Untuk menyemak status pembayaran balik di Traveloka App, sila ikut langkah-langkah berikut:
1. Log masuk ke akaun Traveloka anda.
2. Pergi ke Akaun Saya.
3. Tekan Bayaran Balik Saya untuk melihat senarai dan status permintaan pembayaran balik anda.
4. Klik tempahan anda untuk melihat butiran pembayaran balik.
Tempahan
Sila ambil perhatian:
- Harap maklum bahawa jumlah pembayaran balik yang diterima bagi penerbangan anda tertakluk pada polisi syarikat penerbangan, sebab pembatalan, dan tempoh di antara tarikh permintaan pembayaran balik dan tarikh penerbangan anda. Sila semak polisi syarikat penerbangan di https://www.traveloka.com/en/refund, klik Polisi Syarikat Penerbangan dan klik syarikat penerbangan anda.
- Setelah proses pembayaran balik selesai, anda akan dimaklumkan melalui emel. Pembayaran balik anda akan dipindah melalui kaedah pembayaran yang digunakan semasa anda membuat tempahan. Sila semak akaun anda.
- Pembayaran balik akan diproses setelah permintaan diluluskan oleh syarikat penerbangan atau hotel.