Beringgis Beach Resort & Spa merupakan sebuah resort percutian yang sesuai buat mereka yang mencari suasana ala tropika yang menenangkan. Resort mewah bertaraf 4 bintang ini terletak di kawasan pantai yang menghadap ke Laut China Selatan. Resort ini menawarkan perkhidmatan peribadi yang hebat dan bilik penginapan yang serba mewah pasti akan memberikan anda suasana percutian ala tropika yang diimpikan. Resort ini pasti menjamin pengalaman indah buat anda dengan keselesaan dan kemewahan bilik penginapan yang ditawarkan. Beringgis Beach Resort & Spa telah dibina pada tahun 1995. Resort ini terletak disepanjang pantai yang panjangnya 3km menghadap ke Laut China Selatan dengan mempunyai pemandangan matahari terbenam yang pasti akan menarik serta memukau pandangan anda. Dengan menginap di resort ini para tetamu mempunyai akses yang mudah untuk ke lapangan terbang antarabangsa kerana jaraknya hanya 30 minit dari resort ini. Selain itu dari resort ini hanya mengambil masa perjalanan selama 25 minit memandu untuk ke pusat Bandar Kota Kinabalu. Lokasi resort ini pasti akan menjamin kenangan terindah buat anda kerana ianya berada tidak jauh dari tarikan utama pelancong yang terdapat disekitar kawasan resort. Tetamu boleh menikmati penginapan yang pasti akan menghiburkan mereka di salah satu dari 130 bilik yang ditawarkan. Bilik penginapannya mempunyai ruang yang luas dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin, tv satelit, kipas siling, peti ais dan bilik air serta balkoni. Tetamu pasti akan diberikan layanan yang hebat yang akan meninggalkan kenangan manis disepanjang penginapan mereka di Beringis Beach Resort & Spa.
Sabah mempunyai lapangan terbang yang menghubungkannya dengan penerbangan domestik dan antarabangsa. Pintu masuk utama ke Sabah ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang terletak lebih kurang 20 minit dari pusat bandar. Anda boleh menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau dari mana-mana lapangan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk ke Beringgis Beach Resort & Spa. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines dan Air Asia yang membuat penerbangan terus setiap hari ke Sabah. Selain itu, lapangan terbang Sabah juga boleh dihubungi dari Brunai Darussalam, Cina, Hong Kong, Taipei, Jepun, Thailand, Filipina, Singapura dan Korea Selatan. Penerbangan yang menawarkan perkhidmatan dari negara tersebut adalah seperti Silk Air, Royal Brunei Airlines, Korean Air, Dragon Air dan Asiana. Pengunjung dari Australia juga boleh ke Sabah melalui Kuala Lumpur. Dari lapangan terbang, anda boleh menaiki teksi, uber, grab atau bas untuk ke Beringgis Beach Resort & Spa yang akan mengambil masa perjalanan selama 30 minit untuk tiba ke resort.
Beringgis Beach Resort menawarkan bilik yang selesa dan santai kepada para tetamu dengan ruang balkoni di setiap bilik. Terdapat 5 jenis bilik disediakan sebagai pilihan buat para tetamu iaitu Bilik Pemandangan Taman Deluxe, Pemandangan Kolam Renang Deluxe, Bilik Duplek, Sayap Dinawan dan Villa Keluarga.Setiap bilik mempunyai penghawa dingin, pemanas berpusat, kipas dan bilik air. Setiap bilik mempunyai ruang balkoni dengan pemandangan untuk dinikmati oleh para tetamu. Setiap bilik mempunyai katil berkembar atau saiz besar. Selain itu terdapat juga kemudahan asas seperti peti keselamatan, mini bar, peti ais, peti ais mini dan kemudahan pembancuh kopi dan teh di setiap bilik penginapan. Kemudahan internet, telefon dan TV juga turut disediakan. Setiap bilik dilengkapi dengan pancuran mandian dan tub mandi. Alat pengering rambut juga disediakan disetiap bilik air.
Bilik Pemandangan Taman Deluxe merupakan sebuah bilik yang menghadap ke taman dan terletak berhampiran dengan bangunan utama resort. Ukuran biliknya ialah 23 meter persegi yang sesuai untuk 2 tetamu. Tetamu boleh memilih samada katil saiz besar atau katil berkembar iaitu 2 katil bujang berasingan disepanjang tempoh penginapan mereka di resort ini. Para tetamu perlu membuat tempahan awal kerana bilik dengan katil saiz besar mempunyai bilangan bilik yang terhad. Setiap biliknya mempunyai penghawa dingin, kipas siling, TV LCD dengan siaran satelit, telefon, peti ais, meja menulis, alat pengering rambut, peti keselamatan deposit, kemudahan pembancuh kopi dan teh serta bilik air. Setiap bilik akan dibekalkan dengan air minuman percuma yang akan diberikan setiap hari.
Bilik Pemandangan Kolam Mandi Deluxe terletak berhampiran dengan kolam renang. Biliknya berukuran 23 meter persegi yang menawarkan katil saiz besar atau katil berkembar yang sesuai untuk 2 tetamu. Setiap biliknya mempunyai penghawa dingin, kipas siling, TV LCD, telefon, peti ais, meja menulis, alat pengering rambut, peti keselamatan deposit, kemudahan pembancuh kopi dan teh serta bilik air. Setiap bilik akan dibekalkan dengan air minuman percuma yang akan diberikan setiap hari.
Bilik Dupleks ialah bilik yang mempunyai pemandangan taman dan terletak berhampiran dengan Restoran Cabana dan pantai. Setiap bilik mempunyai pintu masuk di aras 1 dan pintu gelangsar di aras tanah. Aras tanah mempunyai dua katil bujang, penghawa dingin, kipas siling, TV LCD, peti ais, meja menulis, stesen membancuh kopi atau teh dan bilik air. Manakala di aras 1 pula, terdapat satu katil saiz besar, penghawa dingin, TV LCD, peti keselamatan deposit, meja menulis dan bilik air. Ianya mempunyai ukuran seluas 54 meter persegi yang menjadikan ianya sesuai untuk penginapan seisi keluarga atau kumpulan seramai 4 orang.
Sayap Dinawan dengan pemandangan taman terletak lebih kurang 100 meter dari pantai. Ukuran biliknya adalah 43 meter persegi iaitu lebih besar berbanding bilik Deluxe. Biliknya mempunyai katil saiz besar atau katil berkembar untuk kemudahan 2 orang tetamu atau keluarga bersama 4 orang. Kemudahan yang disediakan ialah penghawa dingin, TV LCD, peti keselamatan deposit, meja menulis dan bilik air dengan tingkap panaroma menghadap ke dalam bilik.Â
Villa Keluarga terletak berhampiran dengan kolam renang yang mempunyai ukuran seluas 80 meter persegi merupakan bilik saiz terbesar sesuai untuk tetamu yang datang bersama keluarga dan anak-anak. Bilik utama nya mempunyai katil saiz besar, penghawa dingin, kipas siling, TV LCD, meja solek dan tandas bercantum dengan 2 sinki. Manakala bilik kedua pula mempunyai 2 katil bujang, penghawa dingin, kipas siling, meja solek dan tandas bercantum.
Para tetamu boleh menjamu selera dengan suasana mewah dan menu makanan yang istimewa di Beringgis Beach Resort & Spa. Anda boleh menikmati juadah yang disediakan di The Hornbill Banquet Restaurant. Restorannya mempunyai ruang yang sangat luas menjadikan ianya tempat yang sesuai untuk anda menikmati makanan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Untuk makanan yang lebih menyelerakan, anda boleh mencuba hidangan yang disediakan di Cabana Cafe & Bar dimana terdapat makanan tempatan dan antarabangsa disediakan disini.
Resort ini menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap kepada para tetamunya. Kemudahan yang disediakan termasuk pembantu tetamu, kemudahan dobi, surat khabar di lobi utama, pengangkat beg, kaunter hadapan 24 jam dan ruang penyimpanan bag. Lain-lain kemudahan awam yang disediakan untuk keselesaan para tetamu adalah seperti ruang meletak kenderaan, wi-fi di kawasan awam, ruang penyimpanan barang, bilik keluarga, perkhidmatan menjaga anak dan bilik merokok. Terdapat 5 bilik mesyuarat dan dewan persidangan disediakan untuk kemudahan dan keperluan para tetamu. Terdapat juga kolam mandi dewasa dan kanak-kanak disediakan di resort ini. Untuk aktiviti sukan pula, terdapat aktiviti menunggang kuda yang anda boleh nikmati ketika anda menginap di resort ini. Terdapat juga tarikan seperti spesis binatang dan burung yang menunggu para pengunjung di Sanktuari Orang Utan Papar Sepilok yang terletak berhampiran dengan resort ini.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan bermula 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan penduduk tetap Malaysia. Sila maklum bahawa hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Beringgis Beach Resort & Spa | 130 |
Bilangan tingkat di Beringgis Beach Resort & Spa | 2 |
Fasilitas lain di Beringgis Beach Resort & Spa | Pekerja rencam, Meja depan, Penyambut tetamu 24 jam, Perkhidmatan dobi, Penyimpanan bagasi |