Selamat datang ke Kuala Terengganu! Sebuah bandar yang menawarkan gabungan antara tradisi dan moderniti. Pemandangan laut yang memukau, hamparan pasir putih, serta suasana bandar yang tenang, menjadikannya destinasi pilihan ramai. Bagi mereka yang ingin merasai suasana pantai serta menyelami budaya tempatan, Kuala Terengganu adalah tempatnya!
Terletak di tepi pantai yang indah, Intan Beach Resort menawarkan penginapan yang selesa dan suasana yang menyegarkan. Di sini, anda berpeluang untuk mendapatkan pemandangan pantai yang sangat indah.
Hotel butik yang menawarkan suasana nyaman dengan hiasan yang kontemporari. Lokasinya yang strategik menjadikannya pilihan utama bagi pelancong. Ini amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan dan ia berdekatan dengan tarikan-tarikan utama di Kuala Terengganu.
PT 35462 Dataran Austin,, Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
RM 180.93
Sebuah hotel bajet yang sesuai bagi mereka yang mencari penginapan selesa tanpa membebankan poket. Setiap bilik yang ditawarkan sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur, oleh itu, ia sebuah hotel bajet yang sangat berbaloi.
60-A, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
RM 210.34
Hotel yang ideal bagi mereka yang mahu berada di tengah-tengah kesibukan bandar. Dengan layanan yang ramah dan suasana yang nyaman, ia pasti memuaskan. Oleh kerana lokasinya sangat strategik, ia sering menjadi pilihan mereka yang inginkan hotel mesra wang dan berhampiran dengan bandar utama pada masa yang sama.
16, Pusat Niaga Paya Keladi, Jalan Kampung Daik
RM 168.00
Hotel moden yang menawarkan penginapan berbaloi dengan harga yang berpatutan. Suasana di sini sangat tenang dan mempunyai rekaan interior yang menarik. Setiap bilik yang ditawarkan sentiasa berada dalam keadaan terjaga dan kemudahan yang disediakan juga berpatutan dengan harganya.
Hotel ini menawarkan kombinasi antara tradisi dan modenisasi. Dengan sentuhan seni tradisional Terengganu, setiap sudut hotel ini mengisahkan sejarah dan budaya tempatan. Di sinilah anda bukan saja dapat bilik penginapan yang murah, malah anda dapat menikmati kehidupan seperti warga tempatan kerana lokasinya berhampiran dengan bandar utama.
Hotel butik yang menawarkan pengalaman menginap yang mewah dengan harga berpatutan. Setiap bilik didesain dengan teliti dan penuh gaya. Anda boleh saksikan nilai seni yang diterapkan di ruang lobi dan interior bilik-biliknya.
1046, Jalan Kampung Cina
RM 43.20
Guesthouse yang nyaman dan mesra pelancong. Lokasinya yang strategik menjadikannya pilihan hebat untuk mereka yang mahu meneroka bandar tanpa kerumitan. Sama ada anda melancong bersama keluarga, rakan-rakan atau secara solo, pasti akan ada bilik yang sesuai untuk keperluan anda.
77A Mezzanine Floor Jalan Tok Lam, City Center,
RM 124.28
Gambar oleh Trixoli
Sebuah keajaiban senibina yang memukau, Masjid Kristal menawarkan pandangan yang spektakuler terutama pada waktu malam bila ia bercahaya. Ia merupakan sebuah infrastruktur yang sangat menarik, termasuklah untuk pengunjung dari luar negara.
Sebuah muzium yang memaparkan sejarah dan budaya Terengganu dengan koleksi yang luas. Di sini, anda boleh pelajari dengan lebih mendalam tentang sejarah Terengganu secara menyeluruh. Ia aktiviti yang produktif untuk mereka yang datang secara bekeluarga.
Tempat ini menampilkan replika masjid-masjid terkenal dari seluruh dunia dalam skala yang menakjubkan. Tidak dapat dinafikan, antara kumpulan sejarah Tamadun Islam boleh dipelajari di sini. Ia menjadi pendedahan yang bagus untuk semua pengunjung tak kira agama.
Gambar oleh Baskl
Pasar tradisional ini adalah tempat terbaik untuk membeli cenderamata dan barang kraftangan tempatan. Di sinilah syurga beli-belah yang anda boleh jumpa di Kuala Terengganu. Para penjual di sini sangat peramah dan sering terbuka untuk anda merunding harga dengan mereka.
Salah satu pantai paling terkenal di Terengganu, tempat ini adalah destinasi popular bagi aktiviti rekreasi dan santai. Anda disarankan untuk melawati pantai ini ketika awal tahun atau sebelum akhir tahun kerana pada waktu itu, cuaca di sini akan kerap hujan dan didatangi monsun. Di sini anda boleh bermandi-manda, membuat aktiviti pantai dan bersantai dengan keluarga.
Sebuah kuil Tionghoa yang bersejarah, Ho Aang Kiong adalah simbol perpaduan dan kepelbagaian di Kuala Terengganu. Kuil ini menampilkan seni bina yang menakjubkan dan pelbagai upacara keagamaan diadakan sepanjang tahun. Anda harus habiskan lebih masa di sini untuk mengamati keunikan seni bina yang dipaparkan.
Kuala Terengganu adalah permata tersembunyi di pantai timur Semenanjung Malaysia. Dengan campuran budaya, sejarah, dan keindahan semula jadi, tempat ini adalah destinasi yang sempurna untuk mereka yang mahu mengalami suasana pantai yang menenangkan dan serentak pelbagai aktiviti menarik.
Dari berjalan-jalan di Pasar Payang untuk membeli-belah cenderamata tempatan hingga menikmati panorama indah di Batu Buruk Beach, ada sesuatu untuk semua orang. Jadi, kenapa tunggu lagi? Mari kita jelajahi Kuala Terengganu dan alami semua keindahan yang ditawarkannya! Kami yakin anda tidak akan kecewa. Selamat melancong!
Jika anda ingin membuat tempahan penginapan, tiket penerbangan, dan aktiviti perjalanan, anda boleh mendapatkan harga terbaik dari Traveloka.
Teroka lagi idea-idea perjalanan yang lebih menginspirasi: