M Design Hotel Pandan Indah adalah tempat yang tepat untuk pelancong kerana ia terletak di Jalan Pandan Utama, Ampang, Kuala Lumpur. Lokasinya yang sangat sempurna kerana ia terletak di tengah-tengah kawasan yang dipenuhi dengan kemudahan hiburan, restoran, hospital dan pusat perniagaan dengan banyak pilihan tempat menarik. Kuala Lumpur adalah pusat Bandar ibu kota Malaysia. Bandaraya ini sering dipenuhi dengan orang. Dengan suasananya yang sangat meriah, anda mungkin mengalami kesukaran bersantai. Oleh itu, anda mungkin ingin meluangkan masa di tempat yang akan menyediakan anda dengan akses mudah ke bandar apabila anda ingin keluar berseronok, berjalan-jalan dan berahat di hotel, Jika itu apa yang anda mahukan, maka M Design Hotel Pandan Indah adalah hotel yang sempurna sebagai tempat penginapan sepanjang percutian anda. Ia terletak kira-kira hanya 5 km ke pusat bandar Kuala Lumpur yang merupakan kawasan tarikan pelancong. Seperti kita sedia maklum, Bandar ini mempunyai mercu tanda yang indah dan terkenal seperti menara berkembar KLCC yang dikelilingi oleh pusat membeli-belah yang mewah, restoran dan kafe terkenal, tempat hiburan dan tempat-tempat bersantai.
M Design Hotel Pandan Indah mempunyai pelbagai jenis bilik untuk ditawarkan kepada pengunjung dan anda akan mendapati bahawa bilik yang ditawarkan sesuai dan selesa untuk keperluan penginapan anda. Ia mempunyai bilik Queen Standard dengan katil bersaiz queen, bilik superior Queen yang lebih besar dengan katil bersaiz queen, bilik Deluxe Twin dengan 2 katil bujang, bilik King Deluxe dengan katil bersaiz king dan Bilik Deluxe Keluarga yang mempunyai 2 katil bersaiz queen. Ini adalah beberapa contoh bilik dan terdapat pelbagai lagi jenis bilik yang ditawarkan di sana yang akan memberikan beraneka pelbagai pilihan yang sesuai dengan saiz dan keperluan bilik hotel yang anda ingini dan bergantung pada bilangan penginap.
Di M Design Hotel Pandan Indah, terdapat restoran/kafe disediakan untuk kemudahan para tetamu dengan sarapan percuma bagi semua penginap bilik. Namun, jika anda berminat untuk berkunjung dan mencuba restoran lain untuk merasa pelbagai jenis juadah makanan, anda tidak perlu risau. M Design Hotel Pandan Indah dikelilingi oleh restoran-restoran serta kedai makan yang pasti menyelerakan dan mempunyai menu yang banyak. Ia terdiri dari pelbagai aneka pilihan makanan yang boleh anda pilih dari masakan barat, Asia dan tempatan yang anda pasti akan menikmati. Terdapat juga pelbagai rantaian makanan segera seperti McDonalds, KFC, Dominoβs pizza serta banyak lagi.
Terdapat banyak kemudahan yang selesa dan berguna yang terdapat di M Design Hotel Pandan Indah yang akan membuat penginapan anda di sana bertambah selesa. Terdapat kaunter penyambut tetamu yang 24-jam terbuka dengan resepsionis yang sedia membantu dan menjawab pertanyaan anda pada bila-bila masa, Wi-Fi diberikan percuma, pemindahan ke lapangan terbang, daftar masuk dan keluar ekspres, penyaman udara, peti deposit keselamatan, kawasan merokok, stesen kopi, pengemasan harian, stesen komputer, stesen fotokopi dan faks, sudut surat khabar, tempat menyimpan beg, peti keselamatan dan juga sarapan percuma untuk semua tetamu di sini. Kemudahan-kemudahan ini disediakan dan akan menjadikan penginapan anda lebih selesa dan lebih mudah.
M Design Hotel Pandan Indah terletak berhampiran dengan pelbagai tempat dan kemudahan seperti Hospital Ampang (jika berlaku sebarang kecemasan), Pandan Kapital Mall, IKEA Cheras, kedai-kedai runcit, surau, mahkamah sekyen dan Masjid Ampang (Masjid Al-Azim). Ia juga terletak berhampiran dengan stesen perkhidmatan pengangkutanawam awam seperti Stesen LRT Pandan Indah, Stesen LRT Cahaya, Stesen LRT Pandan Jaya dan Stesen LRT Maluri. Kawasan hotel yang dekat dengan perkhidmatan pengangkutan ini dapat membantu tetamu untuk berjalan-jalan mengelilingi kota dan menjelajah Kuala Lumpur, dengan harga yang murah untuk pengangkutan maka banyak tempat menarik yang dapat dikunjungi para tetamu dan pengangkutan disediakan hingga hampir sampai ke setiap pelusuk bandaraya Kuala Lumpur.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di M Design Hotel @ Pandan Indah | 77 |
Bilangan tingkat di M Design Hotel @ Pandan Indah | 3 |
Fasilitas lain di M Design Hotel @ Pandan Indah | Kopi/teh di lobi, Kedai kopi, Restoran sarapan pagi, WiFi di kawasan umum, Penyaman Udara |