15 Tempat Wajib Dilawati di Sabah, Malaysia

Jom baca perkongsian di bawah untuk mengetahui senarai lokasi yang anda wajib lawati di Sabah!
Traveloka MY
07 Nov 2023 - 10 min read

Digelar sebagai Negeri Di Bawah Bayu, Sabah adalah merupakan salah satu negeri di Malaysia yang sememangnya kaya dengan alam semulajadi dan juga memiliki daya tarikannya tersendiri. Terdapat banyak tempat menarik dan menyeronokkan untuk dilawati di Sabah, daripada bandar yang sibuk sehinggalah ke kawasan kampung yang agak terpencil.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan pengalaman percutian yang santai di pantai-pantainya yang indah ataupun pengalaman yang mencabar di pulau-pulau serta alam semulajadinya.

Jom baca perkongsian di bawah untuk mengetahui senarai lokasi yang anda wajib lawati di Sabah, Malaysia apabila berkunjung ke sini.

Senarai Hotel di Sabah Untuk Bermalam

Berikut adalah 15 tempat yang wajib dilawati di Sabah:

Tempat Wajib Dilawati di Sabah, Malaysia

1. Kundasang

Kundasang adalah merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di kaki Gunung Kinabalu. Ia merupakan lokasi yang popular yang dijadikan sebagai “tapak” untuk pendaki gunung yang ingin menawan Gunung Kinabalu sebelum memulakan agenda pendakian mereka.

Dikelilingi dengan gunung-ganang yang sangat indah, pekan kecil ini menawarkan pemandangan gunung yang menakjubkan. Cuaca di pekan ini juga sejuk dan berangin. Pastikan anda bawa baju tebal yang sesuai apabila datang ke sini. Bolehlah rasa macam berada di luar negara!

Di sini, terdapat pasar-pasar yang menjual bermacam jenis sayuran dan buahan yang segar dan organik. Bukan itu sahaja, anda juga boleh dapatkan bunga-bunga yang bermacam warna dijual di sini di sekitar pekan ini. Memang banyak sangat pilihan yang anda boleh pilih.

Di pekan ini juga terdapat beberapa pilihan tempat penginapan yang mesra poket, antaranya ialah Happy Village Kundasang, Mount Hill Villa Kundasang, Seribu 1 Homestay Kundasang dan beberapa lagi.

2. Kampung Ayer / Kampung Air

Kampung Ayer atau Kampung Air adalah merupakan sebuah perkampungan terapung yang terletak di Kota Kinabalu. Ia adalah tempat yang unik dan menarik untuk dikunjungi. Kampung ini terletak dalam jarak berjalan kaki daripada lokasi tarikan pelancong seperti Gaya Street, Waterfront dan Pasar Filipina.

Tarikan utama ini kampung ini adalah budaya tempatan orang Sabah yang anda boleh lihat secara langsung di sini. Anda juga boleh dapatkan pelbagai jenis makanan tempatan di pasar malam yang dibuka di Kampung Air ini pada waktu malam, setiap hari.

Di samping itu, terdapat beberapa restoran makanan laut yang segar dan murah di kampung ini. Pengunjung boleh memilih hidupan laut yang masih hidup dan pilih menu masakan yang diinginkan. Fuh, memang teringat-ingat kesedapannya!

3. Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Asia Tenggara dan merupakan tapak warisan dunia UNESCO. Ia bukanlah satu tarikan yang asing lagi di Sabah, bahkan menjadi tarikan utama untuk pelancong datang ke Sabah.

Pendakian gunung ini sangat mencabar dan memerlukan stamina yang kuat. Ramai para pendaki mempunyai cita-cita untuk menawan gunung ini disebabkan oleh statusnya sebagai gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Anda boleh tempah slot pendakian dan segera memulakan latihan untuk menawan gunung ini. Waktu terbaik adalah antara bulan Februari hingga April kerana cuaca yang baik. Pemandangan di atas gunung ini sukar diungkapkan dengan kata-kata, terutamanya pada waktu senja. Memang menakjubkan!

4. Teluk Likas

Teluk Likas adalah sebuah teluk dengan pantai yang indah yang terletak di Kota Kinabalu. Ia adalah tempat yang popular untuk anda melakukan aktiviti riadah air seperti berenang, berkayak, memancing, sukan air dan juga berjemur.

Teluk ini juga dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang subur, menjadikannya tempat bersiar-siar atau berkelah yang santai. Tambahan lagi, terdapat trek untuk berjogging dan berbasikal yang disediakan khas di kawasan taman awam Teluk Likas ini.

Anda juga boleh menikmati pemandangan yang menenangkan di sepanjang pantai. Biasanya, apabila cuaca cerah anda boleh melihat Gunung Kinabalu dengan jelas daripada sini.

5. Taman Negara Kinabalu

Terletak di tengah-tengah Kota Kinabalu, Taman Negara Sabah adalah ‘rumah’ kepada pelbagai jenis hidupan liar, termasuk gajah, badak sumbu dan orang utan. Selain itu, ia juga menjadi tempat permulaan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

Anda boleh bawa anak-anak datang berkunjung ke taman ini untuk berinteraksi dengan haiwan secara langsung. Untuk haiwan seperti tupai, anda boleh beri makan dengan tangan. Anak anda pasti teruja!

Selain itu, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak di sini seperti memerhati menaiki jambatan gantung, meredah hutan, berkhemah dan sebagainya. Di taman ini juga terdapat Monumen Gempa Bumi Kinabalu, bolehlah anda singgah sebentar sebelum balik. Waktu beroperasi adalah bermula seawal pukul 9 pagi hingga 4 petang, setiap hari.

Untuk tempat penginapan pula, anda boleh pertimbangkan untuk menginap di Sutera Sanctuary Lodges at Kinabalu Park. Ia terletak kira 0.17km sahaja Taman Negara Kinabalu ini.

6. Pulau Gaya

Pulau Gaya terletak hanya 10 minit dari bandar Kota Kinabalu, Sabah. Ia juga merupakan sebahagian daripada Taman Negara Tunku Abdul Rahman.

Pulau ini terkenal dengan keindahan pantainya dan suasananya yang santai. Pasir pantainya yang putih di sepanjang 400 meter yang mencerun perlahan-lahan ke laut menjadikan ia tempat yang sesuai untuk berenang di perairan biru kristal. Tambahan lagi, anda boleh menjumpai terumbu karang di sepanjang pantai pulau ini.

Untuk pergi ke sini amatlah mudah. Anda hanya perlu ke Terminal Feri Jesselton Point yang terletak pusat bandar Kota Kinabalu dan membeli tiket untuk menaiki bot ke pulau ini.

Jika anda bercadang untuk menginap di Pulau Gaya, anda boleh pilih untuk menempah Gaya Island Resort, Gayana Marine Resort ataupun Bunga Raya Island Resort.

7. Kolam Air Panas Poring

Kolam Air Panas Poring terletak di dalam sebuah hutan hujan yang menghijau. Jika anda ingin merasai bermandi-manda di kolam air panas semula jadi yang berpunca dari gunung, inilah tempatnya. Menariknya, kolam air panas tersebut dikatakan memiliki kandungan sulfur yang mampu diserap badan untuk menghilangkan lenguh sendi.

Selain itu, anda juga boleh melakukan bermacam aktiviti lain di sini seperti menyertai canopy walk, melawati kawasan air terjun, melawati taman rama-rama dan muzium serangga, meneroka gua kelawar dan juga meredah hutan. Anda juga boleh merehatkan diri sambil berpiknik bersama keluarga di sini.

Semua keseronokan ini dapat dinikmati tanpa mengira usia. Harga tiket masuk pun sangat murah, hanya RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Waktu beroperasinya pula bermula 8 pagi sehingga 6 petang, setiap hari. Kalau hujung minggu, memang penuh. Oleh itu, rancang perjalanan anda sebaiknya.

8. Signal Hill

Signal Hill ialah sebuah bukit yang menawarkan pemandangan panoramik bandar dan kawasan sekitarnya. Ia terletak di Jalan Bukit Bendera dan beroperasi setiap hari bermula pada 8 sehingga 12 malam. Masuk adalah percuma.

Di bukit ini terdapat sebuah dek pemerhatian untuk pengunjung menikmati pemandangan di sekitar Kota Kinabalu dan pulau-pulau terdekat sambil menikmati angin sepoi-sepoi. Anda boleh lepak santai bersama keluarga ataupun rakan-rakan dan mengambil gambar pemandangan untuk dimuat naik di media sosial masing-masing.

9. Muzium Sabah

Muzium Sabah adalah merupakan sebuah muzium yang mempamerkan sejarah dan kepelbagaian budaya suku kaum di Sabah. Untuk yang pertama kali ke Sabah atau belum pernah menjejakkan kaki ke muzium ini, anda wajib datang ke sini. Sambil makan angin, bolehlah anda mengisi ilmu di dada.

Di muzium ini, terdapat pameran, artifak & bahan bersejarah yang dipersembahkan dalam cara yang interaktif. Dengan keluasan 17 hektar, muzium ini juga menempatkan sebuah zoo dan kampung warisan. Anda boleh habiskan masa lebih 2 jam untuk menerokai semua tarikan yang ada di muzium ini satu persatu.

Di samping itu, terdapat juga kedai menjual cenderahati yang boleh dijadikan sebagai buah tangan setelah balik bercuti kelak. Menariknya, muzium ini dikelilingi oleh taman kehijauan yang mendamaikan.

Harga masuk ke Muzium Sabah ini hanya RM2 untuk warganegara dan RM15 untuk yang bukan warganegara. Manakala, pelajar yang memakai pakaian uniform sekolah, warga emas dan juga orang kurang upaya tidak dikenakan bayaran. Anda boleh melawat muzium ini bermula 9 pagi hingga 5 petang, pada hari Isnin hingga Ahad.

10. Pulau Manukan

Pulau Manukan adalah pulau kedua yang terbesar di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Pulau ini tidak asing lagi dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara. Ia terkenal dengan pantainya yang indah dan air lautnya yang jernih.

Di pulau ini, anda boleh bermandi-manda tanpa risau kerana airnya memang tenang dan tidak berbahaya termasuklah untuk kanak-kanak. Sekiranya tidak berminat untuk berenang, anda boleh bersantai di bawah rimbunan pokok di sekitar pulau ini sambil menikmati udara segar.

Untuk pengetahuan anda, antara aktiviti yang sering menjadi tarikan di pulau ini adalah menyelam (snorkelling). Hal ini kerana, di sini terdapat taman batu karang yang sangat indah. Anda boleh pergi ke kawasan laut yang dalam sedikit dan jauh daripada kawasan pantai.

Untuk ke pulau ini, anda perlu ke terminal feri Jesselton Point dan menaiki bot laju. Bot laju tersebut akan bertolak dari terminal feri Jesselton Point dan beroperasi dari 8:30 pagi hingga 4:15 petang.

11. Desa Cattle Dairy Farm

Anda teringin merasai pengalaman seperti berada di ladang lembu New Zealand? Tak usah pergi jauh-jauh, anda boleh datang ke Desa Cattle Dairy Farm yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah ini.

Berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu, ladang lembu ini sangat seronok untuk diterokai bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Anda boleh melihat secara dekat lembu-lembu yang diternak disini, memberi susu kepada anak lembu, belajar proses penghasilan produk tenusu serta melihat cara memerah susu.

Semua aktiviti ini pasti menjanjikan satu pengalaman yang sangat bernilai untuk para pengunjung. Selain itu, jangan lepaskan peluang juga merasai produk-produk tenusu yang dijual di sini seperti Fresh Cheese, Aged Cheese, Gelato (Soft), Natural Yogurt, aiskrim & sebagainya.

Anda digalakkan untuk datang awal pagi untuk dapatkan pemandangan gunung berkabus seperti suasana di luar negara.

12. Turtle Islands National Park

Selain di Kota Kinabalu, daerah lain di Sabah juga turut menawarkan pelbagai tarikan menarik untuk diterokai. Contohnya seperti Turtle Islands National Park yang terletak di Sandakan, Sabah. Ia dibuka sepanjang tahun, namun semasa musim peralihan angin monsun pengunjung tidak digalakkan untuk datang.

Turtle Islands National Park ini terdiri daripada tiga buah pulau iaitu Pulau Selingan, Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan. Ia menjadi tempat habitat semulajadi penyu terutamanya penyu karah dan penyu agar/penyu hijau yang kian diancam kepupusan.

Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan digunakan untuk aktiviti pemuliharaan penyu, manakala Pulau Selingan pula menempatkan pejabat, pusat penetasan, penginapan dan serta fasiliti asas.

Di sini, anda berpeluang untuk melihat telur bertelur atau merasai suasana ketika renjer melepaskan penyu yang telah cukup usia ke dalam lautan. Ia pasti menjadi pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.

Anda boleh menginap di The Pavilion Hotel sekiranya ingin bermalam di kawasan berdekatan sini.

13. Pulau Mabul

Pulau yang terkenal dengan terumbu karang yang cantik dan hidupan marin yang pelbagai ini memang sangat terkenal dalam kalangan para penyelam. Ia juga merupakan destinasi pelancongan dan bulan madu yang menjadi pilihan ramai dek keindahan yang dimilikinya.

Terdapat beberapa resort mewah yang pulau ini yang boleh anda tempah sekiranya ingin menginap di pulau ini, antaranya ialah Mabul Water Bungalow, Borneo Divers Mabul Resort dan beberapa lagi.

Antara aktiviti menarik yang boleh anda dilakukan di sini adalah menyelam skuba. Memandangkan kedalaman air laut di persekitaran Pulau Mabul yang boleh dikategorikan sebagai tidak terlalu dalam maka ianya sesuai untuk mereka yang baru mula hendak berjinak-jinak dengan aktiviti ini.

Anda boleh tempah pakej bersama agen pelancongan yang dipercayai untuk ke sini tanpa perlu pening kepala mengenai pengangkutan serta perkara lain yang berkaitan.

14. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Orang utan merupakan salah satu haiwan yang kian diancam kepupusan. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok ini ditubuhkan untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku semakin teruk dengan menjadi tempat perlindungan untuk anak Orang Utan yang diselamatkan.

Pengunjung boleh melihat karenah orang utan di habitat semula jadi mereka tanpa memberi risiko kepada haiwan tersebut. Pengunjung boleh melihat Orang Utan yang ada di kawasan yang dibenarkan sahaja. Di samping itu, anda boleh mempelajari banyak perkara baru mengenai haiwan ini sambil berhibur dengan gelagat mereka yang pelbagai.

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok ini terletak di Sabah Wildlife Department, Jalan Sepilok, Sandakan, Sabah. Ia dibuka setiap hari bermula 9 pagi sehingga 4 petang. Pada hari Jumaat, pusat ini akan tutup sebentar dari pukul 12 tengahari sehingga 2 petang.

15. Pulau Sipadan

Tahukah anda, Pulau Sipadan adalah salah satu tempat menyelam terbaik di dunia? Hal ini kerana, pulau ini kaya dengan ekosistem marinnya. Terdapat lebih daripada 3000 spesies ikan dan juga terumbu karang yang menakjubkan boleh anda ditemui di pulau ini. Pulau ini turut menjadi tempat pembiakan penyu.

Sekiranya anda seorang kaki selam atau ingin menikmati keindahan pulau dengan pantai yang lawa dan menenangkan, anda wajib berkunjung ke sini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Sama seperti pulau-pulau lain di Semporna, anda boleh tempah pakej bersama agen pelancongan yang dipercayai untuk ke sini untuk memudahkan percutian anda.

Terokai Sabah Bersama Traveloka!

Sekiranya anda rasa senarai lokasi menarik di Sabah ini sudah cukup banyak untuk dilawati, anda tersilap. Sebenarnya terdapat banyak lagi destinasi menarik yang membuktikan keindahan dan keunikan negeri ini.

Apa-apa pun, sekiranya berpeluang marilah bercuti ke Sabah. Anda pasti akan temui sesuatu untuk dikenang di negeri indah ini!

Discover flight with Traveloka

Sun, 18 May 2025

Malaysia Airlines

Kuala Lumpur (KUL) to Kota Kinabalu (BKI)

Harga bermula dari RM 138.36

Tue, 27 May 2025

Batik Air Malaysia

Tawau (TWU) to Kota Kinabalu (BKI)

Harga bermula dari RM 69.01

Sun, 18 May 2025

Batik Air Malaysia

Kuala Lumpur-Subang (SZB) to Kota Kinabalu (BKI)

Harga bermula dari RM 137.00

Teroka lagi idea-idea perjalanan yang lebih menginspirasi:

Dalam Artikel Ini

• Tempat Wajib Dilawati di Sabah, Malaysia
• 1. Kundasang
• 2. Kampung Ayer / Kampung Air
• 3. Gunung Kinabalu
• 4. Teluk Likas
• 5. Taman Negara Kinabalu
• 6. Pulau Gaya
• 7. Kolam Air Panas Poring
• 8. Signal Hill
• 9. Muzium Sabah
• 10. Pulau Manukan
• 11. Desa Cattle Dairy Farm
• 12. Turtle Islands National Park
• 13. Pulau Mabul
• 14. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok
• 15. Pulau Sipadan
• Terokai Sabah Bersama Traveloka!

Penerbangan yang Disyorkan dalam Artikel Ini

Sun, 18 May 2025
Malaysia Airlines
Kuala Lumpur (KUL) to Kota Kinabalu (BKI)
Harga bermula dari RM 138.36
Tempah Sekarang
Tue, 27 May 2025
Batik Air Malaysia
Tawau (TWU) to Kota Kinabalu (BKI)
Harga bermula dari RM 69.01
Tempah Sekarang
Sun, 18 May 2025
Batik Air Malaysia
Kuala Lumpur-Subang (SZB) to Kota Kinabalu (BKI)
Harga bermula dari RM 137.00
Tempah Sekarang
Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved