Hospital Pantai Manjung adalah salah satu hospital swasta yang dikendalikan oleh syarikat Pantai Holdings Sdn Bhd; sebuah rangkaian hospital swasta milik syarikat Singapura. Ia terletak di Manjung, Perak dan kira-kira 35 kilometer dari bandar. Dibuka pada bulan Mei 2014, kemudahan pusat perubatan ini dibina di sebuah tanah seluas lima hektar di sebuah komuniti yang pesat berkembang di Manjung. Hospital Pantai Manjung mempunyai 108 buah katil, pelbagai perkhidmatan perubatan yang tersedia dari perubatan umum ke klinik pakar seperti obstetrik & ginekologi, penyakit dalam dan juga klinik pakar mata antara lainnya. Hospital Pantai Manjung juga mengendalikan kes-kes kecemasan dan kemalangan yang berlaku di kawasan sekitarnya.
Memandu ke Pantai Hospital Manjung dari ibu negeri Perak, Ipoh, akan mengambil masa kira-kira satu jam setengah. Jika dari bandar Manjung, Pantai Hospital Manjung ini terletak hanya tiga puluh kilometer jauhnya.
Tiket bas dari Kuala Lumpur ke Manjung bermula dari harga RM 26 hingga RM 30, bergantung kepada syarikat bas tersebut. Bas akan berhenti di stesen bas Sri Manjung, hanya tiga kilometer dari Pantai Hospital Manjung.
Perak mempunyai sebuah lapangan terbang kecil yang hanya mempunyai tiga penerbangan masuk dan keluar, dan hanya dari dua buah destinasi. Penerbangan ini berasal dari Johor Bahru dan Singapura. Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah terletak kira-kira tujuh puluh kilometer jauhnya dari hospital.
Salah sebuah pulau yang indah terletak di Semenanjung Malaysia. Pulau Pangkor adalah sebuah pulau kecil, hanya 18 kilometer persegi dan kira-kira kurang dari empat kilometer dari tanah besar. Pulau ini mempunyai penduduk seramai 25 ribu orang yang tinggal di persisiran pantai, dengan pelbagai spesies reptilia dan amfibia yang tinggal di hutan di tengah pulau itu. Nama Pangkor sebenarnya berasal dari perkataan Thai, Pang Ko, yang membawa maksud sebuah pulau yang indah. Dari segi sejarah, pulau ini telah digunakan sebagai pusat persembunyian lanun-lanun di sekitar perairan tersebut dan telah menjadikan Pangkor sebagai pelabuhan mereka. Pihak Belanda juga aktif di sini pada masa Syarikat Belanda Hindia Timur berkuasa dan mereka membina sebuah kubu untuk menyimpan timah yang ditambang. Pulau Pangkor boleh diakses melalui feri dari jeti Lumut, dengan harga tiket pada RM 14 setiap satu perjalanan. Feri boleh didapatkan setiap 20 minit.
Sebuah persiaran yang indah dan sibuk menghadap ke perairan Sungai Manjung. Pemandangan dari kawasan perairan ini adalah sangat india, lebih-lebih lagi dengan kapal-kapal berlayar menyeberangi sungai Manjung untuk ke jeti. Kawasan perairan ini juga terdapat sebuah taman rekreasi yang popular di tepi pantai. Taman rekreasi ini telah di bina sebagai bagi meningkatkan lagi tarikan di kawasan perairan tersebut. Taman ini sentiasa dipenuhi dengan orang ramai yang bersantai atau berjoging mengelilinginya, terutama sekalai pada hari Ahad dan lewat petang. Ia adalah sebuah tempat yang sangat sesuai untuk berkelah dengan keluarga atau hanya menikmati pemandangan sambil menikmati beberapa hidangan tempatan yang menyegarkan dari beberapa buah gerai yang terdapat sana. Taman ini dibuka setiap hari dan setiap masa, dan berada tepat di sebelah Kelab Kapal Layar Antarabangsa, kira-kira dua belas kilometer dari Pantai Hospital Manjung.
Hotel Sfera terletak hanya dalam jarak empat kilometer dari Pantai Hospital Manjung. Ia adalah salah satu hotel yang sangat disyorkan untuk tinggal di daerah Manjung. Hotel Sfera telah menerima sejumlah ulasan hebat dari pelanggan yang telah menginap di sana, dengan kebanyakan mereka sangat berpuas hati dengan bilik-bilik yang luas, bersih dan harga yang sepadan. Hotel ini mempunyai enam jenis bilik dengan harga yang bermula di antara RM 152 hingga RM 253 setiap malam. Semua bilik mereka termasuk dengan sarapan percuma yang mempunyai pilihan makanan yang sedap, berdasarkan ulasan pelanggan sebelumnya. Terdapat juga sambungan Wi-Fi percuma untuk semua pelanggan mereka.
Total Accommodation | 91 Properties |
Popular Area | Pulau Pangkor, Lumut |
Popular Hotel | Hotel Sfera, Marina Island Pangkor Resort & Hotel |
Popular Landmark | Virgo Batik Resort, Damai Laut Golf And Country Club |