Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle

Hotel
8.1
Menyenangkan
Daripada 1,705 ulasan tetamu yang disahkan

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Perkhidmatan Shuttle Lapangan Terbang Percuma (2)
Staf Mesra (4)
Bilik Bersih (10)
Bilik Luas (1)
Ismadi I.
8.5
/ 10
Bilik yang bersih dan airport transfer percuma sangat bagus.
Di Kawasan
Lihat Peta
No. 1, Jalan 4, Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, Sepang, Selangor, Malaysia, 43900

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi
Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle adalah tempat penginapan yang terbaik untuk menginap di kawasan Sepang. Lokasi hotel ini sangat bagus kerana hotel ini berdekatan dengan beberapa tempat tarikan pelancong seperti trek perlumbaan motorsport, pusat membeli-belah dan kemudahan awam. Selain itu, hotel ini telah menyediakan beberapa jenis bilik yang dilengkapi dengan kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang berguna. Hotel ini juga telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang yang terbaik untuk keperluan tetamu mereka. Para tetamu dapat berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan mereka dengan menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik mereka dan di kawasan awam. Bagi pilihan tempat makan, terdapat sebuah restoran di dalam hotel ini yang telah menyajikan pelbagai jenis masakan yang akan memenuhi citarasa para tetamu.
Lihat Lebih
Log masuk berjaya!
Sekarang anda boleh menikmati lebih banyak manfaat, termasuk pilihan untuk membuat pembayaran menjelang tarikh penginapan anda!

Persekitaran Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle

Temui Lebih Banyak Tempat
No. 1, Jalan 4, Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, Sepang, Selangor, Malaysia, 43900
Lobi Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle
Lobi 2 Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle

Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle adalah tempat penginapan yang terbaik untuk menginap di kawasan Sepang. Lokasi hotel ini sangat bagus kerana hotel ini berdekatan dengan beberapa tempat tarikan pelancong seperti trek perlumbaan motorsport, pusat membeli-belah dan kemudahan awam. Selain itu, hotel ini telah menyediakan beberapa jenis bilik yang dilengkapi dengan kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang berguna. Hotel ini juga telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang yang terbaik untuk keperluan tetamu mereka. Para tetamu dapat berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan mereka dengan menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik mereka dan di kawasan awam. Bagi pilihan tempat makan, terdapat sebuah restoran di dalam hotel ini yang telah menyajikan pelbagai jenis masakan yang akan memenuhi citarasa para tetamu.

Bagaimana untuk ke Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle

Cara paling terpantas untuk sampai ke Bary Inn adalah dengan menaiki kereta. Para pengunjung dari Kuala Lumpur harus menggunakan Laluan 32 di Selangor dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya dan Laluan 29. Kemudian, mereka perlu menuju ke Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Setelah tiba di Bandar Baru Salak Tinggi, mereka akan sampai ke destinasinya. Perjalanan di atas jalan raya mengambil masa selama 40 minit.

Cara berikutnya adalah dengan menaiki kereta api dan bas. Para pengunjung akan mengambil kereta api yang dipanggil sebagai KLIA Transit dan mereka akan turun di Stesen Salak Tinggi. Kemudian, mereka perlu berjalan selama 2 minit untuk ke Stesen Bas Salak Tinggi. Selepas itu, mereka perlu mengambil bas SPG2 Bandar Baru Salak Tinggi dan turun di SP 239 WRP Asia Pasifik. Dari stesen tersebut, mereka boleh memilih untuk mengambil teksi atau berjalan kaki selama 10 minit sehingga mereka sampai ke Bary Inn. Keseluruhan perjalanannya mengambil masa selama 1 jam 28 minit.

Pilihan Bilik di Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle

Bary Inn telah menyediakan 3 jenis bilik untuk tetamu mereka. Antaranya ialah Bilik Deluxe Double, Bilik Deluxe Twin dan Bilik Keluarga. Bagi Bilik Deluxe Double, ia mempunyai saiz sebesar 14 meter persegi dan ia boleh menampung 2 orang tetamu. Para tetamu boleh memilih untuk mempunyai 1 katil double atau 2 katil single. Terdapat akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini mempunyai penyaman udara, kipas siling, televisyen, meja dan air botol percuma. Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran mandian dan peralatan mandian secara percuma. Seterusnya ialah Bilik Deluxe Twin. Saiz bilik ini adalah 15 meter persegi dan ia boleh memuatkan 2 tetamu. Jenis katilnya ialah 2 katil single. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bagi kemudahan dalam bilik, ia mempunyai penyaman udara, meja, televisyen dan air botol percuma. Bagi kemudahan bilik mandi, ia mempunyai pancuran mandian dengan air panas dan peralatan mandian. Bilik terakhir ialah Bilik Keluarga. Kawasan bilik ini adalah 18 meter persegi dan ia boleh menampung 3 tetamu. Jenis katilnya ialah 1 katil single dan 1 katil double. Para tetamu boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini mempunyai penyaman udara, kipas siling, televisyen, air botol percuma dan meja. Bilik mandi mempunyai pancuran mandian, air panas dan peralatan mandian.

Restoran and Kafe di Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle

Terdapat sebuah restoran yang menawarkan pelbagai jenis hidangan untuk para tetamu di Bary Inn. Semua makanan di dalam restoran ini adalah dalam ala carte. Para tetamu boleh menikmati hidangan ketika sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Kemudahan dan Aktiviti di Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle

Bary Inn telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan tetamu mereka. Antaranya adalah tempat simpanan bagasi, kakitangan yang boleh bertutur pelbagai bahasa, surat khabar di kawasan lobi, perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang, akses Wi-Fi di kawasan awam dan tempat letak kereta untuk para tetamu. Terdapat juga beberapa bank dan kedai yang berdekatan dengan hotel ini.

Tempat Menarik berhampiran Bary Inn KLIA & KLIA2 with Free Airport Shuttle

Litar Antarabangsa Sepang F1 -

Terletak di Sepang, Selangor, Litar Antarabangsa Sepang F1 adalah litar perlumbaan motorsport yang juga terletak kira-kira 14 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pereka litar ini ialah Herman Tilke dan dia telah mereka bentuk litar untuk beberapa negara lain seperti Yeong Nam, Marina Bay, Yas Marina, Valencia, Greater Noida, Shanghai, Istanbul, Austin dan Baku. Panjang litar ini ialah 5.543 kilometer. Trek ini mempunyai 15 pusingan yang boleh menahan kelajuan lebih dari 300 km/j. Selain itu, trek ini boleh memuatkan seramai 130,000 orang. Di Grandstands Utama dan Suites Korporat yang mempunyai 18 penghawa dingin boleh menampung seramai 32000 penonton. Manakala di Grandstands K dan F, ia mempunyai memuatkan seramai 18,500 penonton. Terdapat juga ruang luaran dan beberapa tempat untuk melihat acara seperti Chalet Paddock, Club Paddock, Suite Perdana dan Suite Korporat. Litar Antarabangsa Sepang F1 telah dibuka secara rasminya oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat pada bulan Mac 1999. Litar ini telah menjadi salah satu tempat tarikan pelancong di Malaysia sejak ia telah mengadakan beberapa acara besar seperti Formula One Grand Prix, Moto GP Grand Prix Malaysian GP dan beberapa konsert. Para pelancong boleh berpeluang untuk mengunjungi ke tempat ini dengan menonton acara yang akan dianjurkan oleh mereka. Mereka boleh sampai ke Litar Antarabangsa Sepang F1 dengan mengambil masa selama 14 minit dengan memandu dari Bary Inn.

Mitsui Outlet Park -

Mitsui Outlet Park adalah pusat membeli-belah yang berasaskan konsep kilang. Tempat ini telah menarik ramai pelancong yang datang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan penduduk di kawasan Sepang. Senibina pusat membeli-belah ini mempunyai empat konsep berasaskan Kampung Paradise iaitu Sunshine Square, Pier Walk, Tropical Plaza dan Beach Walk. Bagi Sunshine Square, ia mempunyai konsep mewah. Bagi Pier Walk, ia mempunyai persekitaran yang lapang. Manakala persekitaran di Tropical Plaza dan Beach Walk adalah berasakan konsep kehijauan dan bersantai. Para pengunjung juga dapat mengetahui tentang kebudayaan, muzik, makanan, dan karya seni Jepun. Bagi pilihan tempat makan, para pengunjung boleh menikmati hidangan dari restoran Melayu atau restoran Barat, medan selera atau kafe. Perjalanan dari Bary Inn ke Mitsui Outlet Park akan mengambil masa selama 18 minit dengan memandu.

Semua kemudahan dari Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle

Ruang Umum Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle
Ruang Umum
Lobi Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle
Lobi
Luar Bangunan Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle
Luar Bangunan
Bilik Tidur Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle
Bilik Tidur
Bilik Mandi dalam Bilik Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle
Bilik Mandi dalam Bilik

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Lif
  • Restoran
  • Restoran sarapan pagi
  • Pesanan bilik
  • WiFi di kawasan umum

Perkhidmatan Hotel

  • Daftar Masuk Awal
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Penyimpanan bagasi
  • Kakitangan berbilang bahasa
  • Suratkhabar di lobi
  • Lawatan

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Bilik larangan merokok
  • Kawasan merokok

Makanan dan Minuman

  • Sarapan a la carte
  • Makan malam a la carte
  • Makan tengah hari a la carte

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kaunter
  • Pancuran mandi
  • TV

Pengangkutan

  • Pengangkutan dari lapangan terbang
  • Shuttle kawasan berhampiran

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Kedai

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Khidmat Shuttle

  • Pengangkutan dari lapangan terbang

Polisi Penginapan & Maklumat Umum di Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

We do provide Airport Transfer RM20.00 per person, kindly contact hotel at 012 512 8267 for transfer arrangements.

Dasar Tambahan

-
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya
Bilik tersedia di Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle
90
Bilangan tingkat di Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle
3
Fasilitas lain di Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle
Restoran sarapan pagi, Pesanan bilik, WiFi di kawasan umum, Daftar Masuk Awal, Penyambut tetamu 24 jam

Soalan lazim tentang Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle

Apa facilities yang tersedia di Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle?
Berikut facilities yang ada di Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle seperti AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle?
Masa check-in di Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle menyediakan sarapan pagi?
Ya, Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan Daripada Tetamu Lain di Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 1,705 ulasan tetamu yang disahkan
8.1
Menyenangkan
Hebat
277
Bagus
1,028
Memuaskan
93
Biasa
308
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
perkhidmatan shuttle lapangan terbang percuma (2)
staf mesra (4)
bilik bersih (10)
bilik luas (1)
Lihat Lebih 4
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
v***e
Ini ialah pengguna tetamu.
5.8
/ 10
14 Nov 2024
Harga sangat sampai tempat masak air panas pun kena ambil di bawa, tv pun pun tiada remote tiada line nk tgok tu, checkin stakat bgi kunci dgn kertas deposit je, kad bilikpun tiada, sarapan free tapi stakat roti dgn makanan India je dgn teh panas apa pun terima kasih.

Suka ulasan ini?

S***h
Ini ialah pengguna tetamu.
8.5
/ 10
23 Sep 2024
bolehla untuk budget n senang nak p airport..free je...ramai foreigner... breakfast tu..tosei..roti puri...

Suka ulasan ini?

S***a
Ini ialah pengguna tetamu.
5.7
/ 10
28 Jul 2024
Sarapan buat orang indo tidak cocok

Suka ulasan ini?

MB
MARZUZAIDI B. B.
6.3
/ 10
05 Jan 2024
Seram hotel, lampu malap semua baik dalam bilik dan tandas

Suka ulasan ini?

ra
rahmat a.
Percutian pendek
8.8
/ 10
12 Sep 2023
Okay je sesuai sangat untuk 3/4 orang, btw dekat jugak dengan Sepang Circuit, thank you 😇

1 menyukai ulasan ini

MF
MOHAMAD F. B. B.
9.1
/ 10
30 Sep 2020
Imej Ulasan untuk Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle dari Normiza B. A. H.

1 menyukai ulasan ini

MB
MARZUZAIDI B. B.
Backpacking
9.4
/ 10
14 Mar 2020
Harga yang berpatutan, parking banyak.. Bilik dilengkapi lift, ada kipas dan juga ada Aircond.. Sangat berbaloi, khidmat Kaunter juga sangat mesra..

Suka ulasan ini?

my
meta y. a.
8.5
/ 10
01 Mar 2020
Imej Ulasan untuk Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle dari Meta Y. A.

1 menyukai ulasan ini

AI
Amir I.
Perjalanan Perniagaan
9.7
/ 10
13 Nov 2019
Hotel ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai penerbangan pada awal pagi atau tiba pada lewat malam di KLIA. Menyediakan perkhidmatan free shuttle van ke KLIA. Staf perkhidmatan free shuttle yang sangat terbaik di mana sanggup mengambil saya seorang pada jam 1.20 pagi di KLIA. Staf kaunter hotel juga sangat terbaik dan saya sangat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan staf serta bilik yang disediakan ❤️
Baca Lebih Lanjut

Suka ulasan ini?

HA
Hanan A. S.
Perjalanan Perniagaan
5.1
/ 10
06 Nov 2019
Servis teruk, pekerja teruk, tak brtimbangrsa langsung 🥺

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
3
...
63
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Bilik Tidur 4 Bary Inn Hotel KLIA & KLIA2, Free Airport Shuttle

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved