Mas Bellboy
22 Sep 2023 - 5 min read
Anda sedang mencari destinasi untuk ‘healing’ dan bercuti bersama rakan-rakan mahupun keluarga? Tak perlu pergi jauh, anda boleh pertimbangkan untuk pergi ke Pulau Pinang!
Pulau Pinang adalah salah satu lokasi percutian yang lengkap. Dari segi budaya, kesenian, tempat bersejarah, keindahan alam semulajadi, makanan tempatan, pusat beli-belah sehinggalah tempat-tempat hipster dan seumpamanya. Hampir semuanya ada di sini.
Untuk memudahkan anda membuat perancangan percutian di Pulau Pinang, anda boleh rujuk itinerari 3 hari 2 malam di Pulau Pinang yang dikongsikan di bawah. Semoga menjadi inspirasi anda untuk bercuti di Pulau Pinang!
Bagi pelancong dari luar Pulau Pinang, anda disarankan untuk menempah hotel yang terletak betul-betul di tengah Georgetown untuk memudahkan pergerakan anda.
Selain itu, kebanyakan tempat menarik juga berada di sekitar Georgetown. Jadi anda boleh pergi dengan mudah sama ada berjalan kaki ataupun dengan menaiki grab.
Antara pilihan hotel dengan harga mampu milik yang anda boleh tempah ialah Cititel Hotel Penang, The Wembley - A St Giles Hotel Penang, Royale Chulan Penang dan lain-lain. Kalau nak hotel 5 bintang, anda boleh tempah Eastern & Oriental Hotel atau The Prestige Hotel.
Sebaik sahaja daftar masuk hotel pada waktu pagi, anda boleh teruskan percutian anda ke lokasi yang pertama untuk makan tengah hari.
Anda boleh menikmati nasi kandar di restoran ini sebelum ke destinasi seterusnya. Untuk pengetahuan anda, ini adalah merupakan restoran nasi kandar yang tertua di Pulau Pinang. Memang banyak review positif yang ditinggalkan oleh pelanggan selepas berkunjung ke sini.
Terdapat pelbagai pilihan hidangan di sini untuk dimakan bersama nasi kandar antaranya ialah rendang daging, kambing masak kurma, ayam kapitan dan beberapa jenis masakan lagi. Semuanya memang umphh!
Alamat: 164A, Lebuh Campbell, George Town, Penang.
Waktu buka: 10AM-10.30PM (Setiap hari)
Salah satu aktiviti yang anda wajib cuba apabila berada di Pulau Pinang ialah menaiki beca untuk bersiar-siar di sekitar pusat bandar Georgetown dan beberapa tapak warisan.
Anda boleh buat tempahan untuk menaiki beca ini melalui Traveloka dan pilih pakej yang diinginkan. Untuk sesi petang, ia akan bermula pukul 2.30 petang sehingga 5 petang. Manakala untuk pakej awal pagi, lawatan akan bermula pukul 9.30 pagi sehingga 12 tengahari.
Pemandu beca akan membawa anda bersiar-siar di pusat bandar Georgetown dan berkunjung ke lokasi tapak warisan, antaranya ialah Kubu Cornwallis, Dewan Bandaran Pulau Pinang, Khoo Kong Si, Masjid Kapitan, Little India, Muzium Negeri, Galeri Seni Pulau Pinang dan sebagainya (bergantung kepada pakej yang anda ambil).
Menariknya aktiviti ini, anda boleh pergi ke banyak tempat sekaligus dalam satu masa sambil merasai pengalaman menaiki beca. Memang seronok!
Selepas menaiki beca, anda boleh singgah mengambil gambar bersama mural di sepanjang Armenian Street. Di sini anda boleh temui beberapa karya yang terkenal seperti Kids on Bicycle, Brother and Sister on a Swing dan sebagainya.
Selain di Armenia Street, terdapat juga beberapa lokasi lain yang mempunyai lukisan mural dengan keunikan tersendiri. Bahkan di restoran-restoran mahupun hotel, kebanyakkan pasti mempunyai bahagian yang memaparkan lukisan mural sebagai tempat untuk pengunjung mengambil gambar dan ber-OOTD.
Jangan lupa juga untuk singgah merasai cendol yang popular di Pulau Pinang ini. Namun begitu, disebabkan pengunjung yang ramai, sebaiknya anda ‘take-away’ sahaja kerana tempat duduk pasti dipenuhi orang ramai. Atau, anda juga boleh berdiri di sekitarnya sambil menikmati semangkuk cendol untuk merasai suasananya.
Alamat: Lebuh Keng Kwee, Georgetown, Penang
Waktu buka: 10AM-5PM (Setiap hari)
Pada malamnya pula, anda boleh habiskan masa di Pasar Malam Batu Ferringhi ini. Pasar malam sepanjang 1 kilometer ini akan dibuka bermula 7 petang sehinggalah 12 malam.
Di pasar malam ini anda boleh menemui pelbagai jenis makanan popular di Penang seperti asam laksa, rojak pasembur, sate ikan dan pelbagai lain. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis barangan dan cenderahati dijual di sini.
Selepas selesai anda boleh terus balik ke hotel untuk berehat dan bersedia untuk pengembaraan keesokan harinya. Perut kenyang, hati pun riang.
Pastikan ada bangun awal bagi untuk mencuba beberapa menu sarapan pagi yang dijual di Penang. Sebenarnya terdapat banyak pilihan tempat sarapan pagi di sini. Semuanya terpulang kepada anda.
Bagi yang inginkan menu sarapan santai seperti roti bakar, anda disyorkan untuk ke sini. Menariknya, restoran ini menyediakan roti dan kaya yang dihasilkan sendiri.
Alamat: Jalan Phee Choon, George Town, Penang
Waktu buka: 7AM - 2PM (Setiap hari)
Sekiranya menu roti bakar tadi kurang mengenyangkan, anda boleh singgah ke warung Ali Nasi Lemak Daun Pisang pula untuk menikmati nasi lemak daun pisangnya yang cukup popular di Penang.
Alamat: Sri Weld Food Court, Beach St, Georgetown, George Town, Penang
Waktu buka: 7AM - 2PM (Setiap hari)
Untuk hari kedua, lokasi utama yang ingin dituju adalah The Top Penang. The Top Penang adalah merupakan sebuah taman tema indoor terbesar di Penang yang menawarkan lebih daripada 18 tarikan utama seperti Rainbow Skywalk, The Gravityz, Galeri Negeri Pulau Pinang, Tech Dome Penang dan pelbagai lagi.
Anda boleh habiskan masa seharian disini sehinggalah waktu malam!
Ini adalah salah satu tarikan yang ada di The TOP. Di ketinggian tingkat 65 bangunan KOMTAR, terdapat enam check point yang mesti dilalui. Tempahan tiket untuk aktiviti ini boleh ditempah di sini.
Sekiranya anda bukanlah penggemar aktiviti lasak atau mencabar, anda boleh berkunjung ke Galeri Negeri Pulau Pinang. Ia terletak di Aras 3 The TOP, KOMTAR. Pulau Pinang. Di galeri ini terdapat pameran berkaitan semua ikon negeri Pulau Pinang seperti mercu tanda, budaya dan warisan, makanan dan sebagainya.
Tech Dome Penang ini juga terletak di The TOP. Ia mempunyai lebih 120 pameran sains dan teknologi interaktif. Selain itu, terdapat juga bahagian untuk pengunjung mencuba aktiviti berkaitan dengan sains seperti Wall Climb, G-Drop dan G-Force. Memang sesuai sangat untuk bawa anak-anak ke sini!
Rainbow Skywalk adalah destinasi waktu malam yang wajib anda kunjungi. Ia terletak di tingkat 68, bangunan KOMTAR. Ia menawarkan pengunjung pengalaman mendebarkan berjalan di udara setinggi 816 kaki dari paras laut. Sekiranya anda ingin melihat pemandangan seluruh pusat bandar Georgetown, anda boleh pergi ke dek pemerhatiannya yang terletak di tingkat 65.
Medan selera ini terletak hanya lebih kurang 7 minit sahaja dengan menaiki kereta dari bangunan KOMTAR. Anda boleh makan malam di sini sebelum pulang ke hotel. Di medan selera ini terdapat kira kira 15 buah gerai yang menjual aneka jenis makanan tempatan.
Alamat: Jalan Perak, George Town, Penang
Waktu buka: 5.30PM - 11.30PM (Setiap hari)
Sebelum bertolak balik pada hari ini, anda boleh merasai menu sarapan yang disediakan di restoran Astaka Taman Tun Sardon pula. Terdapat beraneka jenis menu sarapan di sini contohnya, lontong, nasi lemak, kuih serabai, capati dan banyak lagi. Semuanya sedap-sedap pulak tu!
Alamat: Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang, Malaysia
Waktu buka: 6AM-12AM (Setiap hari)
Habiskan masa-masa terakhir anda di Pulau Pinang dengan berseronok di taman tema ESCAPE Penang ini. Di sini terdapat gelongsor air yang menjangkau kepanjangan luar biasa (lebih kurang 1,111 meter) sekaligus menjadikannya sebagai gelongsor air terpanjang di dunia!
Taman tema ini sesuai untuk semua peringkat umur sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Anda boleh cuba 30 aktiviti yang menjadi tarikan di sini. Memang puas hati!
Alamat: Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu buka: 10AM-6PM (Setiap hari)
Sekiranya sempat untuk makan tengah hari, anda boleh singgah mengisi perut dengan assam laksa Penang di restoran Penang Air Itam Laksa ini.
Untuk pengetahuan anda, restoran ini telah menghidangkan laksa asli Pulau Pinang sejak dari tahun 1955 lagi. Jadi tidak hairanlah ia menjadi ‘buruan’ penduduk tempatan mahupun pelancong luar.
Alamat: Jalan Pasar, Paya Terubong, George Town, Penang.
Waktu Buka: 10.30AM-7PM (Setiap hari kecuali Rabu)
Selepas makan tengahari, anda boleh berehat dan mengemas barang untuk bertolak balik sama ada pada waktu petang mahupun malam. Dengan itu selesailah sudah percutian 3 hari 2 malam di Pulau Pinang, Malaysia.
Percutian singkat 3 hari 2 malam di Pulau Pinang ini dijamin bakal meninggalkan memori indah dan bermakna untuk anda. Apapun, jangan lupa tempah hotel dan juga tiket masuk di laman web Traveloka seawal mungkin untuk dapatkan diskaun harga terbaik.
Teroka lagi idea-idea perjalanan yang lebih menginspirasi: