Grandis Hotel

Hotel
8.5
/10

Sangat Baik

55 ulasan

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Silvianti
9.7
/ 10
Bersih, selesa, sarapan pagi, viriasi makanan yang lazat sesuai dengan semua kalangan. Tempat bersama dengan pusat membeli-belah. Kaunter tempahan sangat membantu dan mesra.
Di Kawasan
Lihat Peta
Suria Sabah Shopping Mall, 1A Jalan Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
WiFi
Lif
Menawarkan pemandangan indah Laut China Selatan, Grandis Hotel dan Resort pasti merupakan tempat yang sesuai untuk anda. Berpadanan dengan tarafnya sebagai hotel 4 bintang, mereka menawarkan pelbagai kemudahan untuk memenuhi keperluan anda sepanjang penginapan anda di sini. Manjakan diri anda dengan perkhidmatan yang paling baik dan layanan yang mewah sepanjang percutian anda di Grandis. Lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu, Grandis Hotel dan Resort menjadikan banyak tarikan bandar terasa amat dekat. Sama ada anda seorang pengembara solo atau dalam urusan kerja, hotel ini sememangnya sesuai untuk dinikmati sendiri.
Lihat Lebih
Log masuk berjaya!
Sekarang anda boleh menikmati lebih banyak manfaat, termasuk pilihan untuk membuat pembayaran menjelang tarikh penginapan anda!

Persekitaran Grandis Hotel

Temui Lebih Banyak Tempat
Suria Sabah Shopping Mall, 1A Jalan Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000
Lain-lain Grandis Hotel
Lain-lain 2 Grandis Hotel

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Grandis Hotel

Menawarkan pemandangan indah Laut China Selatan, Grandis Hotel dan Resort pasti merupakan tempat yang sesuai untuk anda. Berpadanan dengan tarafnya sebagai hotel 4 bintang, mereka menawarkan pelbagai kemudahan untuk memenuhi keperluan anda sepanjang penginapan anda di sini. Manjakan diri anda dengan perkhidmatan yang paling baik dan layanan yang mewah sepanjang percutian anda di Grandis. Lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu, Grandis Hotel dan Resort menjadikan banyak tarikan bandar terasa amat dekat. Sama ada anda seorang pengembara solo atau dalam urusan kerja, hotel ini sememangnya sesuai untuk dinikmati sendiri.

Bagaimana untuk ke Grandis Hotel dan Resort

Grandis Hotels and Resorts hanyalah terletak 20-minit perjalanan, jika berkereta, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Untuk mendapatkan akses pengangkutan dari terminal lapangan terbang adalah amat mudah terutamanya dengan sistem tempahan pra-ketibaan yang disediakan di laman web lapangan terbang. Terdapat beberapa pilihan yang ditawarkan seperti teksi, van atau kereta eksekutif. Malah, terdapat juga perkhidmatan penyewaan kereta yang disediakan. Para tetamu perlu berwaspada dengan teksi yang tidak mematuhi sistem meter atau kupon kerana mereka mungkin akan meminta cas bayaran yang tinggi. Bonus untuk tetamu hotel, perkhidmatan ulang-alik ke lapangan terbang disediakan, namun dengan bayaran tambahan.

Rasai pengalaman mengembara menaiki kereta api stim dari tahun 1900-an di stesen kereta api berdekatan yang dipanggil Stesen Tanjung Aru. Bersiar-siar dan nikmati panorama yang tersaji indah sepanjang Laluan Kereta Api Borneo Utara.

Bagi mereka yang gemar menerokai bandar dengan berjalan kaki, adalah tidak mustahil kerana Kota Kinabalu sebenarnya agak kecil. Oleh itu, tarikan bandar, dari hujung utara Jesselton Point ke selatan Wawasan Plaza/Imago, adalah amat dekat.

Pilihan Bilik di Grandis Hotel dan Resort

Terdapat tiga jenis bilik yang ditwarkan dengan harga yang berpatutan di Grandis Hotel dan Resort iaitu bilik ‘Superior', ‘Deluxe' dan ‘Deluxe Family'. Bilik-bilik ‘Superior' mempunyai satu katil ‘Double' atau dua katil bujang yang berharga serendah RM 330 satu malam tanpa sarapan dan RM 361 dengan sarapan pagi. Selain itu, tetamu juga boleh memilih untuk menikmati pemandangan kota atau laut dengan bilik ‘Deluxe' yang seluas 34.0 meter persegi. Untuk bilik ‘Deluxe' dengan oemandang kota , tanpa sarapan adalah RM 377 dan dengan sarapan hanyalah RM 409. Manakala, harga bilik ‘Deluxe' dengan pemandangan laut adalah RM 401 tanpa sarapan dan RM 433 dengan sarapan pagi.

Akhirnya, bilik ‘Deluxe Family' merupakan bilik yang mewah dan luas dilengkapi dengan satu Katil Raja dan dua katil bujang. Bilik ini adalah pilihan yang sempurna untuk yang tercinta, terutamanya mereka yang berkunjung bersama ahli keluarga atau kumpulan sebesar 4 orang. Keindahan Kota Kinabalu boleh dinikmati hanya dengan melihat dari panel tetingkap bilik yang setinggi dan seluas bilik. Bilik ini berharga RM 497 tanpa sarapan pagi dan RM 529 dengan sarapan.

Terdapat 188 bilik bebas rokok yang menyediakan kemudahan asas seperti penyaman udara, televisyen, pemain DVD, bar mini, kemudahan menyeterika, peti keselamatan dalam bilik, pembuat kopi/teh, meja dan air botol percuma. Selain itu, tetamu juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan bilik mandi, seperti pancuran air panas, tuala, peralatan mandian dan pengering rambut.

Kemudahan tambahan yang disediakan adalah seperti katil bayi/katil kanak-kanak percuma turut disediakan manakala katil lipat simpan/tambahan akan dikenakan bayaran tambahan. Akses internet Wi-Fi boleh dinikmati sepenuhnya di dalam bilik mahupun di seluruh kawasan hotel.

Restoran dan Kafe di Grandis Hotel dan Resort

Grandis Hotel dan Resort mempunyai restoran yang menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam yang halal. Tetamu hotel juga boleh menikmati minum petang di Piano Lounge secara eksklusif atau di bar tepi kolam, Sky Blu Bar. Kafe Rosea juga menawarkan pemandangan panorama laut yang indah.

Kemudahan dan Aktiviti di Grandis Hotel dan Resort

Grandis Hotel dan Resort menawarkan pelbagai kemudahan rekreasi yang hebat. Kolam renang, gym dan spa adalah dalam senarai wajib buat para tetamu yang datang mengunjungi Grandis. Dengan kemudahan barbeku, Grandis Hotel dan Resort tidak pernah mengecewakan. Bagi para ibu bapa, jangan risau. Anda akan dapat menikmati percutian anda dengan sepenuhnya melalui perkhidmatan penjagaan anak dan kelab kanak-kanak yang disediakan oleh pihak kami. Para tetamu juga boleh mengadakan mesyuarat di bilik mesyuarat persendirian yang berhawa dingin, bilik persidangan atau ‘ballroom'. Grandis, semestinya merupakan tempat yang sesuai untuk tetamu berehat dan menikmati percutian mereka sepenuhnya.

Kemudahan lain yang turut ditawarkan adalah perkhidmatan menyambut tetamu, perkhidmatan dobi, perkhidmatan cucian kering, pengemasan bilik harian dan termasuklah perkhidmatan pertukaran mata wang. Hotel ini juga merupakan hotel mesra pengguna yang Orang Kurang Upaya (OKU), dengan adanya penyediaan lif serta akses kerusi roda. Sistem keselamatan yang terjaga dan meja penyambut tetamu 24 jam turut disediakan.Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan teragak-agak untuk bertanya. Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda. Tempat letak kereta percuma juga disediakan.

Tempat Menarik berhampiran Grandis Hotel dan Resort

Pusat Beli-belah Suria Sabah -

Terletak kira-kira 2 minit perjalanan dan bersebelahan dengan Grandis Hotel dan Resort, pusat beli-belah Suria Sabah, sememangnya menjadi mimpi yang menjadi kenyataan buat penggemar beli-belah. Bukan hanya pusat beli-belah Suria Sabah, terdapat juga pusat membeli-belah yang berdekatan, contohnya Milimewa Superstore, yang perlu diterokai.

Jesselton Point -

Dengan 5 minit berjalan kaki dari Grandis Hotel dan Resort, para tetamu boleh menaiki feri dari jeti Jesselton Point ke Kepulauan Tunku Abdul Rahman. Perjalanan ini mengambil masa selama 15 hingga 20 minit dengan bot laju. Kadar bayaran feri boleh didapati dari laman web rasmi Lembaga Pelancongan Sabah.

Menara Observatorium di Bukit Signal -

Menjadi titik tertinggi di bandar, Menara Observatorium di Bukit Signal memberikan pemandangan Kota Kinabalu yang terbaik. Dengan hanya beberapa minit pemanduan dari Grandis, Bukit Signal pasti akan menawarkan anda pemandangan yang memukau di pulau-pulau terpencil di Taman Tunku Abdul Rahman, malah lebih jauh. Kemasukan ke menara adalah percuma.

Semua kemudahan dari Grandis Hotel

Lain-lain Grandis Hotel
Lain-lain

Kemudahan Umum

  • OTHER
  • Restoran
  • Kawasan bebas rokok
  • Peti keselamatan
  • Kedai kopi
  • Lif

Perkhidmatan Hotel

  • Perkhidmatan dobi
  • Suratkhabar di lobi
  • Lawatan
  • Penyimpanan bagasi
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Pekerja rencam

Makanan dan Minuman

  • Bar
  • Bar tepi kolam renang
  • Sarapan
  • Bar snek

Umum

  • Bankuet
  • Parkir
  • Teres atas bumbung
  • Teres

Aktiviti

  • Kolam renang terbuka
  • Kedai

Kemudahan Perniagaan

  • Bilik mesyuarat
  • Pusat perniagaan

Mesra Keluarga

  • Kolam renang kanak-kanak

Pengangkutan

  • Perkhidmatan limo atau kereta bandar

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Khidmat Shuttle

  • Pengangkutan dari lapangan terbang dengan surcaj

Polisi Penginapan & Maklumat Umum di Grandis Hotel

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan bermula 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan penduduk tetap Malaysia. Sila maklum bahawa hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.



  • Yuran untuk sarapan bufet: kira-kira MYR 48 seorang
  • Yuran katil tambahan: MYR 150 sehari

Senarai di atas mungkin tidak lengkap. Yuran dan deposit mungkin tidak termasuk cukai dan tertakluk kepada perubahan.

  • Caj tambahan mungkin dikenakan dan berbeza-beza bergantung pada dasar harta benda
  • Pengenalan foto yang dikeluarkan oleh kerajaan dan kad kredit, kad debit, atau deposit tunai mungkin diperlukan semasa daftar masuk untuk caj tambahan
  • Permintaan khas tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan mungkin dikenakan caj tambahan; permintaan khas tidak dapat dijamin
  • Harta benda ini menerima kad kredit, kad debit, dan tunai
  • Transaksi tanpa tunai tersedia
  • Bilik tetamu bebas bunyi bising tidak dapat dijamin
  • Ciri keselamatan di harta benda ini termasuk sistem keselamatan

Harta benda ini menawarkan pengangkutan dari lapangan terbang (caj tambahan mungkin dikenakan). Tetamu mesti menghubungi harta benda dengan butiran ketibaan sebelum perjalanan, menggunakan maklumat hubungan pada pengesahan tempahan. Kakitangan kaunter hadapan akan menyambut tetamu semasa ketibaan di harta benda. Semasa daftar masuk, tetamu mesti memberikan sama ada keputusan ujian COVID-19 negatif atau rekod vaksinasi COVID-19 lengkap. Keperluan keputusan ujian COVID-19 negatif terpakai kepada semua tetamu berumur 1 tahun ke atas, dan ujian mesti telah dilakukan tidak lebih daripada 72 jam sebelum daftar masuk. Keperluan rekod vaksinasi COVID-19 terpakai kepada semua tetamu berumur 18 tahun ke atas; tetamu mesti telah menerima vaksinasi lengkap sekurang-kurangnya 14 hari sebelum daftar masuk.

Hotel hanya menerima tetamu yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Polisi hotel belum tersedia.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, WiFi, Lif
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 15:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya
Bilik tersedia di Grandis Hotel
188
Bilangan tingkat di Grandis Hotel
14
Fasilitas lain di Grandis Hotel
OTHER, Kawasan bebas rokok, Peti keselamatan, Kedai kopi, Perkhidmatan dobi

Soalan lazim tentang Grandis Hotel

Apa facilities yang tersedia di Grandis Hotel?
Berikut facilities yang ada di Grandis Hotel seperti Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, WiFi, Lif. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Grandis Hotel?
Masa check-in di Grandis Hotel bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Grandis Hotel menyediakan sarapan pagi?
Ya, Grandis Hotel menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan Daripada Tetamu Lain di Grandis Hotel

Traveloka (55)

Sumber lain (888)

8.5
Sangat Baik

Daripada 55 ulasan

Disediakan oleh pengembara di
Kebersihan

8.8

Keselesaan Bilik

8.8

Makanan

8.2

Lokasi

8.8

Perkhidmatan dan Kemudahan

8.5

Isih mengikut
Paling Terkini
Format
Dengan Teks
Pilihan
Semua Rating, Bahasa Aplikasi Semasa, Semua

Ulasan Pelancong Grandis Hotel

Bilangan ulasan setiap halaman
20
40
Ulasan pelanggan
Claris A.
icon-origin-TRAVELOKA

9.7

/10

Diulas 109 minggu yang lalu

Saya berharap hotel grandis dapat meningkatkan kualiti makanan. Makanan sarapan pagi tidak begitu memuaskan. tak sedap. Terima kasih.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Somdul K.
icon-origin-TRAVELOKA

5.1

/10

Diulas 143 minggu yang lalu

1. The 4 star hotel but no free car park. I will park a car at Suria Shopping Mall and charge 18 RM for 1 night stay. 2. The towel was tear and old (see picture) 3. The tub and shower faucet turning adjustable was broken (see picture) 4. Air conditioner can not control the temperature. (so cold) 5. The room with sea view but no view because the view has the other nearby building construction. 6. Small swimming pool. So sad for choosing this hotel☹️☹️.
Read More

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Siew M.
icon-origin-TRAVELOKA

8.7

/10

Diulas 152 minggu yang lalu

Lokasi yang bagus. TETAPI tempat letak kereta di tepi bangunan hotel dan terhad PLUS tiada parking percuma (RM10/masuk). terima kasih.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

eddy R.
icon-origin-TRAVELOKA

9.1

/10

Diulas 172 minggu yang lalu

bilik yang selesa dan luas dengan lokasi yang strategik
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

RAMLAH BINTI ABDUL HAMID ALWI
icon-origin-TRAVELOKA

9.7

/10

Diulas 180 minggu yang lalu

+Katil king superior selesa.+ Makanan perkhidmatan bilik memuaskan untuk citarasa & bahagian.+ Kebersihan tip top.+ Pasukan meja penyambut tetamu tip top.+ Akses mudah ke Pusat Beli-belah Suria.-Sarapan sangat-sangat. Rasanya hambar. Kalah2 rasa makanan hospital. Saya tidak pergi sarapan pagi keesokan harinya walaupun saya sudah membayarnya. Pastri yang dihidangkan hendaklah sentiasa hangat pada pendapat saya.-Penyaman udara berpusat.- Bunyi bergema bergetar, tidak tahu dari mana. Cermin tingkap pun terus bergegar.-Bersedia tanpa parking kalau bawa kereta sendiri. Adakah saya akan tinggal lagi? Sudah tentu ya! Hanya satu larangan besar untuk sarapan yang hambar.
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Faiznur Azwah Binti Abdul Hamid
icon-origin-TRAVELOKA

8.5

/10

Diulas 183 minggu yang lalu

Biliknya luas. 1 minit ke pusat membeli-belah (yang terbaik). Walaupun ia mempunyai beberapa tempat letak kereta, anda boleh memilih di dalam pusat membeli-belah atau di luar hotel (pastikan untuk mencari tempat letak kereta baharu untuk kereta anda sebelum 9 atau 10 pagi atau seawal mungkin). Saya berpuas hati dengan bilik. Kakitangan juga membantu.
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Muhamad
icon-origin-TRAVELOKA

5.4

/10

Diulas 226 minggu yang lalu

Sambutan tidak menyambut kami. dia tidak menolong. Mereka melayani kita seperti kita pengemis. Sukar mencari tempat letak kereta. Saya menempah hotel ini kerana bersambung dengan pusat membeli-belah tetapi sayangnya pintu itu tidak berjaya. bukan hotel yang mesra keluarga. Sarapannya tidak sedap dan pasti tidak akan datang lagi sekiranya mereka memberikan penginapan percuma.
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Profile Picture
Silvianti
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA

9.7

/10

Diulas 385 minggu yang lalu

Bersih, selesa, sarapan pagi, viriasi makanan yang lazat sesuai dengan semua kalangan. Tempat bersama dengan pusat membeli-belah. Kaunter tempahan sangat membantu dan mesra.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

chong
icon-Membeli-belah dan Kuliner
Membeli-belah dan Kuliner
icon-origin-TRAVELOKA

8.5

/10

Diulas 385 minggu yang lalu

Secara keseluruhannya hebat dan lokasi sangat mudah ... Akan cuba lagi ...
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

AMLY B. A. A.
icon-Perjalanan Perniagaan
Perjalanan Perniagaan
icon-origin-TRAVELOKA

10.0

/10

Diulas 396 minggu yang lalu

Pengalaman dan perkhidmatan yang mengagumkan
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Mohamad F. b. M.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA

8.5

/10

Diulas 417 minggu yang lalu

bilik saya adalah sangat luas dan selesa. kakitangan mereka adalah membantu.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

syra l. m.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA

9.7

/10

Diulas 428 minggu yang lalu

Segala-galanya adalah besar, kakitangan yang mesra, yang paling penting pandangan yang sangat baik laut dan pulau-pulau dari bilik kami.
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

NOOR L.
icon-Backpacking
Backpacking
icon-origin-TRAVELOKA

9.7

/10

Diulas 430 minggu yang lalu

Sukar untuk mendapatkan melalui tempat letak kereta pada waktu malam atau awal pagi .. mempunyai untuk pergi di belakang loading bay lif mendapatkan melalui tempat letak kereta ...
Translated by Google Icon
Lihat asal

1 orang mendapati ini membantu

Hamid Bin Idris
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA

9.3

/10

Diulas 433 minggu yang lalu

Secara keseluruhan saya akan mengatakan bahawa ia adalah penginapan yang selesa dengan pemandangan indah laut, bilik lengang, kakitangan yang rendah hati dan selesa dengan utiliti bilik
Translated by Google Icon
Lihat asal

Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?

Bilangan ulasan setiap halaman
20
40

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lain-lain 4 Grandis Hotel

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved