Pilih 10 Homestay di Cameron Highland Ini untuk Percutian Anda

Traveloka Accomodation
31 May 2023 - 6 min read

Homestay Cameron Highland - Siapa pernah pergi Cameron Highlands, angkat tangan? Siapa tak pernah pergi Cameron Highlands, angkat tangan? Untuk yang tak pernah menikmati keunikan Cameron Highlands, ini peluang terbaik anda kerana kami ada 10 pilihan homestay di Cameron Highland untuk anda!

Cameron Highland sangat sinonim dengan baju sejuk sebab suasana di atas sana umpama kita berada di puncak gunung. Itu petua khas untuk anda bila nak bergerak ke sana, jangan lupa baju sejuk.

Selain daripada itu, pemandangannya sangat indah dan membuat kita lupa kesibukan hidup di bandar. Ia tempat terbaik untuk berehat dan menikmati masa bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. Jom tengok homestay mana yang sesuai untuk anda!

10 Homestay Cameron Highland

1. Equatorial Hill Resort (⭐⭐⭐⭐)

Equatorial Hill Resort by Copthorne - Homestay Cameron Highland

Equatorial Hill Resort by Copthorne

8.9/10

Kea Farm, Cameron High...

Lihat harga

Tidak dapat dinafikan bahawa Equatorial Hill Resort memberikan anda pengalaman penuh ketika berada di Cameron Highland. Seni binanya yang unik memberikan anda rasa seperti berada di luar negara.

Berikut maklumat berkenaan homestay mewah ini:

Lokasi: Kea Farm, Cameron Highlands, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39100
Kemudahan yang tersedia:Kolam renangLawatanRestoranKawasan bebas rokokPusat kesihatanWi-Fi percuma
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 188 hingga RM 500 semalam

2. Zetter Suites @ Cameron

Zetter Suites @ Cameron - Homestay Cameron Highland

Zetter Suites @ Cameron

8.3/10

Cameron Highlands, Pahang

RM 157

RM 137

Zetter Suites menawarkan bilik penginapan yang lebih mesra keluarga untuk pengunjungnya. Homestay ini terletak di lokasi yang strategik, iaitu ia dikelilingi dengan kemudahan untuk para tetamu mencari kelengkapan mereka sepanjang berada di homestay ini.

Berikut maklumat berkenaan homestay mewah ini:

Lokasi: G-31, Barrington Square, Jalan Golden Hills 1, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000
Jenis bilik: Suite Studio
Kemudahan yang tersedia:DobiMesra pengguna kelainan upayaTempat letak kenderaanBilik keluargaKawalan keselamatan 24 jam
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 170 hingga RM 485 semalam

3. Barrington Homestay @ Golden Hills No 15

Barrington Villa @ Golden Hill - Homestay Cameron Highland

Barrington Homestay @ Golden Hills No 15

No 15,Jalan Golden Hil...

Lihat harga

Anda inginkan homestay yang besar untuk percutian keluarga hujung tahun ini? Homestay ini mempunyai keluasan yang boleh memuatkan lebih dari satu keluarga dan mempunyai banyak bilik untuk memberikan keselesaan optimum kepada anda. Tiada lagi yang perlu tidur di ruang tamu apabila menginap di homestay ini.

Berikut maklumat berkenaan homestay mewah ini:

Lokasi: No 15, Jalan Golden Hills 2, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000
Kemudahan yang tersedia:Tempat letak kenderaanTelevisyenPengering rambutPeti ais
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 250 hingga RM 450 semalam

4. Cameron Greenhill Apartment

Greenhill Apartment - Homestay Cameron Highland

Greenhill Apartment

8.5/10

Cameron Highland, Paha...

Lihat harga

Equatorial Hill Resort bukan satu-satunya homestay yang mempunyai unsur-unsur reka cipta antarabangsa pada pembangunannya. Cameron Greenhill Apartment juga turut menawarkan aura yang sama. Di sini, anda mempunyai banyak pilihan unit yang tersedia untuk percutian anda.

Berikut maklumat berkenaan homestay mewah ini:

Lokasi: Apt A1, Block Aster, Jalan Gereja, Tanah Rata, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000
Kemudahan yang tersedia:ATMTempat letak kenderaanTab mandiKedai serbanekaKawasan bebas rokokTelevisyen
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 150 hingga 300 semalam

5. Parkland Apartments (⭐⭐⭐)

Parkland Apartments - Homestay Cameron Highland

Parkland Apartments

8.7/10

Cameron Highlands, Pahang

RM 265

RM 236

Jika anda pergi bercuti di kawasan Brinchang, anda perlu menempah bilik di Parklands Apartment. Parklands Apartment terletak di kawasan yang dikelilingi dengan alam semula jadi. Anda boleh hirup udara segar setiap kali anda bangun pagi di sini dan anda boleh menikmati pemandangan pepohon hijau di sekeliling anda.

Berikut maklumat berkenaan homestay mewah ini:

Lokasi: Lot 134, Brinchang, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39100
Kemudahan yang tersedia:Penyambut tetamu 24 jamTempat letak kenderaanPerkhidmatan dobiTamanBarbekuATMKawasan merokokBilik keluarga
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 158 hingga RM 266 semalam

6. Omni Cassia Hill Resort

Nice Valley View at Omni Cassia Hill Resort  - Homestay Cameron Highland

Nice Valley View at Omni Cassia Hill Resort

Jalan Cassia 6, Taman Omni Cassia, Kampung Raja

RM 154

RM 150

Omni Cassia Hill Resort terletak di puncak bukit yang membolehkan anda melihat pemandangan bukit-bukau di Cameron Highlands secara menyeluruh. Setiap unit yang tersedia membuatkan anda rasa seperti berada di rumah sendiri kerana itu yang cuba diketengahkan kepada tetamu-tetamu mereka.

Berikut maklumat berkenaan homestay mewah ini:

Lokasi: Jalan Cassia 6, Taman Omni Cassia, Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39010
Jenis bilik: Apartment Tiga Bilik
Kemudahan yang tersedia:
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 480 semalam

7. DreamScape Apartment @ Golden Hill

Dreamscape Apartment @ Golden Hill - Homestay Cameron Highland

Dreamscape Apartment @ Golden Hill

8.3/10

Cameron Highlands, Pahang

RM 171

RM 156

DreamScape Apartment merupakan sebuah lagi homestay yang terletak di Golden Hill. Di sini, anda bukan sahaja dapat menikmati suasana sejuk di Cameron Highland, tapi anda dapat privasi yang anda perlukan jauh daripada kesibukan hidup di bandar. Setiap unit yang tersedia direka untuk memberi keselesaan seperti berada di rumah sendiri.

Berikut maklumat berkenaan homestay mewah ini:

Lokasi: Barrington Square, Jalan Golden Hill 1, Cameron Golden Hill, Tanah Rata, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000
Jenis bilik:Studio DeluxeBilik Apartment StandardBilik Apartment Deluxe
Kemudahan yang tersedia:
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 180 hingga RM 400 semalam

8. Arundina Cameron Highlands

Arundina Cameron Highlands - Homestay Cameron Highland

Arundina Cameron Highlands

8.8/10

Cameron Highlands, Pah...

Lihat harga

Arundina Cameron Highlands menampilkan gaya homestay yang sangat anggun dan terpencil daripada khalayak ramai. Jika anda inginkan privasi ketika anda bercuti dengan rakan-rakan atau keluarga, ini homestay yang sesuai untuk anda.

Berikut maklumat berkenaan homestay mewah ini:

Lokasi: 17, Jalan Mentigi, 39000 Tanah Rata MY, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000
Kemudahan yang tersedia: Kolam renang
Waktu daftar masuk: 2:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 100 hingga RM 150 semalam

9. Sekata Apartment

Sekata Apartment - Homestay Cameron Highland

Sekata Apartment

8.7/10

Cameron Highlands, Pah...

Lihat harga

Sekata Apartment antara homestay yang sering dikunjungi ketika musim percutian. Ia menjadi lebih cantik apabila masa matahari terbenam. Anda pasti akan kagum dengan kolam renang yang tersedia di sana. Ia sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga.

Berikut maklumat berkenaan homestay mewah ini:

Lokasi: Sekata Apartment @ The Camelia Orchid Deluxe Park, Jalan ODP 2, 39200 Ringlet Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur, Ringlet, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39200
Kemudahan yang tersedia:Ruang tempat letak kenderaanPeti aisATMWi-Fi percumaBilik keluargaDaftar masuk awalDaftar keluar lewatDobiKawalan keselamatan 24 jam
Waktu daftar masuk: 2:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM140 hingga RM 200 semalam

10. The Woodz Homestay (⭐⭐⭐)

The Woodz Homestay - Homestay Cameron Highland

The Woodz Homestay

Cameron Highlands, Pah...

Lihat harga

The Woodz Homestay sangat unik jika anda inginkan keunikan. Ia dibina berkonsepkan kayu seperti gaya-gaya cabin in the woods. Di bahagian dalam, anda akan kagum dengan kekemasan dan corak kayu yang digunakan sebagai sebahagian daripada perabot yang ada. Ia juga berhampiran dengan alam flora yang menyediakan udara segar setiap kali anda bangun pagi.

Berikut maklumat berkenaan homestay mewah ini:

Lokasi: Jalan Golden Hills 11, Taman Cameron Golden Hills, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000
Jenis bilik:The Woodz X TrunkThe Woodz X Colorized
Kemudahan yang tersedia:Kawasan bebas merokokWi-Fi percumaLifTempat letak kenderaanTaman
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 11:00 pagi
Lingkungan harga: RM 280 hingga RM 320 semalam

Kita dah sampai ke penghujung artikel kali ini. Seronok je tengok homestay-homestay di atas. Ia bukan saja memenuhi keperluan semua jenis pelancong yang datang, tapi pemandangan pun mantap!

Jangan lupa untuk kongsikan senarai homestay di Cameron Highland dengan kenalan anda. Kalau anda nak rancangan perjalanan anda, anda boleh juga khidmat Traveloka - dekat sini anda boleh tempah bilik, tempah tiket penerbangan, tempah aktiviti yang menarik di Cameron Highland dan banyak lagi. Semua dalam satu aplikasi! Jumpa lagi!

Dalam Artikel Ini

• 10 Homestay Cameron Highland
• 1. Equatorial Hill Resort (⭐⭐⭐⭐)
• 2. Zetter Suites @ Cameron
• 3. Barrington Homestay @ Golden Hills No 15
• 4. Cameron Greenhill Apartment
• 5. Parkland Apartments (⭐⭐⭐)
• 6. Omni Cassia Hill Resort
• 7. DreamScape Apartment @ Golden Hill
• 8. Arundina Cameron Highlands
• 9. Sekata Apartment
• 10. The Woodz Homestay (⭐⭐⭐)
Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved