Kundasang ialah sebuah bandar di kawasan Sabah, Malaysia, terletak di sepanjang pinggir Lembah Kundasang. Lokasinya berdekatan dengan Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia dan Tapak Warisan Dunia UNESCO, yang menjadi salah satu tarikan pelancong. Jumlah pelancong yang ramai datang bermakna Kundasang mempunyai banyak jenis penginapan baik hotel mahupun homestay yang boleh Anda pilih jika Anda datang berkunjung kepada Kundasang. Berikut ialah beberapa cadangan penginapan yang boleh Anda pertimbangkan:
Sutera Sanctuary Lodges at Kinabalu Park
•
8.8/10
Kinabalu National Park Kundasang
RM 958.69
RM 671.08
Penginapan ini terletak di dalam Taman Kinabalu dan menawarkan Anda perkhidmatan yang amat baik. Udara pergunungan yang sejuk di sekeliling tempat dengan pemandangan yang menemani boleh Anda nikmati dari sini. Meski tak semua kakitangan boleh berbahasa Inggeris, tetapi mereka semuanya mesra dan senang membantu. Pelbagai bilik boleh Anda pilih dimulai daripada RM200 untuk bilik berkembar dengan bilik mandi umum hingga sekitar RM6,500 untuk rumah persinggahan khusus yang boleh Anda tempah khusus untuk keluarga. Rumah penginapan ini menyediakan kaunter penerimaan tetamu 24 jam, tetapi Anda boleh memasuki hotel dari jam 3 petang dan meninggalkan hotel pada maksimum jam 12 tengah hari. Alamat: Kinabalu National Park Kundasang, Kundasang, Mount Kinabalu, Sabah, Malaysia, 89300
Terletak di sekitar kawasan Taman Kinabalu, selain menyediakan penginapan, tempat ini juga mempunyai taman yang boleh Anda kunjungi walaupun tidak menginap di homestay. Anda boleh menikmati taman landskap yang indah dan air terjun dengan hamparan sungai yang indah dengan membayar RM10 untuk memasuki taman, dan sungai serta air terjun berada di belakang taman di sebelah kanan. Anda boleh merasai pemandangan yang indah dan udara yang segar jika Anda menginap di hotel ini. Tersedia pelbagai jenis bilik dengan rentang harga dari RM900 hingga RM1200 dan Anda boleh menempah bilik-bilik tersebut melalui laman web dalam talian yang terdapat di laman web yang mereka paparkan di Google. Alamat: Jalan Golf Course Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah, Malaysia.
Wind Valley Farmstay
•
9/10
Kampung Mesilou
RM 134.10
Penginapan yang sesuai untuk Anda pilih ketika bercuti sama ada bersama keluarga atau bersama rakan-rakan. Wind Valley Farmstay mempunyai pemandangan kawasan sekitar yang cantik, udaranya sejuk terutama pada waktu malam jadi Anda tidak memerlukan kipas atau penghawa dingin. Penginapan ini menyediakan kemudahan untuk menempah makanan yang boleh dihantar ke bilik dan menyewa peralatan BBQ jika ingin meluangkan masa bersama keluarga sambil makan bersama. Anda boleh memilih pelbagai jenis bilik, bermula dari 1 Double Bed Panoramic pada harga RM200 hingga ke Family House pada harga RM600 jika belum diskaun. Rumah penginapan ini dibuka 24 jam, tetapi Anda boleh masuk ke hotel dari pukul 2 petang hingga 10 malam dan keluar dari hotel sebelum pukul 11 pagi. Alamat: Kampung Mesilou, Kundasang, Mount Kinabalu, Sabah, Malaysia, 89307
Homestay ini mempunyai tiga buah rumah dengan kapasiti berbeza di setiap rumah. Anda perlu menempuh perjalanan selama 2 jam dari lapangan terbang terdekat ke homestay ini, tetapi sangatlah berbaloi. Homestay ini bersih dan mempunyai suasana yang damai dan tenang. pemandangan yang indah terutama pada waktu subuh sungguh menakjubkan. Anda perlu menyediakan bajet RM1500 hingga RM3000 untuk menyewa rumah berkapasiti 14 hingga 26 orang. Sangat sesuai untuk bercuti bersama keluarga yang ramai. Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah, Malaysia.
Nulu Nuluw Farmstay
8.2/10
Jalan Kauluan Kampung Cinta Mata
RM 65.63
Nulu Nuluw Farmstay amat disyorkan bagi Anda pelancong yang ingin mendapatkan penginapan mampu milik dan selesa pada masa yang sama. Banyak kemudahan boleh Anda dapatkan bila menginap di sini, sebab Nulu Nuluw Farmstay berhampiran dengan pelbagai tarikan pelancong seperti Desa Cattle Dairy Farm, Kinabalu Park, Gunung Kinabalu dan lainnya. Anda boleh memilih pelbagai macam bilik yang Anda minati dengan harga di antara RM110 - RM220 mengikuti bajet yang Anda miliki. Anda boleh membuat tempahan di Nulu Nuluw Farmstay dan mengesahkannya dengan kakitangan mereka 3 hari sebelum Anda tiba. Anda boleh mendaftar masuk pada 2 - 7 PM dan daftar keluar pada 8 AM - 12 PM. Alamat: Jalan Kauluan Kampung Cinta Mata, Kundasang, Mount Kinabalu, Sabah, Malaysia, 89300.
Penginapan yang terletak di kawasan Gunung Kinabalu ini merupakan sebuah rumah tiga tingkat dengan 10 bilik di dalamnya. Mempunyai pemandangan yang menakjubkan pada waktu pagi dan petang pada waktu matahari terbit dan terbenam, dan akan sangat cocok bila Anda peminat panoramic view. Penginapan ini menawarkan pelbagai bilik dengan julat harga antara RM104 hingga RM165. Penginapan ini juga tidak menyediakan AC sebab udaranya sudah sejuk, antara 15 - 18 darjah. Alamat: Jalan Sinisian, 89308 Kundasang, Sabah, Malaysia.
Happy Village Kundasang
•
8.7/10
BGN 1, Jalan Perkasa Hotel, KDSG BGN 1
RM 442.80
RM 426.30
Homestay seterusnya yang boleh Anda pilih ialah Happy Village Kundasang. Terletak hanya 1.5 km dari pusat bandar Sabah, homestay ini menawarkan kemudahan yang baik dan menarik. Anda boleh memilih beberapa jenis bilik dengan harga antara RM300 hingga RM600. Untuk harga bilik RM300, ia boleh diduduki maksimum tiga orang. Pilihan yang disediakan oleh homestay ini sangat sesuai jika Anda melancong bersama rakan-rakan Anda. Satu perkara yang Anda tidak boleh ketinggalan bila menginap di sini ialah melihat pemandangan matahari terbit yang boleh Anda lihat sebagai pemandangan homestay ini pada waktu subuh. Alamat: BGN 1, Jalan Perkasa Hotel, KDSG BGN 1, Kundasang, Mount Kinabalu, Sabah, Malaysia, 89307.
Direka bentuk dengan bangunan dua dek tipikal Eropah, homestay Lamin Kapio mempunyai ciri-ciri tersendiri. Salah satu yang menarik ialah, walaupun banyak tempat dan homestay di Kundasang mempunyai pemandangan latar belakang Gunung Kinabalu, Lamin Kopio mempunyai pemandangan yang luar biasa kerana ia adalah yang paling dekat daripada yang lain. Anda boleh menyewa 2 bilik untuk kapasiti maksimum 10 orang dengan harga RM400 pada hari bekerja dan RM430 pada hujung minggu. Anda juga mendapat pelbagai kemudahan di dalam bilik yang Anda sewa, seperti TV pintar, peti ais mini, periuk nasi, peralatan dapur asas, BBQ dan lain-lain. Alamat: 89308 Kundasang, Sabah, Malaysia.
Mile 36 Lodge
•
8/10
Kg Kalanggaan, Mile 36,Kundasang
RM 286.79
RM 215.10
Penginapan ini terletak di kawasan Tamparuli di kaki gunung menghala ke Ranau. Seperti tempat penginapan lain di kawasan Kundasang, rumah penginapan ini juga mempunyai pemandangan yang cantik. Anda boleh bertanya tentang ketersediaan bilik dengan pemandangan gunung yang boleh dilihat dari bilik, tetapi jika Anda tidak mendapat bilik tersebut jangan risau! Kerana Anda masih boleh menikmati pemandangan indah lainnya dari balkoni. Satu perkara yang unik tentang hotel ini ialah penginapan ini mengekalkan beberapa bangunan asalnya yang telah wujud sejak masa dahulu dan menggabungkannya dengan pembinaan baharu. Terdapat pelbagai jenis bilik yang boleh Anda pilih dengan harga antara RM100 hingga RM350. Anda boleh memasuki hotel ini dengan menunjukkan bukti tempahan dari jam 1 petang hingga 7 malam. Selepas penginapan Anda selesai, Anda boleh meninggalkan hotel sebelum jam 11 pagi. Alamat: Kg. Kundasang, Kundasang, Mount Kinabalu, Sabah, Malaysia, 89308
Penginapan di kawasan Gunung Kinabalu pada harga yang berpatutan dengan pemandangan yang cantik, perkhidmatan yang mesra, cadar yang bersih dan kemas membuatkan orang ramai berasa selesa seperti di rumah sendiri. Beberapa bilik menyediakan balkoni yang boleh Anda gunakan untuk bersantai sambil menatap matahari terbenam. Julat harga di homestay ini antara RM130 hingga RM170, berbaloi dengan kemudahan yang mereka sediakan. Alamat: AH150, 89300 Ranau, Sabah, Malaysia.
Ayana Holiday Resort
•
8.4/10
Kg. Kalanggaan, Mile 35,Tinompok National Park
RM 129.25
Terletak hanya 850 meter dari Taman Kinabalu, Anda harus mempertimbangkan hotel ini jika Anda mencari penginapan di Kundasang. Bilik asas di homestay ini menyediakan semua keperluan termasuk tuala, peralatan mandian, cerek, bilik mandi en suite dengan hos bidet dan air panas. Mereka mempunyai kakitangan yang ramah dan gembira untuk membantu Anda dengan keperluan Anda. Anda boleh memilih bilik dengan julat harga dari RM150 hingga RM300. Perkhidmatan penginapan ini dibuka dari jam 7 pagi hingga 9 malam. Alamat: Kg. Kalanggaan, Mile 35, Tinompok National Park, Kundasang, Mount Kinabalu, Sabah, Malaysia, 89300
Homestay ini merupakan rumah percutian privat yang cocok Anda pilih jika bercutian bersama keluarga. Terletak di Kundasang berjarak 11 km dari Ranau. Soboorong Farmer’s Cottage menyediakan pelbagai bilik dengan harga antara RM250 hingga RM450. Salah satu bilik di homestay ini mempunyai 2 bilik, muat untuk 4-6 orang dan menyediakan dapur gas Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah, Malaysia dan peralatan BBQ serta peralatan. Alamat: Jalan Kundasang Kauluan, Pekan Kundasang, 89307 Kundasang, Sabah, Malaysia.
J Residence
•
8.3/10
Kg. Tinompok, Mile 35,Kinabalu NP, Nabalu, Kundasang
RM 89.80
Terletak berhampiran kawasan Taman Kinabalu, penginapan bertaraf tiga bintang ini boleh menjadi pilihan penginapan Anda ketika berkunjung ke Kundasang. Terletak hanya 8 km dari Gunung Kinabalu, penginapan ini sudah tentu mempunyai pemandangan gunung yang boleh Anda lihat dari bilik-bilik tertentu. Anda boleh memilih pelbagai jenis bilik pada pelbagai harga, bermula dari RM100 hingga RM1200. Kg. Tinompok, Mile 35, Kinabalu NP, Nabalu, Kundasang, Kundasang, Mount Kinabalu, Sabah, Malaysia, 89300
Kinabalu Pine Resort
•
8.9/10
Kampung Kundasang (Along Kundasang Ranau Highway)
RM 210.00
Terletak 10 km dari Taman Kinabalu, penginapan ini menawarkan suasana woody. Resort ini adalah resort lama, tetapi masih selesa. Pada waktu malam bunga-bunga mekar dan terdapat bau harum yang melayang di udara. Tiada AC yang mereka sediakan, hanya kipas elektrik tetapi ia lebih daripada mencukupi kerana ia sejuk pada waktu malam. Harga di penginapan ini antara RM200 - RM300 yang mana Anda boleh adjust ikut bajet Anda. Alamat: Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah, Malaysia.
OYO Homes 90264 Lily Cottage & Kitchen
Jalan Tamparuli Ranau, Tinompok, Ranau
Dikenal kerana ia mempunyai restoran yang menyediakan makanan yang lazat dan berbaloi, tempat ini juga mempunyai penginapan. Julat harga bilik di hotel ini ialah RM43 hingga RM135, bergantung pada jenis bilik yang Anda tempah. Berdekatan dengan pelbagai tarikan pelancong di sekitar Gunung Kinabalu, Anda juga boleh melihat pemandangan gunung dari tempat penginapan ini. Alamat: Jalan Tamparuli Ranau Tinompok Kinabalu Park Kundasang, 89300 Ranau, Sabah, Malaysia.
Sudahkah Anda selesai mengatur jadual percutian Anda dan memilih Kundasang sebagai salah satu destinasi? Pilihan Anda hebat! Sambil menyediakan keperluan percutian, Anda boleh melihat beberapa homestay dan menempahnya dengan diskaun menarik melalui Traveloka.