Bagi mereka yang ingin mencari tempat penginapan pada harga yang berpatutan, pilihan yang terbaik ialah Le Metrotel. Hotel ini telah menyediakan beberapa jenis bilik dengan harga yang berpatutan. Semua bilik di hotel ini dilengkapi dengan kemudahan yang berguna dan sentiasa dalam keadaan yang bersih. Selain itu, hotel ini telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan untuk membuatkan para tetamu berasa lebih selesa semasa menginap di hotel ini. Lokasi hotel ini juga sangat bagus. Ini adalah kerana para tetamu boleh melawat ke banyak tempat tarikan pelancong dengan hanya mengambil masa beberapa minit berjalan kaki dari hotel.
Le Metrotel terletak di Ipoh, Perak. Terdapat dua cara untuk sampai ke Le Metrotel. Cara pertama adalah dengan menaiki kereta api. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu mengambil kereta api ETS EG9202 Butterworth dari KL Sentral. Kemudian, para pengunjung perlu turun di Stesen Kereta Api Ipoh dan mengambil teksi untuk meneruskan perjalanan ke hotel tersebut. Perjalanannya akan mengambil masa selama 2 jam dan 38 minit.
Cara kedua adalah dengan menaiki kereta. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, para pengunjung perlu mengambil Lebuhraya Utara-Selatan dan mengambil laluan keluar 137-Simpang Pulai. Kemudian, para pengunjung perlu mengambil Jalan Raya Dr Nazrin Shah menuju ke Jalan Theatre di Taman Jubilee, Ipoh. Apabila para pengunjung tiba di Jalan Theatre, para pengunjung boleh menemui Le Metrotel. Keseluruhan perjalanan di atas jalan raya dianggarkan dalam 2 jam dan 24 minit mengikut lalu lintas.
Le Metrotel telah menawarkan tiga jenis bilik untuk para tetamu membuat pilihan. Antaranya ialah Bilik Double Standard, Bilik Twin Standard dan Suite Studio 3 Bilik Tidur. Bagi Bilik Double Standard, ia mempunyai kawasan seluas 13 meter persegi. Jenis katilnya ialah 1 katil queen. Ia boleh menampung 2 orang tetamu. Terdapat Wi-Fi percuma di dalam bilik ini. Bilik ini mempunyai penyaman udara, telefon, pembuat kopi atau teh, air botol percuma, televisyen dan papan seterika berdasarkan permintaan. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian, pengering rambut dan bilik mandi peribadi. Seterusnya ialah Bilik Twin Standard. Bilik ini berukuran 13 meter persegi bersama 2 katil single. Ia boleh menampung 2 orang tetamu. Hotel ini telah menyediakan beberapa kemudahan dalam bilik dan bilik mandi iaitu penghawa dingin, telefon, pembuat kopi atau teh, air botol percuma, televisyen, papan seterika mengikut permintaan, bilik mandi peribadi, pancuran mandian dan pengering rambut. Para tetamu boleh menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik yang berikutnya ialah Suite Studio 3 Bilik Tidur. Bilik ini mempunyai 5 katil yang boleh memuatkan 10 orang tetamu. Ia telah dilengkapi dengan penyaman udara, pembuat kopi atau teh, air botol percuma, televisyen dan papan seterika berdasarkan permintaan. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian dan pengering rambut.
Le Metrotel tidak menyediakan restoran atau kafe untuk para tetamu di dalam bangunan mereka. Walau bagaimanapun, para tetamu boleh singgah di restoran atau kafe yang berhampiran dengan hotel ini.
Terdapat beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan para tetamu di Le Metrotel. Antaranya ialah tempat letak kereta untuk para tetamu, kaunter penyambut tetamu selama 24 jam, perkhidmatan pelancongan dan bilik komputer.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hartanah. Fi mungkin termasuk cukai yang berkenaan:
Kami telah menyertakan semua caj yang disediakan kepada kami oleh hartanah.
Kakitangan meja hadapan akan menyambut tetamu ketika ketibaan. Semasa mendaftar masuk, tetamu mesti mengemukakan rekod vaksinasi COVID-19 yang lengkap. Syarat rekod vaksinasi COVID-19 diguna pakai kepada semua tetamu yang berumur 18 tahun dan ke atas; tetamu mestilah menerima vaksinasi yang lengkap sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mendaftar masuk.
Hotel only accepts guests with minimum age of 18
Kemudahan Popular | Meja Depan 24 jam, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Bilik tersedia di Le Metrotel | 32 |
Bilangan tingkat di Le Metrotel | 5 |
Fasilitas lain di Le Metrotel | Kawasan bebas rokok, Lawatan, Penyambut tetamu 24 jam, WiFi percuma, Parkir |