Adakah Anda merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat, atau adakah Anda sudah berkahwin? Tahniah! Adakah Anda mempunyai rancangan untuk berbulan madu? Jika belum pun, Anda boleh melihat cadangan tempat berbulan madu terbaik di Malaysia untuk dipertimbangkan.
The Taaras Beach & Spa Resort
•
8.7/10
C-O Lot GL-04 Lapangan Terbang Sultan Mahmud
RM 2,182
RM 1,891
Pulau Redang merupakan salah satu pulau terbesar dan tercantik di pantai timur Malaysia yang kini menjadi pulau pelancongan yang sangat popular. Pulau Redang ialah salah satu daripada 9 pulau yang dilindungi yang merupakan sebahagian daripada Taman Laut Redang.
Di sini Anda boleh mencuba snorkeling dengan penyu, disyorkan untuk melawat semasa tempoh bersarang para penyu antara Mac dan Disember. Anda juga boleh menyelam skuba untuk menerokai sisa-sisa bangkai kapal dari Perang Dunia II, yang kini dihuni oleh kerapu dan belut. Untuk pengalaman yang best pula, Anda boleh menyewa kayak untuk kembali ke tanah besar dan meneroka bahagian lain di pulau ini, ini adalah aktiviti menarik untuk meluangkan masa bersama orang tersayang semasa waktu berbulan madu Anda. Aktiviti popular lain di Redang termasuk berjemur di atas hamparan pasir putih yang indah, berayun di buaian di bawah pokok kelapa, atau terapung di perairan birunya.
Jangan risau, Anda boleh menginap di pelbagai tempat apabila berkunjung ke Pulau Redang. Kebanyakannya adalah resort, Anda boleh menginap di The Taaras Beach & Spa Resort, Asmadi Guest House, Redang Campstay atau lain-lain.
The Kasturi
•
8.6/10
KM 32.5 Jalan Kuantan-Kemaman, Kampung Baharu Cherating
RM 864
RM 791
Terletak di Pahang, Anda hanya perlu memandu lebih kurang 2 jam 30 minit dari Kuala Lumpur untuk sampai ke The Kasturi Resort Cherating. Resort ini bertempat agak tersorok, jika Anda dan pasangan tidak begitu menggemari aktiviti yang sibuk sudah tentu Anda akan selesa tinggal di sini. Destinasi yang sempurna untuk percutian peribadi dan romantis sebab Anda akan berasa seperti berada di syurga yang terpencil, sesuai untuk pasangan yang mencari masa berkualiti bersama.
Seni bina resort yang indah, dengan sentuhan unik dan menawan yang menambah suasana keseluruhan. Resort ini juga mempunyai banyak pakej untuk pasangan seperti The Perfect Honeymoon, The Dreamy Couple Package dan pakej lainnya yang akan memudahkan Anda kerana mereka telah mengatur semua aktiviti dengan sangat baik.
Dayang Bay Resort Langkawi
•
8.3/10
Persiaran Pelangi
RM 217
RM 212
Terletak 30 km dari pantai barat tanah besar Malaysia, Pulau Langkawi merupakan satu lagi tempat menarik untuk berbulan madu. Sambil meluangkan masa di Langkawi, Anda boleh menginap di hotel, resort atau rumah tetamu seperti Dayang Bay Resort Langkawi, Adya Hotel Langkawi, Cenang View Hotel dan lain-lain.
Di Langkawi Anda boleh melawat Pulau Payar, mengambil pakej snorkeling di sini. Anda boleh menikmati keindahan pantai dan jika Anda bertuah Anda boleh melihat ikan lumba-lumba, ikan paus dan jerung paus. Seterusnya, Anda boleh mencuba pelancongan sukan air seperti parasailing dan jet ski di Paradise Island. Terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang boleh Anda lakukan di Langkawi, daripada menerokai hutan bakau hinggalah menaiki pelayaran sambil menikmati matahari terbenam.
EQ Kuala Lumpur
•
9/10
Equatorial Plaza, Jalan Sultan Ismail
RM 915
RM 838
Anda dan pasangan tidak mempunyai banyak masa tetapi masih mahu berbulan madu? Anda boleh mengunjungi EQ Hotel Kuala Lumpur. Hotel lima bintang dengan penyelenggaraan dan dalaman bangunan terkini, bersih dan canggih. Hotel ini benar-benar mewakili golongan muda yang canggih dan mewah masa kini. Anda boleh menempah bilik yang menghadap ke Menara Berkembar, menempah kemudahan lain yang tidak kurang menariknya bagi menyokong suasana bulan madu Anda.
The Pacific Sutera
•
8.8/10
No. 1 Sutera Harbour Boulavard
RM 323
RM 308
Kota Kinabalu ialah ibu negeri Sabah di utara Malaysia yang dihiasi pantai dan hutan hujan, keindahan pemandangan tempat ini membuatkan semua orang kagum manakala pilihan aktiviti pengembaraan yang banyak menjadikan percutian sangat menarik.
Terkenal dengan Gunung Kinabalu, jika Anda dan pasangan Anda pencinta alam dan suka mendaki, Gunung Kinabalu boleh menjadi pilihan. Jika Anda sukakan suasana bandar yang sibuk, Anda boleh melawat Kota Kinabalu Waterfront, ia adalah salah satu kawasan yang paling sibuk di bandar di mana penduduk tempatan dan pelancong berkumpul pada waktu petang, selepas matahari terbenam. Seterusnya, Anda boleh melawat Taman Laut Tunku Abdul Rahman untuk menyelam dan snorkeling. Anda juga boleh meneroka dan menikmati Kebun Teh Sabah. Anda juga boleh menginap di pelbagai jenis penginapan di Kinabalu seperti Promenade Hotel Kinabalu, Hotel 7 Suria, The Pacific Sutera dan lain-lain.
Mandarin Oriental Kuala Lumpur
•
9/10
Kuala Lumpur City Centre
RM 999
RM 939
Hotel mewah dan berkelas yang boleh Anda pilih sebagai tempat berbulan madu Anda. Anda boleh menempah bilik yang Anda minati, rata-rata bilik di hotel ini mempunyai pemandangan bandar yang cantik terutamanya pada waktu malam.
Untuk aktiviti tambahan bersama pasangan, hotel ini menyediakan pakej kelas menarik yang boleh Anda ambil untuk menambahnya seperti kelas membuat dimsum, kelas membuat pancake durian dan lain-lain yang tidak kurang menariknya untuk bonding!
Ingin melihat sisi lain Malaysia? Anda boleh melawat Cameron Highland. Terletak di barat daya Pahang, Cameron Highland terkenal dengan hutan yang indah dan khazanah alam. Terletak pada ketinggian 1,829 meter di atas paras laut dan dengan udara segar, banyak tumbuhan tumbuh dengan baik di Cameron Highland, strawberi, lavender dan terutamanya teh.
Anda boleh melawat Ladang Teh Boh, sebuah ladang teh yang sangat luas. Anda boleh meneroka ladang teh kemudian menikmati pemandangan selepas itu sambil memesan makanan ringan. Atau Anda dan pasangan boleh melawat taman yang dipenuhi dengan bunga-bunga cantik. Udara di Cameron Highland cenderung lebih sejuk kerana terletak sehingga 5000 meter dari aras laut.
Lexis Hibiscus Port Dickson
•
8.8/10
12th Mile, Jalan Pantai, Pasir Panjang, Si Rusa
RM 960
RM 857
Jika Anda dan pasangan Anda tidak begitu menggemari aktiviti fizikal, menginap di Lexis Hibiscus di Port Dickson adalah pilihan yang sesuai. Anda akan merasai sensasi tinggal di atas air. Resort ini mempunyai bilik peribadi, yang mempunyai kolam renang terbuka yang menghadap terus ke laut Selat Melaka.
Mabul Water Bungalows
Lot A-1-G, Block A, Si...
Lihat harga
Pulau ini melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Ia terletak di pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia dan terkenal kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan. Jika Anda berkunjung ke sini, aktiviti tipikal yang boleh Anda lakukan ialah menerokai laut, baik menyelam dan snorkeling, menikmati keindahan laut dan bertemu haiwan marin yang tipikal. Kalau datang sini, boleh stay tepi pantai seperti di Mabul Water Bungalows.
Shangri-La's Rasa Ria Resort & Spa
•
8.8/10
Pantai Dalit, Tuaran
RM 1,105
RM 829
Sebuah resort terletak di Kota Kinabalu, dengan alamat Pantai Dalit Tuaran, 89208 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Resort ini sentiasa penuh ditempah, tetapi tidak terasa terlalu sibuk atau sesak apabila dikunjungi. Lebih-lebih lagi jika Anda dan pasangan Anda seorang pencinta alam dan mencari percutian yang damai, ini adalah tempat yang sesuai untuk Anda menginap. Anda juga boleh melakukan beberapa aktiviti di sekitar resort seperti kolam renang dengan pemandangan matahari terbenam, berkayak dan berjalan-jalan semula jadi. Apatah lagi, kemudahan dan perkhidmatan yang baik menjadikan penginapan di sini berbaloi.
Avani Sepang Goldcoast Resort
•
8.4/10
No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Sungai Pelek, Sepang
RM 642
RM 481
Terletak di Selangor, Anda boleh ke sini dengan perjalanan selama 90 minit dari Kuala Lumpur. Terdapat banyak aktiviti yang boleh Anda lakukan, seperti menerokai kawasan paya bakau, melakukan sukan air, menikmati makan malam romantis berlatar belakangkan lautan yang luas dan mempersembahkan tarian api. Anda juga boleh mencuba urutan tradisional Melayu di resort spa ini.
Villa Samadhi by Samadhi – Adults Only
•
8.7/10
No. 8, Jalan Madge off Persiaran Madge, Jalan U Thant
RM 1,040
RM 1,017
Villa Samadhi, vila butik romantik di Kuala Lumpur yang sesuai untuk berbulan madu Anda. Walaupun hanya beberapa minit dari KLCC dan orang ramai yang lain, suasana vila ini sangat selesa dan tenang. Suasana vila membuatkan Anda lupa bahwa Anda berada di bandar dan membuatkan Anda berasa seperti berada di kompleks peribadi Anda sendiri.
Anda juga boleh menikmati jakuzi jika Anda tidak mahu berenang di kolam renang. Anda boleh menempah bilik mengikut apa yang Anda minati, mereka mempunyai bilik yang bersih, besar dan selesa dengan kemudahan yang menarik pula.
The Prestige Hotel
•
9/10
8, Gat Lebuh Gereja
RM 791
RM 593
Hotel Prestige terletak di kawasan Pulau Pinang, hanya mengambil masa 1 jam 10 minit dari Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang. Atau jika Anda dan pasangan Anda adalah jenis yang sukakan perjalanan jalan raya, Anda boleh memandu lebih kurang 3 jam 30 minit untuk tiba di Pulau Pinang dan seterusnya menuju ke hotel ini.
Hotel ini mempunyai kesan mewah dan cantik dengan hiasan putih dan rosegold. Mereka mempunyai kolam renang di atas bumbung yang mendapat pemandangan yang cantik. Sesuai untuk bersantai dan menikmati pemandangan yang menghadap ke laut.
JAPAMALA RESORT
PULAU TIOMAN, PAHANG.K...
Lihat harga
Terletak di Tioman Island, Pahang, resort ini sangat terpencil dan intim. pemandangannya menakjubkan dan resort ini direka dengan teliti dan cantik untuk bilik-bilik supaya berasa bagus dan selesa. Ini adalah tempat yang bagus jika Anda dan pasangan Anda ingin menikmati alam semula jadi yang indah dan mengagumkan.
Anda boleh menaiki bot ke jeti. Hotel ini terletak di teluk pantai kecil yang indah dengan pergunungan dan hutan di sekelilingnya, sangat peribadi, sesuai untuk berbulan madu Anda. Mereka juga mempunyai pelbagai jenis bilik yang boleh Anda pilih mengikut minat Anda. Jika Anda menginap di sini, Anda pasti tak boleh lupa daripada suasana matahari terbenam, santapan lazat dan bilik tersembunyi dikelilingi hutan. Menarik dan menyeronokkan!
The Banjaran Hotsprings Retreat
•
9/10
1 Persiaran Lagun Sunway 3
RM 2,040
RM 1,817
Penginapan unik di daerah Ipoh yang membawa tema gua kerana terdapat sebuah restoran yang mempunyai perincian persis gua iaitu Jeff's Cellar. Anda boleh menempah bilik dengan kolam renang peribadi dan tab mandi panas geoterma peribadi untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan.
Vila ini juga mempunyai pakej penginapan untuk pasangan, sesuai untuk Anda yang akan berbulan madu. Dalam pakej ini Anda boleh memilih jenis bilik Garden Villa, Water Villa atau Lake Villa, sudah tentu dengan harga yang berbeza. Dalam pakej pasangan ini, vila telah mengaturkan jenis aktiviti untuk Anda termasuk makan malam dengan candle light di Pomelo, makan malam perjalanan romantis 9 hidangan mewah di Jeff's Cellar, urutan aromaterapi selama satu jam dan sebagainya.
Ini adalah beberapa cadangan untuk berbulan madu Anda di Malaysia. Tidak perlu keluar negara, Malaysia juga mempunyai banyak tempat yang bagus dan menarik untuk berbulan madu. Untuk melihat banyak pilihan dan diskaun yang menarik, pesan keperluan bulan madu Anda sekarang melalui Traveloka.