14 Aktiviti dan Tempat Menarik di Pulau Redang, Cocok untuk Long Weekend

Destinasi Percutian Terbaik untuk Anda di Pulau Redang
Traveloka Accomodation
19 Jul 2023 - 7 min read

Tempat Menarik di Pulau Redang - Sekiranya anda tercari-cari pulau yang sesuai untuk dijadikan sebagai pilihan destinasi percutian yang menyeronokkan, Pulau Redang adalah jawapannya.

Sekiranya anda belum lagi pernah menjejakkan kaki ke Pulau Redang, anda boleh rujuk senarai tempat menarik di Pulau Redang dan juga aktiviti yang anda boleh lakukan sepanjang bercuti di sana seperti yang di kongsikan di bawah.

Mari teruskan membaca.

Senarai Tempat Menarik di Pulau Redang Untuk Dilawati

1. Pantai Teluk Kalong

Alamat: Teluk Kalong, 24100 Kijal, Terengganu, Malaysia

Waktu beroperasi: 24 jam

Pantai Teluk Katong - Tempat Menarik di Pulau Redang

Pantai Teluk Kalong ini agak terkenal terutamanya dalam kalangan penduduk tempatan. Pantai ini digemari ramai kerana pasirnya yang putih berbutir halus dan pemandangannya yang indah.

Di pantai ini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berkelah dan juga berkhemah. Kemudahan seperti tandas awam yang lengkap dengan kemudahan pancuran air untuk mandi juga disediakan. Bukan itu sahaja, terdapat juga banyak gerai yang menjual makanan di kawasan sekitar pantai.

2. Pantai Pasir Panjang

Alamat: Kampung Baru, Pulau Redang, Terengganu

Waktu beroperasi: 24 jam

Juga dikenali dengan nama Long Beach, pantai ini mempunyai daya tarikannya tersendiri. Dengan pasirnya yang putih, airnya yang kebiruan, Pantai Pasir Panjang sering kali menjadi pilihan pengunjung untuk bersantai dan menikmati masa cuti mereka di sini.

Pantai ini juga terkenal dengan aktiviti snorkeling kerana lautnya yang dalam dan terdapat banyak hidupan laut termasuklah batu karang. Jadi sekiranya anda ingin melakukan aktiviti snorkeling ataupun menyelam, bolehlah singgah ke pantai ini.

Selain itu, terdapat juga hotel berdekatan seperti Sari Pacifica Resort & Spa Redang Island sekiranya anda berhajat untuk bermalam.

3. Pantai Teluk Dalam

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Waktu beroperasi: 24 jam

Pantai Teluk Dalam - Tempat Menarik di Pulau Redang

Untuk pengetahuan anda, Pantai Teluk Dalam mempunyai dua bahagian; Teluk Dalam Besar dan juga Teluk Dalam Kecil. Kedua-dua dipisahkan oleh satu singkapan batuan tetapi sebenarnya tetap disambungkan oleh jalan yang dibina di atas sebuah bukit.

Biasanya, di bahagian Teluk Dalam Kecil lebih ramai pengunjung kerana di situ terdapat Taaras Beach & Spa Resort dan juga airnya lebih jernih dan sesuai untuk bermandi-manda. Manakala, di bahagian Teluk Dalam Besar pula tidak ada resort didirikan di kawasan tersebut.

4. Tanjung Tengah

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Waktu beroperasi: 24 jam

Tanjung Tengah adalah merupakan spot yang terkenal dengan terumbu batu karang. Sehubungan dengan itu, ia adalah lokasi pilihan para kaki snorkeling. Selain terumbu karang, terdapat banyak lagi hidupan laut yang boleh dilihat apabila anda menyelam di sini, contohnya seperti seperti needlefish, penyu, sotong dan sebagainya.

5. Pulau Lima

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Waktu beroperasi: 24 jam

Pulau Lima - Tempat Menarik di Pulau Redang

Pulau Lima adalah merupakan sebahagian daripada kepulauan Pulau Redang. Ia adalah salah satu merupakan kawasan snorkeling (Black Coral Gardens) yang popular dan dipercayai sebagai tapak menyelam yang terbaik di Pulau Redang. Keindahannya memang mempesonakan!

6. Teluk Kalong Besar

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Waktu beroperasi: 24 jam

Teluk Kalong juga terbahagi kepada dua bahagian; Teluk Kalong Kecil dan juga Teluk Kalong Besar. Di Teluk Kalong Besar anda boleh nikmati keindahan Pantai Teluk Kalong sambil mengambil gambar sebanyak mungkin. Memang lawa sangat pemandangan dekat sini, dengan air laut yang kebiruan dan pasir yang putih, memang terbaik!

7. Pulau Mat Kepit

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Waktu beroperasi: 24 jam

Pulau Mat Kepit terletak lebih kurang 15 minit (naik bot laju) dari Taman Laut Pulau Redang. Di pulau inilah salah satu lokasi pendaratan penyu-penyu untuk bertelur. Jadi sekiranya anda ingin melihat penyu bertelur, anda boleh datang ke sini pada waktu malam semasa musim penyu bertelur (Mac hingga September).

8. Pasir Mat Simpan

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Waktu beroperasi: 24 jam

Di Pasir Mat Simpan ini, anda berpeluang untuk melakukan aktiviti snorkelling dan memberi makan ikan. Kawasan snorkeling sesuai untuk pelbagai tahap. Yang baru pertama kali nak cuba, pun tiada masalah. .

Aktiviti Menarik di Pulau Redang

1. Bersnorkeling di sekitar Pulau Redang

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Harga: Bermula dari RM100

Waktu beroperasi: Mengikut pakej

Snorkelling - Tempat Menarik di Pulau Redang

Kawasan perairan Pulau Redang sememangnya terkenal dengan kepelbagaian hidupan laut. Oleh itu, tidak lengkaplah percutian anda di Pulau Redang sekiranya anda tidak melakukan aktiviti bersnorkeling. Anda boleh tempah pakej snorkeling di Traveloka.

Selain itu, kawasan bersnorkeling di pulau ini sesuai untuk individu yang baru pertama kali mencuba kerana ia terbahagi kepada beberapa jenis lokasi, yang cetek dan juga yang lebih dalam.

2. Scuba Diving

Alamat: Redang Island Dive Centre, Pulau Redang, Terengganu

Harga: Bermula dari RM239

Waktu beroperasi: Mengikut pakej

Di Pulau Redang terdapat beberapa lokasi yang sesuai untuk aktiviti menyelam tidak kiralah anda penyelam profesional ataupun tidak. Anda berpeluang untuk menjumpai lebih 80% spesies hidupan laut di ‘coral triangle’ semasa aktiviti menyelam. Untuk ke lokasi menyelam, anda perlu menaiki bot laju. Tempah pakej menyelam di Traveloka.

3. Melihat Penyu di Pantai

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Harga: Percuma

Waktu beroperasi: 9 pagi - 9 malam

Melihat Penyu - Tempat Menarik di Pulau Redang

Sekiranya anda datang pada waktu yang tepat, anda boleh melihat penyu bertelur ataupun telur penyu menetas dan anak penyu dilepaskan ke laut. Biasanya pantai yang menjadi lokasi penyu-penyu ini seperti di kawasan Pantai Pasir Panjang, Pasir Mak Simpan, Pasir Mak Kepit dan beberapa lagi destinasi.

4. Jungle Trekking

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Harga: -

Waktu beroperasi: Mengikut pakej

Selain aktiviti yang melibatkan air, anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking di Pulau Redang. Melalui aktiviti ini, anda berpeluang untuk melihat pelbagai jenis flora dan juga fauna di sepanjang trek jungle trekking yang anda lalui.

Anda boleh gunakan servis ‘guide’ sekiranya ingin mempelajari lebih lanjut tentang spesies yang ada di sekitar hutan tersebut.

5. Bermain Bola Sepak Pantai

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Harga: -

Waktu beroperasi: Bila-bila masa

Jangan lepaskan peluang bermain bola sepak pantai bersama ahli keluarga atau rakan-rakan pada waktu petang. Memang seronok bermain bola sepak di tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi. Anda hanya perlukan bola sahaja tanpa perlu menyewa peralatan lain.

6. Yoga di Pantai

Alamat: The Taaras Beach & Spa Resort, Pulau Redang, Terengganu

Harga: Percuma untuk tetamu resort

Waktu beroperasi: 9 pagi - 5 petang

Untuk peminat yoga, jangan risau walaupun bercuti anda tetap boleh bersenam. Terdapat beberapa hotel atau resort yang menyediakan studio yoga untuk para tetamu. Antaranya ialah Taaras Beach & Spa resort. Anda boleh habiskan masa beryoga di kawasan resort sepanjang hari.

7. Berkayak

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Harga: Bermula dari RM50

Waktu beroperasi: Mengikut pakej

Berkayak - Tempat Menarik di Pulau Redang

Aktiviti berkayak juga merupakan salah satu aktiviti yang popular di Pulau Redang. Anda boleh menyewa peralatan berkayak daripada kedai yang ada di sekitar pantai ataupun dari hotel yang ada tempah. Harga sewaan peralatan adalah berbeza bergantung tempat anda sewa.

8. Menyertai trip memancing

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Harga: Bermula dari RM80

Waktu beroperasi: Mengikut pakej

Bagi kaki pancing, anda boleh sertai trip memancing yang di tawarkan dalam pakej percutian di pulau ini. Yang bukan kaki pancing pun boleh sertai sekali. Di sekitar perairan Pulau Redang ini memang kaya dengan hidupan marin. Anda pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong!

9. Bermain Golf

Alamat: The Taaras Beach & Spa Resort, Pulau Redang, Terengganu

Harga: Bermula dari RM50

Waktu beroperasi: 9 pagi - 5 petang

Teringin nak beraktiviti yang santai-santai sahaja? Anda boleh ajak ahli keluarga untuk bermain golf di padang golf yang disediakan oleh hotel penginapan anda. Biasanya, terdapat hotel yang menyediakan padang golf untuk para tetamu seperti The Taaras Beach & Spa Resort.

10. Bermain Parasailing

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Harga: Bermula dari RM150

Waktu beroperasi: Mengikut pakej

Untuk individu yang gemar aktiviti yang mencabar, anda boleh tempah pakej percutian yang menawarkan aktiviti parasailing. Parasailing ni adalah sebuah aktiviti di mana peserta akan dibawa ‘melayang’ atas udara menggunakan parasut yang diikat pada sebuah bot. Memang best gila!

11. Bermain Jet Ski Keliling Pulau Redang

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Harga: Bermula dari RM250

Waktu beroperasi: Mengikut pakej

Bermain jet ski di Pulau Redang juga merupakan salah satu aktiviti yang menjadi tarikan di sini. Anda boleh menyewa jetski atau tempah pakej percutian yang menawarkan aktiviti jetski sekali dalam pakej.

12. Menyusuri Pulau dengan Bot

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Harga: Bermula dari RM50

Waktu beroperasi: Mengikut pakej

Menyusuri Pulau Redang dengan Bot - Tempat Menarik di Pulau Redang

Ambil peluang untuk melakukan aktiviti menyusuri Pulau Redang menggunakan bot untuk melihat keindahan Pulau Redang yang tidak terkata.

Anda pasti akan teruja apabila melihat pemandangan laut dan kehijauan hutan serta kemegahan hotel-hotel yang ada di sekitar pulau ini. Ia pastinya menjadi satu pengalaman menarik yang tidak boleh dilupakan.

13. Menunggang Kuda

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Harga: Bermula dari RM80

Waktu beroperasi: Mengikut pakej

Pada zaman sekarang ni, memang jarang sangat berpeluang untuk melihat kuda secara dekat kan? Tetapi apabila anda berkunjung ke Pulau Redang, anda siap berpeluang menunggang kuda lagi tau.

14. Bermain Air

Alamat: Pulau Redang, Terengganu

Harga: -

Waktu beroperasi: Bila-bila masa

Senarai aktiviti di Pulau Redang memang tak lengkap tanpa aktiviti bermain air. Nama pun bercuti di pulau, aktiviti bermain air memang wajib.

Anda boleh bermandi-manda, berendam, berenang sepuas hati. Sama ada di kawasan pantai yang dibenarkan ataupun di kolam renang yang disediakan. Anda boleh menyewa pelampung sekiranya perlu. Jangan lupa bawa baju renang yang sesuai.

Bukan sahaja Artikel tentang Tempat Menarik di Pulau Redang yang Traveloka menyediakan, tetapi kami juga mempunyai banyak artikel yang disyorkan terbaik untuk anda baca! Berikut ialah senarai cadangan Artikel terbaik khas untuk anda:

Sememangnya terdapat banyak tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Redang ini. Manfaatkan waktu cuti anda untuk bercuti di Pulau Redang dan rasai keseronokannya!

Dalam Artikel Ini

• Senarai Tempat Menarik di Pulau Redang Untuk Dilawati
• 1. Pantai Teluk Kalong
• 2. Pantai Pasir Panjang
• 3. Pantai Teluk Dalam
• 4. Tanjung Tengah
• 5. Pulau Lima
• 6. Teluk Kalong Besar
• 8. Pasir Mat Simpan
• Aktiviti Menarik di Pulau Redang
• 1. Bersnorkeling di sekitar Pulau Redang
• 2. Scuba Diving
• 3. Melihat Penyu di Pantai
• 4. Jungle Trekking
• 5. Bermain Bola Sepak Pantai
• 6. Yoga di Pantai
• 7. Berkayak
• 8. Menyertai trip memancing
• 9. Bermain Golf
• 10. Bermain Parasailing
• 11. Bermain Jet Ski Keliling Pulau Redang
• 12. Menyusuri Pulau dengan Bot
• 13. Menunggang Kuda
• 14. Bermain Air
Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved