Tempat menarik di kota bharu untuk dikunjungi

Traveloka MY
16 Apr 2024 - 5 min read

Jika Anda rasa bosan dengan kesibukan, mungkin mengunjungi Kota Bharu adalah pilihan yang sesuai untuk menenangkan diri. Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Berbeza dengan Kuala Lumpur dan Georgetown, Kota Bharu adalah sebuah bandar yang nyaman dengan kekuatan budaya Islam yang sangat kental. Bandar ini biasanya menjadi tempat transit untuk pelancong yang menuju ke Pulau Perhentian. Tetapi jangan salah, Kota Bharu mempunyai daya tarikan yang sama menariknya dengan bandar-bandar lain di Malaysia.

Kota Bharu terkenal dengan keamanan dan keselesaan, serta penerapan undang-undang Islam dalam semua lapisan masyarakat. Jika Anda melawat Kota Bharu, Anda tidak akan menjumpai pawagam di mana-mana pusat membeli-belah. Begitu juga minuman beralkohol hanya di sedikit restoran Cina, tetapi Anda masih boleh mengunjungi banyak muzium, masjid bersejarah, pelbagai tempat kerajinan, dan juga menaiki bot melalui sungai Kelantan.

Tempat Menarik di Kota Bharu

Muzium Kraf dan Kampung Kraf

Alamat : Jalan Merbau, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Sebagai sebuah bandar yang berakar dengan budayanya, melawat muzium dan perkampungan Kraftangan adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Tempat ini menampilkan seni yang unik dan menarik. Tambahan pula, Anda boleh menyaksikan proses pembuatan atau menyertai kelas batik di sini.

Muzium Perang

Alamat : Jalan Pejabat Pos Lama, 15300, Kota Bharu, Kelantan

Muzium Perang ini memaparkan pelbagai peninggalan dan ingatan dari Perang Dunia Kedua di Kelantan. Terdapat lebih daripada 1,000 artifak yang boleh dilihat secara dekat. Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat, dari 8.30 pagi hingga 4.45 petang waktu Malaysia. Yuran masuk untuk pelawat antarabangsa adalah RM2 - RM4.

Pelayaran Sungai Kelantan

Alamat : Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu

Melawat Sungai Kelantan merupakan satu lagi destinasi pelancongan yang tidak boleh dilepaskan apabila berada di Kota Bharu. Terdapat banyak pilihan tempat pelancongan yang boleh dilawati, termasuk melawat kawasan perumahan atau mengunjungi Masjid Kampung Laut. River Cruise boleh diambil dari sekitar kawasan Medan Ikan Bakar, dengan harga antara RM10 hingga RM20.

Seni Jalanan Kota Bharu

Alamat : Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Ingin mengambil gambar-gambar estetik? Jangan lupa melawat Seni Jalanan Kota Bharu. Anda akan dapat melihat mural-mural yang warna-warni dan menarik di jalan penghubung antara Jalan Ismail dan Dato Pati. Terdapat beberapa mural yang menarik perhatian penduduk tempatan serta imej yang merungkai konflik di Timur Tengah.

Istana Jahar

Alamat : Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu

Istana Jahar yang juga dikenal sebagai Muzium Adat ini adalah sebuah bangunan yang telah dibina pada abad ke-19. Istana ini telah dibina daripada hasil tangan tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh Kelantan pada ketika itu. Di dalam muzium ini, Anda sekeluarga dapat melihat pelbagai peralatan khas yang digunakan sewaktu upacara kerajaan seperti tempayan, tembaga dan sebagainya. Anda juga dapat melihat ruang pelamin diraja, kamar tidur, perahu diraja, kenderaan diraja, senjata-senjata lama dan banyak lagi!

Makanan Sedap di Kota Bharu

Warung Pak Mat Pulau Pisang

Minuman teh tarik madu, es krim tarik, dan sup kepala ikan menjadi menu utama di Warung Pak Mat. Lokasinya berada di Jalan Kuala Besar, Kota Bharu, Malaysia 15350.

Restoran Nasi Ulam Kraftangan/Nasi Ulam Cikgu

Berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah, terdapat Restoran Nasi Ulam Kraftangan. Di sini, Anda boleh menikmati hidangan utama seperti patin asam pedas, ikan goreng keli, sayur lemak, dan pelbagai hidangan khas Kelantan. Anda juga boleh melihat profil Instagram restoran ini di @nasiulamcikgu. Alamatnya terletak di Jalan Hilir Kota, Kota Bharu, Malaysia 15300.

Kopitiam Kita

Di sini, Anda boleh menikmati pelbagai hidangan sarapan pagi seperti nasi kerabu, nasi tumpang, dan terutamanya roti tirab. Lokasinya berada di Lorong Taman Desa Jaya, 4357A, Kota Bharu, Malaysia.

Shopping and Markets

Pasar Siti Khadijah

Alamat : Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Salah satu tempat terkenal di Kota Bharu adalah Pasar Siti Khadijah. Pasar ini dinamakan demikian kerana kebanyakan peniaga di sini adalah wanita! Seperti pasar-pasar lain, ia menjual komoditi asas seperti beras, daging, sayur-sayuran dan rempah dapur. Barang kraf seperti songket dan batik turut boleh didapati di pasar ini.

Pasar Malam Che Yeh

Alamat : Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan

Selain Pasar Khadijah, tempat membeli-belah seterusnya yang boleh Anda lawati semasa berada di Kota Bharu adalah Pasar Wakaf Che Yeh. Untuk pengetahuan Anda, pasar ini adalah pasar malam yang terbesar di bandar ini. Apa yang Anda nak beli? Barangan rumah? Aksesori? Pakaian? Makanan? Anda tak akan kecewa dengan pilihan yang ada di sini tambahan lagi dengan harga yang murah semacam, memang rambang mata!

Bazaar Tok Guru

Alamat: Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Ada bajet lebih nak bershopping? Mai singgah pula ke Bazaar Tok Guru! Sedar tak sedar boleh berjam-jam habis kat sini lebih-lebih lagi buat kaum wanita. Dari shawl, tudung bawal, batik, blouse, telekung hinggalah jubah dan segala macam ‘cinta hati’ wanita, semuanya ada di bazaar ini. Nak seronok lagi? Mantapkan skill tawar-menawar Anda, lagi murah Anda dapat, lagi banyak boleh shopping! Ada banyak tau kedai nak singgah, lebih dari 600 buah semuanya!

Hotel Best di Kota Bharu

Selepas tiba di Kota Bharu, harus menginap di mana? Anda bisa tengok senaraii berikut:

De'Viana Hotel & Apartment

Terletak di pinggir bandar Kota Bharu, hotel ini berlokasi strategik dan menyediakan kemudahan bagi para tetamu. Kamar bersih dan selesa cocok untuk menginap bersamaan keluarga. Alamat: Jalan Kuala Krai, Seksyen 62, Wakaf Che Yeh, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15150

The Grand Renai

Hotel bertaraf lima bintang ini sediakan shuttle pengangkutan dengan surcaj. Jika belum bertemu kenderaan yang cocok, fasilitas ini dapat Anda manfaatkan. Selepas seharian berjalan di Kota Bharu, Anda boleh memesan kemudahan spa untuk menyegarkan badan. Hotel ini menyediakan pertunjukan memasak yang Anda bisa saksikan. Alamat: Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu City Centre, 15150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Crystal Lodge Kota Bharu

Bercadang untuk melawat Pasar Siti Khadijah? Anda boleh memilih tempat penginapan ini. Hanya 500 meter dari Pasar Siti Khadijah, hotel ini juga mempunyai kakitangan yang mesra dan kemudahan yang cukup lengkap termasuk pasar raya di sekitarnya. Alamat: No. 124, Jalan Che Su, Pusat Bandar Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15000

Crystal Lodge Kota Bharu

8.6/10

No. 124, Jalan Che Su

RM 143.69

RM 132.19

IBIS Styles Kota Bharu

Terletak di kawasan pusat Kota Bharu, hotel ini berjarak 8,3 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. Anda juga bisa melawat kepada Istana Kota Lama untuk melihat bangunan bersejarah kerajaan Kelantan yang hanya berjarak 250 meter dari hotel. Hotel ini memiliki kemudahan cukup baik dan menyediakan kolam renang yang bisa digunakan orang ramai. Alamat: Lot 184, Lorong Minyak Gas, Off Jalan Sultanah Zainab, Pusat Bandar Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15050

ibis Styles Kota Bharu

8.4/10

Lot 184,Lorong Minyak Gas,Off Jalan Sultanah Zainab

RM 279.35

RM 209.52

Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu

Terletak di kawasan Wakaf Che Yeh, hotel ini berjarak 10,7 km saja dari lapang terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. Seronok sangat suasana malam kawasan Wakaf Che Yeh, bermacam penjual ada; kraftangan, aksesori, pakaian serta makanan. Alamat: PT 968, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh,, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15100

