Smurf Inn: Penginapan magis dan warna-warni di Cameron Highlands

Traveloka MY
20 Sep 2018 - 6 min read

Cameron Highlands, sesuai kalau anda suka suasana sejuk, nyaman dan dikelilingi tanah-tanah ladang. Cameron Highlands menawarkan percutian yang sempurna untuk anda. Dan jika anda inginkan penginapan yang berpatutan dan mesra keluarga, Smurf Inn menawarkan penginapan yang keluarga anda perlukan.

Terletak di atas bukit di seberang Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, tetamu di Smurf Inn akan dapat melihat pemandangan indah dengan landskap hijau padang golf. Bilik-bilik di sini terdiri daripada bilik-bilik single dan deluxe yang selesa hingga suite-suite luas yang boleh menampung 4 hingga 8 orang.

Bilik-biliknya dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, TV skrin rata, Wi-Fi percuma, peti sejuk mini dan kipas (kerana anda tidak memerlukan penghawa dingin). Bilik Deluxe pula mempunyai meja solek dengan cermin yang anda boleh ditutup dan dibuka mengikut keperluan dan keselesaan anda.

Terdapat banyak tempat untuk anda nikmati pemandangan (atau mengambil gambar), termasuk kawasan tempat duduk di bahagian luar yang penuh dengan permainan untuk kanak-kanak seperti merry-go-round dan cendawan-cendawan berwarna-warni yang buat anda berasa seolah-olah berada di perkampungan Smurfs'!

Nikmati sarapan pagi percuma di The English Coffee House, yang terletak di tingkat dua. Anda boleh memilih untuk menikmati bijirin dan roti bakar atau sesuatu yang lebih berat, seperti nasi lemak atau mi goreng. Walaupun tak banyak pilihan makanan yang disediakan, sarapannya boleh tahan.

Dekorasi kafe ini mendapat inspirasi daripada rumah-rumah teh yang lengkap dengan pencahayaan daripada lampu-lampu vintaj dan candelier menarik dan selalunya dijumpai di England. Jika anda lihat dengan lebih dekat, anda akan dapat melihat perkampungan Smurf yang terletak di atas pendiangan.

Bagi merasai penginapan magis di Cameron Highlands, menginaplah di Smurf Inn!

Perkara menarik untuk dilakukan di Cameron Highlands

Terletak betul-betul di luar bandar Brinchang, Smurf Inn terletak berhampiran dengan banyak tempat menarik di Cameron Highlands. Berikut adalah antara pilihan kami untuk aktiviti yang boleh dilakukan ketika percutian anda di sana.

Rasai makanan yang bertemakan strawberi

Cameron Highlands yang terkenal dengan strawberinya, penuh dengan ladang-ladang yang membolehkan anda memetik sendiri strawberi anda. Bukan itu saja, anda juga boleh membeli dan merasai pelbagai produk strawberi seperti air perisa strawberi, jem, sambal serta flos daging dengan perisa strawberi. Kalau anda teringin nak makan strawberi segar bersalut coklat atau jalan-jalan sekitar pokok strawberi, anda boleh ke Ladang Strawberi Kasimanis yang berdekatan Smurf Inn.

Anda juga tidak boleh ketinggalan untuk pergi ke Abang Strawberry 200 Seeds Cafe di Kampung Taman Sedia yang terkenal dengan Nasi Lemak Sambal Strawberi (RM9.90). Nasi lemak yang dihidangkan dengan ayam goreng serta sambal strawberi ini cukup unik kerana anda hanya boleh dapatinya di Cameron Highlands.

Ladang Strawberi Kasimanis

Kemasukan percuma

Waktu operasi: 8.30 pagi - 6.30 petang

200 Seeds Cafe

Dibuka setiap hari

Waktu operasi: 8.00 pagi - 8.00 petang (Khamis-Selasa) | 8.00 pagi - 5.00 petang (Rabu)

Lakukan aktiviti lasak dengan Cameron Adventurous

Tiada percutian Cameron Highlands yang lengkap tanpa melawat ladang teh yang luas dan banyak. Cuba lakukan aktiviti yang lain daripada yang lain seperti menaiki ATV atau jeep 4x4 dengan Cameron Adventurous.

Beroperasi di ladang teh Cameron di Kuala Terla, anda boleh menjelajah kawasan ladang di sini lebih jauh. Kos untuk menaiki 4x4 hanya RM10 seorang dan safari ATV berharga RM50 seorang.

Cameron Adventurous ATV & Safari

Dibuka setiap hari

Waktu operasi: 9.00 pagi - 6 petang (Khamis-Selasa)| 9.00 pagi - 5.00 petang (Rabu)

Cuba ais krim perisa lavender di Cameron Lavender Garden

Ketika musim-musim panas, ramai pelancong bercuti ke Hokkaido, Jepun untuk melihat ladang lavender mekar, tapi kalau anda tak bercadang untuk ke sana, singgah saja di Cameron Lavender Garden. Di sini, anda boleh melihat pelbagai lavender dalam spesis dan bentuk yang berlainan yang datang dari Hokkaido dan Taiwan.

Satu satu makanan yang boleh anda cuba ialah merasakan ais krim lembut perisa lavender. Ais krim dengan warna lilac dan berbau bunga, berasa manis dan susu pastinya sesuatu yang menarik. Selain itu, siapa yang tak nak berswafoto dengan berlatar belakangkan bunga lavendar dan ais krim ini, kan?

Cameron Lavender Garden

Dibuka setiap hari

Bayaran masuk: RM10 (Dewasa); RM7 (Kanak-kanak)

Waktu operasi: 9.00 pagi - 6.00 petang (Isnin-Khamis)| 9.00 pagi - 7.00 malam (Jumaat-Ahad)

Selusuri masa lampau dengan Muzium Time Tunnel

Jika ada dilahiran pada 1980 dan lebih awal, banyak artifak di Muzium Time Tunnel yang akan buat anda terkenang masa lampau. Muzium ini memberitahu sejarah tentang Malaysia dan Cameron Highlands dari zaman pemerintahan British dan Jepun hinggalah Malaysia mencapai kemerdekaan serta pembentukan Malaysia.

Dimerata-rata bahagian dalam muzium ini adalah pameran yang menarik peminat untuk berhenti, mengagumi dan mengambil gambar, seperti kopitiam klasik dan salon lama. Anda akan menemui banyak barang antik dan peninggalan yang dikumpulkan oleh pemilik muzium, serta seksyen yang membincangkan kehilangan misteri Jim Thompson, seorang ahli sutera sutera Thailand Amerika yang hilang tanpa jejak di Cameron Highlands pada tahun 1967.

Muzium Time Tunnel

Dibuka setiap hari

Bayaran kemasukan: RM6 (Dewasa); RM4 (Kanak-kanak)

Waktu operasi: 9.00 pagi - 6 petang

Kredit: sydeen / Shutterstock

Makan dan membeli-belah di Pasar Malam Minggu Brinchang

Sekiranya anda seorang peminat pasar malam, maka anda mesti singgah di satu-satunya pasar malam di Cameron Highlands. Gerai-gerai di sini menjual pelbagai makanan panas, buah-buahan segar, sayur-sayuran dan bunga, serta barang-barang lain seperti permainan, pakaian dan aksesori.

Bahagian kegemaran kami adalah gerai makanan yang menjual makanan yang enak-enak belaka seperti bebola kentang manis, snek yang dimakan panas-panas serta jagung bakar dan sayuran goreng.

Pasar Malam Minggu Brinchang

Dibuka dari Jumaat hingga Ahad

Waktu operasi: 4.00 petang - 11.00 petang

_________________________________________________________________________

Dengan pelbagai penginapan di seluruh negara, pastinya sukar untuk memilih. Kalau tidak mahu ketinggalan tawaran penginapan terbaik di Malaysia, pastikan anda melihat artikel ‘Penginapan Hebat’ Traveloka setiap minggu!

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved