Sementara anda berada di Melaka untuk pelbagai sebab sama ada bercuti atau urusan bisnes, anda pastinya tidak boleh menolak tarikan untuk memilih Doubletree by Hilton Melaka ini. Ini merupakan satu pilihan yang bijak kerana lokasinya yang berhampiran dengan pusat bandar. Anda boleh pergi ke mana-mana sahaja dengan mudah di Melaka. Anda juga bakal menyaksikan pemandangan malam di Melaka yang menakjubkan sepanjang Selat Melaka. Hotel yang bertaraf 5 bintang ini menjanjikan penginapan anda yang tidak dapat dilupakan di Melaka. Ada beberapa jenis bilik yang ditawarkan oleh Doubletree by Hilton Melaka yang boleh anda pilih.
Jika anda datang dari Kuala Lumpur atau mana-mana negeri lain dengan menggunakan kereta sebagai pilihan pengangkutan, anda boleh mengambil susur keluar 231 Ayer Keroh melalui lebuhraya AH2/E2. Seterusnya, teruskan perjalanan anda sepanjang Lebuh Ayer Keroh laluan 143. Dari Jalan Bukit Piatu, ambil Jalan Melaka Raya 23/laluan5. Selepas itu, buat pusingan ke kanan berhampiran Hatten Square sebelum belok ke kiri ke Jalan Syed Abdul Aziz. Anda akan tiba di Hotel selepas 1 km.
Jika anda menggunakan perkhidmatan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang jaraknya 140 km daripada Doubletree by Hilton Melaka. Perjalanan ini mengambil 90 minit. Anda mempunyai beberapa pilihan untuk ke hotel daripada KLIA. Pertama, anda boleh mengambil bas daripada KLIA untuk ke Hotel dengan harga RM 25. Selain itu, anda boleh menyewa kereta atau mengambil teksi untuk ke hotel dengan bayaran harga RM 250.
Cara yang paling mudah dan dekat untuk ke Doubletree by Hilton Melaka adalah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Jaraknya daripada hotel hanya 20 km.
Terdapat tiga jenis bilik iaitu Guest Rooms, Suites and Accessible Rooms. Hotel ini menawarkan 273 bilik yang termasuk 27 suites dan Presidential Suite yang mewah.
Terdapat beberapa bilik tetamu yang terdiri daripada King Deluxe Room, King Guest Room, King Guest Room High Floor, Twin Guest Room dan Twin Guest Room High Floor. Kemudahan asas di dalam bilik tetamu adalah Wi-Fi percuma di dalam bilik, meja kerja, HDTV 48-inci. Hotel ini juga menawarkan pengemasan 24-jam, peralatan tempat tidur premium dan peralatan mandian untuk para tetamu.
Suite di hotel ini adalah King One Bedroom Junior Suite, King One Bedroom Presidential Suite dan King One Bedroom Suite. Jika anda mencari ruang tambahan untuk diri sendiri atau orang yang anda sayangi, ambil kesempatan ini untuk menghabiskan hari anda di salah satu suite. Suite-suite dilengkapi dengan kemudahan asas seperti di dalam bilik tetamu. Walau bagaimanapun, suite ini dilengkapi dengan ruang tamu berasingan dengan meja makan, tempat duduk sofa dan juga tab mandi bulat.
Untuk Accessible Rooms, hotel ini mempunyai Accessible Rooms yang merupakan bilik tamu boleh diakses oleh kerusi roda. Ia mempunyai katil kembar Sweet Dreams®. Bilik ini juga dilengkapi dengan ciri khas yang merupakan bilik mandi yang direka khas yang mempunyai pancuran mandian, bar tarik, lampu strob dan kord kecemasan. Bilik ini boleh memuatkan 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak. Kemudahan asas lain yang terdapat di bilik lain juga boleh didapati di sini.
Apabila anda menginap di Doubletree by Hilton Melaka, anda akan suka dengan makanan dan masakan yang terdapat di restoran mereka. Mereka mempunyai 3 restoran di dalam hotel iaitu Makan Kitchen, Axis Lounge dan Tosca.
Makan Kitchen menyajikan masakan Malaysia, gabungan Melayu, Peranakan, Cina, India dan Portugis. Jika anda sedang mencari masakan Malaysia, ini adalah tempat untuk anda. Restoran ini dibuka setiap hari dari Isnin hingga Ahad dari 6.00 pagi hingga 11.00 malam.
Jika anda sedang berehat atau mahukan pelbagai hidangan dan makanan ringan, maka Axis Lounge adalah sempurna untuk anda. Ia terletak di lobi hotel. Anda juga boleh membuat pertemuan perniagaan atau berehat mengambil masa untuk diri anda sendiri. Lounge ini dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam.
Masakan Itali di tepi kolam renang adalah di mana terletaknya Restoran Tosca. Restoran ini mempunyai tempat duduk di luar dan dalam. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 11.30 pagi hingga 11.00 malam.
Kemudahan di Doubletree by Hilton Melaka berada pada tahap yang lain daripada tempat lain. Hotel ini sesuai untuk urusan perniagaan, penginapan bersama keluarga dan juga untuk orang kurang upaya.
Untuk urusan perniagaan, hotel ini menawarkan penyewaan peralatan audio / visual, bilik mesyuarat, persidangan video dan banyak lagi.
Untuk keluarga atau kanak-kanak, hotel ini menawarkan aktiviti kanak-kanak, menu dan juga pakej keluarga untuk aktiviti. Bukan itu sahaja, hotel ini sangat mudah kerana ia mempunyai Juruwang Automatik (ATM) di dalamnya. Mereka juga mempunyai Pertukaran Mata Wang Asing untuk para pelancong.
Untuk kecergasan dan rekreasi, hotel ini mempunyai bil kecergasan, kelab kanak-kanak dan kolam renang. Bukan itu sahaja, hotel ini adalah hotel yang mesra untuk orang-orang yang memerlukan keperluan akses.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan bermula 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan penduduk tetap Malaysia. Sila maklum bahawa hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025, Kerajaan Negeri Melaka mengenakan Yuran Cukai Warisan wajib MYR 4.00 setiap bilik yang diduduki setiap malam untuk semua penginapan hotel. Yuran ini boleh berubah tanpa notis terlebih dahulu. Yuran ini akan dikutip oleh hotel semasa ketibaan tetamu.
Kemudahan Popular | AC, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Doubletree by Hilton Melaka | 273 |
Bilangan tingkat di Doubletree by Hilton Melaka | 28 |
Fasilitas lain di Doubletree by Hilton Melaka | Penyaman Udara, Kolam renang, Kelengkapan Orang Kurang Upaya (OKU), Parkir mudah diakses OKU, Pengering rambut |