Kepayang Chalet & Camp Site pastinya tempat yang anda cari jika anda inginkan satu masa untuk undurkan diri anda daripada kesibukan di bandar. Kepayang Chalet & Camp Site ini terletak di tengah-tengah Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang. Ia terletak hanya 30 minit daripada Plaza Tol Gombak. Kepayang Chalet & Camp Site ini juga bakal memberikan anda satu pengalaman yang unik dengan suasana sekelilingnya, tempat dan aktiviti yang bakal ada lakukan di sana. Chalet dan Kemnya terletak di dalam kebun buah-buahan. Anda patut rasaikan sendiri suasana yang senyap dan suasana malam yang tenang untuk manjakan diri anda, berehat seketika jauh daripada kesibukan bandar. Kepayang Chalet & Camp Site ini menawarkan chalet dan tempat berkhemah untuk ada membuat pilihan.
Adalah sangat mudah untuk anda ke Kepayang Chalet & Camp Site. Jika anda datang menggunakan kereta mengikut Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), anda boleh mengambil susur keluar daripada Plaza Toll Gombak menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur – Gua Musang. Teruskan perjalan ke Jalan Lingkaran Tengah 2/Jalan 28. Seterusnya, ambil susur keluar menghala ke Pelabuhan Klang/Seremban/Jln.Hulu Kelang/Ampang daripada Lebuhraya Kuala Lumpur – Gua Musang/E8 untuk 2 minit (1.2 km). Seterusnya, ambil Leburaya Kuala Lumpur – Gua Musan/E8 untuk 4 min (3.4 km). Selepas itu, ikut laluan lebuhraya Kuala Lumpur – Gua Musang/E8 kepada Jalan 68 di Kampung Bukit Tinggi, Benting. Ambil susur keluar Kg. Bkt. Tinggi/Janda Baik daripada Lebuhraya Kuala Lumpur – Gua Musang/E8 selama 18 min (23.0 km). Seterusnya, ambil Jalan Kampung Janda Baik untuk ke destinasi Kampung Janda Baik selama 17 minit (9.1 km) dan anda akan tiba dia Kepayang Chalet & Camp Site.
Terdapat dua pilihan chalet di sini. Chalet itu dipanggil sebagai Kepayang 1 dan Kepayang 2. Kedua-dua chalet ini dilengkapi dengan kelengkapan asas yang sama. Bilik ini dilengkapi dengan 1 katil yang bersaiz Queen. Cerek pemanas elektrik, meja dan kerusi, kipas, tuala, sabun mandi dan televisyen yang mempunyai siaran Astro Njoi.
Manakala untuk tempat perkhemahan, tapak tersebut dapat menampung orang sehingga 60 orang dalam satu masa. Tapak tersebut juga mempunyai bilik air yang berasingan untuk lelaki dan wanita, ruang makan dan dewan serbaguna untuk digunakan ketika membuat aktiviti. Mereka juga menyediakan khemah, jurulatih dan makanan atas permintaan anda.
Di sini hanya terdapat satu kafe yang terletak di Kepayang Chalet & Camp Site yang dipanggil sebagai Cafe Bamboo Kak Ayu. Kafe ini dibuka setiap hari bermula daripada jam 10 pagi sehingga jam 7 malam. Kafe ini menyediakan Bakso pada setiap hari, Nasi Lemak pada hari Jumaat sahaja dan Mee Kari pada hari Sabtu sahaja. Bukan itu sahaja, kafe ini juga menyediakan juadah seperti keropok lekor, kentang, sosej, ais krim dan minuman.
Kepayang Chalet & Camp Site juga menyediakan perkhidmatan katering bagi pengunjungnya. Mereka boleh memberikan khimat katering bagi sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam dengan harga yang sangat berpatutan.
Kepayang Chalet & Camp Site menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti sepanjang anda menginap di sini. Kepayang Chalet & Camp Site menawarkan kemudahan pengangkutan untuk anda menerokai kampung dan menikmati ketenangan di Kampung Janda Baik. Mereka juga akan membawa anda untuk menjelajah sekeliling kampung dan akan membawa untuk menikmati kesegaran air sungai yang turun daripada gunung. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai kolam renang di kawasan chalet. Anda boleh merendamkan diri anda di dalam kolam tersebut untuk berehat sebelum anda memulakan aktiviti anda yang lain. Anda juga boleh membuat aktiviti perjumpaan semula di Kepayang Chalet & Camp Site.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Bilik tersedia di Kepayang Chalet & Camp Site | 2 |
Fasilitas lain di Kepayang Chalet & Camp Site | Bilik keluarga, Bilik larangan merokok, Kolam renang, Kaunter, Pancuran mandi |