Fuller Hotel Alor Setar

Hotel
8.5
/10

Sangat Baik

653 ulasan

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Bilik Tidur (7)
Bilik Air (7)
Kawasan Hotel (7)
Persekitaran (6)
Sabri B. O.
9.1
/ 10
Selesa, berbaloi, dekat dengan shopping complex dan gerai makan.
ROSLAN BIN SAPIAN
8.5
/ 10
Bagus dan selesa dengan percutian keluarga. Dekat dengan mall.
CLEMENT M.
10.0
/ 10
Hotel Fuller sangat selesa dan lokasi strategik. Layanan staff sangat baik. Terima kasih.
saiful a. i.
9.7
/ 10
Bersih dan selesa, staff yang peramah.
Mohd F. B. N.
9.4
/ 10
Harga hotel murah dan selesa, luas.
Di Kawasan
Lihat Peta
No 1, Jalan Kompleks Perniagaan Pintu 10, Jalan Pintu Sepuluh, Alor Setar City Center, Alor Setar, Kedah, Malaysia, 05100

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi
Hotel Fuller adalah pilihan hotel yang terbaik jika para pelancong ingin bercuti di Alor Setar, Kedah. Hotel ini menawarkan harga bilik yang berpatutan. Maka, tempat ini sesuai bagi mereka yang ingin menginap dalam bajet yang sederhana semasa bercuti. Selain itu, hotel ini telah menyediakan beberapa kemudahan yang sangat berguna untuk para tetamu mereka. Mereka mempunyai kaunter penyambut tetamu selama 24 jam. Lokasi Hotel Fuller yang sangat strategik membolehkan para pelancong mudah untuk ke tempat-tempat menarik di Kedah.
Lihat Lebih
Log masuk berjaya!
Sekarang anda boleh menikmati lebih banyak manfaat, termasuk pilihan untuk membuat pembayaran menjelang tarikh penginapan anda!

Persekitaran Fuller Hotel Alor Setar

Temui Lebih Banyak Tempat
No 1, Jalan Kompleks Perniagaan Pintu 10, Jalan Pintu Sepuluh, Alor Setar City Center, Alor Setar, Kedah, Malaysia, 05100
Lobi Fuller Hotel Alor Setar
Lobi 2 Fuller Hotel Alor Setar

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Fuller Hotel Alor Setar

Hotel Fuller adalah pilihan hotel yang terbaik jika para pelancong ingin bercuti di Alor Setar, Kedah. Hotel ini menawarkan harga bilik yang berpatutan. Maka, tempat ini sesuai bagi mereka yang ingin menginap dalam bajet yang sederhana semasa bercuti. Selain itu, hotel ini telah menyediakan beberapa kemudahan yang sangat berguna untuk para tetamu mereka. Mereka mempunyai kaunter penyambut tetamu selama 24 jam. Lokasi Hotel Fuller yang sangat strategik membolehkan para pelancong mudah untuk ke tempat-tempat menarik di Kedah.

Bagaimana untuk ke Hotel Fuller

Hotel bertaraf 2-bintang ini terletak di No.1, Kompleks Perniagaan Pintu 10, Jalan Pintu Sepuluh, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar, Kedah. Terdapat dua cara untuk sampai ke Hotel Fuller ini. Cara yang pertama adalah dengan menaiki kenderaan. Dari Kuala Lumpur, mereka boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan ke Jalan Sultanah (Laluan 255) di Alor Setar. Kemudian, mereka perlu menggunakan jalan keluar 178 iaitu Alor Setar dari Lebuhraya Utara-Selatan. Selepas itu, perjalanan diteruskan lagi menuju ke Jalan Langgar (K8) dan Jalan Teluk Wanjah (K369)sehingga tiba di Kampung Lubok Peringgi. Mereka yang menggunakan lebuh raya ini akan menemui tol. Perjalanan ke Hotel Fuller mengambil masa selama 4 jam dan 33 minit.

Cara yang kedua adalah dengan mengambil penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Terdapat 2 penerbangan yang telah disediakan seperti Malaysia Airlines dan Air Asia. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim akan mengambil masa selama 55 minit. Sebaik sahaja mereka tiba, mereka boleh mengambil teksi atau menyewa kereta untuk menuju ke hotel ini. Perjalanannya hanya mengambil masa 16 minit sahaja untuk tiba di Hotel Fuller.

Pilihan Bilik di Hotel Fuller

Terdapat 2 jenis bilik di Hotel Fuller iaitu Bilik Twin Standard dan Bilik Twin Premier. Bagi Bilik Twin Standard, ia boleh memuatkan 2 orang sahaja. Saiz bilik ini adalah 19 meter persegi. Terdapat katil berkembar yang telah disediakan untuk bilik ini. Selain itu, bilik ini telah dilengkapi dengan penyaman udara, pembuat kopi atau teh dan meja. Di bilik mandi, mereka mempunyai bilik mandi peribadi dan pancuran mandian. Para tetamu boleh mendapatkan Wi-Fi percuma dengan mudah di bilik ini. Walau bagaimanapun, sarapan pagi tidak dimasukkan untuk pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah kos bilik ini ialah RM 104.50 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

Seterusnya, ia adalah Bilik Twin Premier. Bilik ini mempunyai keluasan 19 meter persegi dan boleh memuatkan 2 orang sahaja. Bilik ini mempunyai katil berkembar. Hotel ini telah menyediakan beberapa kemudahan bilik supaya tetamu berasa selesa untuk menginap di bilik ini. Mereka menyediakan penyaman udara, pembuat kopi atau teh, meja, air botol percuma dan televisyen. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi peribadi dan pancuran mandian. Para tetamu juga boleh menikmati dengan air panas dan peralatan mandian diberikan kepada pada para tetamu. Selain itu, mereka boleh mendapat Wi-Fi percuma dari bilik mereka. Walau bagaimanapun, sarapan pagi tidak akan disediakan oleh hotel ini kerana ia tidak termasuk dalam pakej bilik. Oleh itu, jumlah harga bilik ini ialah RM 112.10 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

Restoran dan Kafe berdekatan Hotel Fuller

Terdapat sebuah restoran yang sangat berdekatan dengan Hotel Fuller. Ia hanya mengambil masa selama 2 minit sahaja dengan berjalan kaki. Nama restorannya ialah Restoran Sawadee Classic Thai. Restoran ini terletak di Jalan Pintu Sepuluh. Ia telah menawarkan makanan dari negara jiran kami dari Thailand. Restoran Sawadee Classic Thai merupakan salah satu restoran yang harus pergi sekiranya anda datang ke Alor Setar, Kedah. Selain itu, terdapat sebuah kafe bernama Cup Cafe Alor Setar. Kafe ini hanya 3 minit sahaja dari Hotel Fuller dengan berjalan kaki menggunakan Jalan Sekerat dan Jalan Mahdali. Cup Cafe Alor Setar telah menerima sambutan yang baik dari ramai pelanggan yang pernah ke sana sebelum ini.

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Fuller

Terdapat beberapa kemudahan dan perkhidmatan telah disediakan oleh hotel ini. Antaranya adalah kemudahan awam, kemudahan perniagaan, kemudahan berdekatan dan perkhidmatan hotel. Bagi kemudahan awam, tempat letak kereta percuma diberikan kepada khas kepada para tetamu. Selain itu, hotel ini mempunyai lif dan peti deposit keselamatan. Tambahan pula, para tetamu boleh mengakses Wi-Fi percuma di kawasan awam hotel ini. Bagi kemudahan perniagaan, mereka mempunyai projektor dan mesin fotostat. Sesiapa yang ingin mengadakan perbincangan, mereka menggunakan kemudahan ini pada bila-bila masa. Seterusnya, kemudahan berdekatan. Kemudahan seperti mesin ATM, salun rambut, kedai dobi dan pasar raya hanya beberapa minit sahaja dari hotel. Hotel Fuller juga menawarkan perkhidmatan kepada para tetamu. Mereka mempunyai kaunter penyambut tetamu selama 24-jam dan keselamatan yang ketat selama 24-jam. Terdapat juga simpanan bagasi dan surat khabar turut disediakan di lobi. Hotel ini mempunyai kakitangan yang pandai berbicara beberapa bahasa. Maka, ini boleh membuatkan para tetamu berasa lebih selesa untuk bercakap dengan kakitangan hotel jika mereka memerlukan sebarang bantuan daripada mereka.

Tempat Menarik berhampiran Hotel Fuller

Aman Central Mall -

Aman Central Mall terletak di tengah bandar Alor Setar. Ia adalah pusat membeli-belah terbesar di Kedah. Terdapat beberapa jenis kedai membeli-belah yang perlu anda kunjungi seperti Padini Concept Store, Uniqlo, H & M, Victoria Secrets dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga mempunyai bahagian rekreasi dan hiburan. Orang dewasa boleh membawa kanak-kanak ke Kidzoona dan permainan arked. Selain itu, tempat ini mempunyai permainan boling dan tag laser yang sesuai bagi kalangan remaja dan orang dewasa. Selain itu, mereka mempunyai jenis kedai yang lain seperti kedai peralatan dan kelengkapan rumah, kedai elektrik atau elektronik dan bahagian makanan dan minuman. Aman Central Mall hanya 7 minit sahaja dengan berjalan kaki dari Hotel Fuller. Oleh itu, tempat ini merupakan salah satu destinasi yang harus dikunjungi apabila anda ingin melancong di Alor Setar.

Menara Alor Setar -

Menara Alor Setar telah dikenali sebagai menara kedua tertinggi di Malaysia dan ia merupakan salah satu menara telekomunikasi tertinggi di dunia. Menara ini terletak di bandar Alor Setar. Ia telah dibuka secara rasmi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 14 Ogos 1997. Ketinggian menara ini adalah 165.5 meter. Menara Alor Setar sentiasa memastikan sistem telekomunikasi dan penyiaran berjalan secara lancar. Selain itu, mereka mempunyai kedai hadiah dan pentas terbuka di ruang legar untuk beberapa acara seperti persembahan kebudayaan atau forum. Para pelawat juga boleh melihat pemandangan Alor Setar yang menakjubkan dari ruang pemerhati. Namun, para pelawat harus membayar untuk melihat pemandangannya. Harga tiket untuk orang dewasa ialah RM 12, untuk kanak-kanak adalah RM 8, untuk warga tua atau OKU adalah RM 8 dan pelajar yang datang secara berkumpulan adalah RM 8. Terdapat sebuah restoran bernama Seri Angkasa Restaurant di menara ini. Para pengunjung dapat menikmati hidangan mereka sambil melihat pemandangan indah Alor Setar. Menara ini dibuka pada setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 10.30 malam. Menara Alor Setar hanyalah 7 minit sahaja dari Hotel Fuller dengan berjalan kaki.

Balai Nobat dan Menara Jam Besar -

Balai Nobat adalah tempat penyimpanan alat muzik diraja iaitu dikenali sebagai Nobat. Alat muzik diraja seperti gendang, gong, seruling dan alat muzik yang dipanggil sebagai nafiri. Alat-alat muzik ini akan digunakan semasa upacara diraja. Balai ini telah dibina pada tahun 1906. Ketinggian menara ini adalah 18 meter. Seterusnya, Menara Jam Besar telah dibina pada tahun 1912. Menara ini mempamerkan seni bina Islam dan ia mempunyai reka bentuk ukiran Islam. Selain itu, Menara Jam Besar telah menunjukkan waktu solat bagi umat Islam yang berada di Alor Setar. Pada zaman dahulu, menara ini akan akan berbunyi apabila tibanya waktu solar. Selain itu, ia juga akan berbunyi apabila kedengaran bunyi alat muzik diraja di balai Nobat. Para pengunjung dari Hotel Fuller hanya boleh mengambil masa 8 minit sahaja dengan berjalan kaki ke Balai Nobat dan Menara Jam Besar.

Masjid Zahir -

Masjid Zahir telah dibina pada tahun 1912. Kini, ia merupakan salah satu masjid tertua di Malaysia. Masjid ini juga dikenali sebagai salah satu masjid tercantik di dunia. Masjid ini mempunyai senibina tradisional Moor dan juga inspirasi reka bentuk dari Malaysia, India dan Timur Tengah. Mereka mempunyai lima kubah hitam yang melambangkan lima rukun Islam. Masjid Zahir adalah tempat solat untuk umat Islam. Tambahan pula, masjid ini menjadi tempat bagi pertandingan tadarus Al-Quran yang selalu diadakan pada setiap tahun. Masjid Zahir terletak hanya 9 minit sahaja dari Hotel Fuller dengan berjalan kaki.

Semua kemudahan dari Fuller Hotel Alor Setar

Dewan Majlis Fuller Hotel Alor Setar
Dewan Majlis
Ruang Umum Fuller Hotel Alor Setar
Ruang Umum
Lobi Fuller Hotel Alor Setar
Lobi
Luar Bangunan Fuller Hotel Alor Setar
Luar Bangunan
Bilik Tidur Fuller Hotel Alor Setar
Bilik Tidur

Perkhidmatan Hotel

  • Meja depan
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Penyimpanan bagasi
  • Mudah alih
  • Kakitangan berbilang bahasa
  • Suratkhabar di lobi

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Kedai runcit
  • Salun rambut
  • Dobi
  • Kedai
  • Pasar raya

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Pemanas
  • Bilik larangan merokok
  • Kawasan merokok

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Lif
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Pancuran mandi
  • TV

Kemudahan Perniagaan

  • Kemudahan mesyuarat
  • Mesin fotokopi
  • Projektor

Kemudahan Internet

  • Sudut internet
  • WiFi percuma

Kemudahan OKU

  • Pembolehcapaian mudah

Polisi Penginapan & Maklumat Umum di Fuller Hotel Alor Setar

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 15:00 - Sebelum 12:00
Bilik tersedia di Fuller Hotel Alor Setar
132
Bilangan tingkat di Fuller Hotel Alor Setar
3
Fasilitas lain di Fuller Hotel Alor Setar
Meja depan, Penyambut tetamu 24 jam, Keselamatan 24 jam, Penyimpanan bagasi, Mudah alih

Soalan lazim tentang Fuller Hotel Alor Setar

Apa facilities yang tersedia di Fuller Hotel Alor Setar?
Berikut facilities yang ada di Fuller Hotel Alor Setar seperti AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Fuller Hotel Alor Setar?
Masa check-in di Fuller Hotel Alor Setar bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan Daripada Tetamu Lain di Fuller Hotel Alor Setar

8.5
Sangat Baik

Daripada 653 ulasan

Disediakan oleh pengembara di
Kebersihan

8.6

Keselesaan Bilik

8.4

Makanan

7.7

Lokasi

8.8

Perkhidmatan dan Kemudahan

8.3

Orang sering menyebut tentang Fuller Hotel Alor Setar
Semua
Surroundings (3)
Staff Friendliness (3)
Bathroom (3)
Room Space (2)
Bedroom (2)
Hotel Area (2)
Distance to City Center (1)
Accessibility (1)
Wifi (1)
Activity Option (1)
Isih mengikut
Paling Terkini
Format
Dengan Teks
Pilihan
Semua Rating, Bahasa Aplikasi Semasa, Semua

Ulasan Pelancong Fuller Hotel Alor Setar

Bilangan ulasan setiap halaman
20
40
Ulasan pelanggan
b***i
icon-origin-TRAVELOKA

10.0

/10

Diulas 32 minggu yang lalu

Recommended hotel untuk menginap di Alor Setar, kami lanjutkan sehingga 3 hari.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

b***i
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA

10.0

/10

Diulas 34 minggu yang lalu

tempat yang dekat ke mana-mana dan bersih sekali, kami extend sampai 3 hari

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

C***a
icon-origin-TRAVELOKA

6.3

/10

Diulas 42 minggu yang lalu

Sebenarnya bagus, tetapi perkhidmatan tidak baik. Pesanan saya dari Traveloka selalunya ada direct data ok, ini masalah wifi, signal tak bagus, saya dah tanya beberapa kali hotel dah book, then staff tak kompeten nak recap tempahan hotel, kalau tak ada kat Senarai buku Traveloka, kakitangan sepatutnya boleh menyemak aplikasi lain Jika aplikasi benar-benar berfungsi, sistem buku akan dialihkan. Semua pilihan yang saya tulis diabaikan :(
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Rohida S. H.
icon-origin-TRAVELOKA

9.1

/10

Diulas 53 minggu yang lalu

Room was clean and had all basic need.

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

M***a
icon-Transit
Transit
icon-origin-TRAVELOKA

8.5

/10

Diulas 54 minggu yang lalu

Hotel yang bagus, berdekatan dengan tarikan utama. Kebersihan perlu dipertingkatkan terutamanya bilik air.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

chaiwat s.
icon-origin-TRAVELOKA

8.6

/10

Diulas 69 minggu yang lalu

เดินทางสะดวก หาของกินง่าย ความสะอาดไม่ดีเท่าที่ควร ห้องนอนผ้าห่มมีกลิ่นอีบ

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

chaiwat s.
icon-origin-TRAVELOKA

5.8

/10

Diulas 69 minggu yang lalu

ความสะอาดแย่ลง ผ้าห่มมีกลิ่น ห้องไม่สะอาดเท่าที่ควร

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Arina Z.
icon-origin-TRAVELOKA

9.7

/10

Diulas 72 minggu yang lalu

Melancong untuk tujuan bisness. 🌏.
Translated by Google Icon
Lihat asal

1 orang mendapati ini membantu

Profile Picture
Nuzul S.
icon-origin-TRAVELOKA

8.7

/10

Diulas 87 minggu yang lalu

There is one Mak cik at the front desk quite snob and using unnecessary annoying tone when deal wift guest. Room was comfy, water pressure okay, but the sink is clogged.

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

TENGKU A. R. B. T. A.
icon-origin-TRAVELOKA

6.0

/10

Diulas 87 minggu yang lalu

Saya dapat balik tidak sesuai saya pesan dan juga wafai tadak ada resionnis tak ada Adam sikap pada castmer sikap tidak baik.

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

chaiwat s.
icon-origin-TRAVELOKA

8.2

/10

Diulas 91 minggu yang lalu

เพื่อนอน ไม่มีอะไรมี่เป็นพิเศษ ความสะอาดกลางๆ การบริการก็เฉยๆ ใกล้แหล่งขายของกิน

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Nor A. R.
icon-origin-TRAVELOKA

9.1

/10

Diulas 94 minggu yang lalu

Bilik tidak begitu luas tetapi OK untuk pengembara tunggal. Katil dan bantal selesa. Kebersihan tandas adalah sederhana sahaja. Tetapi hotel ini sangat dekat dengan Aman Central Mall. Jarak berjalan kaki. Banyak restoran di sekitar dalam jarak berjalan kaki juga.
Translated by Google Icon
Lihat asal

1 orang mendapati ini membantu

KUMARAN S.
icon-origin-TRAVELOKA

9.7

/10

Diulas 100 minggu yang lalu

Cemerlang dan bersih. Berbau segar.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Asmahlina
icon-origin-TRAVELOKA

8.5

/10

Diulas 103 minggu yang lalu

Bilik bersih. Kakitangan hotel ramah. Pusat beli-belah berdekatan jadi mudah mendapatkan makanan.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Profile Picture
FarahSanusi
icon-origin-TRAVELOKA

9.4

/10

Diulas 109 minggu yang lalu

Saya biasanya tinggal di sini untuk tujuan kerja. Biliknya bersih, ringkas. Dengan meja. Minum kopi dan teh segera. Selesa untuk tempoh perjalanan yang singkat. Saiz bilik OK, tidak terlalu kecil. Mempunyai ruang yang mencukupi untuk solat.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Mohamed K. I.
icon-origin-TRAVELOKA

9.0

/10

Diulas 112 minggu yang lalu

Bilik bersih dan kemas. Lokasi yang baik dan mudah dikesan. Selain itu, Aman Central terletak kira-kira 100-200 meter dari hotel.
Translated by Google Icon
Lihat asal

1 orang mendapati ini membantu

Harman M.
icon-origin-TRAVELOKA

9.7

/10

Diulas 119 minggu yang lalu

Semuanya oke, untuk keta pula senang nak parking dekat bawa hotel, thank you Alor Setar ada masa lagi akan kembali

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Ayub Yaakob
icon-origin-TRAVELOKA

6.4

/10

Diulas 119 minggu yang lalu

Check in jam 3.30 pm. Air panas untuk mandi tak ada. Maklumkan pada kaunter. Sampai malam masih sama. Mandi air sejuk. Bila tanya kaunter (staff shift baru) dia tak tahu isu yang diadukan. Rupanya semua bilik tak ada hot water untuk mandi. Sampai pagi air masih sejuk. Waktu check out jam 11.00am tanya pada kaunter kenapa tak ada ada water heater. Baru bagi tau. Main controller heater rosak. 🙆. Sepatutnya bagi tau lah awal.
Read More

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Profile Picture
Natashadora B. M.
icon-origin-TRAVELOKA

8.5

/10

Diulas 120 minggu yang lalu

Untuk hotel 2 bintang, agak berbaloi. Satu-satunya kelemahan adalah tempat letak kereta yang terhad. Lokasi strategik, masih selesa.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

MYNEWS RETAIL SDN BHD
icon-origin-TRAVELOKA

8.5

/10

Diulas 123 minggu yang lalu

Selesa, kebersihan, peralatan, perkhidmatan pelanggan baik.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Bilangan ulasan setiap halaman
20
40

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lobi 4 Fuller Hotel Alor Setar

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved