J Suites Hotel adalah sebuah hotel 2 bintang yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Hotel ini menjanjikan tempat penginapan yang selesa tidak kira tetamu yang datang adalah bertujuan untuk berehat atau untuk tujuan pekerjaan. Ia juga mempunyai perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik pasti membuatkan para tetamu mereka berpuas hati dengan penginapan di sini.
Bilik-bilik yang disediakan juga adalah dari perabot yang berkualiti tinggi. Ia pasti membezakan hotel ini dari hotel lain. Lokasi hotel ini juga sangat strategik. Ia terletak hanya 1 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu. Ini memudahkan para tetamu untuk melawat semua tarikan yang berada berdekatan. Ia juga hanya 10.6 kilometer dari lapangan terbang. Selain daripada itu, para tetamu juga boleh mencuba aktiviti yang disediakan di hotel ini. Hotel ini sudah semestinya salah satu hotel yang menjadi pilihan ramai apabila ke Kuala Terengganu.
Ada beberapa cara untuk sampai ke J Suites Hotel. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan mengambil penerbangan ke sana. Dari Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 dan pergi ke Kuala Terengganu. Ada beberapa syarikat penerbangan yang membuat perjalanan ke sana seperti Air Asia, Malaysia Airlines, Malindo Air dan beberapa syarikat lain. Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, pelancong boleh mengambil teksi untuk ke hotel.
Cara lain untuk ke hotel ini adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil Lebuhraya Kuala Lumpur – Gua Musang menghala ke Kuantan. Ia akan mengambil masa 4 jam dan 46 minit untuk sampai ke Kuala Besut ini kerana jarak antara kedua bandar ini adalah sejauh 451 kilometer. Ia bagaimanapun bergantung kepada lalu lintas pada masa itu juga untuk menentukan masa untuk sampai ke hotel ini. Pelancong juga akan dikenakan tol untuk melalui Lebuhraya itu.
Bagi pelancong yang tidak mempunyai kereta sendiri, mereka juga boleh mengambil bas untuk ke Kuala Terengganu. Pelancong boleh pergi ke Terminal Bersepadu Selatan dan mengambil bas untuk ke Kuala Terengganu. Ada banyak jenis syarikat bas yang membuat perjalanan ke sana. Antaranya adalah Plusliner, Transnasional dan Sani Ekspress. Harga tiket sehala untuk ke sana berharga antara RM 43 hingga ke RM 45.
J Suites Hotel mempunyai 5 jenis bilik yang ditawarkan kepada para tetamu mereka. Pilihan bilik pertama adalah Executive King. Bilik ini adalah bilik yang memuatkan 2 orang tetamu dan mempunyai 1 katil king. Bilik ini mempunyai keluasan yang besar dan mempunyai pemandangan bandar Kuala Terengganu. Pilihan bilik seterusnya adalah Superior King. Bilik ini adalah lebih kecil tetapi masih mempunyai 1 katil king dan boleh memuatkan 2 orang tetamu. Seterusnya adalah Superior Twin. Ia memuatkan 2 orang juga tetapi ia mempunyai 2 katil bujang. Bilik seterusnya adalah Deluxe Family. Bilik ini boleh memuatkan 3 orang tetamu kerana ia mempunyai 1 katil bujang dan 1 katil king. Pilihan bilik terakhir adalah Premium Family Room. Ia mempunyai 2 katil king. Ia adalah bilik yang paling besar dan boleh memuatkan 4 orang tetamu. Bilik ini juga mempunyai balkoni. Tandas di bilik ini juga mempunyai tab mandian.
Kesemua bilik di hotel ini mempunyai tandas persendirian yang dilengkapi dengan alat mandian, tuala dan juga alat pengering rambut. Selain daripada itu, semua bilik mempunyai Wi-Fi, alat penghawa dingin, langsir gelap, perkhidmatan kejut di waktu pagi, air minuman, kopi/teh dan juga seterika.
Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang ditawarkan kepada tetamu yang menetap di sini. Hotel ini mempunyai Wi-Fi di kesemua bilik dan juga ruang awam. Selain daripada itu, hotel ini juga mempunyai penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam dan mempunyai kawalan sekuriti selama 24 jam juga. Hotel ini juga mempunyai pekerja yang boleh membahas dalam beberapa Bahasa oleh itu mereka boleh membantu para tetamu mereka dengan setiap pertanyaan. Mereka juga mempunyai perkhidmatan menyimpan bagasi. Hotel ini adalah zon larangan merokok oleh itu hotel ini juga telah menyediakan bilik merokok. Surat khabar juga disediakan di lobi setiap hari. Bagi tetamu yang mahu melawat tarikan berdekatan, mereka boleh membuat rancangan bersama dengan penyambut tetamu. Mereka berupaya untuk mengaturkan tour ke tarikan pelancong.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Bilik tersedia di J Suites Hotel | 113 |
Bilangan tingkat di J Suites Hotel | 3 |
Fasilitas lain di J Suites Hotel | Daftar Masuk Awal, Meja depan, Penyambut tetamu 24 jam, Daftar keluar lewat, Perkhidmatan dobi |