Gunung Jerai ialah salah satu gunung di Kedah, tepatnya di sempadan antara Kuala Muda dan Yan. Gunung ini mempunyai ketinggian sekitar 1,217 meter. Terdapat banyak cerita legenda yang beredar tentang Gunung Jerai. Yang paling terkenal ialah kisah batu besar berbentuk kapal yang bermula dari kedatangan Maharaja Merong Mahawangsa yang ingin melabuhkan kapal ke Pulau Serai, namun kapal tersebut mendapat sumpahan daripada Sang Kelambai.
Gunung Jerai merupakan salah satu tempat yang menarik untuk bercuti. Lebih-lebih lagi jika Anda suka mengembara dan meneroka alam semula jadi. Apabila memasuki kawasan Gunung Jerai, Anda boleh menikmati pemandangan alam yang menakjubkan dengan tumbuhan tropika di hutan Bukit Dipterokarp dan hutan Dipterokarp Atas. Selain itu, tentunya di kawasan Gunung Jerai juga terdapat banyak lagi tarikan pelancongan menarik yang boleh Anda kunjungi.
Jika Anda ingin meluangkan masa bercuti di Gunung Jerai dan sekitarnya, tentu Anda harus memikirkan penginapan atau sejenisnya semasa berada di sana. Jangan risau, berikut adalah pusat peranginan yang disyorkan di Gunung Jerai yang boleh menjadi tempat berehat atau staycation yang selesa.
The Jerai Hill Resort adalah salah satu resort yang terkenal di kawasan Gunung Jerai. Tempat ini adalah salah satu resort terkenal yang menjadi tempat penginapan kegemaran di kawasan ini. Jerai Hill Resort mempunyai kemudahan yang lengkap dan kawasan hiburan yang menyenangkan. Tempat yang sangat sesuai untuk menghabiskan masa bercuti bersama keluarga. Anda yang tercari-cari tempat untuk ketenangan, keselesaan, dan jauh dari kesibukan kota, The Jerai Hill Resort adalah jawapannya. Kemudahan yang boleh Anda nikmati di sini selain bilik yang selesa ialah kolam renang. Anda juga boleh melakukan trekking di sekitar resort, sama ada bersendirian atau bersama orang tersayang. Jika Anda berminat untuk menginap di resort ini, Anda boleh menempah bilik melalui aplikasi online seperti Traveloka.
Alamat: Jalan Kaki Bukit, Lebuhraya Gurun, Gunung Jerai, Gurun, Kedah, Malaysia, 08300
Kemudahan utama: AC, restoran, kolam renang, penerimaan tetamu 24 jam, tempat letak kereta, wifi
The Jerai Hill Resort
•
8.6/10
Jalan Kaki Bukit, Lebuhraya Gurun
RM 379
RM 346
Terletak di kawasan Sungai Petani, Cinta Sayang Resort merupakan salah satu penginapan di Gunung Jerai yang mudah Anda akses. Hanya kira-kira 3.6 kilometer dari Stesen Sungai Tani tau. Resort ni sesuai untuk Anda yang mempunyai bajet terhad, tetapi ingin mendapatkan perkhidmatan yang baik. Jika Anda akan menjalankan aktiviti di pusat peranginan yang memerlukan bilik besar, Cinta Sayang Resort telah menyediakannya untuk Anda. Kemudahan sokongan lain pun juga lengkap.
Jika anda ingin berehat dalam suasana romantik, Cinta Sayang Resort adalah pilihan yang tepat. Dapatkan pengalaman berharga dan percutian yang tidak dapat dilupakan dengan menginap di Cinta Sayang Resort.
Alamat: Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kuala Muda, Kedah
Cinta Sayang Resort
•
8.3/10
Persiaran Cinta Sayang
RM 151
RM 145
Seterusnya, Anda boleh memilih Hotel Sukaramai yang juga terletak di lokasi yang strategik, tepatnya di kawasan Gunung Jerai. Anda akan mendapat perkhidmatan berkualiti yang memuaskan. Kemudahan hotel ini adalah mencukupi supaya Anda dan keluarga dapat berehat dengan selesa semasa berada di Gunung Jerai.
Alamat: 15, 16 & 17, Jalan Gurun Jaya 1, Taman Gurun Jaya, Gunung Jerai, Gurun, Kedah
Hotel Sukaramai
•
8.6/10
15, 16 & 17, Susuran Gurun Jaya 1,Taman Gurun Jaya
RM 143
RM 128
Satu lagi penginapan di Gunung Jerai yang boleh menjadi pilihan jika Anda bercuti di sana ialah The Jerai Hotel Sungai Petani. Penginapan ini terletak tidak jauh dari Stesen Sungai Tani dan Kelab Golf Sungai Petani, tak hairan kan ramai yang nak untuk menginap di resort ini apabila bercuti. Kemudahan hotel ni tak perlu Anda tanya lagi sebab dah dijamin lengkap. Ada pula pelbagai jenis bilik yang boleh anda pilih mengikut keperluan Anda. Selain itu, Anda pun boleh menikmati pelbagai perkhidmatan yang disediakan di penginapan ini.
Alamat: 427, Jalan Kolam Air, Sungai Petani, Kuala Muda, Kedah
The Jerai Hotel Sungai Petani
•
8/10
427, Jalan Kolam Air
RM 163
RM 145
Akhir sekali, Anda juga boleh menginap di Hotel Merilton jika bercuti di Gunung Jerai dan sekitarnya. Lokasinya pun strategik kerana masih berdekatan dengan Stesen Sungai Tani dan Pusat Beli Belah Billion. Kualiti perkhidmatan sangat baik dan harga adalah mesra bajet tau. Jadi Anda tidak perlu risau jika anda tinggal di sini. Merilton Hotel sesuai dijadikan penginapan ketika Anda bercuti bersama keluarga tercinta.
Alamat: Jalan Kampung Baru, Sungai Petani, Kuala Muda, Kedah
Ini adalah beberapa cadangan untuk resort dan hotel di sekitar Gunung Jerai. Anda boleh memesannya terus melalui aplikasi Traveloka.
Merilton Hotel
•
8.1/10
Jalan Kampung Baru
Lihat harga
Jika Anda bercuti di Gunung Jerai, terdapat banyak pilihan tarikan pelancong yang sangat menarik untuk dikunjungi. Berikut adalah beberapa cadangan tempat menarik di Gunung Jerai.
Tempat yang tidak boleh dilepaskan jika Anda datang ke Gunung JErai ialah Muzium Perhutanan Negeri Kedah. Muzium ini berada di puncak Gunung Jerai, tidak jauh dari Taman Rimba. Bangunan muzium ini serupa dengan rumah tradisional Melayu yang diperbuat daripada kayu. Di dalamnya terdapat banyak koleksi berharga yang menarik dan boleh menambah ilmu.
Tambahan pula, Anda boleh melawat Hutan Lipur Titi Hayun yang terletak di kaki gunung Jerai di wilayah Yan. Tempat ini biasanya dikunjungi oleh pelancong pada hujung minggu atau cuti kebangsaan. Di dalam hutan ini terdapat air terjun yang popular iaitu Air Terjun Titi Hayun. Beberapa aktiviti yang boleh Anda lakukan di sini ialah mendaki ke puncak gunung, mandi dan berenang di sekitar air terjun, berkhemah atau trekking.
Tidak jauh dari Gunung Jerai, Anda juga akan menemui Telaga Tok Sheikh. Tempat ini umpama harta karun yang dimiliki oleh Gunung Jerai. Menurut sejarah, perigi ini pernah menjadi kepunyaan seorang ulama Arab iaitu Syeikh Abdullah bin Syeikh Jaafar Al Qumairi yang singgah di Kedah pada zaman kerajaan Kedah Tua. Perigi ini juga antara tempat yang selalu sesak pada hujung minggu. Beberapa aktiviti yang boleh Anda lakukan di sini seperti mandi, berenang, atau bersantai menikmati keindahan alam semula jadi.
Masih berdekatan dengan Air Terjun Titi Hayun, terdapat satu lagi air terjun yang dipanggil Batu Hampar. Tempat ini tidak kurang cantiknya. Anda akan dijamu dengan hamparan pokok yang rimbun dan pemandangan yang indah. Udara di sini juga menyegarkan. Sangat sesuai untuk dijadikan tempat bersantai selepas menghadapi kerja. Tapi kalau nak ke sini, berhati-hatilah kerana akses jalan raya agak mencabar dan jauh di dalam hutan di kaki gunung.
Akhir sekali, yang terkenal di Gunung Jerai sudah tentu Batu KApal. Tempat ini adalah batu yang mempunyai legenda yang popular di kalangan masyarakat. Terletak betul-betul di puncak Gunung Jerai. Tempat ini menjadi destinasi pelancong baik tempatan mahupun asing. Lokasinya tidak jauh dari The Regency Jerai Hill Resort.
Antara aktiviti menarik yang boleh Anda lakukan di Gunung Jerai adalah seperti berikut.
Beberapa agensi pelancongan menyediakan lawatan alam semula jadi di kawasan Gunung Jerai. Anda akan dibimbing untuk melawat tempat-tempat pelancongan yang menarik di sekitar sana. Lawatan ini biasanya akan mengandungi penerangan tentang flora, fauna, dan sejarah di sekitar lokasi pelancongan.
Jika Anda suka berkhemah, Gunung Jerai juga boleh menjadi pilihan yang bagus untuk berkhemah. Malah beberapa kawasan di kawasan ini menyediakan kemudahan perkhemahan yang sangat mencukupi.
Puncak Gunung Jerai adalah tempat yang sangat sesuai untuk Anda yang ingin menikmati pemandangan sekitar Gunung Jerai. Dari ketinggian, panorama yang menakjubkan akan memanjakan mata Anda, bermula dari pemandangan laut, pulau-pulau kecil, hinggalah ke kawasan desa sekitar.
Salah satu aktiviti paling popular di Gunung Jerai sudah tentu mendaki. Gunung Jerai mempunyai laluan pendakian yang mencabar, tetapi memberikan pemandangan yang indah. Pendaki akan menyukai laluan di sini.
Di sekitar Gunung Jerai terdapat beberapa air terjun yang menarik untuk dikunjungi. Air Terjun Titi Hayun merupakan salah satu destinasi popular yang menawarkan suasana segar dan alam semulajadi yang menakjubkan.
Gunung Jerai mempunyai beberapa kuil yang menjadi tempat ziarah penganut Hindu dan Buddha. Kuil-kuil ini juga merupakan tarikan sejarah dan budaya yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga atau orang tersayang.
Itu sahaja info tentang Gunung Jerai dan beberapa cadangan tempat dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana. Percutian di Gunung Jerai adalah pilihan yang tepat jika Anda ingin meluangkan masa bercuti bersama orang tersayang. Anda tidak perlu risau jika ingin menempah resort untuk menginap di sana. Aplikasi Traveloka akan membantu Anda menempah. Terdapat banyak pilihan yang tersedia mengikut keperluan Anda dan proses tempahan menjadi lebih mudah dan pantas. Semak aplikasi Traveloka atau klik di sini.
Baca juga: Senarai Tempat Makan Best di Sepang!
Mon, 19 May 2025
Malaysia Airlines
Kota Kinabalu (BKI) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 141.76
Tue, 27 May 2025
AirAsia Indonesia
Surabaya (SUB) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 260.51
Mon, 19 May 2025
Malaysia Airlines
Kuching (KCH) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 97.83