D' Kuala Resort ialah sebuah resort 2.5 bintang yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan. Ia terletak 1 jam dari Lapangan Terbang Kota Bharu. Resort ini dibuka pada tahun 2012 oleh Muhammad yang merupakan penduduk asal Pasir Puteh. Muhammad membuka resort ini untuk membantu ekonomi Tok Bali. Oleh itu Muhammad memastikan penginapan di resortnya adalah berpatutan untuk para pelancong untuk melakukan aktiviti di bandar Tok Bali.
Hotel ini juga mempunyai banyak kemudahan untuk para tetamu mereka dan juga terletak di lokasi yang berdekatan dengan banyak tarikan di Pasir Puteh. Pemilik resort ini juga memastikan penginapan di resort ini seperti berada di rumah sendiri.
Bagaimana untuk ke D' Kuala Resort
Ada beberapa cara untuk sampai ke D' Kuala Resort. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan mengambil penerbangan ke sana. Dari Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 dan pergi ke Kota Bharu, Kelantan terus dan mendarat di Lapangan Terbang Kota Bharu. Ada beberapa syarikat penerbangan yang membuat perjalanan ke sana seperti Air Asia, Malaysia Airlines, Malindo Air dan beberapa syarikat lain. Dari Lapangan Terbang Kota Bharu, ia adalah dalam 50.4 kilometer untuk sampai ke D' Kuala Resort.
Cara lain untuk sampai ke D' Kuala Resort adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil Lebuhraya Kuala Lumpur ā Gua Musang menghala ke Kuantan dan mengambil susur keluar di Besut. Ia akan mengambil masa 5 jam dan 58 minit untuk sampai ke resort ini kerana jarak antara kedua bandar ini adalah sejauh 539 kilometer. Ia bagaimanapun bergantung kepada lalu lintas pada masa itu juga untuk menentukan masa untuk sampai ke resort ini. Ada tol untuk sampai ke resort ini dari Kuala Lumpur.
Bagi pelancong yang tidak mempunyai kereta sendiri, mereka juga boleh mengambil bas untuk ke Kota Bharu. Pelancong boleh pergi ke Terminal Bersepadu Selatan dan mengambil bas untuk ke Kota Bharu. Ada banyak jenis syarikat bas yang membuat perjalanan ke sana. Antaranya adalah Maraliner, Transnasional dan Ekspress Perdana. Harga tiket sehala untuk ke sana berharga antara RM 40 hingga ke RM 45. Kemudian mereka akan diturunkan di Terminal Bas Kota Bharu dan pelancong boleh mengambil teksi untuk ke resort itu.
Pilihan Bilik di D' Kuala Resort
D' Kuala Resort mempunyai 4 jenis bilik yang boleh ditawarkan kepada para tetamu yang mahu menempah bilik di resort ini. Pilihan bilik pertama adalah bilik Economy Wz Fan. Bilik ini boleh memuatkan 2 tetamu. Ia mempunyai 1 katil King dan disewakan pada harga RM 39.94. Pilihan bilik seterusnya adalah Standard Wz Aircond. Bilik ini boleh memuatkan 2 tetamu. Ia mempunyai 1 katil king dan 1 katil bujang. Bilik ini disewakan pada harga RM 49.92.
Bilik lain di resort ini adalah bilik Family. Bilik ini boleh memuatkan 3 orang tetamu. Ia mempunyai 1 katil queen dan 1 katil bujang. Ia disewakan pada harga RM 89.85. Pilihan bilik terakhir adalah Banglo Wz Aircond. Banglo ini mempunyai 4 bilik tidur dan boleh memuatkan 8 orang tetamu. Ia disewakan pada harga RM 189.68.
Setiap bilik di resort ini dilengkapi dengan sama ada penyaman udara atau kipas siling. Bilik-bilik itu juga dilengkapi dengan Wi-Fi, televisyen, tandas persendirian dengan alat mandian. Manakala bagi banglo pula terdapat dapur dengan peti sejuk di mana para tetamu boleh menyimpan makanan dan minuman mereka.
Kemudahan dan Aktiviti di D' Kuala Resort
Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat menjadikan tetamu mereka selesa. Hotel ini mempunyai dengan Wi-Fi di semua bilik dan ruang awam. Tambahan lagi, hotel ini juga mempunyai tempat meletak kenderaan bagi tetamu mereka yang membawa kenderaan mereka sendiri. Selain daripada kemudahan yang bagus, hotel ini juga mempunyai penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam. Oleh itu mereka boleh membantu para tetamu mereka yang tiba lewat malam atau perlu bantuan untuk melawat ke kawasan persekitaran. Mereka juga boleh membantu untuk merancang lawatan di tarikan berdekatan.
Tempat Menarik berhampiran D' Kuala Resort
Pantai Bisikan Bayu -
Pantai Bisikan Bayu terletak 1 kilometer dari Dā Kuala Resort. Ia adalah sebuah pantai yang cantik dipenuhi dengan pokok redup dan juga pokok kelapa. Ia terletak antara kampung-kampung Tok Bali dan juga Kampung Semerak di sepanjang persisiran pantai Kelantan yang bersempadanan dengan Terengganu. Pulau Perhentian boleh kelihatan dari pantai ini 25 kilometer jauh.
Pasar Ikan Tok Bali -
Tok Bali adalah antara tempat yang mempunyai aktiviti perikanan yang aktif. Ramai nelayan tempatan dan dari negeri bersebelahan datang ke sini untuk menangkap ikan. Hasil tangkapan ini di kumpul dan di jual di Pasar Ikan Tok Bali. Di sini para pelancong boleh melihat semua hasil tangkapan dan membeli secara borong. Selain ikan, terdapat hasil tangkapan lain boleh didapati dari sini seperti udang, sotong dan ketam. Disebabkan terdapat banyak nelayan yang datang ke sini, ia membuatkan ramai pelancong yang datang ke sini untuk melihat aktiviti jual beli.