Tips Melawat Kota Bharu

Bawak Sunscreen dan Topi

Seperti cuaca kebanyakan di Malaysia, Kota Bharu pun panas dan terik. Pendedahan yang lama kepada matahari boleh menyebabkan sunburn dan ketidakselesaan. Menggunakan sunscreen pada kulit yang terdedah dan memakai topi boleh membantu melindungi Anda dari sinaran UV yang merbahaya dan menjaga keselesaan Anda sepanjang lawatan. Disyorkan untuk memilih sunscreen spektrum lebar dengan SPF tinggi, dan topi bertepi lebar yang menyediakan bayangan yang mencukupi untuk wajah, leher, dan bahu Anda

Bawak Kamera

Bawak kamera setiap pergi jalan-jalan memang wajib! Banyak tempat di Kota Bharu ni yang layak ambil gambar dan simpan sebagai kenangan seumur hidup. Pastikan bawak kamera yang fully charged dengan banyak ruang memori, dan kalau boleh, bawak lensa zoom untuk tangkap gambar close-up yang cantik!

Guna Pakaian Sopan dan Selesa

Kerana Kota Bharu terkenal dengan budaya Islam yang kuat, disyorkan agar Anda mengenakan pakaian yang sopan dan tertutup untuk menghormati budaya tempatan. Sentiasa pilih bahan kain yang sejuk dan menyerap peluh agar perjalanan Anda tetap selesa.

Jika Anda sudah siap mengambil percutian untuk melawat Kota Bharu, terdapat beberapa perkara yang perlu Anda ambil perhatian. Kerana suhu udara tak jauh berbeza dengan Indonesia, Anda bisa gunakan pakaian yang menyerap peluh, tak lupa topi dan kacamata hitam. Jika Anda datang pada musim hujan, Anda perlu membawa payung dan pakaian tambahan. Permudahkan lawatan Anda ke Kota Bharu dan pilih penginapan di Traveloka. Tempah sekarang melalui Traveloka!

Discover flight with Traveloka

Wed, 5 Feb 2025

AirAsia Berhad (Malaysia)

Kuala Lumpur (KUL) to Kota Bharu (KBR)

Harga bermula dari RM 53.88

Thu, 16 Jan 2025

Batik Air Malaysia

Kuala Lumpur (KUL) to Kota Bharu (KBR)

Harga bermula dari RM 55.00

Thu, 9 Jan 2025

Malaysia Airlines

Kuala Lumpur (KUL) to Kota Bharu (KBR)

Harga bermula dari RM 64.54

Dalam Artikel Ini

• Tempat Menarik di Kota Bharu
• Muzium Kraf dan Kampung Kraf
• Muzium Perang
• Pelayaran Sungai Kelantan
• Seni Jalanan Kota Bharu
• Istana Jahar
• Makanan Sedap di Kota Bharu
• Warung Pak Mat Pulau Pisang
• Restoran Nasi Ulam Kraftangan/Nasi Ulam Cikgu
• Kopitiam Kita
• Shopping and Markets
• Pasar Siti Khadijah
• Pasar Malam Che Yeh
• Bazaar Tok Guru
• Hotel Best di Kota Bharu
• De'Viana Hotel & Apartment
• The Grand Renai
• Crystal Lodge Kota Bharu
• IBIS Styles Kota Bharu
• Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu
• Tips Melawat Kota Bharu
• Bawak Sunscreen dan Topi
• Bawak Kamera
• Guna Pakaian Sopan dan Selesa

Penerbangan yang Disyorkan dalam Artikel Ini

Wed, 5 Feb 2025
Kuala Lumpur (KUL) to Kota Bharu (KBR)
Harga bermula dari RM 53.88
AirAsia Berhad (Malaysia)
Tempah Sekarang
Thu, 16 Jan 2025
Kuala Lumpur (KUL) to Kota Bharu (KBR)
Harga bermula dari RM 55.00
Batik Air Malaysia
Tempah Sekarang
Thu, 9 Jan 2025
Kuala Lumpur (KUL) to Kota Bharu (KBR)
Harga bermula dari RM 64.54
Malaysia Airlines
Tempah Sekarang
Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved