1. Hotel
    >
  2. Mesir
    (2591 Hotel)

Hotel di Mesir

2591 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 29 Jun 2024
Cari Hotel
Bayar di Hotel

Hotel popular di Mesir

Imej utama Grand Nile Tower

Grand Nile Tower

Hotel
Ancient Cairo, Cairo
Dengan penginapan di Grand Nile Tower, anda akan berada betul-betul di tengah Kaherah, dalam lingkungan 15 minit memandu dari Kompleks Piramid Giza dan Manial Palace. Hotel 5 ini berada 1.8 km dari Dataran Tahrir dan 2.9 km dari Muzium Mesir.
Menyenangkan
8.0
(5 Reviews)
Lihat Harga
Imej utama Domina Coral Bay Resort, Diving , Spa & Casino

Domina Coral Bay Resort, Diving , Spa & Casino

Hotel
Sharm el-Sheikh, Janub Sina'
Dengan penginapan di Domina Coral Bay Resort, Diving , Spa & Casino di Sharm El Sheikh, anda akan berada di tepi laut, hanya 3 minit berjalan kaki dari Teluk Shark dan 9 minit berjalan kaki dari Pusat Kongres Domina Coral Bay. Hotel 5 ini berada 6.9 km dari Teluk Naama dan 8.8 km dari Dataran SOHO.
Lihat Harga
Imej utama Le Passage Cairo Hotel & Casino

Le Passage Cairo Hotel & Casino

Hotel
An-Nuzhah, Cairo
Dengan penginapan di Le Passage Cairo Hotel & Casino di Kaherah (Heliopolis), anda akan berada dalam lingkungan 10 minit memandu dari St. Mark's Coptic Orthodox Church dan Egyptian Textile Museum. Hotel 5 ini berada 20.4 km dari Dataran Tahrir dan 21.1 km dari Muzium Mesir.
Lihat Harga
Imej utama The Nile Ritz-Carlton, Cairo

The Nile Ritz-Carlton, Cairo

Hotel
Qasr an-Nil, Cairo
The Nile Ritz-Carlton, Cairo terletak di tengah-tengah Kaherah, 5 minit berjalan kaki dari Muzium Mesir dan 5 minit berjalan kaki dari Liga Negara-negara Arab. Hotel 5 ini berada 1 km dari Dataran Tahrir dan 2.5 km dari Menara Kaherah.
Lihat Harga
Primary image Fairmont Nile City, Cairo

Fairmont Nile City, Cairo

Hotel
Bulaq, Cairo
Penginapan di Fairmont Nile City, Cairo menempatkan anda di tengah-tengah Kaherah, dalam lingkungan 5 minit memandu dari Kefre, the second pyramid dan Zamalek Art Gallery. Hotel 5 bintang ini berada 18.8 km dari Kompleks Piramid Giza dan 4.9 km dari Muzium Mesir.
Lihat Harga
Lobi Hilton Cairo Heliopolis

Hilton Cairo Heliopolis

Hotel
An-Nuzhah, Cairo
Dengan penginapan di Hilton Cairo Heliopolis di Kaherah (Heliopolis), anda akan berada dalam 5 minit memandu dari Baron Empain Palace dan 7 minit dari City Stars. Hotel 5 ini berada 8.1 km dari Istana Presiden Mesir dan 11.8 km dari Universiti Al-Azhar.
Lihat Harga
Imej utama Sheraton Montazah Hotel

Sheraton Montazah Hotel

Hotel
Al-Muntazah, Al Iskandariyah
Dengan penginapan di Sheraton Montazah Hotel di Alexandria (Al Muntazah), anda akan berada dalam lingkungan 5 minit memandu dari Kouta Park dan Pantai Montazah. Hotel 5 ini berada 1.1 km dari Istana Montazah dan 6.3 km dari Mahmoud Said Museum.
Lihat Harga
Imej utama Sofitel Cairo Nile El Gezirah

Sofitel Cairo Nile El Gezirah

Hotel
Ad-Duqi, Al Jizah
Penginapan di Sofitel Cairo Nile El Gezirah menempatkan anda di tengah-tengah Kaherah, dalam lingkungan 15 minit memandu dari Panggung Opera Kaherah dan Muzium Mesir. Hotel 5 ini berada 2.8 km dari Menara Kaherah dan 4 km dari Muzium Kesenian Islam.
Lihat Harga
Imej utama InterContinental Cairo Citystars, an IHG Hotel

InterContinental Cairo Citystars, an IHG Hotel

Hotel
Nasr City 1, Cairo
Dengan penginapan di InterContinental Cairo Citystars, an IHG Hotel di Kaherah (Bandaraya Nasr), anda akan berada tidak jauh dari City Stars dan 11 minit berjalan kaki dari City Center Shopping Mall. Hotel 5 ini berada 13.9 km dari Muzium Mesir dan 14 km dari Dataran Tahrir.
Lihat Harga
ภาพหลัก Steigenberger Hotel El Lessan

Steigenberger Hotel El Lessan

Hotel
Damietta, Dumyat
Terletak di Damietta, Steigenberger Hotel El Lessan berada dalam lingkungan 5 minit memandu dari Nile dan Taman Air Ras Elbar. Hotel 5 bintang ini berada 17.9 km dari Science Museum.
Lihat Harga
Imej utama Al Masa Hotel Nasr City

Al Masa Hotel Nasr City

Hotel
Nasr City 2, Cairo
Dengan penginapan di Al Masa Hotel Nasr City di Kaherah (Bandaraya Nasr), anda akan berada dalam lingkungan 5 minit memandu dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Kaherah dan City Stars. Hotel 4.5 ini berada 24.7 km dari Kompleks Piramid Giza dan 12 km dari Muzium Mesir.
Lihat Harga
Imej utama Pyramisa Hotel Luxor

Pyramisa Hotel Luxor

Hotel
Luxor, Al Uqsur
Penginapan di Pyramisa Hotel Luxor menempatkan anda di tengah-tengah Luxor, dalam lingkungan 5 minit memandu dari Nile dan Abu El-Hagag Mosque. Hotel 4 ini berada 26.2 km dari Valley of the Kings ((Makam Raja-raja Mesir) dan 2.2 km dari Mummification Museum.
Lihat Harga
Imej utama Novotel Cairo El Borg

Novotel Cairo El Borg

Hotel
Zamalik, Cairo
Dengan penginapan di Novotel Cairo El Borg, anda akan berada betul-betul di tengah Kaherah, dalam lingkungan 15 minit memandu dari Kompleks Piramid Giza dan Panggung Opera Kaherah. Hotel 4 ini berada 1.3 km dari Dataran Tahrir dan 1.9 km dari Muzium Mesir.
Lihat Harga
Imej utama Horizon Shahrazad Hotel

Horizon Shahrazad Hotel

Hotel
Al-'Ajuzah, Al Jizah
Penginapan di Horizon Shahrazad Hotel menempatkan anda di tengah-tengah Giza, tidak jauh dari Nile dan hanya 2 minit memandu dari Institut Jantung Negara. Hotel 4 ini berada 16 km dari Kompleks Piramid Giza dan 3.8 km dari Dataran Tahrir.
Lihat Harga
Imej utama Panorama Ramsis Hotel & Cafe

Panorama Ramsis Hotel & Cafe

Hotel
Al-Azbakiyah, Cairo
Penginapan di Panorama Ramsis Hotel & Cafe menempatkan anda di tengah-tengah Kaherah, dalam lingkungan 15 minit berjalan kaki dari Egyptian National Railways Museum dan St. Mary's Coptic Orthodox Church. Hotel ini berada 18 km dari Kompleks Piramid Giza dan 3.8 km dari Dataran Tahrir.
Lihat Harga
Imej utama Concorde Hotel Dokki

Concorde Hotel Dokki

Hotel
Ad-Duqi, Al Jizah
Dengan penginapan di Concorde Hotel Dokki di Giza (Al Duqqi), anda akan berada dalam lingkungan 15 minit memandu dari Kompleks Piramid Giza dan Dataran Tahrir. Hotel ini berada 3.3 km dari Muzium Mesir dan 13.9 km dari Piramid Khufu.
Lihat Harga
Imej utama Swiss Inn Hotel Cairo

Swiss Inn Hotel Cairo

Hotel
Al-'Ajuzah, Al Jizah
Dengan penginapan di Swiss Inn Hotel Cairo, anda akan berada betul-betul di tengah Giza, dalam lingkungan 15 minit memandu dari Kompleks Piramid Giza dan Institut Jantung Negara. Hotel ini berada 4.9 km dari Muzium Mesir dan 5.1 km dari Dataran Tahrir.
Lihat Harga
Imej utama Grand Talat Harb Plaza

Grand Talat Harb Plaza

Hotel
Qasr an-Nil, Cairo
Penginapan di Grand Talat Harb Plaza menempatkan anda di tengah-tengah Kaherah, tidak jauh dari Talaat Harb Street dan Midan Talaat Harb. Hotel ini berada 15.3 km dari Kompleks Piramid Giza dan 0.9 km dari Dataran Tahrir.
Lihat Harga
Imej utama Cairo Inn

Cairo Inn

Hotel
Qasr an-Nil, Cairo
Dengan penginapan di Cairo Inn, anda akan berada betul-betul di tengah Kaherah, dalam lingkungan 10 minit berjalan kaki dari Dataran Tahrir dan Muzium Mesir. Hotel ini berada 2 km dari Universiti Amerika di Kaherah dan 3 km dari Menara Kaherah.
Lihat Harga
Meja sambut tetamu New Palace Hotel

New Palace Hotel

Hotel
Al-Azbakiyah, Cairo
Terletak di Kaherah (Pusat Bandar Kaherah), New Palace Hotel hanya dalam lingkungan 5 minit memandu dari Dataran Tahrir dan Muzium Mesir. Hotel ini berada 2.6 km dari Khan el-Khalili dan 3.7 km dari Menara Kaherah.
Lihat Harga

Facts about hotel in Mesir

Total Accommodation
2,591 Properties
Popular Region
Bani Suwayf, Al Fayyum
Popular Hotel
Grand Nile Tower, Domina Coral Bay Resort, Diving , Spa & Casino

Ulasan Tetamu dari Hotel di Mesir

8.4
Mengagumkan
103 ulasan dari hotel di Mesir dengan purata penarafan 8.4/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Mesir akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
ISMED T. A. B.
Ini adalah profil peribadi.
18 Dec 2018
Bilik dan pemandangan yang memuaskan, tetapi perkhidmatan dan keramahan pekerja adalah menjijikkan.
Guest
Ini adalah profil peribadi.
25 Mar 2018
Hotel ini bersih dan selesa, tetapi kakitangan wanita di penerimaan tidak pernah tersenyum dan tidak ramah

Soalan lazim tentang Mesir

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Mesir?

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Mesir?

Buat masa ini, terdapat sekitar 2,591 hotel yang boleh anda tempah di Mesir

Tentang

Mesir atau nama rasminya, Republik Arab Mesir, adalah sebuah negara yang terletak di dua buah benua. Sempadan Mesir meliputi dari sudut timur laut Afrika hinggalah ke sudut barat daya Asia. Kedua-dua kawasan di benua yang berbeza ini dihubungkan dengan sebuah ‘jambatan tanah’ yang dibentuk oleh Semenanjung Sinai. Mesir adalah sebuah negara Timur Tengah dan juga negara Mediterranean. Negera Mesir ini bersempadan dengan beberapa buah negara kerana sempadannya yang besar dan luas. Di bahagian timur laut, Mesir ini terletak bersempadanan dengan Jalur Gaza dan Israel; di sebelah timurnya pula adalah Teluk Aqaba, Laut Merah di bahagian timur dan selatan sementara Sudan pula terletak di selatan Mesir dan Libya terletak di sebelah barat Mesir. Arab Saudi pula terletak bersebelahan di Semenanjung Sinai walaupun kedua-dua negara tidak berkongsi sebarang sempadan darat.

Mesir adalah salah satu negara di dunia yang mempunyai sejarah terpanjang dan terperinci. Kawasan ini juga dianggap sebagai tempat permulaan tamadun dengan Mesir Kuno. Semasa pada zaman Mesir Kuno, mereka telah mengembangkan salah satu tulisan terawal, teknologi pertanian, ubranisasi, agama yang terancang dengan sebuah kerajaan pusat. Sungai Nil, di bahagian lembah dan delta, adalah ‘rumah’ kepada tamadun ini. Mesir Kuno diperintah oleh para firaun selama lebih kurang 3000 tahun melalui siri dinasti dengan beberapa tempoh yang singkat oleh pemerintahan dari kuasa asing. Pada masa yang hebat ini, monumen ikonik seperti Nekropolis Giza dan Piramid Sphinx, Lembah Raja-raja dan sebagainya telah dibina untuk mencerminkan kehebatan kekuasaan para firaun ini sebagai warisan terkenal yang ditinggalkan. Warisan dari tamadun Mesir Kuno bukan sahaja terhad kepada bangunan-bangunan besar, tetapi mereka juga meninggalkan sejarah-sejarah bertulis, menghasilkan kertas yang dihasilkan dari tumbuhan papirus dan juga, teknik mumia untuk memelihara mayat. Orang Mesir Purba juga terkenal dengan makam-makan dan perangkap tersembunyi.

Mesir Kuno di bawah dinasti Firaun ini berakhir apabila kawasan itu ditawan oleh Alexander the Great pada tahun 323 Sebelum Masihi. Ini telah membawa bandar Mesir menjadi sebahagian daripada dunia Helenistik iaitu dunia masyarakat Greek. Mesir dikenali sebagai Kerajaan Ptolemaik. Pada masa ini, sebuah masyarakat yang celik dan maju yang berkembang di bandar Alexandria di Mesir. Pada 30 Sebelum Masihi, Mesir sekali lagi jatuh ke bawah tangan kuasa asing dan kali ini kepada Rom dan negara penggantinya, Empayar Byzantium. Ia tetap berada di bawah Rom sehingga penaklukan lain berlaku. Tentera Arab Muslim pula menakluki Mesir dari tahun 639 sehingga 642 Masihi. Orang Muslim Arab ini telah membawa kebudayaan dan juga bahasa mereka sehingga menggantikan bahasa Mesir sebagai bahasa komunikasi utama. Bahasa Mesir, bahasa ibunda di kawasan Lembah Nil, ini telah lama pupus. Semasa penaklukan Arab Muslim ke Mesir, agama Islam telah berkembangan di kalangan penduduk di Mesir.

Pada abad ke-16 hingga awal abad ke-20, Mesir diperintah oleh beberapa buah kuasa empayar asing; Empayar Uthmaniyyah dan Empayar Britania. Empayar Uthmaniyyah, atau Empayar Turki, telah menakluki Mesir pada tahun 1517. Kekuasaan Empayar Uthmaniyyah di Mesri ini berlangsung sehinggalah tahun 1798 ketika Napoleon I yang mengetuai tentera Perancis dalam pendudukan yang pendek di negara tersebut. Kependudukan Perancis menandakan kali pertama Mesir ditawan oleh kuasa dari Eropah. Kependudukan Perancis tidak bertahan lama, hanya sehingga sekitar 1801. Muhammad Ali Pasha dari tentera Uthmaniyyah di Mesir telah merampas kuasa dari Perancis dan telah menubuhkan sebuah dinasti untuk memerintah Mesir sehingga berlaku lagi sebuah revolusi pada tahun 1952.

Selepas revolusi tahun 1952, pemerintahan Mesir diteruskan dalam kuasa ketenteraan. Pada tahun berikutnya, sebuah Republik Mesir telah diisytiharkan.

Mesir adalah yang terawal dan pusat agama Kristian yang penting sebelum penaklukan yang dilakukan oleh umat Islam Arab. Ketika tentera Islam Arab datang pada abad ke-7, populasi yang besar telah memeluk agama Islam dan masih menjadi sebuah negara yang masih mempunyai penduduk beragama Islam. Walau bagaimanapun, Mesir masih mempunyai sejumlah besar orang beragama Kristian dan agama ini telah kekal sebagai salah satu agama utama di negara tersebut. Mesir pada hari ini mempunyai dua buah institusi keagamaan yang utama. Masjid Al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970 Masihi dan masjid ini telah menjadi universiti Islam yang pertama di Mesir. Gereja Ortodoks Coptic di Alexandria yang ditubuhkan pada pertengahan abad pertama oleh Saint Mark pula sebagai sebuah sebuah gereja utama agama Kristian. Di Mesir, penganut kedua-dua agama ini dan juga agama lain hidup dengan sangat harmoni bersama sebagai jiran yang berkongsi sejarah, budaya, identiti kebangsaan dan sebagainya.

Ibu kota Mesir pada hari ini adalah Kaherah, yang terletak di benua Afrika. Kaherah adalah kawasan yang paling ramai penduduk di Mesir. Kaherah juga merupakan antara metropolitan terbesar di benua Afrika dan juga yang terbesar di Timur Tengah dan Dunia Arab.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Mengambil penerbangan ke Mesir adalah cara paling mudah untuk ke sana. Tidak ada penerbangan yang terus dari Kuala Lumpur ke Mesir. Kesemua penerbangan ke Mesir dari Kuala Lumpur akan ada transit di salah sebuah negara berhampiran seperti di London atau di Dubai. Harga untuk satu tiket pergi balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir bermula dari sekitar RM 3,000. Jumlah masa penerbangan, tidak termasuk waktu transit, adalah sekitar 13 jam.

Pemegang pasport Malaysia tidak memerlukan visa lawatan untuk pergi ke Mesir, dengan syarat tidak boleh tinggal lebih dari dua minggu pada satu-satu masa. Jika ingin tinggal lebih dari dua minggu, visa pelancong seperti biasa diperlukan. Bagi mereka yang pergi ke Mesir untuk tujuan perniagaan, pembelajaran dan sebagainya, visa khas diperlukan sebelum menaiki pesawat.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Muzium Antikuiti Mesir

Muzium Antikuiti Mesir atau lebih secara umumnya lebih dikenali sebagai Muzium Mesir atau Muzium Kaherah ini terletak di kawasan Kaherah, Mesir. Muzium ini merupakan sebuah rumah yang besar kepada koleksi-koleksi kuno Mesir Purba termasuklah mempunyai koleksi terbesar untuk dunia kuno firaun. Muzium ini mula dibina pada tahun 1835 dan terletak berhampiran Taman Ezbekeyeh sebelum ia dipindahkan ke Kaherah, kira-kira tiga kilometer jauhnya dari kawasan asalnya. Muzium baru ini didirikan dalam sebuah bekas gudang. Ia berada di bawah Jabatan Antikuiti Kerajaan Mesir. Muzium itu memegang kira-kira 120 ribu buah barangan termasuklah sebuah patung besar Amenhotep III dan juga sebuah patung Tiye, sebuah Topeng Emas Tutankhamun yang terkenal, dibuat dengan 11 kilogram emas padat dan juga topeng mumia yang lainnya. Muzium Antikuiti Mesir ini adalah sebuah tempat yang perlu dilawati lebih-lebih lagi untuk mereka yang sangat suka sejarah atau hanya yang ingin di mengetahui tentang Mesir. Muzium Antikuiti Mesir ini dibuka pada setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Sphinx Agung di Giza

Sphinx Agung di Giza atau lebih dikenali hanya sebagai Sphinx adalah sebuah patung sphinx berbaring yang besar yang dibuat dari batu kapur. Sphinx adalah makhluk mitos yang berbadan singa dan berkepala manusia. Sphinx Agung Giza ini terletak di Dataran Tinggi Giza, di tebing barat Sungai Nil di Giza, Mesir. Patung Sphinx Agung Giza ini telah di buat dengan potongan dari sebuah batu kapur yang sangat besar. Patung Sphinx Agung ini berukuran 73 meter panjang dari kaki ke ekor dan tinggi 20.1 meter dari bawah sehingga ke puncak kepala. Bahagian terluasnya adalah 19 meter lebar yang terletak di bahagian belakangnya. Sphinx Agung Giza adalah sebuah arca monument yang tertua di Mesir dan dipercayai telah di bina oleh orang Mesir Kuno dari Kerajaan Lama pada zaman Firaun Khafre, sekitar 2558 - 2532 Sebelum Masihi. Wajah Sphinx Agung ini dipercayai adalah wajah Firaun Khafre. Sphinx Agung Giza merupakan salah satu tempat pelancongan terkenal di Kaherah dan hanya 40 minit dari pusat bandar Kaherah. Ia dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 5 petang.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

Steigenberger Hotel El Tahrir

Steigeenberger Hotel El Tahrir adalah salah satu hotel mewah yang terletak di pusat bandar Kaherah. Ia menawarkan beberapa jenis bilik, bermula dari harga serendah RM 610 satu malam dan hampir RM 1,500 untuk biliknya yang paling mahal. Ini adalah hotel untuk pergi jika seseorang ingin mencari sebuah tempat penginapan yang mewah di Kaherah. Hotel ini bukan sahaja mempunyai bilik-bilik yang hebat, tetapi juga menyediakan kemudahan yang hebat dengan sebuah pusat perniagaan, sebuah kedai kopi dan restoran, spa dan kolam renang dan sebagainya. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan seperti megadakan lawatan, penyewaan kereta, parkir valet dan perkhidmatan penjagaan bayi. Semua bilik di hotel ini dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi yang percuma. Mereka juga mempunyai dasar pembatalan percuma untuk kesemua bilik mereka. Steinberger Hotel El Tahrir adalah sebuah tempat yang sempurna untuk mereka yang mempunyai duit lebih atau tidak keberatan untuk membayar lebih untuk mendapatkan satu penginapan yang mewah dan tanpa sebarang kerumitan. Steigenberger Hotel El Tahrir ini terletak kurang dari tiga kilometer jauhnya dari pusat bandar Kaherah.

Concorde Hotel Dokki

Bagi mereka yang mempunyai bajet yang sedikit ketat atau mungkin tidak mahu menghabiskan banyak duit dalam penginapan, Concorde Hotel Dokki adalah tempat yang sempurna untuk tinggal ketika berada di Kaherah. Bilik-bilik di Concorde Hotel Dokki ini bermula dari hanya serendah RM 140 sehinggalah ke RM 318 untuk satu malam, dengan pilihan bilik-bilik yang cukup memuaskan. Semua harga hotel untuk bilik sudah termasuk perkhidmatan sarapan pagi yang percuma untuk dua orang. Walaupun kemudahan di hotel ini terhad, ia masih mempunyai kemudahan asas untuk memastikan penginapan para tetamu untuk tetap selesa. Concorde Hotel Dokki juga terletak di tengah-tengah pusat bandar Kaherah. Concorde Hotel Dokki ini adalah sebuah tempat penginapan yang cukup memuaskan dengan harga yang munasabah.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved