Hotel Langkawi Cenang - Kini, rata-rata rakyat Malaysia sudah mula membalas dendam cuti yang tak dapat dinikmati semasa tempoh pandemik. Inilah masanya untuk meraikan 2023 dengan epik dan kami ada senarai hotel yang mesra dompet supaya anda dapat menerokai Langkawi sepenuhnya.
Antara lokasi yang sering dikunjungi apabila pelancong datang ke Langkawi adalah di Pantai Cenang. Oleh kerana Pantai Cenang mempunyai antara koleksi pantai yang cantik dan berdekatan dengan tarikan-tarikan utama, ramai yang ingin mencari hotel penginapan di situ berbanding di tempat lain di Langkawi.
Oleh itu, kami sediakan senarai pendek untuk mereka yang inginkan hotel di Pantai Cenang tapi dalam kadar harga yang berpatutan. Untuk pilihan yang lebih meluas, anda boleh lawati laman web Traveloka untuk mendapatkannya.
Jika anda ingin mencari hotel yang simple dan mesra pocket, Best Star Resort menawarkan apa yang anda perlukan. Walaupun konsepnya mudah dan minimalis, hotel ini masih menyediakan kemudahan yang berkelas tinggi.
Berikut maklumat berkenaan hotel ini:
Cenang Plaza Beach Hotel terletak hanya 250 meter dari Underwater World Langkawi. Jika anda mencari hotel yang berhampiran dengan tarikan-tarikan utama di sekitar Pantai Cenang, anda boleh menempah bilik di Cenang Plaza Beach Hotel ini.
Berikut maklumat berkenaan hotel ini:
Anda ingin mencari hotel yang berhadapan dengan pantai? Inilah dia. Dengan hanya beberapa langkah keluar dari bilik anda, anda akan disambut dengan pantai yang luas. Langgura Baron Resort menyediakan banyak kemudahan dan ia sesua untuk kedua-dua pelancong yang ingin bercuti atau atas urusan perniagaan.
Berikut maklumat berkenaan hotel ini:
Shell Out Cenang Beach Resort menampilkan konsep alam dengan setiap unit penginapannya. Ia sesuai untuk mereka yang ingin bangun kepada bunyi-bunyi burung berkicauan dan udara yang segar serta kehijauan yang memukau pandangan. Apa yang bagusnya, ia masih berdekatan dengan tarikan-tarikan utama di sekitar Pantai Cenang.
Berikut maklumat berkenaan hotel ini:
The Village Langkawi adalah sebuah lagi hotel yang mengetengahkan elemen alam semula jadi pada unit penginapannya. Ia dihiasi dengan tumbuhan segar dan kolam renangnya sangat menarik. Kedudukannya berhampiran pantai juga memberikan anda ketenangan daripada kesibukan dunia.
Berikut maklumat berkenaan hotel ini:
Di Malibest Resort Langkawi, anda akan dimanjakan dengan pelbagai kemudahan yang ia sediakan. Ia sangat meriah dan pemandangan yang disediakan untuk setiap bilik sangat memuaskan. Ditambah lagi dengan loksinya yang strategik untuk ke pantai dan ke tarikan-tarikan berdekatan menjadikannya lebih ikonik untuk pengunjung.
Berikut maklumat berkenaan hotel ini:
Anjung Villa mempunyai koleksi unit yang meluas untuk memenuhi keperluan pengunjung. Ia sesuai untuk meereka yang bercuti secara bersendirian atau mereka yang hadir bersama keluarga. Pilihan biliknya sangat meluas dan persekitarannya sangat indah.
Berikut maklumat berkenaan hotel ini:
Chenang Inn lebih bersifat minimalis berbanding yang lain tapi ia melengkapi semua keperluan asas yang anda perlukan untuk penginapan yang memuaskan. Ia hanya 8 minit daripada Pantai Cenang, jadi, anda boleh berjalan sahaja apabila ingin ke pantai. Selain daripada itu, semua kelengkapan yang anda perlukan ada tersedia di hotel ini.
Berikut maklumat berkenaan hotel ini:
Dengan harga yang berpatutan dan persekitaran yang terjaga, Casa Idaman Motel memberikan layana bertaraf lima bintang kepada pengunjungnya. Konsepnya sangat minimalis dan ia sesuai untuk mereka yang ingin menghabiskan banyak masa menerokai sekitar Pantai Cenang dan sentiasa bergerak. Jika anda ke Langkawi atas urusan kerja, anda masih boleh menginap di sini kerana kemudahannya sudah lengkap untuk memenuhi keperluan urusan kerja anda.
Berikut maklumat berkenaan hotel ini:
Jika anda ingin bawa keluarga ke Pantai Cenang, inilah unit yang terbaik untuk anda. Ia sebuah villa yang besar dan mempunyai kawasan tempat letak kenderaan yang luas. Villa ini bukan sahaja mempunyai kemudahan yang lengkap untuk anda dan keluarga menginap dengan selesa, namun lokasinya sangat strategik, di mana ia berhampiran dengan tarikan utama seperti Pantai Cenang dan Underwater World Langkawi.
Berikut maklumat berkenaan hotel ini:
Apa pendapat anda dengan senarai hotel yang tersenarai? Adakah ia menepati cita rasa anda? Di Traveloka, terdapat banyak pagi pilihan hotel yang meluas dan ia merangkumi pelbagai jenis seperti hotel, resort, homestay, villa dan sebagainya. Jadi, jika anda tak ketemui hotel yang anda inginkan dalam senarai ini, jangan segan silu untuk melihat aplikasi atau laman web Traveloka kerana ia pasti ada. Rancang perjalanan anda dengan mudah bersama Traveloka.