Cherita Rooms adalah satu tempat yang anda akan sukai. Ia terletak di negeri Pahang. Lokasi Cherita Rooms ini sangat dekat dengan bandar Kuantan. Oleh kerana lokasinya sangat dekat dengan bandar Kuantan, anda boleh pergi ke mana-mana sahaja tempat menarik yang terdapat di Kuantan. Bandar Kuantan terdapat pelbagai keunikan dan sejarahnya yang tersendiri. Bukan itu sahaja, anda dapat meluangkan masa anda di pantai kerana Kuantan mempunyai pantainya yang tersendiri. Cherita Rooms ini juga sangat dekat dengan lapangan terbang. Cherita Rooms menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi tetamunya. Rasai sendiri pengalaman yang menakjubkan ketika menetap di Cherita Rooms. Untuk apa jua sebab anda berada di Kuantan, anda pastinya mahu memilih Cherita Rooms.
Terdapat pelbagai cara untuk anda pergi ke Cherita Rooms. Oleh kerana lokasinya sangat dekat dengan bandar Kuantan, anda boleh pilih pelbagai cara untuk Cherita Rooms. Anda boleh mengambil bas, penerbangan ataupun memandu kereta ke Cherita Rooms. Sekiranya anda datang daripada Kuala Lumpur, anda boleh mengambil bas daripada Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ke Terminal Sentral Kuantan. Perjalanan daripada TBS ke Kuantan akan mengambil masa selama 3 jam dan 6 minit bergantung kepada keadaan trafik pada ketika itu. Apabila anda sudah tiba di Terminal Sentral Kuantan, anda boleh mengambil teksi untuk ke Cherita Rooms. Jarak di antara Terminal Sentral Kuantan dan Cherita Rooms adalah 9.9 km yang akan mengambil masa selama 18 min perjalanan. Walaubagaimanpun, waktu perjalanan adalah bergantung kepada keadaan semasa.
Jika anda ingin perjalanan yang lebih cepat, anda boleh memilih untuk menaiki penerbangan untuk ke Kuantan. Jika anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Kuantan. Perjalanan daripada KLIA ke Lapangan Terbang Kuantan akan mengambil masa selama 50 minit. Apabila anda tiba di Lapangan Terbang Kuantan, anda boleh mengambil teksi untuk ke Cherita Rooms. Perjalanan dari Lapangan Terbang Kuantan ke Cherita Rooms akan mengambil masa selama 27 minit bergantung kepada keadaan trafik pada ketika itu.
Selain daripada itu, anda juga boleh memandu kereta untuk ke Cherita Rooms. Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur dan melalui Plaza Tol Jalan Duta, anda boleh menggunakan cadangan laluan ini. Dari Plaza Tol Jalan Duta, Ikuti E8 ke Lebuhraya MEC di Gambang. Ambil jalan keluar 830-Gambang dari E8. Ambil Laluan 2 untuk ke destinasa anda, Cherita Rooms.
Terdapat tiga jenis bilik yang ada di Cherita Rooms. Anda boleh pilih mana – mana bilik yang bersesuaian dengan keperluan dan citarasa anda. Bilik yang terdapat di Cherita Rooms adalah Family Deluxe Room, Family Room No Window, Double Deluxe Room. Bagi family deluxe room, keluasan bilik ini adalah 15 m²/161 ft². Bilik ini mempunyai 1 katil bersaiz single dan 1 katil bersaiz queen. Manakala bagi family room no window, ia tidak mempunyai tingkap. Walaubagaimanapun, ia mempunyai keluasan bilik yang sama dan mempunyai 1 katil bersaiz single dan 1 katil bersaiz queen. Bagi double deluxe room pula, Ia mempunyai 1 katil bersaiz queen. Keluasan bilik ini adalah 13 m²/140 ft².
Tidak ada kafe dan restoran di Cherita Rooms ini. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan makanan dan minuman dengan mudah di sekitar Cherita Rooms ini. Anda boleh mencuba kesemua makanan tempatan orang di Kuantan. Terokai rasa makanan orang di sana dan ia pastinya berbeza daripada tempat – tempat lain.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di Cherita Rooms ini. Setiap bilik disediakan Wi-Fi percuma. Bukan itu sahaja, TV dan penghawa dingin juga disediakan di setiap bilik. Sementara di dalam bilik, anda boleh membuat kopi atau pun teh. Terdapat meja, almari dan kemudahan menggosok di dalam bilik. Selain daripada itu, perkhidmatan pengemasan bilik harian juga disediakan di Cherita Rooms ini. Untuk keselesaan para tetamunya, merokok adalah tidak dibenarkan di Cherita Rooms. Cherita Rooms juga mempunyai perkhidmatan meja hadapan secara 24 jam. Bagi anda yang membawa kerete, parkir percuma disediakan untuk anda. Anda boleh meletakkan kereta anda tanpa risau.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Meja Depan 24 jam, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Bilik tersedia di Capital O 90556 Hotel Cherita Rooms | 19 |
Bilangan tingkat di Capital O 90556 Hotel Cherita Rooms | 1 |
Fasilitas lain di Capital O 90556 Hotel Cherita Rooms | Penyaman Udara, Pemanas, Bilik larangan merokok, Kabel TV, Pancuran mandi |