Seperti yang diketahui kebanyakan orang, Putrajaya ialah bandar yang berguna sebagai pusat pentadbiran di Malaysia. Walaupun begitu, bandar ini juga mempunyai daya tarikannya untuk pelancong. Ramai pelancong tempatan mahupun antarabangsa sentiasa tidak ketinggalan untuk singgah ke Putrajaya. Bukan sahaja kerana Masjid Putra yang cantik, malah pemandangan bangunan dan alam semulajadi turut menarik perhatian. Tidak jarang pengunjung yang sedang menuju ke lapangan terbang KLIA dari Kuala Lumpur memilih untuk singgah sebentar menikmati keindahan Putrajaya.
Apabila berkunjung ke Putrajaya, jangan risau kerana terdapat beberapa pengangkutan disediakan. Inilah senarai pengangkutan awam yang boleh anda jumpai dan gunakan di Putrajaya.
Putrajaya memiliki perkhidmatan bas bernama Nadiputra. Pada hari Isnin hingga Jumaat, bas ini mulai beroperasi pada pukul 06.30 pagi hingga pukul 08.00 malam. Sedangkan pada hari Sabtu dan Ahad, bas bermula untuk beroperasi dari pukul 07.00 pagi hingga 08.00 malam. Bas Nadiputra mempunyai 7 laluan. Kadar tambang untuk 6 laluan pun murah saja, cukup RM1. Dan untuk 1 laluan lagi, iaitu P101, ialah percuma. Apabila anda berbekal Touch n Go, anda boleh menggunakan perkhidmatan ini. Jangan lupa untuk top up dahulu di minimarket-minimarket terdekat. Selain itu, terdapat banyak perhentian bas yang disediakan supaya anda boleh menggunakan perkhidmatan bas di Putrajaya dengan mudah.
Selain bas, MRT juga merupakan pengangkutan awam yang boleh anda gunakan terutamanya jika anda dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Dengan laluan MRT Putrajaya yang berakhir di stesen Putrajaya Sentral, anda boleh menikmati pengangkutan yang selamat, selesa dan murah. Dari stesen, anda boleh menggunakan bas untuk mengelilingi Putrajaya.
Putrajaya mempunyai tempat-tempat terkenal yang menarik untuk dikunjungi. Selain keindahan bangunannya, Putrajaya juga menawarkan tarikan semula jadi seperti tasik dan taman.
Boleh dikatakan, masjid ini adalah antara ikon utama di Putrajaya. Sebagai salah satu masjid tercantik di Malaysia, Masjid Putra mempamerkan seni bina yang tersergam indah dan elegan. Masjid ini merupakan salah satu destinasi kerohanian dan pelancongan yang popular di Putrajaya. Umumnya, pelancong akan ke masjid ini apabila pertama kali tiba di Putrajaya dan bergambar di hadapannya, juga di Dataran Putra (Putra Square).
Selain Masjid Putra, masjid ini juga boleh menjadi destinasi kunjungan anda jika berada di Putrajaya. Nama masjid ini diilhamkan daripada nama Yang Dipertuan Agong Malaysia ke XIII. Pada waktu malam, kilauan lampu sangat menjolok mata. Uniknya, kubah masjid ini diperbuat daripada keluli tahan karat. Seni binanya juga disusun sedemikian rupa, menjadikan masjid ini sebagai tempat yang sesuai untuk dikunjungi pelancong, selain sebagai tempat beribadah.
Putrajaya juga mempunyai tempat menarik yang bercirikan alam semulajadi dan sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Salah satunya ialah Taman Botani Putrajaya. Ini adalah tempat yang sesuai untuk berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi. Meliputi kawasan seluas lebih 92 hektar, taman ini memaparkan koleksi tumbuhan yang cantik, termasuk spesies endemik ke Malaysia. Pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti berbasikal, berkelah atau hanya berehat di bawah teduhan pokok.
Jambatan Seri Wawasan merupakan salah satu ikon bandar raya ini dengan seni bina tersergam indah yang meliputi lima lintasan dan terbentang sepanjang 240 meter. Berjalan di atas jambatan ini memberikan pengalaman yang menakjubkan, terutamanya pada waktu matahari terbenam, apabila cahaya petang menyinari permukaan tasik.
Tasik Putrajaya boleh menjadi tempat untuk banyak aktiviti riadah dan berkelah. Anda dan keluarga atau pasangan boleh cuba menyusuri tasik dengan perahu ataupun kayak. Kalau nak bersantai saja, boleh duduk di tepi tasik sambil hirup udara segar. Bila tiba waktu petang, padang rumput di tasik ini jadi tempat lepak yang selesa. Anda juga boleh menjemput keluarga atau pasangan anda untuk berkelah di sini sambil menikmati angin sepoi-sepoi. Terdapat juga perkhidmatan pelayaran yang disediakan di sini. Apabila lampu di sekeliling tasik dihidupkan, anda akan merasai suasana yang romantik dan damai. Tasik ini sememangnya tempat yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Jangan lupa ambil gambar supaya boleh dijadikan kenang-kenangan.
Satu lagi tempat menarik di Putrajaya yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga atau pasangan ialah Taman Wetland Putrajaya. Di taman ini, terdapat meja berkelah dan buaian disediakan. Jadi, anda boleh berkelah dan berseronok bermain dengan keluarga anda. Selain itu, terdapat juga tram untuk melihat sekeliling taman. Apa yang uniknya, ada satu titik yang perlu anda berpijak untuk dapat melihat dan menikmati panorama indah kota Putrajaya. Menarik kan? Kemudian, apabila berjalan di taman Wetland Putrajaya, anda akan melihat burung bangau hitam putih yang mewarnai pemandangan di taman ini.
Jika anda berkunjung ke Putrajaya, jangan lupa melawat monumen ini. Ia penuh dengan sejarah Malaysia dan juga bagus untuk mengambil gambar. Tugu ini merupakan salah satu monumen kebangsaan dan kebanggaan Malaysia, jadi sayang jika tidak singgah ke sini. Lokasinya juga menarik kerana berada di pinggir tasik. Selain menikmati pemandangan monumen tersebut, anda juga akan terpegun kerana terdapat pemandangan tasik di belakangnya. Tempat ini selesa untuk berjalan pagi atau petang bersama keluarga dan pasangan. Malah, sangat disyorkan untuk datang ke sini pada sebelah petang. Selain menikmati pemandangan petang yang indah, anda juga boleh menikmati pasar malam di sekitarnya. Oh ya, di dasar monumen ini terdapat penerangan berkenaan sejarah Malaysia sebelum merdeka. Jadi, jangan ketinggalan mengunjungi monumen ini. Pastikan anda tidak lupa mengambil gambar bersama keluarga atau pasangan anda.
Siapa kata tiada pantai di pusat bandar? Di Putrajaya juga ada pantai! Ia dipanggil Pantai Floria. Ia sebenarnya bukan pantai tetapi pinggir laut. Jelas sekali, kerana Putrajaya terletak di tengah-tengah, bukan di pantai. Tapi, Putrajaya ada tasik. Di pinggir tasik ini, Pantai Floria tercipta dan menjadi salah satu tarikan pelancong yang menarik di Putrajaya. Pantai ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6.30 petang. Di sini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan, daripada sekadar berjalan-jalan, berkelah, memancing, malah berkayak. Kemudahannya juga lengkap bermula dari tandas dan tempat letak kereta yang luas. Jika anda berkunjung ke Putrajaya, cubalah singgah ke pantai ini supaya anda dapat merasai keindahan Putrajaya bersama keluarga dan pasangan.
1. Palm Garden Hotel Putrajaya - Harga bermula dari RM374/malam
2. Moxy Putrajaya - Harga bermula dari RM378/malam
3. Pulse Grande Hotel Putrajaya - Harga bermula dari RM374/malam
1. Putrajaya Marriott Hotel - Harga bermula dari RM576/malam
2. Sovotel Conezion Putrajaya - Harga bermula dari RM215/malam
1. Le Meridien Putrajaya - Harga bermula dari RM767/malam
2. Mercure Living Putrajaya - Harga bermula dari RM340/malam
3. Park Inn by Radisson Hotel Putrajaya - Harga bermula dari RM225/malam
1. Doubletree by Hilton Putrajaya - Harga bermula dari RM379/malam
2. The Everly Putrajaya - Harga bermula dari RM808/malam
1. Pulse Grande Hotel Putrajaya - Harga bermula dari RM374/malam
2. Zenith Hotel Putrajaya - Harga bermula dari RM337/malam
3. Dorsett Putrajaya - Harga bermula dari RM211/malam
Memilih hotel yang terbaik ialah keperluan bagi setiap pengembara. Termasuklah jika anda berkunjung ke Putrajaya. Berikut adalah beberapa petua yang boleh anda gunakan apabila anda ingin menempah dan mencari hotel di Putrajaya terutamanya yang bersesuaian dengan bajet anda dan memberikan keselesaan.
Rancang jadual perjalanan anda sebelum bertolak, supaya apabila anda berada di Putrajaya, anda boleh menikmati banyak tempat yang indah, dan anda juga boleh memilih hotel yang sesuai
Sebelum mula mencari hotel dan tempat pelancongan, menentukan bajet adalah penting, terutamanya untuk penginapan. Ini akan membantu anda menapis pilihan hotel mengikut perancangan harga yang anda inginkan.
Apabila memilih hotel untuk menginap, pastikan anda menyemak kemudahan yang ditawarkan oleh hotel. Contohnya, jika anda membawa kanak-kanak, pastikan anda memilih hotel yang mesra keluarga dan menyediakan taman permainan.
Membaca ulasan daripada pelanggan terdahulu juga boleh sangat membantu supaya anda tidak tersalah pilih hotel. Ulasan ini boleh memberikan maklumat berharga tentang kualiti keseluruhan perkhidmatan, kebersihan dan kemudahan hotel.
Semak laman web hotel dan aplikasi tempahan untuk melihat sama ada terdapat sebarang tawaran istimewa, diskaun atau pakej yang tersedia. Sebahagian hotel mungkin menawarkan diskaun istimewa untuk tempahan dalam talian atau melalui aplikasi Traveloka.
Adakah anda sering melancong? Cuba sertai program loyalty hotel atau aplikasi tempahan yang anda gunakan. Dengan menjadi ahli, anda berpeluang mendapat diskaun, tawaran istimewa, atau pun mengumpul mata yang boleh ditukar untuk penginapan percuma pada masa hadapan.
Dengan banyak pilihan hotel dan kemudahan yang ditawarkan di Putrajaya, Anda pasti dapat mencari penginapan yang sesuai untuk memenuhi keperluan perjalanan anda, sama ada untuk bersantai, perniagaan, atau bersama keluarga. Untuk perjalanan dan penginapan yang menyenangkan, anda boleh menggunakan Traveloka. Ia boleh membantu anda dalam perancangan pelancongan anda.
Di Traveloka, pelbagai jenis keperluan perjalanan tersedia untuk Anda, seperti tiket penerbangan, penginapan, dan juga tiket tarikan. Jika Anda belum pernah menggunakan Traveloka, cuba daftar sebagai pengguna baharu dan anda boleh menggunakan kod promo JOMJALAN untuk mendapatkan diskaun sehingga RM250. Diskaun ini terpakai kepada semua produk pelancongan di Traveloka. Jom rancang pelancongan anda dengan Traveloka!
Total Accommodation | 238 Properties |
Popular Hotel | Zenith Hotel Putrajaya, Pulse Grande Hotel |
Popular Landmark | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Marina Putrajaya |