A'Famosa Resort Hotel

Hotel
7.9
/10

Baik

277 ulasan

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

fauziah b. k.
8.5
/ 10
Pemandangan yang cantik dan nyaman, sesuai untuk percutian bersama keluarga.
Di Kawasan
Lihat Peta
Jalan Kemus, Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka, Malaysia, 78000

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Meja Depan 24 jam
Parkir
WiFi
Terletak di A'Famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka, Malaysia, 78000, A'Famosa Villa merupakan sebuah pusat peranginan mewah bertaraf empat bintang dan sangat disyorkan untuk mereka yang ingin bercuti bersama keluarga dan anak-anak. Nama yang terkenal, A'Famosa, mengingatkan kita kembali kepada era yang tidak dapat dilupakan di bandar pelabuhan Melaka. Mengenangkan kembali sejarahnya, Melaka bukan sahaja sebuah pusat komersial Asia tetapi juga sebuah pusat yang menemukan pelbagai budaya, kaum dan agama. A'Famosa sebenarnya dinamakan sempena monumen dan kubu Portugis yang dibina pada abad ke-16 yang cukup terkenal dan masih dikunjungi sehingga sekarang di Banda Hilir. Oleh itu, reka bentuk luaran dan dalaman A'Famosa Resort Hotel ini pastinya menggabungkan ciri-ciri yang lebih kurang sama seperti gaya Portugis. Walaupun era tersebut telah lama berlalu, anda masih boleh mengalami gaya hidup Portugis dengan berkunjung dan menginap di A'Famosa Resort. Ia terbina di tapak seluas 1300 hektar di Alor Gajah, dikelilingi oleh bukit-bukit dan kawasan desa yang subur, A'Famosa adalah tempat percutian impian yang diidamkan. Berkunjung ke sini pasti membuatkan anda dan keluarga anda berasa tenang dan bahagia. Diiklankan sebagai destinasi sempurna sama ada bagi pelancong perniagaan atau santai, A'Famosa menenmpatkan unit-unit selesa yang terdiri dari kondominium luas hingga lah vila mewah.
Lihat Lebih
Log masuk berjaya!
Sekarang anda boleh menikmati lebih banyak manfaat, termasuk pilihan untuk membuat pembayaran menjelang tarikh penginapan anda!

Persekitaran A'Famosa Resort Hotel

Temui Lebih Banyak Tempat
Jalan Kemus, Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka, Malaysia, 78000
Lobi A'Famosa Resort Hotel
Luar Bangunan 2 A'Famosa Resort Hotel

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai A'Famosa Resort Hotel

Terletak di A'Famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka, Malaysia, 78000, A'Famosa Villa merupakan sebuah pusat peranginan mewah bertaraf empat bintang dan sangat disyorkan untuk mereka yang ingin bercuti bersama keluarga dan anak-anak. Nama yang terkenal, A'Famosa, mengingatkan kita kembali kepada era yang tidak dapat dilupakan di bandar pelabuhan Melaka. Mengenangkan kembali sejarahnya, Melaka bukan sahaja sebuah pusat komersial Asia tetapi juga sebuah pusat yang menemukan pelbagai budaya, kaum dan agama. A'Famosa sebenarnya dinamakan sempena monumen dan kubu Portugis yang dibina pada abad ke-16 yang cukup terkenal dan masih dikunjungi sehingga sekarang di Banda Hilir. Oleh itu, reka bentuk luaran dan dalaman A'Famosa Resort Hotel ini pastinya menggabungkan ciri-ciri yang lebih kurang sama seperti gaya Portugis. Walaupun era tersebut telah lama berlalu, anda masih boleh mengalami gaya hidup Portugis dengan berkunjung dan menginap di A'Famosa Resort. Ia terbina di tapak seluas 1300 hektar di Alor Gajah, dikelilingi oleh bukit-bukit dan kawasan desa yang subur, A'Famosa adalah tempat percutian impian yang diidamkan. Berkunjung ke sini pasti membuatkan anda dan keluarga anda berasa tenang dan bahagia. Diiklankan sebagai destinasi sempurna sama ada bagi pelancong perniagaan atau santai, A'Famosa menenmpatkan unit-unit selesa yang terdiri dari kondominium luas hingga lah vila mewah.

Bagaimana untuk ke A'Famosa Resort Hotel

Lokasinya yang strategik akan mengambil masa hanya setengah jam memandu dari bandaraya Melaka yang bersejarah. 45 minit memandu melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan kira-kira satu jam memandu melalui PLUS dari pusat bandar Kuala Lumpur. Memandangkan A'Famosa juga popular dalam kalangan rakyat Singapura, ia hanya mengambil masa kurang dari tiga jam memandu melalui PLUS dari sempadan ke daerah Alor Gajah di mana A'Famosa Resort ini terletak. Sekiranya anda mengambil bas dari Kuala Lumpur, dapatkan tiket dan berlepas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) terus ke Alor Gajah. Perjalanan akan mengambil masa kurang daripada 2 jam. Dari terminal bas, dapatkan teksi untuk membawa anda ke A'Famosa REsort Hotel. Manakala, dapatkan tiket dan berlepas di Terminal Bas Larkin ke Terminal Bas Alor Gajah jika anda daripada selatan. Satu lagi cara perjalanan adalah dengan mengambil kereta api. Dari selatan, turun di Stesen Kereta Api Tampin dan dapatkan teksi yang jaraknya hanya 10 minit memandu ke resort ini.

Pilihan Bilik di A'Famosa Resort Hotel

Terdapat tiga jenis penginapan asas di mana setiap unit penginapan mempunyai katil bersaiz king dan queen serta kemudahan asas dalam bilik seperti penyaman udara, TV dengan saluran kabel, kemudahan membuat kopi dan teh percuma, dan bilik mandi bersambung dengan pancuran mandian air panas.

Untuk Resort Hotel, anda dibenarkan memilih mana-mana bilik yang sesuai dari pilihan yang disediakan, iaitu; standard, superior atau suite. Setiap jenis bilik ini dilengkapi dengan balkoni peribadi yang menawarkan persekitaran yang indah untuk anda memanjakan diri dan melepaskan tekanan dan ketegangan minda anda.

Manakala untuk Condotel, ia menyediakan penginapan mewah dengan 2 atau 3 bilik tidur atau studio untuk keluarga. Rasa lebih seperti di rumah, sesuai jika anda bercuti bersama keluarga di mana anak-anak anda dapat berehat dan menikmati penginapan seperti berada di rumah sendiri. Suasana yang tenang dan santai membolehkan anda menikmati setiap saat berehat bersama keluarga anda.

Sekiranya anda mahukan persembunyian untuk keluarga yang bersaiz besar, Villa adalah pilihan terbaik. Vila mewah ini menempatkan 3 atau 4 bilik tidur di mana setiap bilik dilengkapi dengan penyaman udara. Ruang tamu, ruang makan dan dapur direka dengan baik untuk membuatkan anda dan keluarga anda bercuti degan penuh selesa, puas dan bahagia. Untuk membuat percutian anda lebih menarik, kolam renang peribadi yang bersih dan terawat dengan baik terletak di depan pintu vila anda. Anda juga dibenarkan untuk menyediakan barbeku anda sendiri di kawasan barbeku yang disediakan.

Untuk membuatkan percutian anda ke tahap yang lebih mewah di dalam suite yang unik dan menarik ini. Suite Villa dibuat khas dengan jakuzi luar serta kolam renang peribadi. Menginap di sini membuatkan anda berasa bagaikan di syurga. Cubalah jakuzi yang santai dan hilangka semua tekanan dan ketegangan minda anda agar anda pulang dari A'Famosa Resort dengan minda yang gembira dan senyum bahagia.

Restoran dan Kafe di A'Famosa Resort Hotel

Secara keseluruhan, A'Famosa Resort Hotel mempunyai lapan jenis restoran dan kafe, mulai dari santapan lengkap, masakan barat hingga lah minum petang yang ringkas. Anda boleh memilih mana-mana daripada restoran atau kafe yang disediakan iaitu; Golfer Terrace, Huang Di, The Ranch Steak House, Lakeview Restaurant, Sidewalk Café, Sunshine Café, Bamboo Steak House dan Bonus Café. Dengan adanya semua restoran dan kafe di sekitar resort ini, anda tidak perlu bimbang untuk memandu keluar dari kompleks resort ini untuk mencari makanan. Anda boleh dapatkan makanan dengan hanya berjalan kaki dan melawat sekitar resort ini.

Kemudahan dan Aktiviti di A'Famosa Resort Hotel

Resort ini menempatkan padang golf bertaraf antarabangsa dengan 27-lubang, oleh itu, jika anda seorang pemain golf yang tegar anda pasti akan menikmati bermain golf di padang golf yang besar dan terawat dengan baik ini. Berbasikal adalah aktiviti santai dan menghiburkan tanpa mengira umur anda. Anda boleh menyewa basikal di resort dan melewati sekitar resort ini yang mempunyai pemandangan indah serta menghirup udara segar dan tidak tercemar. Jika anda seorang yang tidak sabar, anda boleh cuba menanam kesabaran perlahan-lahan dalam diri anda melalui aktivti memancing. Terdapat kolam ikan dengan persekitaran yang tenang untuk anda memancing. Bawa rod anda sendiri atau sewa di resort, memancing adalah sukan santai yang bermanfaat yang dapat menanamkan peribadi mulia, iaitu kesabaran, dalam diri anda. Jika anda datang dalam sekumpulan yang besar, Paint Ball adalah sukan yang menarik untuk anda cuba. Tentukan dua kumpulan, dapatkan senjata anda, diisi dengan pelet dan berarak ke medan perang untuk memburu sasaran anda. Paint Ball mengajar anda untuk semangat dan bersatu dalam pasukan, membina strategi yang bijak dan membina kemahiran berlawan yang bagus. Akhir sekali, ia menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama ahli sepasukan anda. Oleh kerana resort ini juga popular bagi kalangan sekolah, syarikat dan organisasi untuk mengadakan seminar, mesyuarat atau sebagainya, resort ini menyediakan aktiviti dan kemudahan Team Building seperti kayak, abseiling, Tarzan swing dan banyak lagi. Anda akan menikmati setiap aktiviti yang anda lakukan dan berakhir dengan banyak pelajaran yang diperoleh daripada aktiviti tersebut. Apa jua keputusan yang anda putuskan, anda mesti utamakan ahli-ahli anda terlebih dahulu dan jangan sesekali pentingkan diri sendiri.

Tempat Menarik berhampiran A'Famosa Resort Hotel

Freeport A'Famosa Outlet -

Terletak berhampiran A'Famosa Resort Hotel, Freeport A'Famosa Outlet adalah pusat membeli-belah yang menempatkan kedai-kedai jenama mewah. Ia juga dikenali sebagai Melaka Premium Outlet. Ia menempatkan kira-kira seratus cawangan berjenama mewah seperti Nike, Sacoor dan banyak lagi. Freeport A'Famosa Outlet sentiasa dilawati kerana kedai-kedai di sini menawarkan diskaun hebat hampir setiap hari. Kedai-kedai di sini beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Pusat membeli-belah ini dikatakan sebagai syurga bagi para penggemar barangan jenama mewah.

A'Famosa Old West -

A'Famosa Old West mula beroperasi dari pukul 6 petang hingga 12 pagi setiap hari, dan ia merupakan sebuah tempat yang sangat disyorkan untuk dilawati oleh penduduk tempatan mahupun pelancong asing. Luangkan malam yang indah di sini untuk mengalami sendiri dan belajar tentang budaya lain iaitu Red Indian dan Koboi. Selain daripada pertunjukan budaya-budaya tersebut; terdapat banyak lagi hiburan seperti Fun Fair, Fireworks, Teater 4D dan Taman Tema Kanak-kanak. Dapatkan tiket anda secara dalam talian atau di kaunter dan anda pasti akan menikmati malam yang menarik di A'Famosa Old West.

Semua kemudahan dari A'Famosa Resort Hotel

Kolam Renang A'Famosa Resort Hotel
Kolam Renang
Pusat Kecergasan A'Famosa Resort Hotel
Pusat Kecergasan
Dewan Majlis A'Famosa Resort Hotel
Dewan Majlis
Ruang Umum A'Famosa Resort Hotel
Ruang Umum
Lobi A'Famosa Resort Hotel
Lobi

Sukan & Rekreasi

  • Berbasikal
  • Memancing
  • Padang golf
  • Ping pong
  • Tenis

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Restoran
  • Pesanan bilik
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Internet

  • Internet LAN
  • WiFi percuma

Makanan dan Minuman

  • Bar

Aktiviti

  • Barbeku

Umum

  • Penyaman Udara

Perkhidmatan Hotel

  • Penyambut tetamu 24 jam

Polisi Penginapan & Maklumat Umum di A'Famosa Resort Hotel

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan bermula 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan penduduk tetap Malaysia. Sila sedia maklum bahawa hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025, Kerajaan Negeri Melaka mengenakan Yuran Cukai Warisan wajib MYR 4.00 setiap bilik yang diduduki setiap malam untuk semua penginapan hotel. Yuran ini boleh berubah tanpa notis terlebih dahulu. Yuran ini akan dikutip oleh hotel semasa ketibaan tetamu.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 16:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

Effective from 1 April 2012, the Melaka State Government imposed a mandatory RM2.00 Heritage Tax Fee per occupied room per night for all hotel accommodation. This fee may change without prior notice. This fee will be collected by hotel upon guest arrival. BREAKFAST: Hotel Superior 2 breakfasts Condo Family Studio 2 breakfasts Condo 2 rooms 4 breakfasts Condo 3 rooms 6 breakfasts Apartment 2 rooms 4 breakfasts Villa 4 bedrooms 8 breakfasts. Any additional breakfast: MYR32 per adult, MYR23 per kid (inclusive SST, pay to front desk upon check-in) Additional Information: 1. Popular in the Area Water Theme Park 1.44KM Freeport A'Famosa Outlet 502M 2. Free Shuttle to A'Famosa Resort - Please call to 06-5520888 *To A'Famosa Resort Tampin Train Station / Tampin Bus Terminal to A'Famosa Resort *From A'Famosa Resort A'Famosa Resort to Tampin Train Station / Tampin Bus Terminal 3.Free Internal Shuttle Service to : * Safari Wonderland * Water Theme Park * Old West * Freeport A'Famosa Outlet

Cukai Pelancongan

Anda akan membayar cukai pelancongan MYR 10.00 semasa daftar masuk (setiap bilik/setiap malam).
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 16:00 - Sebelum 12:00
Bilik tersedia di A'Famosa Resort Hotel
215
Bilangan tingkat di A'Famosa Resort Hotel
4
Fasilitas lain di A'Famosa Resort Hotel
Berbasikal, Memancing, Padang golf, Ping pong, Tenis

Soalan lazim tentang A'Famosa Resort Hotel

Apa facilities yang tersedia di A'Famosa Resort Hotel?
Berikut facilities yang ada di A'Famosa Resort Hotel seperti AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di A'Famosa Resort Hotel?
Masa check-in di A'Famosa Resort Hotel bermula dari Dari 16:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan Daripada Tetamu Lain di A'Famosa Resort Hotel

7.9
Baik

Daripada 277 ulasan

Disediakan oleh pengembara di
Kebersihan

7.9

Keselesaan Bilik

7.9

Makanan

7.7

Lokasi

7.9

Perkhidmatan dan Kemudahan

7.8

Orang sering menyebut tentang A'Famosa Resort Hotel
Semua
Bilik air (3)
Persekitaran (2)
Kemesraan Kakitangan (2)
WiFi (2)
Suasana (2)
Ruang Bilik (2)
Bilik tidur (2)
Kawasan Hotel (2)
Rasa (2)
Kepelbagaian (2)
Isih mengikut
Paling Terkini
Format
Dengan Teks
Pilihan
Semua Rating, Bahasa Aplikasi Semasa, Semua

Ulasan Pelancong A'Famosa Resort Hotel

Bilangan ulasan setiap halaman
20
40
Ulasan pelanggan
G***t
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA

10.0

/10

Diulas 4 minggu yang lalu

First time Check in sini... Masuk jam 12mlm... So far ok... Bilik bersih,staff sangat Friendly n membantu... Bangun pagi suasana pemandangan di balkoni sangat mendamaikan... Makanan sahur yang dihantar ke bilik pagi tu sangat sedap... Terbaik... Lepas ni boleh repeat lg 🥰🥰

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

S***I
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA

9.1

/10

Diulas 12 minggu yang lalu

Masa daftar masuk terlalu lewat; 4 petang. Lokasi sangat baik untuk mereka yang ingin memaksimumkan masa mereka di taman air dan/atau safari wonderland. Terdapat pusat membeli-belah factory outlet berdekatan. Saya berharap pihak pengurusan menyediakan kemudahan ulang-alik ke/dari kafe dan kemudahan ke/dari taman. Perlukan arahan atau papan tanda tentang lokasi daftar masuk. Lokasi yang diberikan dalam apl/iklan/baucar Traveloka menghala ke teres kafe/golf.
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

jeannie c.
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA

9.4

/10

Diulas 30 minggu yang lalu

Pemandangan yang indah, sesuai untuk berehat dan bersantai. Kakitangan yang mesra dan bilik yang luas.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

A***l
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA

6.5

/10

Diulas 42 minggu yang lalu

Air berfungsi tidak berfungsi. Bilik air tidak bersih. Coacroach ditemui di dapur basah di bawah sink. Terdapat celah di kawasan kunci pintu hadapan yang boleh dilihat orang di dalam melalui celah lubang itu. Tuala tidak mencukupi, hanya dua nombor disediakan dan bukannya empat.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

M***a
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA

5.0

/10

Diulas 48 minggu yang lalu

Harga makan di dlam A fomesa tidak sesuai dengan masa waktu order di online sesampai di sini dia orang minta cas tambahan sementara di dalam online booking tidak ade pemberitahuan and masa cek in di Office pun tak ade cakap pihak Office, hati 2 dalam booking di A fomase

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Diana A. H.
icon-origin-TRAVELOKA

9.1

/10

Diulas 71 minggu yang lalu

Bilik studio ni besar jugak. Ade peti ais bole bwat air panas. Selesa. Ade kolam renang jugak kt dalam kawasan kondo. Anak-anak kate nak datang lagi 😄

1 orang mendapati ini membantu

Izzah S.
icon-origin-TRAVELOKA

8.8

/10

Diulas 137 minggu yang lalu

Bilik okay, booked a family studio room. Ada 2 katil queen in a room. Amenities are good, cuma a bit old, contohnya paip/ bathtub dalam bilik air. Pressure air di bilik air kuat. Cuma yang tak berapa seronok adalah singki di luar, area yard. Kalau bangun malam untuk basuh botol susu anak, rasa seram juga since outdoor sink dan direct ke luar.. Breakfast spread was good, dan untuk additional kid, RM25. Overall, selesa untuk my small family of 3 kids.
Read More

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Asim M.
icon-origin-TRAVELOKA

6.2

/10

Diulas 144 minggu yang lalu

Hotel di bawah Reno dan kondo yang kami dapat juga agak ketinggalan. Old west/cow boy town tutup juga.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Abu Sied bin Ahmad
icon-origin-TRAVELOKA

9.4

/10

Diulas 151 minggu yang lalu

Tempah pangsapuri 2 bilik tidur Condotel di Blok 1 tingkat 5. Unit bersih dan diselenggara dengan baik. Isyarat Wifi memang kuat. Tuala mandi, peralatan mandian dan air mineral disediakan. Penyaman udara sejuk dan berfungsi dengan baik. Bufet sarapan pagi yang lazat untuk harga yang termasuk dalam pakej bilik.
Translated by Google Icon
Lihat asal

1 orang mendapati ini membantu

MrZk
icon-origin-TRAVELOKA

4.8

/10

Diulas 154 minggu yang lalu

Sangat kotor. Penghawa dingin tidak dapat berfungsi dengan baik. Air tandas berbau
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Atul W.
icon-origin-TRAVELOKA

8.4

/10

Diulas 157 minggu yang lalu

Kondo yang diabaikan di resort A Famosa tetapi masih berfungsi dan kebersihan adalah mengikut standard. Hanya tinggal 1 malam untuk bufet Ramadhan di rumah kelab Famosa. Saya memberi kredit untuk pemandangan yang menakjubkan dari balkoni.
Translated by Google Icon
Lihat asal
+5

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Fatin I.
icon-origin-TRAVELOKA

6.1

/10

Diulas 167 minggu yang lalu

Perabot dalam Condo-tel lama dan katil keras so tak selesa bila tidur. Sarapan not bad but roti dia keras and dry. Should be a 2-star hotel instead of 4. Tempat sarapan jauh daripada penginapan. Kene drive so agak menyusahkan.

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Profile Picture
Joey C.
icon-origin-TRAVELOKA

9.1

/10

Diulas 173 minggu yang lalu

Daftar masuk pantas dengan tempahan melalui Traveloka.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Raja L. A.
icon-origin-TRAVELOKA

6.0

/10

Diulas 181 minggu yang lalu

Ini adalah sebuah kondotel usang. Semua kemudahan tidak dalam keadaan baik. Dari tilam, sofa, hanya perlu diganti. Tombol pintu tandas rosak dan tab mandi hanya kotor dan lantai rosak di seluruh tempat. Saya menempah kondo keluarga untuk 4 orang, yang mengejutkan saya sarapan hanya untuk 2 orang. Kemudian ia adalah nasi lemak ala carte atau sarapan barat dan itu tidak berbaloi untuk wang.
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal

1 orang mendapati ini membantu

Nurul A. B. M. y.
icon-origin-TRAVELOKA

6.0

/10

Diulas 184 minggu yang lalu

Hai. Resort itu kelihatan lama. Walau bagaimanapun, biliknya sangat luas. Persekitaran sekitar resort kelihatan kusam. Semoga selepas ini pihak pengurusan akan melakukan sesuatu untuk menghidupkan semula resort tersebut.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Mohd A. b. M. Y.
icon-origin-TRAVELOKA

8.5

/10

Diulas 278 minggu yang lalu

Terbaik, memang puas hati, bilik bersih dan luas, urusan check in cepat, anak-anak pun suka 👍

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Syarir Z. b. Z.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA

5.8

/10

Diulas 278 minggu yang lalu

Bahan-bahan murah digunakan untuk makanan, bilik perlu diperbaharui.
Translated by Google Icon
Lihat asal

1 orang mendapati ini membantu

Farhah N. B. A. J.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA

9.6

/10

Diulas 279 minggu yang lalu

Biliknya luas. Kemudahannya baik-baik saja. Kecuali kawasan letak kereta agak menakutkan (agak gelap dan tidak banyak tempat parkir di sana). Sarapan pagi terletak jauh dari bangunan dan tidak banyak variasi. keseluruhannya baik untuk tinggal.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Elizabeth N.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA

9.4

/10

Diulas 282 minggu yang lalu

Saya mempunyai penginapan yang sangat menyenangkan di sini - bilik itu hebat dengan peralatan tempat tidur yang mencukupi untuk 2 anak kecil saya dan 1 bayi. Harga juga sangat baik. Saya harap mereka memperbaiki pilihan sarapan. Dan, letakkan rak pengeringan untuk tetamu untuk mengeringkan pakaian mereka. Terdapat balkoni lapang yang besar, tetapi tidak dapat mengeringkan pakaian basah kami dari taman air. Sedikit kecewa.
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal

1 orang mendapati ini membantu

ASLINAWATI B. A. R.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA

8.5

/10

Diulas 282 minggu yang lalu

Hotel yang cantik dan bersih, selesa dengan segala kemudahan wifi dan bathtub, breakfast agak jauh sedikit jalan dalam 5 minit sebab bukan dalam bangunan yang sama dengan hotel, tetapi boleh naik shuttle yang disediakan oleh hotel.

1 orang mendapati ini membantu

Bilangan ulasan setiap halaman
20
40

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 A'Famosa Resort Hotel

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved