut disediakan. Atau, anda juga boleh pilih bermalam di hotel berdekatan contohnya seperti Hotel Grand Continental Kuala Terengganu atau The Qamar Paka.

4. Air Terjun Lasir

Alamat: 21700, Kuala Berang, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi - 6 petang

Air Terjun Lasir - Air Terjun Terengganu

Berbeza dengan air terjun lain yang biasanya memerlukan pendakian, Air Terjun Lasir pula memerlukan pengunjung untuk menaiki bot dari Jeti Pengkalan Gawi selama 16 km sebelum tiba di kawasan air terjun ini. Anda akan disambut dengan deruan air terjun sebaik sahaja tiba dari jeti.

Walaupun lokasi air terjun ini agak terpencil, namun pemandangan di sekitarnya memang memukau. Kelebihan lokasi terpencil air terjun ini juga adalah, tidak ramai pengunjung dan kawasan air terjun lebih terjaga serta bersih.

Uniknya air terjun Lasir ini adalah, di setiap tingkat air terjunnya terdapat sebuah takungan air seperti kolam yang terbentuk secara semula jadi.

Di kawasan air terjun ini juga terdapat jambatan gantung. Bolehlah anda bergambar di atas jambatan ini sebagai kenang-kenangan pernah menjejakkan kaki ke air terjun ini. Antara kemudahan yang disediakan adalah pondok rehat, laluan bertangga, tandas awam dan sebagainya.

Jika anda cari tempat bermalam, anda boleh tempah hotel berdekatan seperti Tanjong Jara Resort atau Primula Beach Hotel. Hotel ini juga terletak berdekatan dengan pelbagai tempat menarik di Terengganu seperti Teluk Bidara, restoran popular dan sebagainya.

5. Air Terjun Sekayu

Alamat: Hutan Lipur Sekayu, 21700 Kuala Berang, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi - 6 petang
Tiket Masuk: RM 2 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)

Air Terjun Sekayu - Air Terjun Terengganu

Air Terjun Sekayu adalah salah satu air terjun yang terletak lebih dekat dengan Kuala Terengganu (lebih kurang 1 jam pemanduan). Jarak dari pintu pagar utama ke kawasan air terjun adalah kira-kira 1 km sahaja, jadi anda tidak perlu berjalan jauh untuk sampai ke kawasan air terjun.

Keunikan air terjun ini adalah ia mempunyai 7 tingkat. Memang lawa sangat. Selain itu, terdapat pelbagai jenis spesies tumbuhan hutan hujan tropika di sekitar kawasan air terjun ini. Semua tumbuhan ini mempunyai tanda nama beserta keterangan ringkas. Sambil berseronok, anda juga boleh menambah ilmu pengetahuan baru.

Selain air terjun, disini juga terdapat kolam buat untuk kanak-kanak. Memang sesuai sangat anda datang bersama keluarga ke sini untuk meluangkan masa bersama-sama sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Dah penat bermandi-manda, bolehlah bawa keluarga anda bermalam di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu atau Lake Kenyir Resort. Pasti mereka bersorak gembira!

6. Air Terjun Janda Mandi

Alamat: AH18, 24100 Kijal, Kemaman, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi - 5 petang

Air Terjun Janda Mandi - Air Terjun Terengganu

Walaupun nama air terjun ini agak unik sedikit, namun ia mempunyai keindahannya tersendiri. Ketinggian air terjun ini adalah lebih kurang 80-90 meter. Memang rugi sangat sekiranya anda tidak singgah ke air terjun ini bagi menyaksikan keindahannya yang sudah pasti tidak sama seperti air terjun lainnya.

Air terjun yang terletak berhampiran Kampung Teluk Kalong, Kijal, Terengganu, ini hanya memerlukan lebih kurang 12 minit perjalanan dari bandar Chukai sahaja. Ini menjadikannya mudah untuk dikunjungi.

Salah satu keistimewaan air terjun ini ialah airnya yang jatuh terus mengalir ke Pantai Teluk Kalong. Disebabkan kawasan air terjun ini berbukit dan agak berbahaya, anda disarankan untuk datang awal sekiranya ingin ke sini. Di samping itu, anda juga dapatkan khidmat penunjuk arah (biasanya penduduk tempatan) untuk membantu anda.

Anda boleh tempah Zaini Homestay Kijal sekiranya ingin singgah bermalam sebelum melanjutkan perjalanan ke destinasi seterusnya.

7. Air Terjun Saok

Alamat: Tasik Kenyir, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari

Air Terjun Saok - Air Terjun Terengganu

Air Terjun Saok adalah merupakan air terjun yang paling dekat dengan jeti. Anda akan temui Air Terjun Saok terlebih dahulu sekiranya menaiki bot atau houseboat dari Jeti Gawi, kemudian barulah tempat-tempat menarik lain seperti air terjun Lasih dan juga Taman Herba.

Untuk sampai ke kawasan air terjun ini, anda perlu menaiki laluan bertangga. Usah risau, laluan tersebut tidaklah terlalu panjang dan tinggi. Sebaik sahaja sampai di kawasan air terjun, semua penat lelah anda akan hilang begitu sahaja.

Di kawasan air terjun ini juga disediakan pelbagai kemudahan seperti tandas awam, tapak perkhemahan, dan sebagainya. Selain bermandi-manda, anda boleh berBBQ, berkhemah, berkelah ataupun memancing.

Bukan sahaja Artikel tentang Air Terjun Terengganu yang Traveloka menyediakan, tetapi kami juga mempunyai banyak artikel yang disyorkan terbaik untuk anda baca! Berikut ialah senarai cadangan Artikel terbaik khas untuk anda:

Ketujuh-tujuh air terjun yang disenaraikan di atas memang anda wajib lawati. Setiap satunya mempunyai keunikannya yang tersendiri yang boleh membuatkan anda ingin datang kembali lagi. Setelah menikmati keindahan alam, anda bolehlah berehat di hotel yang berdekatan. Tempah je melalui Traveloka, memang berbaloi!

Dalam Artikel Ini

• 7 Air Terjun Best di Terengganu - Wajib Pergi!
• 1. Air Terjun Chemerong
• 2. Air Terjun Lata Belatan
• 3. Air Terjun Lata Tembakah
• 4. Air Terjun Lasir
• 5. Air Terjun Sekayu
• 6. Air Terjun Janda Mandi
• 7. Air Terjun Saok
Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved