Musim cherry blossom: Tempat paling best sekitar Jepun untuk menikmati 'hanami'

Traveloka MY
18 Apr 2018 - 7 min read

Musim bunga dah tiba! Pasti ramai pelancong yang ternanti-nanti untuk melancong ke luar negara pada musim ini. Melihat sendiri suasana cherry blossom atau dikenali sebagai ‘hanami’ di Jepun, sambil berkelah di bawah pohon-pohon yang menggugurkan kelopak bunga ceri atau sakura (dalam bahasa Jepun) yang berwarna merah muda pasti suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

Memang tidak disangkal lagi, bercuti ke Jepun untuk menyaksikan magis musim cherry blossom pasti ada dalam senarai harus lakukan oleh semua orang. Jika anda merancang untuk ke sana nanti, baca tentang musim ini dan bagaimana untuk jadikan percutian anda paling menyeronokkan!

Tempatcherry blossompaling best

TOKYO

Shinjuku Gyoen

Hanya berjalan kaki selama 10 minit dari Stesen Shinjuku, Shinjuku Gyoen ada lebih seribu pokok sakura dan kawasan taman yang luas untuk semua orang. Dengan gabungan pokok yang baru berbunga dan berbunga lewat, anda pasti dapat melihat pokok-pokok ini berbunga tak kira musim apa pun yang anda lawat. Bayaran masuk hanyalah 200 yen dan berbaloi kerana ini antara tempat melihat menikmati hanami di Tokyo. Waktu operasi di sini ialah pada 9 pagi hingga 4.30 petang.

Taman Ueno

Terletak bersebelahan Stesen Ueno, Ueno Park selalunya penuh dengan pelancong dan pengunjung tempatan ketika musim sakura. Bersiar-siar hingga ke Muzium Nasional atau sekitar Tasik Shinobazu untuk pemandangan yang terbaik.

Taman Mitsuike

Tak mahu kawasan yang terlalu sesak dengan pengunjung di tengah Tokyo? Naik kereta api ke Yokohama yang berdekatan untuk melihat bunga yang cantik ini di Taman Mitsuike, yang tersenarai sebagai 100 tempat terbaik untuk melihat cherry blossom di Jepun oleh Japan Cherry Blossom Association. Anda juga boleh menaiki bus dengan mudah dari Stesen Tsurumi atau Stesen Shin-Yokohama.

WILAYAH FUJI LIMA TASIK

Tasik Kawaguchi

Kawasan utara Tasik Kawaguchi menawarkan pemandangan yang sempurna tasik tersebut dan pokok ceri mekar, dengan Gunung Fuji yang megah sebagai latar belakangnya. Anda pasti mahu berkelah sambil melihat bunga-bunga sakura kembang mekar di tasik sebelah timur Hutan Muzik Kawaguchiko.

Semenanjung Ubuyagasaki

Untuk pemandangan di tempat lain yang menggabungkan keindahan di Tasik Kawaguchi, Gunung Fuji dan pokok sakura yang rimbun, pergi ke Semenanjung Ubuyagasaki, terletak di sebelah Jambatan Kawaguchiko Ohashi.

KYOTO

Taman Maruyama

Taman Maruyama, yang terletak bersebelahan dengan Kuil Yasaka, adalah tempat yang baik untuk peminat cherry blossom di Kyoto. Bintang utama di situ ialah pokok ceri besar yang elegan dengan dahan-dahannya yang rendah merimbun, menjadikannya cantik jika dilimpahi cahaya pada waktu malam. Semasa musim sakura, beberapa buah restoran dan gerai makanan membuka gerai yang membolehkan pengunjung untuk menjamu selera dalam suasana yang indah.

Arashiyama

Apabila anda berada di Kyoto, tentulah anda perlu melawat Hutan Pokok Buluh Arashiyama. Jadi jika anda berada di kawasan itu, pastikan anda bersiar-siar di Sungai Katsura untuk melihat barisan pokok sakura disamping sungai itu yang menghasilkan pemandangan luar biasa. Gunung-ganang di kejauhan menambah lagi pesona tempat itu.

Heian Shrine

Masih belum puas melihat pepohon ceri? Taman di Heian Shrine dipenuhi dengan banyak pokok ceri yang memenuhi taman itu seperti lautan sakura yang bewarna merah jambu. Bayaran masuk untuk ke taman ini berharga 600 yen, dan ia dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

OSAKA

Taman Kema Sakuranomiya

Dengan ribuan pokok ceri di sepanjang tepi Sungai Okawa, amat mudah untuk anda mencari tempat untuk berkelah dan menikmati musim ini dengan sempurna. Anda juga boleh berjalan-jalan di tepi sungai atau mendayung bot di sepanjang sungai itu sambil menghargai keindahan di hadapan mata anda.

Taman Istana Osaka

Untuk pemandangan Istana Osaka yang mengagumkan, kunjungi Taman Istana Osaka untuk hanami anda. Ia adalah salah satu tempat terbaik yang popular di Osaka untuk melihat bunga sakura sedang mekar dengan indahnya. Anda juga tidak perlu membayar apa-apa untuk masuk ke taman ini. Selama satu minggu semasa puncak musim ini, istana dan pokok akan diterangi pada waktu malam. Untuk menikmati hanami pada waktu malam, anda akan dikenakan bayaran masuk sebanyak 350 yen dan ia akan bermula dari jam 6 malam hingga 9 malam di Taman Nishinomaru di kawasan istana.

Taman Peringatan Expo 70

Redhorse Osaka Wheel di Taman Peringatan Expo 70. Kredit: EvergreenPlanet / Shutterstock

Tapak bekas Pameran Dunia tahun t1970 di Osaka ini telah diubah menjadi taman umum yang besar dengan beribu-ribu pokok ceri dapat dilihat dimerata-rata kawasan taman ini. Stesen Banpaku Kinen Koen juga terletak berdekatan jadi agak mudah untuk pengunjung datang ke sini. Selalunya taman dibuka dari 9.30 pagi hingga 5 petang, dan waktu operasi dilanjutkan ketika musim cherry blossom. Anda juga perlu membayar 250 yen untuk masuk ke Taman Peringatan Expo 70

Apa yang perlu anda bawa

Tikar berkelah (bawa yang cukup besar untuk memuatkan semua dalam kumpulan anda - dan juga makanan!)
Makanan yang sedap-sedap (lihat bahagian seterusnya!)
Sudu garfu, cawan dan pinggan pakai buang dan tisu (untuk kegunaan ketika makan)
Selimut atau jaket dan skarf (untuk memanaskan badan, kerana cuaca agak sejuk terutama sekali pada waktu malam)
Kamera atau telefon bimbit yang telah dicas sepenuhnya (supaya anda dapat mengambil gambar atau ber Instagramming tanpa perlu risau)

Makanan dan minuman ketika hanami yang perlu anda cuba

Hanami dango

Ini ialah pencuci mulut yang digemari ramai ketika musim cherry blossom. Bebola dango yang manis, kenyal dan berwarna-warni (selalunya berwarna merah jambu, putih dan hijau - dicucuk seperti satay).

Hanami bento

Bento ini mendapat inspirasi daripada musim bunga terutama sekali untuk hanami. Anda boleh membeli bento yang murah dan sedap di mana-mana kedai serbaneka.

Onigiri

Onigiri (bebola nasi berbentuk segitiga), ialah makanan yang popular ketika musim ini, kerana ia mudah dan murah. Untuk mendapatkan onigiri yang halal, anda boleh membeli onigiri perisa makanan laut.

Makanan jalanan

Penjaja makanan jalanan akan membuka gerai mereka secara sementara di taman-taman untuk pengunjung yang datang. Gambar di atas ialah takoyaki (bebola sotong), yang disukai oleh pengunjung.

Makanan dan minuman dengan inspirasi sakura

Ketika musim cherry blossom, anda pasti akan dapat lihat pelbagai makanan dan minuman menjadikan sakura sebagai inspirasi, dijual dimerata-rata tempat. Di atas ialah mochi sakura, yang dibalut dengan daun ceri.

Kredit: ri_na_2424 / Instagram

Etika ketika cherry blossom

1. Jangan sentuh pokok-pokok ceri

Cherry blossom dan pokok ceri adalah untuk dihargai - bukan untuk disentuh! Jangan panjat atau goyangkan pokok hanya supaya kelopak bunga luruh atau patahkan ranting pokok untuk dibawa pulang sebagai cenderahati.

2. Bersihkan sampah anda

Pastikan anda tinggalkan kawasan hanami anda dalam keadaan bersih - kutip sampah anda dan buang ditempat yang sepatutnya.

3. Bertimbang rasa

Pengunjung datang untuk menikmati musim ini dan berseronok dengan keluarga dan kawan-kawan. Tapi jangan terlalu berseronok sehingga lupa untuk memikirkan pengunjung lain yang datang.

Tip

1. ‘Chop’ tempat anda seawal yang mungkin

Sebaik sahaja taman dibuka pada sebelah pagi, orang ramai akan datang untuk mencari tempat terbaik untuk menikmati suasana cherry blossom. Jadi datang seawal yang mungkin dan bawa tikar berkelah anda untuk mendapatkan tempat yang sesuai!

2. Pastikan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan

Bukan semua tempat sesuai untuk hanami, kerana aktiviti berkelah tidak dibenarkan di sesetengah tempat. Terdapat juga tempat yang membenarkan pengunjung melakukan barbeku. Jadi pastikan anda tahu tentang peraturan yang terdapat ditempat itu sebelum anda berkelah.

_______________________________________________________________________

Memandangkan anda dah bersedia untuk menikmati hanami terbaik di Jepun, apa kata anda tempah percutian anda ke sana! Dapatkan tawaran hotel dan penerbangan terbaik daripada Traveloka!

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved