Bila sebut je Hari Raya, bukan setakat baju raya dan juadah atas meja je yang jadi tumpuan — hiasan rumah pun kena ‘on point’! Tahun 2025 ni, makin ramai rakyat Malaysia yang mula serius menghias rumah sempena Syawal, bukan sekadar cantik di mata tetamu, tapi juga nak nampak bergaya di media sosial. Dari sudut ruang tamu sampai ke laman rumah, semua orang nak ada vibe Hari Raya yang moden tapi tetap kekalkan sentuhan tradisi.
Apa yang menarik tahun ni, tren hiasan Raya lebih berani bermain dengan warna dan tekstur. Tak semestinya kena hijau atau emas je macam zaman dulu — sekarang warna pastel lembut, rona earth tone, dan dekorasi DIY makin jadi pilihan ramai. Ditambah pula dengan penggunaan elemen moden seperti LED fairy lights, bunga pampas, dan perabot minimalis, rumah kita boleh jadi macam dalam majalah dekor punyalah lawa!
Dalam artikel ni, kita akan kupas satu-satu tren terkini hiasan Hari Raya 2025 yang tengah ‘in’ dan boleh dijadikan inspirasi untuk mencantikkan rumah korang musim perayaan nanti.
Tahun 2025 ni, tema warna pastel dan natural tone makin digemari sebab ia beri rasa tenang, elegan dan sesuai sangat dengan konsep “minimalis moden”. Warna seperti sage green, beige, cream, dusty pink, dan mocha bukan saja nampak ‘clean’, tapi juga mudah dipadankan dengan perabot sedia ada.
Tak perlu pun cat satu rumah baru — cukup tukar langsir, sarung kusyen atau tambahkan throw blanket dalam warna-warna ni, terus nampak ‘glow up’ raya korang!
Gabungan antara elemen moden dan tradisional masih kekal jadi pilihan ramai. Contohnya, meja moden dari kayu oak dipadankan dengan alas meja songket, atau sofa berwarna nude dihias dengan bantal bermotif batik.
Sentuhan rotan, buluh, dan anyaman juga masih digemari sebab beri aura kampung yang sangat nostalgik, tapi bila digabungkan dengan pencahayaan moden — hasilnya memang classy habis!
Tahun ni, makin ramai gemar guna lampu LED dan fairy lights sebagai hiasan utama. Tak kira gantung di dinding, bingkai pintu, atau di ruang balkoni, pencahayaan lembut ni mampu tukar ‘mood’ rumah jadi lebih mesra dan meriah. Pilih lampu yang boleh ubah warna atau twinkle effect, barulah nampak magikal waktu malam, lagi-lagi masa tetamu datang bertakbir.
Ni antara tren baru yang tengah naik daun — penggunaan lilin aroma (aromatherapy candles) atau diffuser dengan bauan lembut seperti serai wangi, vanila, atau bunga melur. Bila rumah bukan je nampak cantik, tapi juga bau wangi dan menyegarkan, suasana raya jadi lebih selesa dan menenangkan. Pilih bekas lilin yang cantik dan minimalis, boleh juga jadi sebahagian dari dekor.
Bunga segar memang cantik, tapi bunga kering dan pampas grass pula jadi kegilaan tahun 2025! Ia tahan lama, tak perlukan penjagaan rumit dan sesuai sangat dengan tema earthy atau boho. Letak dalam pasu kaca tinggi di sudut ruang tamu, atau buat centrepiece meja makan — nampak eksklusif walau bajet kecil.
Ini memang tren wajib tahun ni, lebih-lebih lagi untuk yang suka update story atau feed Instagram. Buat satu sudut khas di rumah untuk OOTD Raya, lengkap dengan background cantik — seperti kain sheer, lampu kelip-kelip, bunga hiasan dan signage “Selamat Hari Raya”. Bukan je untuk diri sendiri, tetamu pun pasti tak lepas peluang nak bergambar!
Kalau nak jimat tapi tetap nak rumah nampak ‘wow’, hiasan DIY adalah jawapan dia. Buat sendiri gantungan raya, kad ucapan frame, atau wall art pakai kertas kraft, perca kain lama, dan barang kitar semula. Boleh ajak anak-anak buat sama-sama — bukan saja jimat, tapi jadi kenangan manis persiapan raya bersama keluarga.
Tak kisah rumah besar ke kecil, hiasan raya tetap penting untuk hidupkan suasana Syawal. Yang penting, hias ikut kemampuan dan cita rasa sendiri. Raya ni sekali setahun je, jadi manfaatkan peluang untuk cipta ruang yang buat kita dan tetamu rasa selesa, gembira dan dihargai.
Selamat menghias dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025!
Sambil sibuk menghias rumah dan membuat persiapan raya, jangan lupa juga untuk rancang percutian Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Musim raya ni lah masa terbaik nak jelajah tempat-tempat menarik di Malaysia — dari suasana kampung yang tenang hingga bandar moden yang penuh tarikan.
Dengan Traveloka, korang boleh tempah hotel, tiket penerbangan, aktiviti dan pengangkutan semua dalam satu app, mudah dan cepat!
Lagi best, selalu ada promosi dan diskaun khas musim perayaan. Jadi lepas rumah cantik dihias, bolehlah bawa keluarga bercuti sambil cipta memori Syawal yang lebih bermakna. Jom, explore Malaysia dengan Traveloka!
Thu, 15 May 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Kota Kinabalu (BKI) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 134.30
Fri, 23 May 2025
Scoot
Surabaya (SUB) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 186.95
Thu, 1 May 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Kuching (KCH) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 80.81