Jom Ke Mersing! 12 Tempat Menarik & Aktiviti Seru untuk Long Weekend

Explore Mersing: Destinasi Baru untuk Anak Muda
Traveloka Accomodation
22 Jun 2023 - 6 min read

Tempat Menarik di Mersing - Mersing adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di Johor. Ia terkenal sebagai destinasi percutian dan juga sebagai lokasi persinggahan untuk ke kebanyakan pulau yang ada di sekitar Johor. Ramai yang syorkan untuk bercuti di sini sekiranya anda ingin rasakan pengalaman seperti bercuti di luar negara. Wow, menarik.

Memang tidak dapat dinafikan, terdapat banyak tempat menarik di Mersing dan juga aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan apabila singgah ke sini. Nak tahu apa je?

Berikut kami kongsikan senarai tempat menarik di Mersing dan juga aktiviti yang wajib cuba apabila berkunjung ke Mersing. Tunggu apalagi, mari teruskan membaca!

Tempat Menarik di Mersing

1. Pantai Desaru

Lokasi: Pantai Desaru, 82200 , Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor
Waktu Operasi: 24 jam
Harga: Percuma

Pantai Desaru memang tidak asing lagi dalam kalangan pelancong tempatan mahupun dari luar negara. Ia memang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pilihan lokasi percutian bersama keluarga. Terdapat beberapa aktiviti di Mersing yang anda boleh lakukan di sini, contohnya seperti bermain jetski, bot pisang, parasailing, menaiki kereta kuda dan sebagainya.

Selain itu, terdapat beberapa pilihan resort yang menarik ada di sekitar pantai ini seperti Lotus Desaru Beach Resort & Spa. Ia merupakan antara pilihan resort yang paling ideal untuk percutian keluarga. Di resort ini, terdapat taman tema air yang disediakan khusus untuk tetamu resort. Anak-anak anda pasti bersorak girang.

Adventure Waterpark @ Desaru Coast Tickets

9.0/10

Desaru

RM 90

RM 75

2. Pantai Air Papan

Lokasi: Jalan Pantai Air Papan, 86800 Mersing, Johor
Waktu Operasi: 24 jam
Harga: Percuma

Pantai Air Papan - Tempat Menarik di Mersing

Pantai Air Papan menawarkan keindahan alam yang mempesonakan. Geografinya yang landai serta mempunyai landskap yang menarik, menjadikannya sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Jangan risau, terdapat pelbagai kemudahan awam disediakan di sekitar pantai ini untuk keselesaan pengunjung.

Dengan air lautnya yang jernih, Pantai Air Papan juga terkenal dalam kalangan kaki pancing. Walaubagaimanapun, anda tidak digalakkan untuk bermandi-manda di pantai ini kerana ombak yang besar. Nak rendam-rendam kaki tu boleh. Pantai ini juga sering menjadi spot berkelah pada hujung minggu.

Terdapat beberapa penginapan di bina di sekitar pantai ini, antaranya ialah Mersing Beach Resort. Bolehlah bawa anak-anak bermalam pada musim cuti sekolah atau hujung minggu di resort ini.

3. Air Terjun Kota Tinggi

Lokasi: Sungai Pelepah, Gunung Panti Recreational Forest, Kota Tinggi, Johor
Waktu Operasi: 8.00 am – 7.00 pm (termasuk cuti sekolah & hujung minggu)
Harga: RM7 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)

Air Terjun Kota Tinggi - Tempat Menarik di Mersing

Air Terjun Kota Tinggi ini memang mesra keluarga. Sekiranya anda bawa anak-anak datang ke sini, anda boleh ke tingkat bawah kerana airnya lebih cetek dan tenang. Selain itu, terdapat juga beberapa gelongsor air yang menjadi tarikan kanak-kanak untuk bermain dengan senang hati.

Terdapat juga satu kawasan yang dilengkapi dengan gelongsor panjang berterowong. Sebiji macam taman tema air tetapi di alam semulajadi. Memang menarik!

Akses untuk ke air terjun ini juga sangat mudah. Disebabkan itu, ia sangat popular dan sering mendapat kunjungan ramai tidak kiralah penduduk tempatan mahupun pelancong.

Berhampiran air terjun ini juga ada resort penginapan yang anda boleh tempah sekiranya anda ingin singgah bermalam. Contohnya seperti Kota Rainforest Resort.

4. Pulau Aur

Lokasi: Pekan Aur, 86800 Mersing, Johor
Waktu Operasi: 24 jam
Harga: Bermula dari RM500 (bergantung pakej)

Pulau Aur - Tempat Menarik di Mersing

Pemandangan di Pulau Aur ini memang instagrammable. Air di pulau ini memang sangat jernih sehingga anda boleh melihat hidupan laut di dalamnya. Antara hidupan laut yang mudah dilihat di sini adalah ikan pari dan baracuda.

Untuk sampai ke pulau ini, anda boleh menaiki bot dari jeti sekitar empat jam setengah. Walaupun memakan masa yang agak lama, namun percayalah perjalanan anda sangat berbaloi. Hilang semua penat lelah apabila melihat keindahan Pulau Aur ini.

Waktu terbaik yang disarankan untuk berkunjung ke pulau ini adalah antara bulan April - Oktober. Hal ini kerana, air laut lebih tenang dan jernih. Selain itu, keselamatan anda juga lebih terjamin daripada cuaca yang tidak menentu.

Aktiviti yang popular di pulau ini tidak lain tidak bukan adalah, snorkelling. Anda boleh sewa gear yang disediakan. Selain itu, jangan lepaskan peluang juga untuk bermandi-manda dan ambil gambar di dalam laut bersama hidupan marin sebanyak mungkin.

5. Pulau Rawa

Lokasi: Pulau Rawa, Mersing, Johor
Waktu Operasi: Speedboat ke Pulau Rawa dari Jeti Mersing (9 pagi & 12 tengahari), Speedboat ke Jeti Mersing dari Pulau Rawa (10 pagi & 2 petang)
Harga: Bermula dari RM990/malam (bergantung pakej)

Pulau Rawa - Tempat Menarik di Mersing

Pulau Rawa adalah merupakan destinasi ideal untuk sesiapa yang inginkan percutian santai, tenang, privasi dan jauh daripada hiruk pikuk kota. Sesiapa yang sedang mencari lokasi berbulan madu, anda boleh pertimbangkan untuk pergi ke Pulau Rawa.

Di pulau ini anda boleh lakukan pelbagai jenis aktiviti, contohnya seperti, mendaki, melihat matahari terbenam, scuba diving, berkayak, snorkelling dan macam-macam lagi.

Salah satu tarikan utama di pulau ini adalah terumbu karangnya. Selain itu, panorama di sekitar pulau juga sangat memukau. Memang rasa tak nak balik dah apabila sampai di sini.

Pilihan penginapan yang ada di Pulau Rawa hanya dua sahaja iaitu Rawa Island Resort & Alang Rawa Resort. Namun sekiranya anda datang daripada jauh dan perlu menginap di Mersing, anda boleh tempah hotel di sekitar Mersing, contohnya seperti Hotel Seri Malaysia Mersing.

6. Muzium Mersing

Lokasi: 243, Jalan Ibrahim, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor
Waktu Operasi: Ahad-Rabu (9.30 am – 4.30 pm), Khamis (9.30 am – 3.00 pm), Jumaat (tutup)
Harga: Percuma

Muzium Mersing - Tempat Menarik di Mersing

Muzium Mersing terletak berdekatan sahaja dengan Jeti Mersing. Sebelum pergi ke pulau (naik bot di jeti), anda bolehlah singgah ke muzium ini terlebih dahulu. Di muzium ini, terdapat pelbagai maklumat penting dan bersejarah mengenai negeri Johor dan Mersing khususnya.

Bangunan muzium ini masih lagi dipengaruhi kolonial penjajah namun terjaga dengan rapi. Sekiranya anda ingin membeli cenderahati untuk kenang-kenangan, anda boleh beli di ruangan yang disediakan.

Aktiviti di Mersing

1. Berkelah di Hutan Lipur Gunung Pulai

Lokasi: Jln TM Gn Pulai, 81000, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: 9 pagi - 4 petang
Harga: RM1.00/pelawat (bayaran parking RM3)

Untuk ke Hutan Lipur Gunung Pulai, ia akan memakan masa lebih kurang setengah jam sahaja dari Kulai. Hutan Lipur Gunung Pulai ini sangat sesuai untuk dijadikan lokasi rekreasi dan berkelah bersama keluarga. Kawasan persekitaran sungainya sangat bersih dan dijaga dengan baik. Anda boleh bawa tikar dan bentangkan di mana-mana kawasan lapang.

2. Memburu Matahari Terbit di Bukit Timah

Lokasi: Kampung Mersing, 86800 Mersing, Johor
Waktu Operasi: 24 jam
Harga: Percuma

Selain terkenal dengan keindahan flora dan faunanya, Bukit Timah juga terkenal sebagai lokasi memburu matahari terbit. Memang lawa sangat pemandangan matahari terbit di puncak Bukit Timah ini!

3. Bermain Air di Desaru Coast Adventure Waterpark

Lokasi: 82200 Bandar Penawar, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: 10 pagi - 6 petang
Harga: Bermula dari RM95

Taman tema air ini memang lokasi wajib singgah apabila anda berkunjung ke Mersing. Terdapat pelbagai jenis tarikan yang ada disini termasuk zon dengan tema-tema yang berbeza. Kalau bawa anak-anak ni memang seronoklah depa!

4. Menyelam di Pulau Tioman

Lokasi: Pulau Tioman, Pahang (berhampiran Mersing)
Waktu Operasi: Mengikut pakej
Harga: Bermula dari RM350/orang (Mengikut pakej)

Pulau Tioman menawarkan lebih kurang 25 tapak selaman yang anda boleh pilih. Ia sesuai untuk semua tahap. Tidak kiralah anda seorang yang professional mahupun baru pertama kali ingin mencuba.

5. Memburu Street Art di Mersing

Lokasi: Jalan Sulaiman, 86800 Mersing, Johor
Waktu Operasi: 24 jam
Harga: Percuma

Luangkan masa bersama keluarga anda untuk mengambil gambar di Street Art yang ada di sekitar bandar Mersing. Terdapat pelbagai karya yang dijadikan sebagai street art sekaligus menjadi tarikan pelancong. Barulah ada kenang-kenangan dah pernah jejakkan kaki di Mersing.

6. Mencuba Tandem Skydiving

Lokasi: Lapangan Terjun Udara, Segamat, Johor (berhampiran Mersing)
Waktu Operasi: -
Harga: Bermula dari RM1,200

Sekiranya anda sukakan aktiviti lasak dan mencabar, anda boleh cuba aktiviti tandem skydiving. Tandem skydiving ini adalah merupakan satu aktiviti di mana anda perlu terjun daripada kapal terbang bersama seorang yang mahir. Lokasi untuk aktiviti ini tidak jauh dari Mersing. Memang kecut perut bila terjun tu!

Bukan sahaja Artikel tentang Tempat Menarik di Mersing yang Traveloka sediakan, tetapi kami juga mempunyai banyak artikel yang disyorkan terbaik untuk anda baca! Berikut ialah senarai cadangan Artikel terbaik khas untuk anda:

Itulah dia senarai tempat menarik di Mersing dan aktiviti yang anda boleh lakukan apabila berkunjung ke Mersing. Memang berbaloi sangat untuk habiskan masa cuti anda dengan menerokai bandar Mersing, Johor ini. Ia pasti meninggalkan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan!

Discover flight with Traveloka

Sat, 17 May 2025

Malaysia Airlines

Kuala Lumpur (KUL) to Johor Bahru (JHB)

Harga bermula dari RM 47.64

Fri, 16 May 2025

AirAsia Berhad (Malaysia)

Pulau Pinang (PEN) to Johor Bahru (JHB)

Harga bermula dari RM 91.47

Tue, 20 May 2025

AirAsia Berhad (Malaysia)

Kota Kinabalu (BKI) to Johor Bahru (JHB)

Harga bermula dari RM 164.18

Dalam Artikel Ini

• Tempat Menarik di Mersing
• 1. Pantai Desaru
• 2. Pantai Air Papan
• 3. Air Terjun Kota Tinggi
• 4. Pulau Aur
• 5. Pulau Rawa
• 6. Muzium Mersing
• Aktiviti di Mersing
• 1. Berkelah di Hutan Lipur Gunung Pulai
• 2. Memburu Matahari Terbit di Bukit Timah
• 3. Bermain Air di Desaru Coast Adventure Waterpark
• 4. Menyelam di Pulau Tioman
• 5. Memburu Street Art di Mersing
• 6. Mencuba Tandem Skydiving

Aktiviti yang Disebut dalam Artikel Ini

Tiket Adventure Waterpark @ Desaru Coast

Desaru
RM 90
RM 75

Penerbangan yang Disyorkan dalam Artikel Ini

Sat, 17 May 2025
Malaysia Airlines
Kuala Lumpur (KUL) to Johor Bahru (JHB)
Harga bermula dari RM 47.64
Tempah Sekarang
Fri, 16 May 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Pulau Pinang (PEN) to Johor Bahru (JHB)
Harga bermula dari RM 91.47
Tempah Sekarang
Tue, 20 May 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Kota Kinabalu (BKI) to Johor Bahru (JHB)
Harga bermula dari RM 164.18
Tempah Sekarang
Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved