Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia ini menawarkan anda bermacam-macam tempat menarik untuk dikunjungi sama ada bersendirian, bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Kesemua tempat menarik di Kuala Lumpur ini menjanjikan anda kepuasan yang maksima!
KLCC adalah merupakan sebuah kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tarikan untuk dilawati. Terdapat juga banyak pilihan hotel penginapan di sini seperti Traders Hotel Kuala Lumpur, Four Seasons Hotel Kuala Lumpur, Grand Hyatt Kuala Lumpur dan lain-lain.
Alamat: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu Operasi: Setiap hari
Pusat beli-belah yang terkenal ini terletak di bahagian bangunan KLCC. Terdapat lebih 380 lot kedai termasuk restoran ada di sini. Memang puas hati membeli-belah di sini.
Alamat: KLCC, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10AM-10PM (Setiap hari)
Menara Berkembar Petronas juga terletak di kawasan bangunan KLCC. Bangunan pencakar langit ini mempunyai 88 tingkat dengan tarikannya tersendiri.
Alamat: KLCC, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10AM-6PM (Setiap hari)
Pusat penerokaan sains sesuai sangat untuk dijadikan sebagai destinasi bersama anak-anak. Bolehlah bercuti sambil belajar khususnya dalam bidang sains petroleum & teknologi.
Alamat: Aras 4, PETRONAS Twin Towers, KLCC, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9.30AM-5.30PM (Selasa-Jumaat) | 9.30AM-6.30PM (Sabtu-Ahad) | Isnin (Tutup)
Menara ini adalah merupakan menara telekomunikasi tertinggi di Malaysia. Di menara ini terdapat restoran yang berputar, dek pemerhatian, SkyBox KL Tower dan lain-lain.
Alamat: Suria KLCC, KLCC, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9AM-10PM (Setiap hari)
Pusat sains ini berfungsi seperti muzium yang berkonsepkan sains & teknologi. Sesuai untuk dijadikan lokasi lawatan bersama anak-anak.
Alamat: Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9.00AM-5.00PM (Sabtu-Khamis)| Jumaat (Tutup)
Tiket:RM3-RM6
Di sini terdapat galeri, pameran dan juga teater yang ditayangkan berunsurkan dunia angkasa. Terdapat juga teleskop yang terletak di bahagian balai cerapnya.
Alamat: Jalan Perdana, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 9AM-4.30PM (Selasa-Ahad) | Isnin (Tutup)
Tiket: RM4-RM6
Aquaria ini juga terletak di kawasan KLCC. Ia menempatkan ratusan spesies hidupan laut dan merupakan top 5 aquaria terbaik di Asia.
Alamat: KLCC, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10AM-8PM (Setiap hari)
Tiket: RM37 - RM65
Sky Bridge KLCC juga salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang wajib dikunjungi. Jambatan ini terletak di tingkat 41 & 42 Menara Berkembar Petronas yang berfungsi untuk menghubungkan menara ini.
Alamat: Menara Berkembar Petronas, KLCC, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 9AM-9PM (Setiap hari)
Tiket: RM14 - RM28
Sekiranya anda menginap di hotel sekitar KLCC seperti Mandarin Oriental KL, ini adalah salah satu destinasi yang paling terdekat untuk dikunjungi. Di taman ini anda boleh mengambil gambar berlatarbelakangkan landskap yang indah dan menghijau.
Alamat: KLCC, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 7AM – 10PM (Setiap hari).
Anda boleh menenangkan diri dengan aktiviti rekreasi bersama keluarga di sini sambil menikmati pemandangan pada waktu senja yang berlatarbelakangkan KLCC & Menara KL.
Alamat: Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Setiap hari.
Dataran ini menjadi salah satu pilihan lokasi menarik untuk dikunjungi bagi melihat bangunan-bangunan bersejarah yang ada di sekitarnya.
Alamat: Jalan Raja, KLCC, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 24 jam.
Bagi merasai pengalaman simulasi penerbangan dan seperti berada di dalam cockpit sebuah kapal terbang, anda sangat disyorkan untuk ke sini.
Alamat: Level 2, Pavilion Mall, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10AM-10PM
Tiket: Mengikut pakej (Bermula RM250-RM850)
Muzium yang mesra keluarga ini terletak di dalam sebuah hotel. Alang-alang tu bolehlah anda menginap di sini.
Alamat: Hotel Ansa, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10AM-10PM (Isnin-Ahad)
Muzium ini pula terletak di dalam Universiti Malaya dan merupakan salah satu tempat menarik di KL yang boleh anda terokai. Terdapat pelbagai koleksi bahan bersejarah dari seluruh negara Asia dikumpulkan disini.
Alamat: University Malaya, Jalan Ilmu, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 830AM-5PM (Isnin-Ahad)
Selain melihat pameran koleksi tekstil, di muzium ini pengunjung berpeluang untuk mempelajari mengenai perindustrian tekstil di Malaysia.
Alamat: 26 Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9AM-6PM (Isnin-Ahad)
Ini adalah merupakan antara muzium tertua di KL. Anda boleh menerokai sejarah dan warisan budaya Malaysia melalui koleksi-koleksi bahan bersejarah yang dipamerkan di sini.
Alamat: Jalan Damansara, Tasik Perdana, Kuala Lumpur,
Waktu Operasi: 9AM-6PM (Isnin-Ahad)
Terletak bersebelahan sahaja dengan Muzium Negara, muzium yang bersaiz kecil ini mengetengahkan mengenai kesenian, kebudayaan dan cara hidup orang tempatan khususnya masyarakat Melayu.
Alamat: Jalan Damansara, Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 9AM-6PM (Isnin-Ahad)
Pustaka yang terletak di sebuah rumah banglo ini menempatkan pameran-pameran menarik mengenai beliau seperti anugerah, barangan peribadi, gambar lama, babak-babak filem popular P. Ramlee dan sebagainya.
Alamat:Jalan Dedap, Taman P Ramlee, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9AM-5PM (Selasa-Jumaat) | Isnin (Tutup)
Memorial ini ditubuhkan bagi mengenang jasa Perdana Menteri Malaysia Pertama. Terdapat paparan informasi interaktif dan juga pameran gambar-gambar lama untuk tatapan pengunjung.
Alamat: Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9AM-5PM (Selasa-Jumaat) | Isnin (Tutup)
Untuk melihat tarikan berbentuk kesenian sama ada pameran kesenian lama & moden yang mempunyai maksud tersirat di sebaliknya, arca, lukisan, dan pelbagai lagi, anda boleh berkunjung ke sini.
Alamat: Jalan Temerloh, Titiwangsa, KL
Waktu Operasi: 10AM-6M (Isnin-Ahad), Percuma
Bangunan bersejarah ini mempunyai reka bentuk yang unik dan megah. Anda boleh abadikan gambar kenangan bersama keluarga apabila berkunjung ke sini.
Alamat: Berhadapan dengan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 24 jam, terbuka
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke satu-satunya destinasi hutan semulajadi yang ada di Kuala Lumpur ini. Jika anda menginap di sekitar KLCC, seperti di Hotel Impiana KLCC anda boleh ke sini dengan hanya berjalan kaki.
Alamat: Jalan Sultan Salahuddin,Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 7AM-7PM (Setiap hari)
Masjid ini terbuka untuk dikunjungi oleh semua walaupun bukan beragama Islam. Ia merupakan salah satu masjid yang terbesar di dunia tau!
Alamat: Jalan Perdana, Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9AM-6.30PM (Sabtu- Khamis)| 3PM-6.30PM (Jumaat)
Menempatkan lebih 5000 spesies rama-rama, taman ini merupakan antara taman yang terbesar di dunia. Tempat ini sesuai untuk habiskan masa berkualiti bersama anak-anak dengan santai.
Alamat: Jalan Cenderasari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9AM-6PM (Isnin-Ahad)
Tiket: RM6 - RM24
Selain ke Taman Rama-rama, anda juga boleh singgah ke sini. Di taman ini, pengunjung dapat berinteraksi secara langsung dengan burung-burung yang ada.
Alamat: Jalan Cenderasari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9AM-6PM (Isnin-Ahad)
Tiket: RM12 - RM25
Ini merupakan sebuah tempat penginapan yang berkonsepkan rumah tamu atau homestay dengan dekorasi dan seni bina rumah kampung Melayu. Anda boleh menginap di sini bagi merasai suasana tinggal di rumah kampung. Tempah di sini.
Alamat: Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, KL
Waktu Operasi: 24 jam
Ini adalah salah satu destinasi permainan indoor di Kuala Lumpur. Terdapat 9 jenis bilik yang berlainan situasi genting dan tahap cabaran yang boleh anda pilih.
Alamat: Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11AM-10.30PM (Setiap hari)
Tiket: Bermula RM32
Mempunyai konsep yang lebih kurang sama dengan Escape Room, destinasi ini memang sesuai sangat untuk untuk mengisi jadual percutian anda di KL bersama rakan-rakan atau ahli keluarga.
Alamat: Jalan Ampang, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10AM-10PM (Setiap hari)
Tiket: Bergantung pada jumlah peserta.
Taman tema ini menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang membenarkan pengunjung berinteraktif rapat dengan dinosaurs, reptilia hidup dan juga mengharungi zipline yang amat menyeronokkan.
Alamat: The Gardens Mall, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11AM-7PM (Isnin-Khamis)|10AM-8PM (Jumaat-Ahad)
Kompleks muzium ini terletak hanya bersebelahan sahaja dengan Masjid Negara. Di sini terdapat lebih tujuh ribu bahan sejarah dan artifak yang tidak ternilai harga keseniannya.
Alamat: Jalan Lembah Perdana,Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9.30AM-6PM (Isnin-Ahad)
Tiket: RM7-RM14
Galeri ini menempatkan pelbagai bahan pameran seni visual yang sangat unik dan menarik untuk anda lihat dan mengambil gambar.
Alamat: Suria KLCC, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10AM-8PM (Setiap hari), percuma
Rasai pengalaman percutian yang tidak terlupakan dengan berkunjung ke taman tema yang interaktif ini. Ada banyak benda yang anda boleh terokai dan rasai di sini!
Alamat: Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 5PM-11PM (Isnin-Khamis) | 5PM-12AM (Jumaat) | 9 AM-12 AM (Sabtu- Ahad)
Tiket: RM9-RM30
Pusat beli-belah mewah ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang luar biasa kepada pengunjung. Anda wajib singgah berbelanja di sini.
Alamat: Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10AM-10PM (Setiap hari)
Masjid ini adalah salah satu daripada bangunan masjid yang tertua di Kuala Lumpur dengan reka bentuk bangunan yang unik dan nostalgik.
Alamat: Jalan Tun Perak, City Centre, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 24 jam
Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman menikmati hidangan di atas meja dan kerusi yang tergantung pada ketinggian 50 meter apabila berkunjung ke KL!
Alamat: Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 4.00 pm – 12.00 am
Selain berfungsi sebagai pusat membeli-belah, ia juga menempatkan taman tema dalaman yang cukup seronok untuk anda meluangkan masa seharian di sini. Bersebelahan pusat beli-belah ini terdapat hotel Berjaya Times Square.
Alamat: Jalan Imbi,Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 9AM-11PM (Setiap hari)
Lengkapkan percutian anda dengan berkunjung ke Petaling Street ini. Pasar ini dibuka daripada pagi sehingga malam.
Alamat: Jalan Petaling, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10AM-930PM (Setiap hari)
Itulah antara senarai tempat menarik yang ada di Kuala Lumpur untuk anda terokai. Rancang perjalanan anda dan rasai pengalaman percutian di Kuala Lumpur yang menyeronokkan!
Jika anda ingin membuat tempahan penginapan, tiket penerbangan, dan aktiviti perjalanan, anda boleh mendapatkan harga terbaik dari Traveloka.
Teroka lagi idea-idea perjalanan yang lebih menginspirasi: