Ah, percutian di pulau… Tiada tempat yang lebih baik untuk bercuti dan melupakan kehidupan harian. Tapi percutian yang bagaimana pilihan anda?
Anda sukakan aktiviti mencabar seperti pelbagai aktiviti air, seperti parasailing atau menyelam? Atau anda lebih suka mendekati alam dengan mendaki melalui hutan tebal dan menikmati pemandangan yang cukup indah untuk dilupakan? Bagaimana pula kalau hanya bersantai di pantai sambil melihat ombak?
Jika anda perlu berehat sebentar, Pulau Pangkor, Perhentian dan Tioman ialah pulau-pulau yang patut ada dalam senarai anda - dan di sini kami sertakan penginapan bajet hingga ke mewah untuk anda:
Terletak di persisiran pantai Perak, Pulau Pangkor adalah antara pulau-pulau cantik yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan kurang sesak berbanding Pulau Pinang dan Langkawi - kecuali cuti sekolah. Untuk sampai ke pulau ini, anda perlu menaiki feri selama 45 minit dari Jeti Lumut, dengan tiket pergi-balik berharga RM10. Feri datang pada selang waktu sekitar setiap 45 minit.
Hotel Nelayan terletak di bahagian barat pulau di Pantai Pasir Bogak dan berdekatan dengan kedai serbaneka seperti 7-Eleven dan restoran makanan laut yang digemari seperti Restoran Pasir Bogak. Sebagai hotel yang baru, reka bentuknya agak berbeza dari resort keluarga yang lama. Dengan konsep mewah dan urban serta sedikit sentuhan industri seperti dinding batu-bata hotel ini juga bertemakan nautika. Tema ini digunakan untuk memberi penghormatan kepada para nelayan di Malaysia.
Tetamu-tetamu hotel akan mendapat tawaran pakej penginapan yang sempurna untuk hujung minggu, termasuklah pengangkutan dari Lumut ke hotel, sarapan dan makan malam, penginapan untuk satu malam, serta pelbagai aktiviti menarik seperti island-hoping, snorkeling dan banana boat ride.
Kadar bermula dari: RM95 / semalam
*****
Perhentian mempunyai dua pulau - Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Pulau kecil lebih popular di kalangan backpacker dan mempunyai aura parti yang lebih meriah berbanding dengan Perhentian Besar, yang lebih tenang dan mesra keluarga. Untuk ke pulau itu, anda perlu menaiki bot laju dari Jeti Kuala Besut. Dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 30-45 minit, bergantung pada keadaan cuaca dan arus. Tiket pergi balik berharga RM 70, diikuti dengan bayaran tambahan sebanyak RM 5 untuk pemuliharaan marin.
The Barat Perhentian terletak di Perhentian Besar, yang menawarkan pengalaman pulau yang memuaskan kepada pengunjung. Di luar, bangunannya menyerupai rumah-rumah panggang kayu yang biasanya anda lihat di kampung-kampung Melayu, tetapi di dalamnya, bilik yang luas dan dilengkapi dengan kelengkapan kontemporari menyambut tetamu.
Menyelam skuba ialah aktiviti yang popular di Perhentian sehinggakan resort ini mempunyai sekolah menyelamnya sendiri: The Barat Dive Center. Di sini, anda boleh mengambil Kursus Open Water PADI (OWC), Discovery Scuba Dive atau Advanced OWC. Anda juga boleh menyewa peralatan snorkeling jika anda ingin melihat pelbagai tempat snorkeling di pulau tersebut atau mengupah juru pandu resort untuk membawa anda menerokai alam semula jadi yang membawa anda ke trek hutan melalui laluan persimpangan pulau.
Kredit: Ye Choh Wah / Shutterstock
Kadar bermula dari: RM198 / semalam
*****
Terletak di tepi pantai yang luas dengan perairan biru, Berjaya Tioman Resort adalah tempat percutian seindah syurga. Pulau ini terletak kira-kira 2 jam perjalanan dengan feri dari Jeti Berjaya di Tanjung Gemok ke Jeti Kampung Tekek. Sama seperti Perhentian, tiket pulang berhargaRM70, ditambah dengan bayaran tambahan sebanyak RM5 untuk pemuliharaan laut.
Pilih dari pemandangan taman atau pemandangan tepi pantai apabila anda menginap di chalet yang selesa di resort ini, yang menawarkan banyak ruang dan privasi. Kami cadangkan anda menginap di chalet Seaview atau Beach - setiap satu mempunyai balkoni sendiri dengan pemandangan laut yang terbuka.
Berjaya Resort Tioman
Resort ini menawarkan aktiviti yang pelbagai untuk tetamunya seperti menyelam (mereka mempunyai pusat menyelam PADI) dan aktiviti air yang lain hinggalah ke trekking hutan dan tarikan popular lain di pulau itu. Mudahkan! Dan jika badan anda rasa kurang selesa selepas seharian, berehatlah di rawatan spa di Ayura Spa.
Kadar bermula dari: RM331 / semalam
___________________________________________________________________
Hati-hati: kalau anda bercuti ke pulau-pulau ini, anda mungkin tidak mahu pulang ke kehidupan seharian anda. Tapi apakah hidup tanpa risiko, betul tak? Jom, tempah percutian anda dengan Traveloka sekarang!
Diterjemahkan oleh: Lina Khazali