Olive Tree Hotel adalah sebuah hotel yang terletak di bandar Bayan Lepas, Pulau Pinang. Hotel ini ditarafkan dengan 4 bintang. Hotel ini sesuai untuk pelancong yang ingin tinggal secara santai atau bertujuan untuk perjumpaan korporat. Ia telah dibina pada tahun 2014. Ia terletak berhampiran dengan pusat bandar Pulau Pinang juga oleh itu membuatkan ia berdekatan dengan banyak tarikan pelancong di bandar itu.
Hotel ini menjaminkan perkhidmatan yang terbaik dan juga kemudahan yang bagus disamping masa yang tidak mungkin dilupakan. Para pelancong boleh memilih antara 250 buah bilik yang ada di hotel ini. Para pelancong boleh menikmati masa mereka di sini kerana persekitarannya yang aman damai dan juga harmoni.
Selain daripada itu, hotel ini juga mempunyai ramai pekerja yang memahami pelbagai Bahasa oleh itu ramai pelancong dari negara lain boleh datang ke sini dan tidak menghadapi kesukaran berkomunikasi.
Ada beberapa cara untuk sampai ke Olive Tree Hotel. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan mengambil penerbangan ke sana. Dari Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 dan pergi ke Bayan Lepas, Pulau Pinang terus dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Penang. Ada beberapa syarikat penerbangan yang membuat perjalanan ke sana seperti Air Asia, Malaysia Airlines, Malindo Air dan beberapa syarikat lain. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, ia adalah dalam 16 kilometer ke Selatan untuk sampai ke bandar Pulau Pinang.
Cara lain untuk menuju ke Olive Tree Hotel adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil Lebuhraya Jalan Duta untuk pergi ke Lebuhraya Utara – Selatan. Pelancong harus memandu ke arah utara melalui Perak. Jarak antara hotel ini dan bandar Bayan Lepas adalah 352 kilometer. Ia akan mengambil dalam 3 jam dan 48 minit untuk sampai ke hotel itu. Lebuhraya ini mempunyai tol.
Pilihan lain adalah dengan menaiki bas untuk ke bandar Bayan Lepas. Ia adalah antara laluan yang paling terkenal di Malaysia. Pelancong boleh ke Terminal Bersepadu Selatan untuk membeli tiket untuk ke bandar Bayan Lepas. Akan tetapi, bas Transnasional, Plusliner dan Nice akan bertolak dari Stesen Lama KTM Kuala Lumpur oleh itu para pelancong harus memilih syarikat bas yang ingin mereka gunakan. Ia akan mengambil lebih kurang 4 jam untuk tiba ke bandar Bayan Lepas. Harga tiket sehala untuk seorang adalah antara RM 33 – RM 40 bergantung kepada syarikat bas itu. Nama hentian bas di Bayan Lepas adalah Terminal Bas Sungai Nibong.
Olive Tree Hotel mempunyai banyak jenis bilik yang boleh dipilih oleh para pelancong yang mahu tinggal di hotel ini. Jenis bilik yang pertama adalah Bilik Deluxe. Ia boleh memuatkan 2 orang. Ia mempunyai pilihan 2 katil bujang atau 1 katil king. Ia juga mempunyai tandas persendirian.
Bilik lain adalah Olive Deluxe. Bilik ini mempunyai 1 katil king dan boleh memuatkan 2 orang. Bilik ini juga mempunyai tandas tersendiri. Ia juga mempunyai permandangan bandar Bayan Lepas.
Bilik seterusnya adalah bilik Executive Deluxe. Ia boleh memuatkan 2 orang dan mempunyai 1 katil king. Saiz bilik ini juga adalah besar. ilik lain adalah bilik Executive Suite. Ia memuatkan 2 orang dan mempunyai 1 katil king. Bilik ini juga bersaiz besar. Ia mempunyai ruang tamu di luar bilik tidur.
Bilik terakhir adalah bilik Olive Suite. Ia mempunyai 2 bilik dan 1 ruang tamu. Bilik ini sesuai untuk kumpulan pelancong yang ramai.
Kesemua bilik dilengjapi dengan televisyen, bantal dan tilam microfiber, peti simpanan deposit, seterika, selipar bilik dan sarong. Selain itu, setiap bilik juga dilengkapi dengan bar kecil untuk membuat teh dan kopi. Setiap bilik juga mempunyai tandas tersendiri dan mempunyai alat pengering rambut. Tambahan lagi, bilik – bilik di hotel ini mempunyai soket untuk kegunaan plag antarabangsa, lampu suluh kecemasan dan juga meja dan kerusi tulis. Pelancong juga boleh meminta katil bayi dari penyambut tetamu.
Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat membuatkan tetamu mereka selesa. HOtel ini mempunyai restoran yang berupaya untuk menyediakan sarapan pagi untuk tetamu mereka. Selain daripada itu, hotel ini juga mempunyai Wi-Fi untuk digunakan oleh tetamu mereka. Hotel ini juga mempunyai perkhidmatan meja mengatur tour. Hotel ini mempunyai perkhidmtan menggunakan teksi dan juga limosine. Para tetamu di hotel ini juga boleh menggunakan perkhidmatan shuttle percuma untuk ke destinasi berdekatan. Hotel ini juga mempunyai bilik yoga, gymnasium dan kolam renang. Kemudahan lain yang ada di hotel ini adalah tempat letak kenderaan berbumbung, kemudahan untuk perjumpaan korporat, perkhidmatan dobi, surau, pusat bisnes dan juga peti simpanan.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan bermula 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan penduduk tetap Malaysia. Sila maklum bahawa hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Olive Tree Hotel Penang | 250 |
Bilangan tingkat di Olive Tree Hotel Penang | 25 |
Fasilitas lain di Olive Tree Hotel Penang | Kedai kopi, Restoran sarapan pagi, Restoran makan malam, Restoran makan tengah hari, Pesanan bilik |