Kalau anda belum rasa 6 hidangan pedas menyengat ini, anda bukan peminat makanan pedas yang sebenar

Traveloka MY
17 Aug 2018 - 3 min read

Adakah anda seorang yang selalu minta lada potong dan mahu rasa pedas dalam semua makanan yang anda makan? Adakah anda seorang yang makan ramen Ayam Pedas Nuklear Samyang seperti pro? Adakah anda seorang yang masih boleh tersenyum sedangkan rakan yang lain bermuka merah padam sampai menangis apabila makanan makanan pedas?

Kalau semua jawapannya ‘ya’, hidangan-hidangan yang bakal kami cadangkan ini pasti apa yang anda cari.

1. Phall

Phall, dikenali sebagai “kari paling pedas di dunia”, hidangan yang berasal dari restoran-restoran British Bangladesh di Birmingham, UK ini mengandungi kombo lada yang berbahaya. Terdapat kira-kira 10 jenis lada yang berbeza, termasuk Bhut Jolokia, salah satu lada paling pedas di dunia. Rasa pedasnya mencecah lebih dari SATU JUTA pada Skala Scoville yang digunakan untuk mengukur betapa pedasnya lada itu. Nampaknya mereka perlu sesuatu yang lebih daripada rasa biasa fish and chips. 😛

2. Neua Pad Prik

Jika anda sudah biasa makan di restoran Thai, anda pasti sudah biasa dengan hidangan ini. Neue Pad Prik ialah daging lembu goreng yang mendapat rasa pedasnya dari lada mata burung yang menjadi bahan utama hidangan ini. lada mata burung mempunyai kedudukan antara 50,000 - 100,000 SHU (Scoville Heat Units) dan bahan tambahan yang popular kepada hidangan yang memerlukan sedikit ‘umph’. Bawang putih, basil manis, bawang merah, sos tiram dan sos ikan dimasukkan ke dalam hidangan untuk lebih rasa.

3. Periuk Panas Sichuan

Berbanding dengan masakan serantau Cina yang lain, hidangan Sichuan terkenal dengan rasa pedas dan penggunaan bawang putih serta lada yang banyak. Jadi, periuk panas Sichuan adalah seperti periuk panas biasa yang lain... cuma 1,000 lebih pedas. Di ibu kota Sichuan, Chengdu, anda akan dapat melihat restoran periuk panas di mana-mana. Nikmati hidangan ini bersama sayur-sayuran dan daging yang banyak dengan memasaknya ke dalam periuk mendidih yang dipenuhi dengan sup pedas. Penduduk tempatan mengesyorkan memakan hidangan ini dengan semangkuk beras atau yoghurt untuk membantu menghilangkan rasa pedas.

4. Papa a la Huancaina

Papa a la Huancaina adalah hidangan tradisi Peru yang mirip dengan salad kentang dan sering disajikan dengan telur dan buah zaitun. Rupanya mungkin kelihatan kuning dan tidak memberi kesan yang besar kepada palet rasa anda, tapi jangan biarkan penampilannya menipu anda. Sos keju berkrim ini ditambah dengan pes aji amarillo. Lada yang berasal Peru ini selalunya ditambah dalam pelbagai jenis hidangan samada sup mahupun sos. Rasa pedasnya boleh mencecah antara 30,000 hingga 50,000 SHU, walaupun tidaklah begitu menakutkan seperti lada-lada yang lain tapi ia masih boleh mengejutkan peminat makanan pedas di luar sana.

5. Wat

Wat adalah stew klasik Ethiopia yang dimasak perlahan apa jenis daging atau sayur-sayuran. Salah satu stew yang paling popular adalah stew ayam, atau Doro Wat. Kunci untuk rasa asli wat ini adalah dalam campuran rempah, yang dikenali sebagai berbere, yang dibuat daripada campuran rempah seperti lada, paprika dan fenugreek. Hidangan ini secara tradisinya dimakan dengan injera, roti rata yang lembut dan sempurna untuk dicelup dalam kuah wat yang enak.

6. Ayam Jerk

Jika anda pernah cuba ayam jerk dan rasa ia tak pedas sama sekali, pastinya itu bukan yang asli. Kerana daging ayam sememangnya terkenal dengan rasa pedasnya yang menyengat. Untuk membuat ayam jerk, daging diperap dengan campuran sos pedas yang dipanggil rempah jerk Jamaica, juga termasuk lada scotch bonnet. Berasal dari Caribbean, lada yang diklasifikasikan sebagai sangat pedas ini berskala antara 80,000 hingga 400,000 SHU. Fuh!

_________________________________________________________________________

Jelas sekali tempat yang paling sesuai untuk menikmati rasa asli makanan sesuatu negara itu adalah dengan pergi ke negara itu sendiri. Dah sedia? Jangan lupa untuk menempah perjalanan anda di Traveloka!

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved