Adakah anda menginginkan percutian untuk bersantai di Pulau Kapas? Jangan tangguh lagi, datang dan nikmati sendiri kegembiraan di pulau ini bersama kami di sini, di Resort Pulau Kapas (Kapas Island Resort). Penginapan di sini yang dikelilingi dengan alam yang indah, pasti akan memberikan suasana percutian yang dicari-cari. Resort ini terletak di tengah-tengah pulau, menjadikan ia amat strategik dan bedekatan dengan segala kemudahan di pulau dan destinasi pelancongan yang lain. Bersedia untuk menikmat tawaran hebat oleh pihak resort.
Perjalanan untuk ke Pulau Kapas agak mudah. Jika anda bertolak dari Kuala Lumpur, anda boleh memilih untuk mengambil penerbangan, berkereta atau menaiki bas, bergantung pada bajet anda. Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang akan mengambil masa hanya satu jam untuk sampai ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Harga tiket penerbangan berkisar antara RM 55 hingga RM 330 mengikut lain-lain syarikat penerbangan. Sementara itu, tambang bas dari Terminal Bersepadu Selatan ke Kuala Terengganu hanyalah sekitar RM 50 yang mengambil tempoh masa kira-kira 6 jam perjalanan. Perjalanan dengan kereta pula memendekkan lagi perjalanan menjadi 4 jam sahaja.
Sebaik sahaja tiba di Kuala Terengganu, anda perlu ke Jeti Marang untuk menaiki bot atau feri ke Pulau Kapas. Ia mengambil masa selama 15 hingga 20 minit untuk tiba di Jeti Pulau Kapas. Perkhidmatan feri yang dinamakan Suria Link Kapas Island dan Gemia disediakan untuk anda bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik ke Pulau Kapas dengan harga tambang murah, sekitar RM 20 hingga RM 40 setiap satu. Perjalanan feri memakan masa selama 20 minit. Namun, perkhidmatan ini hanya disediakan 4 kali sahaja dalam satu hari dan ia tertakluk pada jadualnya.
Untuk makan angin dan mengelilingi pulau dari satu hujung ke hujung yang lain, anda boleh lakukan dengan hanya berjalan kaki di sepanjang tangga-tangga yang disediakan. Pada waktu malam, tanga-tangga ini akan dinyalakan lampu-lampu yang indah. Biasanya, ia mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit, bergantung pada seberapa cepat anda berjalan. Nikmatilah perjalanan yang tidak dapat dilupakan dan terpesonalah dengan keindahan pantai putih di Pulau Kapas ini. Jangan lupa untuk relaks dan bersantai sepanjang sepanjang percutian anda di pulau ini.
Dengn jumlah sebanyak 60 unit chalet yang mempunyai ciri-ciri seni binaan Melayu tradisionl, Resort Pulau Kapas ini menyediakan 4 jenis bilik iaitu 1) Standard, 2) Superior, 3) Deluxe dengan pemandangan taman dan 4) Deluxe dengan pemandangan laut. Semua bilik mempunyai penyaman udara dan dilengkapi dengan satu bilik mandi peribadi, televisyen dan alat elektrik pencegah nyamuk. Bilik Standard adalah banglo separuh berkembar dengan balkoni yang dilengkapi dengan 2 katil bujang. Sementara itu, bilik Superior mempunyai 2 katil bujang atau 1 Double dan 1 katil bujang di chalet kayu ala-ala banglo. Tambahan untuk bilik Superior dan ke atas adalah meja sisi dan pembuat kopi/teh. Dengan 1 katil Double dan 1 katil bujang atau 3 katil bujang, bilik Deluxe mampu menampung kumpulan yang lebih besar. Tawaran ini adalah tidak termasuk dengan sarapan percuma.
Tetamu hotel sangat dialu-alukan untuk menikmati hidangan yang disajikan di restoran kami sendiri yang meliputi ketiga-tiga hidangan utama, sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam secara ala carte. Restoran di sini menyediakan makanan halal yang disahkan kepada para tetamu hotel. Restoran terbuka ini menawarkan pemandangan panorama lautan yang memukaukan sepanjang sajian.
Pelbagai kemudahan rekreasi yang disediakan di sini untuk anda berehat dan nikmati, sama ada aktiviti luaran mahupun dalaman. Anda boleh menikmati pelbagai aktiviti luaran, seperti kolam renang, kemudahan barbeku,permainan bola tampar, bola sepak pantai dan trekking hutan. Tambahan pula, anda boleh meneroka dan menikmati kedamaian alam semula jadi yang menjadi perhiasan di darat dan di lautan. Para tetamu boleh bersiar-siar di kawasan pedalaman pulau ini yang menjadi rumah kepada pelbagai jenis flora dan fauna yang menakjubkan di sepanjang jejak trekking. Berenang sambil menerokai kehidupan marin di kawasan-kawasan terumbu karang di sekitar pulau dengan perkhidmatan selam snorkel dan menyelam yang disediakan oleh pihak resort. Antara tempat-tempat menyelam yang popular adalah terletak di sepanjang terumbu karang yang berada terutamanya di pantai sebelah barat. Aktiviti luaran lain untuk dinikmati adalah memancing, menangkap sotong dan berkayak. Jika anda lebih suka berkeliaran di kawasan resort, cubalah permainan-permainan kami, contohnya karom, catur, congkak, mahjung, kad dan karaoke.
Mampu menampung sehingga 250 tetamu pada satu-satu masa, resort ini juga menjadi bukti sebagai tapak mesyuarat atau perhimpunan untuk kumpulan yang besar. Selain itu, ia menyediakan 3 bilik seminar, yang pelbagai guna dan berhawa dingin serta dilengkapi dengan papan putih, projektor, skrin mudah alih, sistem PA, sistem persidangan dan akses internet, dengan saiz dan kapasiti bilik yang berbeza.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Kapas Island Resort | 60 |
Bilangan tingkat di Kapas Island Resort | 1 |
Fasilitas lain di Kapas Island Resort | Penyaman Udara, Bilik bercantum, Bilik keluarga, Pemanas, Bilik larangan merokok |