0

Traveloka Accomodation

29 Dec 2022 - 7 min read

10 Hotel Menarik di Kuantan untuk Percutian Anda

Hotel Menarik di Kuantan - Kuantan merupakan destinasi hangat bila bab-bab pergi bercuti di Pahang ini. Di Kuantan, anda boleh jumpa macam-macam benda dan ada banyak juga tempat penginapan yang memenuhi cita rasa mereka yang datang bercuti secara bersendirian, berkumpulan atau dengan keluarga.

Jom tengok apa hotel-hotel menarik yang terdapat di Kuantan sebagai inspirasi untuk anda pergi bercuti nanti.

Hotel Menarik Di Kuantan

1. The Zenith Hotel Kuantan (⭐⭐⭐⭐⭐)

The Zenith Hotel Kuantan - Hotel Menarik di Kuantan

The Zenith Hotel Kuantan adalah hotel mewah lima bintang yang mempunyai infrastruktur menarik. Tak lupa juga ia terletak di tengah-tengah bandar Kuantan di mana banyak aktiviti boleh dilakukan.

Berikut maklumat berkenaan hotel ini:

Lokasi: Jalan Putra Square 6, Putra Square, Kuantan City, Kuantan, Pahang, Malaysia, 25200
Kemudahan yang tersedia:Tempat letak kenderaanPenyambut tetamu 24 jamRestoranPerkhidmatan ATM dan perbankanKolam renang terbukaPusat kecergasanSpaMakanan bufetPancuran mandiTab mandiBilik keluarga
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 400 hingga RM 900 semalam

2. Hyatt Regency Kuantan Resort (⭐⭐⭐⭐⭐)

Source: Instagram -@aapril0424

Hyatt Regency Resort adalah hotel bertaraf lima bintang yang akan membuat anda terpesona daripada lokasi, kemudahan, pemandangan dan banyak lagi. Selain daripada layanan kelas pertama yang disediakan, anda juga boleh melawat banyak tarikan utama seperti Pantai Teluk Cempedak, Mini Zoo Park Teruntum dan Berjaya Megamall.

Berikut maklumat berkenaan hotel ini:

Lokasi: Telok Chempedak, Kuantan City, Kuantan, Pahang, Malaysia, 25050
Kemudahan yang tersedia:Kelab kesihatanTamanPerkhidmatan penyimpanan bagasiBar kolam renangBar pantaiKolam renang terbukaLawatanTempat letak kenderaanGelanggang tenis
Waktu daftar masuk: 4:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 400 hingga RM 2,100 semalam

3. Swiss Garden Beach Resort Kuantan (⭐⭐⭐⭐)

Swiss-Garden Beach Resort Kuantan - Hotel Menarik di Kuantan

Swiss Garden Beach Resort adalah hotel bertaraf empat bintang yang mempunyai pemandangan matahari terbenam yang paling cantik. Jika anda menginap di sini, anda harus meminta bilik yang menawarkan pemandangan pantai.

Berikut maklumat berkenaan hotel ini:

Lokasi: 2656-2657, Mukim Sungai Karang, Balok Beach, Beserah, Balok, Kuantan, Pahang, Malaysia, 26100
Kemudahan yang tersedia:Tempat letak kenderaanRestoranKolam renang terbukaKemudahan aktiviti luarBarTamanPusat kecergasanTempat permainan kanak-kanakPenyambut tetamu 24 jamKawalan keselamatan 24 jam
Waktu daftar masuk: 4:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 500 hingga RM 1,200 semalam

4. Adena Beach Resort (⭐⭐⭐)

Source: Instagram - @fathroselan

Adena Beach Resort adalah resort bertaraf tiga bintang yang mempunyai pemandangan pantai yang menarik. Anda boleh berjalan kaki dari resort ini the Natural Batik Village jika anda ingin melihat koleksi batik yang memang ikonik di Pahang.

Lokasi: Lot 1026 Mukim Sungai Karang, Balok, Kuantan, Pahang, Malaysia, 26100
Kemudahan yang tersedia:Tempat letak kenderaanBilik keluargaKawasan merokokRestoranWiFi percumaBar di pantaiKafeKemudahan kepada tetamu kelainan upaya
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 180 hingga RM 200 semalam

5. De Rhu Beach Resort (⭐⭐⭐)

De Rhu Beach Resort - Hotel Menarik di Kuantan

De Rhu Beach Resort adalah resort bertaraf tiga bintang yang sesuai untuk penginapan bersama keluarga. Ia mempunyai taman tema air kecil untuk menambah keseronokan kepada percutian anda.

Berikut maklumat berkenaan hotel ini:

Lokasi: 152, Sungai Karang, Beserah, Balok, Kuantan, Pahang, Malaysia, 26100
Kemudahan yang tersedia:TamanKaraokeRestoranTaman permainan kanak-kanakTaman tema airBadmintonPusat kecergasanGelanggang tenis tertutupPing pongGelanggang sukan
Waktu daftar masuk: 3:00 petang - 11:00 malam
Waktu daftar keluar: 1:00 pagi - 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 200 hingga RM 320 semalam

6. Royale Chulan Cherating Chalet (⭐⭐⭐)

Royale Chulan Cherating Chalet - Hotel Menarik di Kuantan

Royale Chulan Cherating Chalet merupakan hotel tiga bintang yang berkonsepkan minimalis dengan barisan unit penginapan serba putih di kawasan yang luas. Hotel ini berdekatan dengan tarikan alam semula jadi seperti Pantai Cherating dan Cherating Turtly Sanctuary. Untuk yang ingin membeli-belah, Berjaya Megamall hanya 35 minit dari hotel.

Berikut maklumat berkenaan hotel ini:

Lokasi: Kampung Cherating Lama, Cherating, Kuantan, Pahang, Malaysia, 26100
Kemudahan yang tersedia:TelevisyenKemudahan untuk pelanggan kelainan upayaPeti keselamatan di dalam bilikBar miniTempat letak kenderaanPenyambut tetamu 24 jam
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 200 hingga RM 300 semalam

7. E Red Hotel Kuantan (⭐⭐⭐)

E-Red Hotel Kuantan - Hotel Menarik di Kuantan

E Red Hotel adalah hotel bertaraf tiga bintang yang sesuai untuk mereka yang ingin merasa keunikan bandar Kuantan di malam hari. Kepada yang suka pergi membeli-belah, hotel ini sangat berhampiran dengan Beraya Megamall yang merupakan pusat beli-belah utama di Kuantan.

Berikut maklumat berkenaan hotel ini:

Lokasi: Lot 113, Seksyen 19, Jalan Haji Abdul Aziz, Kuantan City, Kuantan City, Kuantan, Pahang, Malaysia, 25000
Kemudahan yang tersedia:Bilik keluargaRestoranLifPeti keselamatan dalam bilikPenyambut tetamu 24 jamKemudahan kepada tetamu dengan kelainan upayaWi-Fi percuma
Waktu daftar masuk: 3:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 200 hingga RM 400 semalam

8. Pavilion Hotel Kuantan (⭐⭐⭐)

Pavilion Hotel Kuantan @ City Centre
 - Hotel Menarik di Kuantan

Pavilion Hotel Kuantan adalah hotel bertaraf tiga bintang yang terletak di pusat bandar Kuantan. Ia berdekatan dengan tarikan-tarikan utama dan masih mempunyai keunikannya tersendiri walaupun ia sebuah hotel di tengah bandar.

Berikut maklumat berkenaan hotel ini:

Lokasi: A25 & A27, Jalan Tun Ismail 1, Kuantan City, Kuantan, Pahang, Malaysia, 25000
Kemudahan yang tersedia:Tempat letak kenderaanWiFi di kawasan awamPeti keselamatan depositHaiwan peliharaan dibenarkanLifKawalan keselamatan 24 jamPenyambut tetamu 24 jam
Waktu daftar masuk: 2:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 70 hingga RM 350 semalam

9. Classic Boutique Hotel Kuantan (⭐⭐⭐)

Classic Boutique Hotel Kuantan - Hotel Menarik di Kuantan

Classic Boutique Hotel adalah hotel bertaraf dua bintang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan. Jika anda gemar dengan suasana bandar, inilah antara pilihan hotel yang sesuai untuk anda. Oleh kerana ia berada di bandar, ia juga sangat dekat dengan tarikan-tarikan utama seperti Berjaya Megamall, Mini Zoo Park Teruntum dan Cherating Turtle Sanctuary.

Berikut maklumat berkenaan hotel ini:

Lokasi: 7 Bangunan LKNP, Jalan Besar, Kuantan City, Kuantan, Pahang, Malaysia, 25000
Kemudahan yang tersedia:Tempat letak kenderaanPenyambut tetamu 24 jamWiFi di kawasan awamPerkhidmatan dobiLifKemudahan pengguna kerusi rodaKemudahan perniagaan
Waktu daftar masuk: 2:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 250 hingga RM 350 semalam

10. Hotel Seri Malaysia Kuantan (⭐⭐)

Hotel Seri Malaysia Kuantan - Hotel Menarik di Kuantan

Hotel Seri Malaysia adalah hotel bertaraf dua bintang yang mempunyai banyak bilangan hotel cawangan di seluruh Malaysia. Ia mengetengahkan konsep minimalis tapi masih memenuhi keperluan setiap tetamu yang berkunjung sama ada secara bersendirian, dalam urusan perniagaan atau percutian bersama keluarga.

Berikut maklumat berkenaan hotel ini:

Lokasi: Jalan Telok Sisek, Kuantan City, Kuantan, Pahang, Malaysia, 25000
Kemudahan yang tersedia:Penyambut tetamu 24 jamKawalan keselamatan 24 jamBankuetRestoranTempat letak kenderaanKolam renangKawasan merokok
Waktu daftar masuk: 2:00 petang
Waktu daftar keluar: 12:00 tengah hari
Lingkungan harga: RM 150 hingga RM 200 semalam

Persiapan Perjalanan ke Kuantan

Cara terpantas untuk anda pergi ke Kuantan adalah dengan menaiki kapal terbang. Selain menyediakan hotel penginapan, Traveloka juga ada menyediakan tiket penerbangan. Jika anda ingin bergerak ke Kuantan dari Kuala Lumpur, titik permulaan anda adalah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan destinasi anda adalah Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah. Tempoh penerbangan selalunya dalam lingkungan 45 minit.

Jika anda ingin membuat cara roadtrip dan memandu ke Kuantan, ia akan ambil sekitar dua ke tiga jam bergantung kepada keadaan trafik pada waktu itu. Walau bagaimana pun, segala persiapan tersedia untuk anda di Traveloka daripada maklumat perjalanan, tiket penerbangan dan hotel penginapan serta tiket kemasukan untuk tarikan-tarikan utama.

Anda juga perlu diingati bahawa keadaan cuaca di Malaysia agak tak terkawal sejak kebelakangan ini, jadi, anda perlu pastikan anda tidak menjelajah ke Kuantan ketika musim hujan. Itu pasti akan menganggu percutian anda.

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved