Hotel Armada Petaling Jaya adalah salah satu tempat penginapan yang berkualiti tinggi untuk bermalam di kawasan Petaling Jaya. Lokasi hotel ini sangat strategik. Ia adalah kerana para tetamu hotel dapat menerokai sekitar kawasan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur dengan menaiki kereta api dari stesen LRT. Selain itu, hotel ini sangat dekat dengan kemudahan awam, kawasan komersial dan beberapa kedai. Hotel ini juga telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk keperluan para tetamu. Selain itu, semua bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang berkualiti tinggi. Di samping itu, para tetamu boleh menikmati hidangan tempatan dan Barat yang terbaik di restoran yang disediakan oleh hotel ini.
Hotel Armada Petaling Jaya terletak di Petaling Jaya, Selangor. Terdapat dua cara bagi para pengunjung untuk sampai ke Hotel Armada Petaling Jaya.
Cara yang pertama adalah dengan menaiki kereta. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, para pengunjung perlu menggunakan Jalan Damansara, Jalan Syed Putra dan Lebuhraya Persekutuan. Kemudian, para pengunjung harus mengambil laluan keluar 228-Jalan Timur dari Lebuhraya Persekutuan. Selepas itu, perjalanan diteruskan lagi di Jalan Timur sehingga para pengunjung sampai ke destinasinya. Perjalanan di atas jalan raya akan mengambil masa selama 24 minit mengikut laluan lalu lintas.
Cara yang kedua adalah dengan mengambil kereta api. Para pengunjung perlu mengambil kereta api LRT yang merupakan Laluan Kelana Jaya menuju ke Stesen Putra Heights di KL Sentral. Kemudian, para pengunjung perlu turun di Stesen LRT Taman Jaya. Dari stesen tersebut, para pengunjung boleh memilih untuk menaiki teksi atau berjalan kaki selama 16 minit ke Hotel Armada Petaling Jaya. Keseluruhan perjalanan akan mengambil masa selama 30 minit.
Hotel Armada Petaling Jaya telah menawarkan lima jenis bilik kepada tetamu mereka. Antaranya ialah Bilik Deluxe, Bilik Grand Deluxe, Bilik Deluxe Keluarga, Bilik Deluxe Premier dan Suite Admiral. Bagi Bilik Deluxe, ia mempunyai saiz sebesar 29.33 meter persegi. Para tetamu boleh memilih untuk mempunyai 1 katil king atau 2 katil single. Terdapat akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini telah dilengkapi dengan penghawa dingin, air botol percuma, bar mini, peti sejuk, meja, televisyen, surat khabar percuma, peti keselamatan dalam bilik, langsir gelap dan kemudahan menyeterika. Bilik mandi pula dilengkapi dengan bilik mandi berkongsi, pancuran mandi, peralatan mandian dan pengering rambut. Seterusnya ialah Bilik Grand Deluxe. Saiz bilik ini adalah 29.33 meter persegi. Jenis katilnya ialah 1 katil king. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya. Bagi Bilik Deluxe Keluarga, ia mempunyai keluasan 29.33 meter persegi. Jenis katilnya ialah 1 katil king dan 1 katil single. Para tetamu boleh menggunakan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Hotel ini telah menyediakan kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Bilik yang berikutnya ialah Bilik Deluxe Premier. Saiz bilik ini adalah 29.33 meter persegi. Ia mempunyai 1 katil king yang boleh menampung 2 orang tetamu. Terdapat akses Wi-Fi secara percuma dalam pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai penghawa dingin, air botol percuma, bar mini, meja, televisyen, surat khabar percuma, peti keselamatan dalam bilik, langsir gelap dan kemudahan menyeterika. Bagi bilik mandi, ia mempunyai pancuran mandian, pengering rambut, peralatan mandian dan jubah mandi. Bilik yang terakhir adalah Suite Admiral. Jenis katil untuk bilik ini adalah 1 katil king. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya dengan tambahan bilik mandi peribadi untuk kemudahan bilik mandi. Para tetamu boleh mendapatkan akses ke Wi-Fi percuma di dalam pakej bilik ini.
Terdapat sebuah restoran yang dipanggil sebagai Utara Coffee House di Hotel Armada Petaling Jaya. Utara Coffee House telah menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan Barat yang lazat untuk para tetamu hotel. Para tetamu boleh menikmati makanan bufet pada sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Restoran ini boleh memuatkan seramai 180 orang tetamu. Selain itu, para tetamu boleh menikmati minuman ringan di The Merchant dan The Merchant Live yang disediakan oleh hotel ini
Hotel Armada Petaling Jaya telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk memenuhi keperluan para tetamu. Antara kemudahan yang telah disediakan adalah tempat letak kereta untuk para tetamu, minuman kopi atau teh di kawasan lobi, pendaftaran masuk awal dan pendaftaran keluar lewat, perkhidmatan bilik selama 24 jam, Wi-Fi percuma di kawasan awam, perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang dengan bayaran tambahan, orang yang mengangkut bagasi para tetamu, concierge, penjaga pintu, kaunter penyambut tetamu selama 24 jam, surat akhbar di kawasan lobi, pusat perniagaan, kemudahan perniagaan, bilik komputer, bilik persidangan, kemudahan mesyuarat seperti mesin fotostat dan projektor, perkhidmatan ulang-alik kawasan, Selain itu, terdapat beberapa mesin ATM, salun rambut dan kecantikan, pasar raya dan beberapa kedai berhampiran dengan hotel ini.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan bermula 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan penduduk tetap Malaysia. Sila harapkan bahawa hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Hotel Armada Petaling Jaya | 257 |
Bilangan tingkat di Hotel Armada Petaling Jaya | 24 |
Fasilitas lain di Hotel Armada Petaling Jaya | Tukang angkut barang, Minuman alu-aluan, Pekerja rencam, Pengurup wang, Penjaga pintu |