15 Tempat Menarik dan Popular di Kuala Terengganu untuk Bercuti!

Traveloka MY
06 Mar 2024 - 8 min read

Kuala Terengganu adalah sebuah bandar yang indah yang menawarkan gabungan unik antara warisan budaya, kecantikan alam semula jadi, dan pesona tradisional.

Dengan pelbagai jenis tarikan pelancongan yang ditawarkan, bandar ini menjadi destinasi yang menarik bagi para pelancong. Berikut adalah 15 tempat tarikan menarik dan popular yang boleh Anda kunjungi di Kuala Terengganu semasa bercuti!

1. Snorkeling at Redang Island

Photo: Miles Hardacre

Alamat: Merang jetty, 21010 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia, Pulau Redang adalah sebuah syurga tropika yang terkenal dengan airnya yang jernih dan hidupan marin yang kaya. Pulau ini menawarkan pengalaman snorkeling terbaik di Malaysia, menjadikannya destinasi wajib bagi pencinta alam dan penggemar aktiviti lasak. Trip snorkeling di sini membolehkan anda menikmati keindahan bawah laut, dengan terumbu karang yang berwarna-warni, kawanan ikan tropika, serta kemungkinan terserempak dengan penyu laut.

Tapak snorkeling di sekitar Pulau Redang sesuai untuk pemula dan snorkeler berpengalaman. Kebanyakan trip membawa anda ke tempat-tempat popular seperti Taman Laut dan pantai Pasir Panjang, di mana anda boleh meneroka biodiversiti yang kaya di Laut China Selatan. Airnya tenang dan visibiliti yang sangat baik membolehkan anda melihat hidupan marin dengan jelas.

Snorkeling Trip at Redang Island - 1 Day Tour

10.0/10

Setiu

RM 100

2. Istana Maziah

Istana Maziah

Photo: Chin Guan Tan

Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20000 Kuala Terengganu
Buka: 24 Jam

Salah satu tempat yang wajib dikunjungi ketika berada di Kuala Terengganu adalah Istana Maziah. Istana Maziah adalah lambang penting dan bersejarah di Kuala Terengganu.

Dibuka secara rasmi pada 31 Mei 1895, Istana Maziah dibina semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Dengan reka bentuk dua tingkat yang dipengaruhi oleh gaya arsitektur Perancis, istana ini akan memberikan Anda pengalaman yang menyeronokkan sambil menjelajahi sejarah dan budaya Kerajaan Terengganu pada zamannya.

Pastikan untuk merakam kenangan lawatan Anda dengan berfoto di sekitar taman-taman yang cantik di istana ini.

3. Kota Lama Duyong

Kota Lama Duyong

Photo: Ahmad Fauzee (AFA)

Alamat: Puau Duyong Kecil, 20100 Kuala Terengganu
Buka: 09.00 AM – 05.00 PM

Selepas melawat Istana Maziah, Anda boleh singgah ke destinasi bersejarah lain yang menarik, iaitu Kota Lama Duyong yang terletak di Pulau Duyong. Pada mulanya, bandar ini ditubuhkan pada tahun 1919 oleh Nik Mohamad bin Hitam dan dijadikan sebagai tempat pembelajaran agama dan pengajian Al-Quran.

Pengalaman lawatan di Kota Lama Duyong menggabungkan elemen sejarah, budaya, dan seni. Di sini, Anda akan disuguhi dengan pemandangan bangunan rumah tradisional Melayu Terengganu, seperti Bujalng Berpeleh, Limas Bungkus, dan Limas Belanda.

Tempat ini akan menjadi syurga bagi para peminat fotografi kerana terdapat banyak objek foto menarik yang boleh diabadikan. Atmosfer kampung yang tenang juga akan menambah kesan istimewa pada perjalanan wisata Anda!

4. Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk

Photo: Warna Ceria

Alamat: 20400, Terengganu

Dari bukit, kita beralih ke pantai! Jika Anda merasa letih dengan hiruk pikuk bandar, sudah tiba masanya untuk menyegarkan diri dan bersantai sambil menikmati keindahan alam di Pantai Batu Buruk! Terletak di bandar Kuala Terengganu, pantai ini menawarkan pasir yang lembut, air laut yang jernih, dan pemandangan alam yang mempesona.

Di sini, Anda boleh menikmati bunyi deburan ombak yang menenangkan sambil menikmati hidangan laut yang lazat. Bukan hanya bersantai, Anda juga boleh merasai pengalaman menaiki kereta kuda yang dihias cantik dan mengelilingi pantai. Melancong ke pantai ini akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan, terutama jika membawa keluarga dan rakan-rakan.

5. Waterfront Kuala Terengganu

Waterfront Kuala Terengganu

Photo: CY Lee

Alamat: Jalan Balik Bukit, 203000 Kuala Terengganu

Mahu bersantai menikmati pemandangan laut yang indah? Mari melawat kepada Waterfront Kuala Terengganu! Anda boleh berjalan-jalan di tepi waterfront sambil menikmati angin laut yang menyegarkan. Bukan itu sahaja, tempat ini juga menyediakan pelbagai pilihan kedai dan restoran dengan pelbagai hidangan lezat yang boleh Anda cuba..

6. Masjid Kristal

Masjid Kristal

Photo: Mah Mickey

Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu

Berminat dalam pelancongan keagamaan? Sila kunjungi Masjid Kristal! Masjid yang terletak di kawasan Taman Tamadun Islam ini mempunyai struktur bangunan yang diperbuat daripada bahan seperti baja, kaca, dan kristal. Apabila Anda melawat masjid ini, mata Anda akan dikagumi dengan pemandangan seni bina masjid yang indah dan unik.

Dengan kubah yang megah dan menara tinggi yang menjulang, masjid ini mencipta imej keanggunan yang menawan hati. Bangunan masjid ini dihiasi dengan kaca berwarna-warni yang mencipta permainan cahaya dan warna yang memukau.

Selain sebagai tempat solat, masjid ini juga digunakan untuk aktiviti keagamaan lain seperti ceramah dan seminar. Jangan lepaskan peluang untuk melawat Masjid Kristal dan rasai ketenangan dan kesyahduan beribadah di tempat ini.

12 Best Hotels in Kuala Terengganu and The Famous Destinations

Visiting Kuala Terengg...

Lihat harga

7. Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam

Photo: Azman Atan

Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu
Buka: 10.00 AM – 06.00 PM

Wisata religi yang lain yang terdapat di Kuala Terengganu adalah Taman Tamadun Islam. Dengan menggabungkan pesona alam dan kekayaan budaya Islam, taman ini menjadi tempat yang menginspirasi dan memberikan wawasan mendalam tentang warisan budaya dan peradaban Islam.

Taman Tamadun Islam membawa kepada Anda 21 replika bangunan terkenal dalam dunia Islam seperti Istana Alhambra, Kota Lama Islam Aleppo, Kubah As-Sakhrah, hingga Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Berwisata ke Taman Tamadun Islam membuat Anda terasa seolah-olah masuk ke dalam lembaran sejarah dan keindahan Islam.

8. Kampung China (Chinatown)

Kampung China (Chinatown)

Photo: Beautiful Terengganu

Alamat: Jalan bandar, Kuala Terengganu 20100

Panggilan khas kepada penggemar belanja dan pencinta kuliner! Jika Anda melancong ke Kuala Terengganu, pastikan untuk mengunjungi Chinatown! Di sini, Anda dapat menjelajahi hidangan street food khas Tionghoa dan Melayu, mulai dari bakmi dan dimsum hingga nasi lemak dan kuih tradisional yang pastinya sangat lezat.

Anda juga boleh berbelanja oleh-oleh khas seperti kipas warna-warni dan barang-barang antik lain yang boleh dibeli sebagai hadiah untuk keluarga dan jiran. Jangan lewatkan juga Tujuh Lorong Batu Bulat yang terkenal! Tujuh Lorong Batu Bulat merupakan salah satu tarikan utama di Chinatown.

Lorong ini memamerkan seni mural dan lukisan tematik yang mencerminkan kehidupan sehari-hari, kebudayaan, dan sejarah. Chinatown juga merupakan tempat yang sesuai bagi pencinta fotografi kerana terdapat banyak spot foto cantik yang boleh Anda abadikan.

9. Jembatan Angkat Kuala Terengganu

Jembatan Angkat Kuala Terengganu

Photo: Ahmad Naqiuddin

Alamat: 2000 Kuala Terengganu, Terengganu

Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau Kuala Terengganu Drawbridge merupakan salah satu destinasi wisata ikonik yang wajib dikunjungi ketika melancong ke Kuala Terengganu. Jambatan ini menghubungkan Kuala Terengganu dengan Kuala Nerus. Reka bentuk senibinanya terinspirasi daripada Tower Bridge London, dengan dua menara setinggi 15 tingkat pada bahagian utara dan selatan.

Dari puncak menara ini, Anda dapat menikmati keindahan bandar dari ketinggian. Anda juga boleh menikmati pemandangan sambil menikmati hidangan lazat dari pelbagai kawasan yang dijual di restoran-restoran di menara jambatan ini. Fakta menarik lainnya, jambatan ini merupakan jambatan angkat pertama di Asia Tenggara loh! Keren sekali bukan?

Terengganu Instagram Boat Tour

Losong

Lihat harga

10.Pusat Budaya Kraf Terengganu

Pusat Budaya Kraf Terengganu

Photo: kraftangan.gov.my

Alamat: Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu

Tempat ini sangat sesuai untuk peminat seni, iaitu Pusat Budaya Kraf Terengganu. Di sini, Anda akan diundang untuk masuk ke dalam dunia keindahan seni dan kebolehan tradisional dengan melihat lebih dekat proses pembuatan kraf tangan Terengganu. Tempat ini adalah jendela yang memperlihatkan kekayaan budaya Terengganu melalui pelbagai karya seni dan kerajinan tangan.

Pusat Budaya Kraf Terengganu mempamerkan pelbagai hasil kraf tangan seperti ukiran, sarung, songket, sutera, produk tembaga, dan banyak lagi. Sesuai untuk dibeli sebagai oleh-oleh untuk keluarga dan jiran. Bukan itu sahaja, Anda juga boleh melakukan aktiviti kreatif di sini seperti melukis batik dan membuat anyaman.

11.Bukit Besar

Bukit Besar

Photo: Foursquare

Alamat: 21080 Kuala Terengganu, Malaysia

Bukit Besar merupakan salah satu destinasi wisata terkenal di Kuala Terengganu. Dari puncak bukit ini, Anda dapat melihat seluruh penjuru Kuala Terengganu dan panorama laut yang indah dari ketinggian.

Salah satu ciri ikonik dari bukit ini adalah tulisan 'Allah Peliharakanlah Terengganu' yang bercahaya pada waktu malam. Jika Anda berkunjung ke bukit ini, jangan lupa membawa air minum agar tidak kehausan. Jangan lupa juga untuk mengabadikan pendakian Anda dengan mengambil gambar.

12. Masjid Tengku Tengah Zahara (Masjid Terapung)

Masjid Tengku Tengah Zahara (Masjid Terapung)

Photo: Jain Mahmud

Alamat: 1010, Jalan Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu

Masjid Tengku Tengah Zahara juga dikenali sebagai Masjid Terapung. Masjid ini dinamakan 'Masjid Terapung' kerana jika dilihat dari jauh, masjid ini kelihatan seolah-olah mengapung di atas air. Masjid yang cantik dengan seni bina yang unik ini akan memberikan Anda pengalaman melancong yang damai dan tenang.

13.Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu

Photo: Amira Haz

Alamat: Bukit 20566 Darul Iman, Terengganu
Buka: 09.00 AM – 05.00 PM

Muzium Negeri Terengganu merupakan salah satu destinasi sejarah yang wajib dikunjungi ketika melancong ke Kuala Terengganu. Senibina museum ini mengambil bentuk Rumah Tele atau Rumah Tiang, rumah tradisional Terengganu. Muzium ini membawa Anda merentasi masa untuk memahami kekayaan budaya, keunikan warisan, serta sejarah yang ditawarkan oleh Terengganu.

Di sini, Anda dapat melihat pelbagai artifak, pameran seni, dan maklumat yang menarik. Terdapat lima bahagian dalam muzium ini iaitu Muzium Utama, Muzium Perikanan, Muzium Maritim, taman botani dan herba, serta yang terakhir Anda dapat melihat empat rumah tradisional. Bagi Anda yang ingin menyelami lebih mendalam tentang sejarah dan budaya negeri ini, Muzium Negeri Terengganu menjadi destinasi yang tidak boleh terlewatkan.

14.Dataran Shahbandar

Dataran Shahbandar

Photo: Kervin Chong

Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin 20000 Kuala Terengganu

Dataran Shahbandar merupakan salah satu destinasi popular di Kuala Terengganu yang tidak boleh Anda lewatkan. Terletak di tepi Sungai Terengganu, Dataran Shahbandar menawarkan pemandangan indah yang menyegarkan mata. Anda boleh membawa keluarga atau rakan-rakan untuk berehat di sini sambil menikmati udara segar, berpicnic, atau bermain permainan yang disediakan di dataran ini.

15.Pasar Payang

Pasar Payang

Photo: Mohd Shukri Bin Talib

Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20200 Kuala Terengganu
Buka: 07.00 AM – 06.00 PM

Tidak lengkap pengalaman berwisata di sekitar bandar tanpa menjalani wisata kuliner. Jika Anda melancong ke Kuala Terengganu, pastikan untuk melawat Pasar Payang, sebuah pasar tradisional yang menjadi harta karun kebudayaan dan kuliner tempatan.

Dengan suasana yang hidup dan penuh semangat, pasar ini menawarkan tempat untuk berbelanja dengan pelbagai produk tempatan. Di sini, Anda dapat menemui pelbagai jenis makanan sedap, pakaian tradisional, kraf tangan, dan cenderamata yang sangat sesuai untuk dibeli sebagai oleh-oleh untuk keluarga dan jiran di rumah.

Resorts World Kijal

8.5/10

Kijal

RM 347

RM 314

Melalui destinasi-destinasi wisata ini, Kuala Terengganu mengundang Anda untuk merasai keindahan alam, warisan budaya, dan kekayaan sejarah. Melancong ke Kuala Terengganu akan memberikan pengalaman melancong yang tidak terlupakan bagi Anda dan keluarga!

Tempah pelbagai jenis aktiviti untuk percutian di Kuala Terengganu melalui di sini dan semak pelbagai jenis tiket pesawat dan penginapan Anda dengan diskaun tertentu hanya di Traveloka.

Muat turun aplikasi Traveloka sekarang untuk mendapatkan diskaun terbaik dan tempah percutian impian anda dengan mudah.

Discover flight with Traveloka

Tue, 27 May 2025

AirAsia Berhad (Malaysia)

Kuala Lumpur (KUL) to Kuala Terengganu (TGG)

Harga bermula dari RM 41.73

Mon, 26 May 2025

Malaysia Airlines

Kuala Lumpur (KUL) to Kuala Terengganu (TGG)

Harga bermula dari RM 111.75

Thu, 22 May 2025

Firefly

Kuala Lumpur-Subang (SZB) to Kuala Terengganu (TGG)

Harga bermula dari RM 101.49

Aktiviti yang Disebut dalam Artikel Ini

Selam Snorkel Pulau Redang - Lawatan 1 Hari

Setiu
RM 100

Hotel yang Diserlahkan dalam Artikel Ini

Resorts World Kijal

8.5/10
Kijal
RM 347
RM 314

Penerbangan yang Disyorkan dalam Artikel Ini

Tue, 27 May 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Kuala Lumpur (KUL) to Kuala Terengganu (TGG)
Harga bermula dari RM 41.73
Tempah Sekarang
Mon, 26 May 2025
Malaysia Airlines
Kuala Lumpur (KUL) to Kuala Terengganu (TGG)
Harga bermula dari RM 111.75
Tempah Sekarang
Thu, 22 May 2025
Firefly
Kuala Lumpur-Subang (SZB) to Kuala Terengganu (TGG)
Harga bermula dari RM 101.49
Tempah Sekarang
Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved