Hotel Iskandar terletak di Kg. Air, Kota Kinabalu. Hotel yang bertaraf dua bintang ini bukan sahaja menawarkan penginapan yang sangat berpatutan, malahan mereka menjanjikan penginapan yang selesa yang terletak di tengah-tengah Kota Kinabalu. Hotel Iskandar ini terletak hanya beberapa minit berjalan kaki sahaja ke banyak destinasi menarik di Kota Kinabalu seperti Centre Point, Warisan Square, Pasar Malam, Waterfront dan juga Asia City. Bilik-bilik di Hotel Iskandar mempunyai kelengkapan yang sangat baik. Setiap bilik di sini dilengkapkan dengan penghawa dingin dan lain-lain lagi. Kakitangan Hotel Iskandar menantikan kedatangan anda dengan penuh mesra. Anda pastinya akan berasa sangat selesa dengan menetap di Hotel Iskandar. Jadi, untuk apa jua sebab anda berada di Kota Kinabalu, anda pastinya mahu menetap di Hotel Iskandar.
Hotel Iskandar ini terletak betul-betul di tengah bandar Kota Kinabalu. Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk datang ke Hotel Iskandar. Sekiranya anda datang dari kepulauan Borneo itu sendiri anda boleh menggunakan bas, penerbangan atau pun memandu kereta anda sendiri. Bagi anda yang datang ke Kota Kinabalu dari Semenanjung Malaysia, anda hanya boleh menggunakan penerbangan untuk datang ke Kota Kinabalu.
Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Kota Kinabalu. Lapangan terbang yang terdekat dengan Hotel Iskandar ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Anda boleh memilih beberapa penerbangan yang terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk datang ke Kota Kinabalu. Antara syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu adalah Malaysia Airlines, AirAsia dan juga Malindo Airlines. Ketiga-tiga syarikat penerbangan menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk setiap hari. Anda boleh memilih mana-mana penerbangan yang anda gemari. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu akan mengambil masa selama 2 jam dan 30 minit. Apabila anda sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, anda boleh mengambil teksi untuk pergi ke Hotel Iskandar. Anda boleh mengambil teksi di bahagian ketibaan di Terminal 1. Anda boleh pergi pusat bandar Kota Kinabalu dengan harga yang tetap iaitu RM30. Pastikan anda mengambil teksi yang berdaftar dan anda perlu membeli kupon yang sah di kaunter teksi. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke Hotel Iskandar akan mengambil masa selama 15 minit dengan berjarak hanya 7.7 km. Walau bagaimanapun, waktu perjalanan bergantung kepada keadaan trafik pada itu.
Sekiranya anda datang daripada bandar-bandar lain di Pulau Borneo itu seperti Beaufort atau pun Kuching, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas untuk datang ke Kota Kinabalu. Anda boleh mengambil bas dari tempat anda untuk datang ke Terminal Bas Inanam di Kota Kinabalu ini. Perjalanan menaiki bas akan mengambil masa yang sangat lama. Walau bagaimanapun, harga tambang bas adalah jauh lebih murah dari tambang tiket penerbangan. Bagi anda yang suka menyaksikan pemandangan, anda sesuai menaiki bas kerana anda akan dapat melihat pelbagai pemandangan dari Sarawak hinggalah ke Sabah. Apabila anda sudah tiba di Terminal Bas Inanam, anda boleh mengambil teksi untuk ke Hotel Iskandar. Perjalanan dari Terminal Bas Inanam ke Hotel Iskandar akan mengambil masa selama 20 minit sahaja bergantung kepada keadaan trafik pada waktu itu.
Selain itu, anda juga boleh menyewa kereta untuk pergi ke Hotel Iskandar. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, anda boleh menyewa kereta dengan agen yang sah. Selepas urusan menyewa kereta selesai, anda boleh mengikut cadangan laluan ini untuk ke Hotel Iskandar. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, masuk ke Jalan Kepayan. Teruskan perjalanan di Jalan Kepayan. Pandu dari Jalan Tunku Abdul Rahman ke Pusat Bandar Kota Kinabalu. Kemudian, ambil Jalan Laiman Diki ke Lorong Perpaduan 1 di Kampung Air sebelum tiba di Hotel Iskandar.
Terdapat 4 jenis pilihan bilik di Hotel Iskandar ini. Anda boleh memilih untuk menetap di mana-mana bilik yang bersesuaian dengan bajet dan juga cita rasa anda. Bilik-bilik yang terdapat di Hotel Iskandar ini adalah bilik deluxe double, deluxe twin, bilik keluarga dan juga bilik keluarga super. Bilik deluxe double mempunyai 1 katil bersaiz double manakala bilik deluxe twin mempunyai 2 katil bersaiz bujang. Bilik keluarga pula mempunyai 1 katil bersaiz double dan 1 katil bersaiz bujang. Bagi bilik keluarga super pula, ia mempunyai 2 katil bersaiz double.
Tiada restoran dan Kafe di Hotel Iskandar ini. Walau bagaimanapun, Hotel Iskandar ini terletak berdekat dengan restoran yang ada di sekitarnya. Anda boleh mendapatkan makanan dan minuman di sekitar Hotel Iskandar. Rasai masakan di sana dan anda pastinya akan merasai perbezaannya dari tempat lain.
Setiap bilik di Hotel Iskandar ini dilengkapi dengan kemudahan yang sangat lengkap seperti televisyen, penghawa dingin, Wi-Fi dan bermacam-macam lagi. Hotel Iskandar ini juga terletak berhampiran dengan kedai serbaneka. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan dengan mudah tanpa perlu berjalan jauh.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Meja Depan 24 jam, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Bilik tersedia di Hotel Iskandar | 20 |
Bilangan tingkat di Hotel Iskandar | 4 |
Fasilitas lain di Hotel Iskandar | Kabel TV, Kaunter, Pancuran mandi, TV, Penyaman Udara |